BLOGGER TEMPLATE

Pages

Showing posts with label repekan. Show all posts
Showing posts with label repekan. Show all posts

28 December, 2011

now, i knew.



assalamualaikum.

Hai, everybody.

Antara genre movie yang aku suka tengok adalah aksi. Yes, action movie. Tak mengantuk dan nice. :) Hari tu, baru tengok citer Mission Impossible : Ghost protocol. Boleh tahan. Kejap lagi nak tengok movie Cowboys Vs Aliens.

Anway, dulu kecik-kecik, kalau ade je citer aksi tak kisah la jepun ke cina ke Indon (ada ke) ke english semua aku tengok walau aku tak faham sepatah pon. Salah satu sebab aku minat movie aksi, sebab ayah aku terrer silat kot. haha. Ada kaitan ke? *ignore*. Tengok diorang berlawan then ada pistol bunuh-bunuh, buat aku excited. Diorang hebat, bagi aku la, ape yang ada kat sekeliling diorang capai boleh digunakan untuk melawan musuh. At the same time sebenarnya aku sedang belajar, so in case *mintak dijauhkan* kalau ada musuh serang aku, sekurang-kurangnya aku tahu, apa aku patut buat dgn benda yang aku capai, tak de lah kaku tercengang and redha je diri kena kacau. Bijak kan? hehe.

Dulu kan bila aku tengok aksi film ni, Mula-mula aku ingat kalau diorang tembak orang maksudnya orang yang kena tembak tu mati betul-betul, ye la sebab darah keluar kan. Nasib akak aku betulkan fahaman aku tu, so buat aku tertanya-tanya macam mana plak darah boleh kuar tanpa mati. So untuk tahu benda ni, aku lagi suka tengok cter aksi untuk pastikan cammana la dia kuar. Sampai lah aku tertengok, oh rupa-rupanya dorang letak blood pack kat dalam baju. Baru tahu.

automatic pistol

Then, habis kisah pasal darah keluar. Tiba-tiba aku tengok cita pasal pistol2, buat aku jadi lagi tertarik. Wah macam best je pistol ni. Keluar asap tu bila tembak, and kadang-kadang keluar api. Jakun kot. kecik-kecik dulu mana aku main pistol-pistol, aku mesti la main anak patung. Pernah berazam, lepas tengok movie yang ada pistol, aku terdetik, pasni kalau keluar shopping ngan mama nak beli pistol la, tak nak beli anak patung. Tapi nama pun perempuan, sampai je kat kedai mainan, tengok patung-patung yang comel dan berwarna warni dengan aksesori2 baju dan beg yang comel buat aku tak ingat langsung pasal pistol. Kalau letak pistol mainan kat sebelah anak patung tu pon, aku percaya mesti aku tak kan perasan kewujudan dia. he he he.

Aku pernah main satu permainan ni. waktu kecik-kecik la, budak laki ajar. Waktu musim duku, berlambak-lambak la orang bawak duku nak bagi cikgu la, bagi budak-budak la. Budak laki ni sangat kreatif, aku tak ingat nama dia. Dia bukak pensel mekanikal tu, then cabut semua elemen-elemen kat pensel tu dan tinggalkan batang. Then dia amik batang, cucuk kat kulit duku, then amik lidi, tolak laju-laju kat kulit duku yg terlekat kat pensel tu. mcm pistol. Keluar asap. Kalau aim dekat2, boleh sakit kot kena. Tapi serius best.



Time tu aku tiba-tiba rasa nak main pistol. Aku kuat berangan. Tapi apakan daya, angan-angan tu macam tak logik kan, so terkubur lah. Sampailah aku masuk tingkatan 4, time tu aku baru pindah sekolah. Masuk SMAKJ, then aku masuk persatuan KADET POLIS, before ni kat sekolah-sekolah lama aku masuk PBSM, tapi aku rasa PBSM itu boring walau sebenarnya aku suka pasal doktor-doktor ni. Dan alhamdulillah, satu hari tiba-tiba kitorg tingkatan 4 ni, ade satu program kerjasama dengan Polis Kluang, ada pertandingan menembak M-16. Gila la, time tu happy gila sakan. ye la, selama ni kumpul je niat nak tembak-tembak ni, sekali bila ada offer camni, macam pucuk di cita ulam mendatang.

Serius best. Menembak sebanyak 10 butir peluru dengan percuma pada umur 16 tahun adalah sangat best oke. korang hado? Then rezeki tak disangka-sangka lagi, sekali lagi aku main M-16 dekat PLKN KEM PAGOH, kali ni heaven sikit, aku main 30 butir peluru. 15 utk tembakan percubaan, dan 15 peluru lagi untuk pertandingan. Pasti lah, aku tak menang. hehe. pegang pon tak betul. Tersasar banyak sangat. Bagus la, sekurang-kurangnya aku tahu, ini bermakna kerja polis or askar ni tak sesuai untuk aku. :D

Dah dapat pegang M-16, otak aku duk terpikir pulak, (suka sgt fikir benda merepek =.=) macamana la peluru tu boleh keluar, pastu boleh pergi jauh plak tu. katakan lah korang duduk 10 meter, kalau ko aim kat target tu konfirm boleh kena. Selama ni simpan, dan akhirnya hari ni aku tahu juga. Setelah belajar Mechanism of action fire arm dalam forensic. Hebatnya ALLAH, memberi ilham pada manusia mencipta alat seperti ini. Hanya dengan beberapa part seperti jarum dan meletakan 3 bahan kimia seperti (mercury fulminate, potassium chlorate, glass powder) dan ditambah dengan gun powder mampu menjalankan bullet jauh dan laju. Masya-allah.

Dan serius aku tak sangka, sebab aku tak terfikir langsung pon belajar medic pun kitorang kena belajar pasal pistol dan senapang ni. Siap kena tahu nama-nama setiap part kat setiap fire arm ni, jenis-jenis dia, apa bahan-bahan dalam dia, and macam mana cara-cara nak buat tu. serius, unexpected. Alhamdulillah, kini aku dah tahu macamana peluru boleh bergerak keluar dan sejauh itu. syukrillah. Makin lama aku rasa bidang medic ni makin best, lagi-lagi la round aku sekarang adalah Toxicology dan Forensic. Memang round yang sangat best walaupun sedikit geli dan meloyakan, sebab akan melihat byk gambar-gambar mayat dan tulang yang mengerikan dan menjijikan.


Aku jadi makin suka pada medic dan tahun 4.
Hey forensic and toxic, I LOVE YOU. :)
Nak score 40/40 untuk final round tak lama lagi.
Doakan ye, kawan-kawan :)

*buh-bye*




17 December, 2011

Perkahwinan.


Assalamualaikum.

Tadi update kat Twitter,

"Bestnya kalau ada yg bagi lagu kat aku dan maksudkan betul-betul untuk aku"

Buka mention dapat satu lagu. Daripada hosmet terchenta,


: ni ha! lgu utk ko.dgrkan youtube .

Lagu kahwin??!! Nak suruh aku kahwin ke? argh. haha. jangan risau, saya takkan langkah bendul anda :)

Orang dah bagi lagu ape lagi aku pun dengar, sedap suara saloma ni. Dengar lagu ni buat fikiran aku menerawang pasal akak aku. Macam mana la persiapan diorang? Rumah kemas ke belum? Kesian mama terpaksa buat sorang-sorang. Nasib si perantauan, tak boleh nak tolong diorang. Kalau tak mesti aku paling semangat. =.=

Aku teringat pasal lagu untuk perkahwinan akak aku. Aku dah cadangkan kat mama supaya pasang lagu-lagu nasyid berunsur perkahwinan or percintaan. Tetapi bukan lah bermakna aku menolak mentah-mentah untuk dipasangkan lagu etnik kreatif or 90-an, nak pasang silakan tapi selang seli dengan nasyid or time pengantin datang je ke boleh je tapi tolong JANGAN ADA KARAOKE.

Mungkin akan ada orang cakap, payah la hidup karaoke pun tak boleh. Aku bukanlah tergolong dalam orang yang buat ini tak boleh itu tak boleh, aku simple je cuma aku bantah karaoke atas sebab-sebab di bawah :

1) Suara itu aurat

- Serius aku tak kisah kalau setakat pak cik2 or abang2 yang nak nyanyi, silakan. Korang menyanyi semerdu, selunak, setinggi, setidaksedap mana pon suara konfirm tak de orang kisah. Masalahnya aku rasa penyertaan untuk karaoke kat wedding ni biasa macam banyak perempuan je join. Setakat aku tengok la, kalau boleh dibuat KARAOKE HANYA UNTUK LELAKI, ok la (But,personally aku still xsuka even utk lelaki shja ---> rujuk sbb ke 2)

2) Membingitkan

- Believe me. Kalau korang dah nyanyi, konfirm akan syok sendiri. Lagi-lagi bila ramai orang tepuk, bagi bunga, orang buat bunyi "woaaaaaaa". Yes, mula-mula nyanyi sampai mulut tak nak buka, but then sampai peak point, believe me anda akan berada di minda subconscious. Then start la tarik suara sekuat-kuat hati. Gegak gempita dunia.

3) Terlampau kuat sampai menyakitkan telinga

- Kalau dah namanya karaoke konfirm pasang high volume. Orang nak makan time wedding pun tak selesa. Makanan pun akan kurang di digest secara tidak sempurna, muscle terkejut dan kita pon akan cepat2 pulun makan nak tinggalkan majlis tu sebab tak selesa.

4) Kutukan

- Nama manusia, aku pun kadang-kadang mulut ni jahat juga, semua orang pernah, tipu la sapa tak pernah. kalau orang nyanyi tak sedap, mesti akan TERkutuk, aku pun, tapi serius bukan sengaja la TER ok. TER only :D So, untuk mengelakkan hilang pahala bagi si pengkutuk dan di kutuk, baik tak yah buat. So bila benda tu takde, mulut kita konfirm takkan gatal akan mengata? Ye tak?

5) Kemesraan ukhuwah berkurangan

-Why? Ye lah kalau da pasang kuat dan nyanyi kuat-kuat, camne nak cakap? Terpaksa cakap kuat-kuat sampai nak terkuar anak tekak, kan dah tak best nak berbual. Nak cakap "sihat" terpaksa jerit kuat, bayangkan kalau nak bercerita, mampu ke? Tak nak cakap jerit2? ok we have another way which is whispering. Tapi konfirm orang kampung akan pandang slek plak sebab berbisik-bisik, sebab orang2 dulu kata berbisik-bisik = mengumpat. (pernah kena)

6) Kurangnya Komunikasi

- Kadang kala but not all. Kita lebih selesa untuk dengar lagu berbanding berbual. But for me, tak best la. Time wedding ni la nak jumpa semua sedara mara, sahabat handai, kawan-kawan yang lama xjumpa. Bukan senang nak kumpulkan semua serentak dalam satu masa. Kalau dah duk karaoke satu lagu ke satu lagu, diajak berbual pun tak mahu, jadi kera sumbang akhirnya.

7) Lagu permintaan karaoke selalu out of theme.

- Wedding. Kalau dah nama perkahwinan maksudnya tema dia kahwin la. Tapi percayalah lagu tak de nya pasal kahwin. Mesti banyak terbabas, pak cik2 akan minta lagu macam minta lagu kt radio, ikut suka mereka. Pernah pergi satu majlis kwen, time2 sampai tiba2 lagu ni (aku men type oh oh jeng, sbb ni je part lagu tu aku ingat)berkumandang terus tanya mama, kita ni tengah pergi majlis kawen thailand ke? Serius, sebab lagu semua thai. =.=

8) LAGU YANG BAIK ITU KAN NASIHAT.

- Hidayah itu datang daripada pelbagai bentuk. Daripada pemerhatian, pendengaran, pembacaan dan sbgnya. Wedding kat Malaysia, pasti Satu Malaysia, bukan bangsa Melayu je datang, Cina dan India turut serta. Well ini lah fungsinya, pasang lagu2 nasyid yang lembut, sedap, mana tahu kot-kot dorang dengar lagu-lagu tu terus dapat hidayah. Berganda-ganda pahala dapat malah dapat meramaikan umat Islam.

9) Lagu yang baik, kan satu doa.

- Pernah dalam satu majlis ni, orang karaoke lagu "Madu 3- P. Ramlee" , then mak sedara aku pernah kata "ni pasang-pasang lagu ni time kahwin, kang diam-diam sang pengantin lelaki ada niat nak pasang dua karang". Aku gelak. Ada betul juga. Kalau kita dengar lagu Maher Zain Barakaallah boleh mendoakan sang pengantin. Aman bahagia insyaallah =) Kita dengar pon sedapnya. Heartbeat maintain 70/min.

10) Rumah abah.

- kawasan kubur abah dekat je ngan rumah, langkah beberapa rumah terus ada rumah abah. :) mesti abah sedih dalam kubur kalau pasang lagu merepek-repek. Sikit banyak, saham itu abah akan juga dapat. Saya sayang abah, dan saya tak nak dia terseksa :) Even kalau pon rumah rehat abah jauh, aku still juga membantah untuk diadakan ini.

Kenapa panggil rumah? sebab itu lah rumah kita yang kekal abadi. Tak esok, lusa turn kita pula.


Ape-apepon, kita kembali semula asal usul tujuan walimatul urus, untuk merayakan sang pengantin dan memberitahu masyarakat bahawa mereka telah pun mendirikan masjid . :)

Hadits riwayat Anas bin Malik Radhiyallahu’anhu

Bahwa Nabi Shallallahu alaihi wassalam melihat warna bekas wangian pengantin di tubuh Abdurrahman bin Auf, lalu beliau bertanya: Apakah ini? Abdurrahman menjawab: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru saja menikahi seorang wanita dengan mahar seharga lima dirham emas. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam lalu bersabda: Semoga Allah memberkahimu dan rayakanlah walaupun dengan seekor kambing

(Shahih Muslim no:1437)


Ini pandangan aku. Maing-masing ada pandangan sendiri bukan?. =)


p/s harap-harap abg aku lembut hati atas permintaan aku ni. aminn~

13 July, 2010

Kenapa aku xsuka guna liquid paper?

tiba-tiba jek tajuk ni? dah kenapa? buang tebiat ker?
oh! tidak. aku masih waras dan brain aku masih lagi berfungsi seperti biasa. jangan risau. hehe. aku pun xtaw nape tiba2 aku nak cter pasal liquid paper. .

Aku akan guna ia bila time isi borang or time buat nota2 yg cantik. Tapi biasanya susah sikit utk aku cipta kesalahan dalam mengisi borang. Aku sedikit teliti bab2 mengisi borang ni. Semua ini aku blaja waktu kt asrama, ktorg di ajar protokol mengisi borang. Even sampai aku da study sampai kt egypt ni, aku still tak suka guna liquid paper. Andai aku tersilap tulis, aku akan potong or garis mistake tu dengan pensel and kalu xsempat masa guna pen jek.
jenis yg kebanyakkan org guna.

mesti comotkan kertas ko, nisa`?
hehe. lebih kurang lah, tapi aku rasa lagi comot kot law gune liquid. Sebab korang double write atas dia. Lagi-lagi bler korang guna liquid paper yg jual kat kedai RM2 atau jenama cikai2, konfirm2 lapisan liquid tu cair dan masih boleh menampakkan tulisan first korang. Itu yg cikai, kalu yg mahal lak, kalu tertekan lebih boleh nyebabkan accumulation of liquid, pastu dah terpaksa amik masa lama utk keringkan. Mula la dengar hembusan2 angin nk bagi kering. Hah, dapat pulak org sebelah ko lupa nk gosok gigi, fuh, semerbak bau~! plus kalu tiba-tiba ada bonjolan coz terlebih (mungkin tak berlaku pada liquid yg jenis easy-dry) , pastu mula la korek ngn bontot pen, bagi bonjolan tu xde, skali tgk2 kat bontot pen tu ade liquid yg cair. itu kalu yg jenis perasan. Kalu yg jenis xperasan ade liquid, pastu mmg ade habit suka gigit pensel, kan problema tu?

korg xrasa ke pompuan ni cm terlalu tua utk jd sorg pelajar sekolah? kan?

Kalu nk cerita sbb-sbbnya, sepurnama pon tak habis. Ok, aku tipu. Sebab dia :

Asrama aku waktu form 1 & 2, ktorg xboleh bawak liquid atas sbb2 vandalisme dan aku sebagai pengawas sokmo kena buat sport-check dan rampas smua liquid. Buat ape aku perlu bawak, klo benda itu forbidden. Kan? Then, aku baru2 nak berjinak2 pakai liquid ni waktu form3, cikgu BM aku pernah puji aku, sbb aku cancel mistake karangan aku guna pensel dan pembaris. Dia kata kemas dan comel. Dah kena puji kot. Jadi contoh lg. klo korang la, agak2 nak sentuh ke liquid paper tu?

Waktu form 4 & 5 plak, cikgu2 aku xgalakan gunakan liquid, sbb pernah ade kes waktu SPM thn bila tah, budak tu guna liquid paper pastu tlisan dia jadi double and menyusahkan pemeriksa nak baca. Kan bahaya tu, buatnya pemeriksa tu nga gaduh laki bini, xclear ape korg tulis terus bagi ZERO MARKS. xnaya cmtu?

Tapi sbb utama smpi skrg aku kurang suka pakai liquid, sbb waktu aku darjah 5 sek agama dan darjah 6 sek harian, dah mulai start guna pen. Al-maklumlah, kunun2nya da nak masuk form 1 kena biasakan guna pen, aku pon terpengaruh ngn kengkawan yang suruh beli liquid sekali. Skali time kt sek agama, tersalah tulis jawi la kununnya, aku pon cari la liquid baru beli tu. Dengam muka excited nak guna, aku pon tarik la tutup liquid tu. Tak taw la ape yang ketat sangat sampai susah aku nak bukak. Tarik punya tarik, sampailah.

"PLOP.. "

Kepala liquid dgn tutup2 semua terbukak dan terkeluarlah isi-isi liquid tu. Pastu, hamik ko, tertumpah liquid tu kat atas tangan. Kat tudung pon terkena. Aku xkisah kalu ats tudung putih, dahla time tu aku pakai tudung MERUN. Dah macam tompokan apa pon aku dah xtaw da nk ckp. Basuh2 pon tarak guna, sbb mender tu lekat kalah gam. Habislah aku kena marah ngn mama. Kena marah tu xkisahlah. Ni dah kena tangan, cmne nak amik wudhu`? Jenuh kot aku sental gune sabun+ berus. Kan liquid xleh lalu air. Kalu time period kena xpe gak. Dah abah aku pulak marah, sbb xleh wudhu`. Tengok, musykillah kabir tuh.

Mesti korg akan cakap, ko pakai time kecik mana tak nya. Ala, klo time da besar ni pon, kadang2 pernah gak kan terkena tangan sekali dua ? Jangan klentong la. kan? kan?

Ada benda yang aku nak share ngan korang pasal liquid ni, dan mungkin bakal mengubah persepsi korg terhadap liquid-liquid kesayangan korg. Liquid itu adalah antara carcinogenic substances. Bahaya uh carcinogen ni. Dan actually byk lagi bahan-bahan kimia dalam liquid ni yang agak bahaya, nak taw baca sini. Satu fakta yang sedikit menakutkan, xtaw la kalo korang xtkot, kalo korang sengaja sedut or tersedut bau liquid tu smpi berlebihan or smpilah korg rasa high gler, boleh menyebabkan HEART korang STOP BEATING. KLIK SINI utk maklumat lanjut. well, aku xde pon niat nk menakutkan, but fact is fact. ^_^

so, the safe way is by using,pencil and ruler! =)

p/s aku terbaca cara2 nak remove liquid paper ni, tapi asal aku rasa dulu2 time kecik2 aku buat cmtu xberkesan pon.?

16 June, 2010

kisah mo`men & tag senyuman comel.:)

salam semua.
tengah2 duk layan feeling baca satu artikel mengenai perancangan jahat yahudi laknatullah, (first thing aku nak bgtaw pasal artikel ni sblum korg, sila berhati2, sbb kalau baca balek smua ayat2 paderi tu, actly ayat dia sangat2 psyhco. sila bersedia fizikal dan mental. jangan xpercaya dan jangan percaya sgt. sbb kdgkala dorg saje nk bg kte psycho buat kite akan terfikir2 dan tanpa sgja boleh tersyirik. faham?) tiba2 mengidam nak makan mo`men. serius. dari ari tuh lagi aku duk berangan2 nak makan. and hari ni aku xkire, aku terus ajak housemate aku g gak. sbb da kempunan sgt2. sedap gler weh! serius. kt tmpt korg ade ke? mesti takde kan. *ketawa dgn riak* haha..

pas asar ktorg pon trus bersiap2 nak g makan. sambil jalan lenggang kangkung, uma ktorg smpi g pintu gerbang nak masuk kwsn ktorg jauh gak la, ade la amik masa dalam 25-30mins, tu klo slow2 la jalan. nga jalan2, tgk dr lorong dpn, nampak kak yun ang the gengs. pakai cantik2. hah, taw sgt la. bebudak ni, klo pakai cantik tu xlain xbukan mesti nk g makan2 or nak g cairo or g majlis. faham sgt da. xsmpt pon nak borak ngn dorg, dah nek taxi. ktorg pon teruskan je la perjalanan. da la skang ni makin panas, aku lak boleh pakai serba hitam ari ni. mau xmenyerap haba. xpasal dapat sauna free petang tu. adui.

tengah2 jalan otw nak g mo`men tibe2 pak cik taxi berenti lak. bleh plak pak cik ni nak berenti2 kan. da la panas gler. suka suki jek berenti nk isi air kt keta dia, before2 ni xnk lak pulak tuang air, time ktorg nek la plak, dorg nak isi. ayo~ aku pon ngn housemate berbual2, skali tibe2 aku terpandang sumthing kt atas deckboard (btol ke nama dia.hentam jela labu) ade al-quran. subhanaallah, bagusnye pak cik ni bawak quran, tgk quran tu pon da lunyai, mesti slalu baca. kat msia nk jumpa pak cik taxi bwk quran, payah kot. 1 in millions la. skali tbe2 kt bwh quran ternampak tasbih! hah. aku baru teringat yang aku nga carik tasbih. klo kat hussien or cairo tu melambak la, tp xkan la nk cari tasbih semata2 trun sana, malas la. ari tu survey2 gak kt kedai2 buku agama, dorg pon xde jual. tmpt aku ni cm kampung skit, payah nak jumpe kot. maybe dorg banyak buat sndrik (kot).

pas dia masuk aku pon tny. "lausamah, fin ente yastari da?" (mana awak beli tasbih tu) *smbil tnjuk tasbih dia*. dia pon, "di? di min saudi arabia, hadiah min sohobi.(ini, dari saudi arabia, kawan aku bg" . aku pon tny," law fiz zakzik hena, fin maugud da? aiz isytari.enta a3ref?(kat sni ko taw x kt mne tmpt jual? aku nak beli) tiba2 dia kuarkan tasbih tu and dia bg aku. aku pun, eh, tanya je kot. bukannya aku nak beli dia punye pon. "enti huz di, wallaahi ana maugud kathir.(ko amik la, aku ade byk tasbih ni". eh, kesian kot. xnak aku trime, "laba`sa. ana as`al bas"..(Eh, xpe2.. aku tny jek.) pastu dia paksa gak suh amik. aku terkedu gler. last aku pon amik n still muke nga terharu. hoho~ alhamdulillah. terkabul gak impian aku. dan secara tiba2 aku jadi tersayang kt org arab. hehe. aku mmg diam sbb terkedu dan terharu sgt sampai la kt kedai mo`men. mungkin dia sudi bg kat aku sbb aku tanya dengan muka ikhlas dan cute (kot).haha. *aku ade cakap ayat ni kt kwn aku, pastu dia boleh nk muntah kan. isk3. korang rasa ptot ker? xptotkan. sbb ianya hakikat. wakakaak*

sampai2 jek, tbe2 aku tgk kak yuni and the gengs, nga tempah order. haha. da agak da, mesti nk g makan. ape lagi kalau gegirl da berjumpa kan kecoh sakan la mo`men. ditambah pulak ade nye kak teah, fazliana, aisyah, kak sufi, mmg hot la ktorg. bayangkan bercerita dari cerita BIODISC, pastu sampai la ke cerita nabi muhammad (hah, see! ktorg cter psl mender baek. . mitos yg mengatakan pompuan klo berjumpa mesti mengumpat itu adalah karut. karut3..hehe), cerita mimpi seram, dan usrah and the last ade satu cerita (cerita ker?) yang membuat kan aku dan housemate rasa begitu bertuah dan beruntung jumpe dorg hari ni. serius. ape dia? mana leh gtaw, t la aku cter. pastu campur nga aksi lucu masing2 sampai ketawa gila sakan, buat macam uma sendirik jek, padahal xsedar nga duk kt kedai tu. aisyah la g ketawa mcm nk jerit, smpi org arab naek tny kenapa. LOL! sengal sungguh. naseb bek la tmpt org, kalo kt msia la wat cmtu, konfirm2 law ade mak cik2 kat stu, hbis kena reject jadi menantu kalau xde mak cik, habis la kena sound kaw2 punyer. tobat2. haha. janganlah terbawak2 sampai ke msia.

faz la paling byk cerita, dia mmg byk mulut tapi she`s really nice! *ok. faz, mo`men satu. penat puji ni* cter punya cter sampai la faz ckp, yg dy ni asyik update blog jek. sampai satu hari 3 kali post, gler free kan. ala, aku malas jek nk cakap, budak2 kt sni smua cmtuh, cakap xbace buku la, xstudy la, slalu update blog la, tapi bler kuar result, SEMUA GEMPAK2. Malas da nk caya korg. kan? kan? hehe. samapi la faz ckp, eh nisa ko x buat tag ke? tqa mamat tag ko. aku pon? owh.. ade ea, aku lama xbukak blog org.
aku balek2 dari mo`men, terus bukak blog tqa nih, bukak2 jek trus tgk. dan

haha. mandai jek ko, tqa. mne ade aku banyak mulut. mulut aku satu jek. cuba kire. haha~

dan tiba2 bila aku bukak blong intanpayung

see. dua org da ckp aku senyum comel ni, ade sape2 lagi nk ckp?? *ha ha ha "ketawa dgn bungga"*
tiba2 aku terpikir, jadi mesti ni antara sbbnye kenapa pak cik arab tu sudi nk bg tasbih kt aku. eh ada yg nk muntah lagi? haha. rileks. saya tahu anda cemburu. muahahaha~

aku rasa pak cik ni mmg ptot mng award senyum plg lebar.

cube korang perhatikan muka siti ni ngan muka aku. ade persamaan kan? cpt2. sape taw persamaan dia aku belanja mo`men. s e r i u s ni. ^__^ V

and hah. amik la, gmbr ni. xleh senyum lebih2, nnt ade yg terpikat. lala~ ok2. nisa stop berangan! haha.

and for yg bertuah,

org uk (anda byk masa lenggang kn? sila buat! :D)
nabilla hannan (dia ini fotogediks.ops.hehe)
atiqah anuar (sbb dia suke sengih)
kak husna (suka tgk dia senyum)

sila buat tag ini. wajib! ngeh~

peraturan dia :
1) wajib buat. *paksa korg ni*
2) pastikan gambar seorang.
3) mesti la senyum yg paling melembar yg korg rasa korg ade.
4) follow pengetag. (xyah la. ni aku xpakse)
5) sila tagged 4 org yg anda rasa dia comot. eh. comol. payah no nak sebut haih. comel.

ok. tu jek. post kali ni nk cter psl tag jek sbnrnyer. muqadimah xleh blah kan panjang.
semakin hari semakin pemalas, rasa cm da hbs exam jek. ok! aku harus stop main internet.

p.s
entry sepatutnya di publish kan 01.00am yg lepas, tetapi sebab kelambatan internet tahap tortoise baru la nk publish 5.20pm ari ini.

p.p.s
aku baru perasan entry ni lebih banyak memuji tuan punya blog ni, so klo korg rasa boring nk muntah hijau ke, sorry la ye. dan cikgu hamsan ksygn aku pernah cakap, pujilah diri sndri, krna anda sendiri yg dapat memuji diri anda dgn ikhlas.

p.p.p.s
aku ade oral anatomy ari sabtu ni, doakan ea. ^__^

15 June, 2010

saya bukan kaki gaduh~

hahaha... saja bikin status gempak.. muahaha~

sedang2 khusyuk study tbe2 ade dgr bunyik lagu "menyesal" herlambang. sape la pagi2 buta anta msg ni. aku nga mamai+blur pun bukak la. sekali...........

"wei..adik comel (ok. ini aku tmbh sndri..hoho..) ko wat gape? mom ade msg ko x? mom tny asal xreply..
wei,blik la cpt ak bosan gler2 da ni,thap dewa,thp cipanzi,thap badak n gajah. nek bingung aku

haha. rindu aku la tu. muahaha.. akhirnya dia mengaku pon rindu aku... aku pon...

ooo..baru nk rindu aku ea..tyme aku kt uma, gaduh jek sokmo and bla bla bla

skali :
dah ko yg sokmo cari ngn aku.. cmne aku xgaduh.
*skg ni akak aku nga sbuk blaja bhsa ganu, smpi rimas aku nk ckp ganu balek.. al- maklumla ehem2 org ganu*

aik? aku ke? kalo la msg ke msia semurah celcom upax, da lama aku betah balek..tp sbb mahalkan, ckp yg perlu jek. kena pandai bajet.

itulah aku dan dia. selalu jek gaduh. xdela smpi gaduh bertumbuk2. tapi eh, pernah jek. waktu kecik2 dulu. hehe. asal jumpa jek, mulalah. kadang2 xjumpa pon, leh gaduh. kelakar. tapi best wat gaduh2 ni. aku rasa GADUH DALAM ADIK BERADIK SGT SWEET.
teringat time aku kecik2, nga gaduh mesti ade yg menang. so, aku akan buat perkara-perkara untuk memenangkan diri aku even dgn taktik bersih.

perkara2 aku buat time rasa cm xde harapan nak menang. ataupun sbb xnk kena marah.

1) menangis semahu-mahu hati. kadang2 saje je kuat2kan nangis tu padahal air mata xdela kuar byk mana pon, sje highkan sound sampai mama dengar, bler mama dengar mestilah akak aku kena marah. yg tengah menangis xkan nk marah lagi, mau lagi kuat. bijak kan?

2) mula buat mimik nak nangis, sbb kalau aku nangis, nnt mama dengar, mama mesti akan marah, dan akak aku akan kena gak, so, dia akan pujuk. time tu mula aku jual2 mahal, xnk makan pujuk, sbb tahu pas ni mesti dia akan ckp cmni, ala diam2, ptg ni akak belanja cornetto. time tu, hati suke da, plan success. tapi, saje tmbh nangis2, sbb t akan berbunyik lagi ayat, hah, dengan jajan potato chips ea. diamla adik. time tu terus berenti. nak ngis lagi? xpasal akak aku ckp, mau makan penampar? bek la aku berenti. hehe.

3) bler nga gaduh cm pukul2 bantal or silat2, terus buat jatuh and mengerang kesakitan. dengan mimik muka yg real. terus akak aku berenti, nnt dptla tgk muka cuak dia. so, terus xsambung main.

4) ugut nak bukak rahsia akak aku. biasala tu, aku akan ugut, hah, adik bgtaw mama rahsia ko.cakap kat abah sekali. so, xnk rahsia terbongkar, maka mengalahla beliau. dan padahal, rahsia tu aku da bgtaw mama da pon. hahaha~

5) mender ni bler aku pkir balek, kelakar gler. bler gaduh jek, aku akan ugut nk bgtaw kt mamat yg dia pernah suka, yg akak aku suka kt dia. hahaha. funny kan? padahal la, bler pkir2 balek, bagusla kan. ade org nak bgtaw, xyah susah nk simpan2 feeling. kalau time da besar ni aku ckp, mesti akak aku nak. hahaha~

6) yang ni terbalik lak. aku akan ugut kunun2 nk ckp kt mana2 budak laki yg suka kaco dia yang akak aku suka kt dia. haha. funny gler. haish, klakanya time kecik2 dlu, xmatured btol.

7) lagi satu, taktik bersih. dengan amik barang2 kesayangan dia, aku pun akan buat2 cm nk buang la, nk pecahkan lah. barang kesayangan kot, mau menangis dia kalau biarkan aku pecahkan. hehe~

banyak jek lagi idea2 jahat aku time kecik2, cume xingat da. and kesian akak aku, bler da besar2 ni, bler aku buat hal, susah dia nak mengalah and even kadang2 benda yg sememangnya aku salah pon, aku nk menang gak. kesian akak aku. sabar ea. hehe~

teringat dulu, aku pernah pakai baju baru dia. dia xpernah pakai pon lagi baju tu. tapi sbb da comel sgt, aku pon terus melamar nk pakai baju dia g bandar. Mula-mula dia xbagi, tp lepas da pjuk2, rayu2, akhirnya dia bagi gak. aku pon pe lagi, hepi la. and dia nye syarat suh basuh baju tu pas pakai. aku pon, angguk je la. pas balek tuh, aku pon terusla nak buat baik, campak baju tu dalam baldi dengan niat nak basuh baju dia. aku pulak boleh xperasan yang ade baju blause len kat dlm baldi tu, aku pon dengan senang hati mencurahkan air ke dalam baldi itu dan letak sabun. aku pon biarkan la bpe minit.

skali bler aku pergi balek kat baldi nak basuh, tgk air kt dlm baldi tu jadi warna merah, aku pelik da. baju tu putih2 ungu, cmne leh kuar warne merah lak. aku pon angkat, skali tgk, subhanaallah, kt bawah tu ade baju blause warna merah menyala yg mmg sudah terkenal dengan kelunturan warnanya. time tu cuak xterkata, aku basuh2 baju, warna tu still xturun. ma aku suh letak clorox, aku letak2, xhilang jugak. nasib baiklah time tu dia tengah tido. aku pon tgk ma aku, ma aku diam jek. sbb taw pasti MAK CIK itu akan mengamuk punye.

aku da buntu, aku pon pergi cari baldi warna merah dan rendam baju tu kt dlm baldi tu. dengan harapan dia xkan perasan. sekali tah cmne, bangun2 tidur, dia trus tanya aku da basuh baju dia belum. aku pon ckp la nga rendam. mne la oerasan dy g tgk baju yg aku rendam tu, xsempat en nak halang, dio da angkat. maka, menjeritla dia aku da serba salah. lagi2 bler dia da start nak nangis, aku da cuak. dia mula bebel2 kt aku, suh ganti la. aku dengan innocent xtaw nk wat pe, amik duit trus bg kt dia. i bg lebih dr harga baju dia taw. tapi dia still nangis lagi. ye la, da la xpernah pakai lagi, sekali aku pakai terus rosak gtu. menangis lagi. aku faham kesedihan itu tp janganlah ye ye no ngis. aku da mintk mahap, da ganti,still ngis lg. aku da geram, last2 cakap cmni :

yang akak nk ngis2 sgt ni kenapa? adik da mintk mahap kan? duit pon da bg. benda ni semua da terjadi kan?. dan baju akak rosak ni pon semuanya da tertulis kt luh mahfuz. semua kat dunia ni, segala ape kita buat da termaktub. Dah tertakdir da. Adalah tu hikmah tye, ALLAH xnk bagi akak pakai baju ni. semua kan da ALLAH tulis, kalau ALLAH kata kun fayakun, maka jadi jadilah. benda duniawi ni nk ngis sgt. cubala nangis kerana ALLAH ke...

hah, ko. xpasal2 terima ceramah bebas dari aku. terdiam terus akak aku. aku masuk bilik, and terus tido dlm keadaan serba salah. tp cm xptot kan keluar ayat ni? xtaw la cmne terkuar. aku xterpikir pon.ia terkeluar. dan tyme tu sedara mara aku ade gak, dorg pon terdiam. dan aku pon xtaw cmne la bleh terkuar ayat ni. dan hingga kini aku terus tertanya2. sekian.


13 April, 2010

baiti jannati

me impatient! nak pindah uma baru. ^__^
jemput2 la ye dtg to my new house! ohaha~
ahlan wasahlan wamarhaban bikum..
and ah-ha dun forget come and give ur beautiful hands for bring my things to my new house.
*bak kata org sambil menyelam minum air, smbil tgk uma baru angkat la skali*

enough! story telling, lets tgk my NEW HOUSE.. lai.. lai.. jmput tgk! ^__^

            *wont believe it ryte? dah ckp da. law tnjuk bukannya korg cya *



tadaa~ ok.! kali ni serious i tipu! ni pon bukan uma baru i! :D
ini uma mr google yg carikan. 



rumah ini S E R I O U S bakal bukan  my new house.

owh. mimpila nak dapat uma secantik ini di egypt. kalo ada, xsanggup kot nk sewa, gerenti mahal giddan. uma setinggan pon da mahal kat sni, apatah lagi banglo. mimpi je la awok oi.!
anyway, salam imtihan n selamat pindah uma pd sape2 nk pinda uma.!
have a nice day!
cau cin cau.
 

31 March, 2010

born-day kak mimi.

Happy Birthday Adilaa Syamimi.!

ah-ha. ada something important that should i said, since u da masuk umur puluhan, then now, saya lah paling muda di dalam rumah yek. *ketawa gedik*. so, from now,i think i need to call u sis mimi, owh terlalu kebaratan rasanya. di sebabkan aku still org melayu, so Kakak Mimi la. uh! sounds great, ngeh~
    *birthday cake dilla. comel kan? see leg la.:D*
so, ari ni nak story pasal adilaa`s birthday party. ok. aku sengaja xnak buat malam2 sharp pkul 12, sbb mende tu normal. so kite kena buat suatu perubahan, ya ANJAKAN PARADIGMA. salah satu sebab tak nak buat malam-malam, nanti birthday girl tu mesti da taw konon-kononnya kita akan sambut, then dy akan buat tidur-tidur ayam and menunggu cake datang and semua housemate wish and nyanyi-nyanyi lagu and dia akan buat-buat terkejut a.k.a muka plastik terharu. haha~ i know la! smua orang yang menyambut birtday selalu akan menunggu 12 malam. it`ll never happen klo sape-sape satu uma ngn aku.  so, ktorang sambut after balek kelas smlm around 5 pm after histo class. And party tu dibincang pagi tu, and naseb bek ianya berjalan lancar.

and semalam, aku rasa, aku patut dinobatkan sebagai ACTRESS TERBAIK, sebab semalam banyak watak aku mainkan untuk mengklentong adilaa syamimi. its not easy, coz adilaa always beside me, when my other housemate call and nak confirmkan pasal hadiah and cake also food. Dengan Kak wahidah, aku terpaksa lembutkan suara aku gila-gila and panggil awak saya dengan cara lembut sekali. so, kunun-kununya aku nga bercakap ngn orang lain *and in realitinya, aku mmg xpernah pon berlembut suara ngn sape lagi2 lelaki, kak wahidah kot org pertama dengar sore lembut aku selain my mom and my sis! CONGRATS KAK WAHIDAH..*.ianya hanya lakonan semata-mata untuk mengelakkan dapat di hidu oleh hidung tak bape mancung adilaa syamimi. Pastu dengan kak ya lak, aku terpaksa konon-kononya aku tengah calling ngan abang aku, i have to use perkataan abang adik! haha. funny gler. adoi~

ribuan terima kasih to kaka, yan and also ina for join us and help us. thanks. and also 100 millions thanks to mr. BBQ meal and mrs. moist choc cake yang berjaya mengenyangkan aku. satu hari kot xmakan, siyes lapar. oh ya, incik tepung, terima kasih sbb berjaya mengtransformkan dila menjadi nenek tua.  amik la piano mahal tu ye mak cik. hadiah dari ktorg tuk ko!sayang kamu. muahkx.


                                            *at wadi arbain in front of 12 mata air nabi musa*

kepada housemate ku sekalian, time birthday i, i nak beg prada, ok? xnak yang tiruan mesti ORIGINAL. sila cari mulai sekarang. hehe~

p/s sedang geram dengan seseorang. ada kaitan ke ek dgn post ni? 
kepada sesiapa, sila jangan pedajal sy diwaktu besday dgn teruk-teruk. sbb saya TAK PERNAH pedajal korang teruk-teruk. hehe~

09 February, 2010

saya sudah........................!!

saya sudah.....
erk.... adui.. nape la payah sangat aku nak cakap nih?

saya sudahhhhhhh......
ALLAH, asal tbe2 tangan kaku no nk menaip nih?
ok2... again!!
aku taip betul2 kali ni....

saya sudahhh bbbeerrrr....
adoi.... STUCK lagi.. WTFlower!!!
sengal btol keyboard nih...
tertekan R byk kali plak....

Ya ALLAH mudahkanlah aku menaip
sangat payah untuk menaip bende ini sebenarnya
payah untuk aku membuat pengakuan seberani ini.
berikanlah aku kekuatan.. aminnn....

ok2... i`m trying again..
mudah-mudahan berjaya kali ini
saya sudahhhhh berppp....
arghhhhhhh!!! ape ke payah sgt nk taip nih...


aku tulis kt dlm ni, tekan je la:


sayasudahberpijakdibumimalaysia



nmpk x? ok2.. klik blek..:


sayasudahberpijakdibumimalaysia


xnmpk lg? again..:

SAYA SUDAH BERPIJAK DI BUMI MALAYSIA...!! tu jek aku nk ckp sbnrnye.. :)) huhu~


Millions thanks for the readers kerana sanggup membaca dan mlayan post repekan aku... hahah~
have a nice day! and chill out, babe!! :)

05 February, 2010

winter...

H.O.L.I.D.A.Y!!!
                  wahh... pejam celik, pejam buka da hbs exam. alhamdulillah. kejap jek masa berlalu kan? mulai besok, maka bermula cuti WINTER... seronoknya. tp sian zgzgians, time winter break, langsung xde break, coz we have CLASSES.!!! tapi xpe la, nak wat camne, terpaksa. sebagai DOCTOR-TO-BE, kite kena bersedia. Korang bayangkan je la, ni macam ON-CALL. tapi bukan macam lagi, memang ON-CALL pon. Sebab ON-CALL tu diistilahkan seperti dipanggil menjalankan tugas tatkala bukan waktu bertugas. Same goes to us, kirenye kite terpaksa ke kelas bukan pada waktunya. Sila datang kelas ye kawan-kawan. Jangan monteng2. Ala, first week winter jek pon. korang bukannya da ade plan pon kan? hehe..

                    aku ni poyo jek, macam la aku ke kelas. aku tak pergi kelas pon. Nasihat orang jek lebih. huhu. i have an EXCUSE, xpe. Korang xde EXCUSE, xleh ponteng. mengerti? huhu.. tapi even aku ade EXCUSE pon, seriously la aku cakap, aku rasa sangat nyesal taw xpergi kelas. Sbb aku ni budak yg selalu pergi kelas. So, could u imagine how sad am i, when i have to miss class for a week. rasa cm DISASTER! tapi.. aku da fikirkan satu inisiatif lain, iaitu, BELAJAR SECARA ONLINE. so, terubat sikit kesedihan aku. Aku dah suruh housemate aku, webcame ngan aku everyday after class!!. so, aku xde la miss lessons kn? bijak kan? hahaha~

 

bendera malaysia!

aku jadi rindu.
rindu pada kibaran bendera ini. 
Rindu pada nyanyian lagu NEGARAKU
rindu pada bacaan ikrar setiap pagi waktu kt sekolah dlu, 
rindu pada roti canai dan makanan malaysia, 
rindu pada pokok-pokok yg menghijau di malaysia, 
rindu pada KLCC Tower, 
rindu pada udara segar tanpa habuk, 
rindu pada bahasa melayu, 
rindu pada orang-orang melayu,
rindu pada bas-bas, dan LRT,
aku rindu setiap apa yang ada di MALAYSIA.
sgt-sgt merindui.!!!
aku sudah rimas duduk di negara org,
penat memerhatikan mereka bahagia di negara mereka,
aku mahu bahagia,
bahagia seperti mereka,
aku mahu berbicara dengan bahasa ku sendiri,
aku sudah penat
penat menuturkan bahasa asing,
aku ingin pulang....

setiap detik aku berdoa,
agar kerinduan aku itu terubat,
agar keinginan ku dipenuhi,
dan akhirnya,
DOA ku dimakbulkan jua,
terima kasih YA ALLAH...
kerana mengabulkan doa ku
yang selalu kupanjatkan kepada-Mu
terima kasih YANG MAHA ESA,
akhirnya....
AKU BALIK MALAYSIA ESOK!

yehaaaaaa!!!

31 January, 2010


salam... haish.. msti korg pelik kan, aku ni asyik mengupdate blog jek. haha~ well.. nak wat cmne. da xtaw nak buat ape lg. so, mengupdate la. alhamdulillah, akhirnya habis juga aku menghabiskan pembacaan 3 buah buku physiology. malam ni nak ulang balek and buat latihan. doakan la ea. moga sukses aku menjawab esok. Ari ni kita akan belajar mengenali dan mengecam gambar ye adik2.haha~ *mmg siyes kekurangan keje nih* . sbnrnya, tadi saje jek megtransfer gmbr, alang-alang tgk la skali. kirenyer ni adalah gambar2 terpilih yg aku nak masukkan dlm blog aku kali ini. and aku pon xtaw ape motif aku nak letak gmbr ni. korang agak2 sendiri je la motif dy.. huhu~


ini gmbr hospital jek, kuliah aku bhgn blkg dy.

ini adalah library kat alexandria! comel sgt library dy...


mak cik2 cleaner, EXCEPT *yg tgh menongkah dagu tuh*! huhu~

medical students~ ^_^

dis is my house... kitorgnye uma yg plg atas skali tuh.. tinggi kn? dah la xde lif.. :(

tertarik dgn gmbr ni.. sbb inilah 12 air mata air yg dlm al-quran tuh,,

Dahab Red sea~



xyah bukak, xde mender pon.




ish2.. sudah ku bilang jangan klik.. nak sgt tgkkn?, see la ktorg.. chumel kn? haha~




Ok..Kali ni, tolong JANGAN KLIK!! 




kan dah cakap jangan Klik.. nak klik jugak. hah,padan muka~



p/s to shazwani azeera sy saje nk buat mcm kamu.. belajar membuat spoiler.. jadi pon!! hehehe~





01 January, 2010

pagi yg gelap...

pagi itu,
sayup kedengaran alunan kalimah-kalimah ALLAH
tersentak seketika aku drpd mimpi2 indah
oh, indahnya!
walaupun iramanya sgt keras tidak berlagu
mampu membuat aku terlena seketika
menghayatinya..

kalimah itu
umpama menarik-narik diriku agar keluar daripada saratoga pink ala-ala redku
sememangnya aku ingin keluar
daripada pelukan hangat cik sara
aku rimas dgn pelukan itu
namun ada si CELAKA
yg menambahkan lg kehangatan tubuhku
di kala pagi yg dingin amat
dasar DURHAKA,
ia menghembus-hembus angin  ke arahku
membuatkan upper limb dan lower limb ku
juga merasai kedinginan itu.

hembusan itu memukau aku
tanpa aku sedari
tangan aku melakukan involuntary action
sebelum otakku memberikan arahan...
dengan kelembutan
aku menarik semula diriku
meringkuk ke dalam pelukan cik sara
oh, hangatnya.

sekali lagi,
anggota badanku membuat percaturan sendiri
mengkhianati otakku
membiarkan otakku terpana seketika
kelopak mataku mulai menutup
sedikit demi sedikit
membuat aku mulai khayal
khayal dan terawang-awang
dan mulai berada di duniaku sendiri
tatkala aku baharu sahaja mahu
melakonkan watakku
terdengar aku suatu suara
yg btol2 menganggu kosentrasiku
suara itu seperti biasa ku dengar
walaupun butirannya tidak dapat kufahami semuanya
tatkala aku sedang memerah otakku untuk mengintepretasikan suara itu
tiba-tiba

"NISA!! BANGUN.. SOLAT SUBUH!!"

laa... suara housemate aku rupanya..
patut la mcm pernah dengar...
uit SYAITAN, ko xberjaya goda aku kali ni...
alhamdulillah!! yess!! aku menang~

MySpace





22 December, 2009

..relaks sekejap...

.esok kuiz anatomy...
oh, tidak!! buku xbce lg nih...
kpla da pening...
mata da ngntok..
letih pon da letih...
pressure mkin tinggi..
maka wujudla HYPERTENSION...
utk hilangkan tension...
meh... bace cter nih~~
layan~~~

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.
Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?. 
Tanya gurunya.RM 1 cikgu!. jawabmurid itu spontan.
Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.
mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?. Amer tetap memberi jawapan RM1

Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar

Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!

*     *     *

1. Apabila anda hidup dalam kegelapan
Berdoa kepada Tuhan dan minta keluar dari kegelapan
Jika anda masih dalam kegelapan ... bayar bil TNB anda.

2. Apabila anda melihat seorang lelaki membuka pintu kereta untuk isterinya..
Anda boleh pasti salah satu...
Kereta baru atau isteri baru

3. Seorang pembeli marah-marah dan masuk ke dalam sebuah supermarket
Tuan Kedai: Mana ada hadiah free?
Pembeli : Ni ada tulis Cholesterol FREE!

4. If u need ADVICE, SMS ME,
If u need DARLING, CALL ME,
If u need HELP, E-MAIL ME,
IF U NEED MONEY, Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan kami, TerimaKasih.

*    *    *

From : Mr. Suresh Singh of Tamil Nadu, India
To: Mr. Bill Gates of Microsoft
Subject: Problems with my new computer

Dear Mr. Bill Gates,

We have bought a computer for our home and we have found some
Problems, which I want to bring to your notice.

1. There is a button ’start’ but there is no ’stop’ button. We request you to check this.

2. We find there is ‘Run’ in the menu. One of my friends clicked ‘run’ he ran up to Amritsar ! So, we request you to change that to ’sit’, so that we can click that by sitting.

3. One doubt is whether any ‘re-scooter’ is available in system? I find only ‘re-cycle’, but I own a scooter at my home.

4. There is ‘Find’ button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ‘ find’ button, but was unable to trace. Please rectify this problem.

5. My child learnt ‘Microsoft word’ now he wants to learn ‘Microsoft sentence’, so when you will provide that?

6. I brought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows ‘MY Computer’: when you will provide the remaining items?

7. It is surprising that windows says ‘MY Pictures’ but there is noteven a single photo of mine. So when will you keep my photo in that.

8. There is ‘MICROSOFT OFFICE’ what about ‘MICROSOFT HOME’ since I use the PC at home only..

9. You provided ‘My Recent Documents’. When you will provide ‘My Past Documents’?

10. You provide ‘My Network Places’. For God shake please do not provide ‘My Secret Places’. I do not want to let my wife know where I go after my office hours.

11. Why is it that your name is Gates but u are selling WINDOWS

Regards, Suresh

*     *    *

 Dalam satu peperiksaan yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, seorang pelajar kelihatan menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab. Selepas menjawab semua soalan, pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua.

Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, "Apa yang kamu buat tu?" Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya."

*   *    *

MENGENALI MAK MANDIR dan PAK PANDIR..
* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* dia fax surat dengan stem diatasnya.

* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

* study hard untuk ujian darah.

* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

*   *    *

semoga terhibur...
daaaaaa~








Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger