BLOGGER TEMPLATE

Pages

14 April, 2012

una canción para ti.

assalamualaikum. Hola.

mari layan ini lagu spanish.
*belajar bahasa daripada lagu antara cara utk cepat dapat :)*


Tiba-tiba jadi semangat nak belajar spanish, selain daripada ajakan member, bila aku search kat youtube, bahasa ni nampak macam best. seriously. Cara dorang cakap SMART! :D

Teringat kisah kat kelas tuition amiyyah semalam. Betapa hebatnya cikgu kitorang, oh lupa, nama dia Mr. Ihab Ramzi dia dah kuasai 7 bahasa dan sekarang sedang belajar lagi 5 bahasa. 7 bahasa yang memang dah berhabuk je cakap tu, English, Arabic, Turkish, Sepanyol, German, Russia, Japan. 5 lagi bahasa otw, Cantonese and ape tah lagi, tak ingat. serius respek. At the same time, sekarang ni dia tengah try nak belajar bahasa melayu dan indonesia. Hebat kan?

Bila aku tengok kehebatan dia dalam menguasai banyak bahasa ni, tiba-tiba otak aku terligat nak tanya something. Dia lain dari egyptian yg lain. Cakap tak kasar, lemah lembut, bersopan santun, asyik senyum je. Even dengan pekerja-pekerja dia pon xde tengking-tengking. Macam semalam, pekerja dia salah print hand out kitorang, tapi dia xmarah just suruh they print out again. Cool rite?

Completely different like other Egyptians. eh terover puji lak, but honestly mmg patot dia dapat pujian ni, lagi pun puji cikgu sendiri apa salahnya. :) Again, buat aku terfikir. Mesti dia ni dah kahwin and family dia sangat bahagia. Ye lah dah hebat macam tu, bijak, polite mesti ada supporter hebat dari belakang. Well, as a quote say,

BEHIND EVERY GREAT MAN THERE`S A GREAT WOMAN.

aku pun tanya.

"Mr. Ihab, are you married? "
"Yes, I have TWO WIVES."

kitorang yang tengah khusyuk2 tulis semua terjerit...haha.. serentak pulak tu.
"WHATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT??

Shocked!

"hey, dont kill me. Maybe next year, will have another one"

again kitorang, WHATTTTTTTT?

then dia cakap, isteri dia dua-dua foreigners. Isteri pertama dari South Africa, dan isteri kedua orang Spanish. Dan baru ada 3 orang anak. Seriously, masing-masing rasa terkejut lagi. Siapa sangka. Plus perempuan mana tak sensitif bab poligami ni? hehe. Siapa tah yang pergi tanya, tak nak orang Malaysia ke?

"Maybe, and who knows one of you" ah. sudah! haha.

Apa yang aku fikir dah terjawab. No wonder dia hebat dan gembira sangat2. Orang lain yg hebat ada sorang je perempuan support belakang tapi dia, have 2 great women behind. Patotlah berganda-ganda kebahagian dia. LOL

THE END.


nota kaki : to my unknown future husband, please dont bear in your mind to marry more. ok? or else I`ll kill you. hohoho.



06 April, 2012

a quote to remember.

05 April, 2012

Cabaran exam.



assalamualaikum wbt.


Pernah tak tengah korang study time tu la datang idea cerdik bernas. Bila tak study tak de pulak nak datang semua tu. -.- Konfirm ni semua kerja syaitoon laknatullah.

It happened to me this morning.

Tengah-tengah khusyuk baca, tiba tangan rasa nak tengok rantai.
Padahal selama ni rasa macam tak pernah care pon pasal rantai tu, baru hari ini rasa nak belek-belek nak tengok, nak hargai. hehe. Bila dah belek mula lah, datang idea merepek.


tak terpikir nak buat menda ni sebenarnya, tp dah jadi nmpk nice jugak.

Bila dah jadi, rasa nak buat lagi yang lain pulak.

Oh khairunnisa, anda memang kreatif. tapi ya, bukan sekarang, exam lagi 4 hari padahal. -.-

Banyak lagi sebenarnya aku dah terbuat dgn rantai ni, tapi kena berhenti sebab makin di layan makin menjadi-jadi aku nak mengubahnya plak.

pastu selang beberapa jam tiba-tiba rasa nak buat nota kaki comel.

Haish gangguan musim exam ni memang mencabar.


Sabar itu indah. yes of course. :)

Sila doakan saya, 9hb ni saya exam Final Round untuk ENT. sekejap jek rasa, dah nak habis round yang ketiga dah. Oh, time flies very fast.

Saya kena study betul-betul dan tak nak hampakan MAMA :)

Wish me luck, ya.

18 March, 2012

Jangan

Jangan dikenang benda yang lepas, kelak buat sebak di hati.

Jangan melepaskan benda mendatang, kelak pasti tak datang lagi.

Jangan membuat keputusan mengikut nafsu, kelak nyesal tak terkata.

Jangan mulai membuat persepsi, kelak nanti terkena diri.

Jangan fikir diri sempurna, tiada manusia pon yang sempurna.

Jangan terlalu pentingkan diri, kelak tiada siapa yg bantu.

Jangan suka berkata bohong, kelak tiada siapa percaya.

Jangan terlalu berasa senang, kelak susah tiada tertanggung.

Jangan buat orang terluka, kelak kita dapat balasannya.

Jangan beri janji terlalu banyak, kelak nanti tidak tertunai.

Jangan fikir manusia tak berubah, manusia itu hati berubah.

Jangan simpan pendam sorang, kelak nanti sakit sendiri.

Jangan tunggu kalau dah suka, nanti melepas barulah rugi.

Jangan buat orang keliru, nanti orang akan serabut.

Jangan terlalu penakut sangat, banyak benda akan tercicir.

Jangan terlalu banyak bicara, banyak bohong daripada benarnya.


10 March, 2012

keloid.


Assalamualaikum semua.

Hola!

Hari itu temankan kawan pergi operation. Untungnya jadi budak medic kat sini, ape-ape pon operation minor or major, doctor mesti akan bagi tengok. Lagi-lagi kalau dah masuk 4th year. Alhamdulilah. syukur. Malah, doctor semua baik-baik siap semangat ajar kitorang, walau bab surgery kitorang xbelajar lagi.

Operation kali ni hanya buat plastic surgery, sebab kawan aku sorang ni dia da masalah KELOID (excess scar) or parut, biasanya orang Asia, jarang hadapi masalah ini, sebab kulit kita semua kurang pigment. Biasa kena keloid (kesan parut yg banyak) ni, bangsa negro, kulit hitam or african dan juga org mesir. Kulit kawan aku macam ala-alaa egypt sikit, warna dia pon kuning langsat gitu tak coklat sangat, so dia mudah terkena.

Doctor yang baik sangat, sudah la baik, lemah lembut, sopan, tak ganas-ganas po buat operation, kacak pula itu, Dr muhammad Mansour. Insyaallah dia kata akan ajar kitorang surgery tahun 5 nanti. Ya Allah luluskan lah semoga dapat bertemu dengan dr ini. Dia ajar sangat bersungguh-sungguh dan satu-satu dia terangkan. Before start surgery, dia tanya

"anyone have fainting symptoms? anyone fear of blood?"
"NO. NO. insyaallah " semua jawab confidently
"lets start, most of females have fear of blood and easy to faint like my wife, thats why she is a cardiologist. she hates surgery."

semangat kitorang dengar. Tekun tengok doctor tu buat operation.

Tengah operation, doctor tanya,

Doc : Who wants to be a surgeon?

Me : Me. Insyaallah.
Doc : You love surgery?
Me : Yes, I do.

Beberapa minit (lepas 1 jam operation) lepas cakap I love surgery. PAAPP. kepala aku berpusing-pusing. Mata sakit berpinar-pinar. Try tarik nafas, hembus untuk elakkan tak pitam. Sekali lagi, try akhirnya kalah. Pap jatuh kat tepi katil, tercangkuk. Berpeluh-peluh. Doctor and kawan-kawan suruh duduk kat kerusi.

Then doctor tanya, Why u want to faint? You said you love surgery?

Terdiam.

Dalam hati, eh takkanlah aku takot darah plak? itu mustahil. Berkerut-kerut muka fikir nape lah sampai pitam. Baru teringat aku tak makan apa-apa pon dari pagi tadi, dan belum tidur lagi setelah 12 jam berjaga mcm burung hantu.

Rasa malu dengan doctor, so terpaksa lawan diri duduk sebelah doctor. walau dah keluar bintang-bintang kat mata. Rasa mcm nak nyanyi twinkle-twinkle little star pon ada. Paksa badan. Kata nak jadi cardiac surgeon yg konfirm-konfirm berjam-jam operation, kalau baru 2 jam ni da pitam, camne nak jadi?

Ape-apepon selamat sudah kawan aku operate, dan semuanya berjalan lancar. Gembira bila doctor panggil aku doctor surgeon. Aminn doctor. semoga sebutan doctor itu menjadi satu doa. Doakanlah saya semoga dapat jadi hebat macam doctor. :)

peace yaw!

09 March, 2012

The Malaysian-Egyptian Cultural Day.


assalamualaikum.

Hola everybody.

Selamat Hari Jumaat semua.

Terasa sangat penat hari ini. Sebab semalam The Malaysian- Egyptian Cultural Day. Eceh. padahal aku bukan lah jadi ajk ape pon, cuma penat menjerit dan berbual jek kot. Oh tapi saya ada join jugak lah, saya main batu seremban. Eh ingat baling2 tu tak guna tenaga? guna ok. Dengan nak aim mata tgk batu di baling ke arah mana serta dalam masa yang sama kena carik batu kat bawah dan amik. Oh itu semua perlukan kepakaran. cewah. Padahal tak menang pon. hewhew.

Stage and banner. :) They put a lot of effort to prepare all those things.

Janji juara dia budak kelas kitorang jugak. Itu sudah cukup membanggakan. Haha. Tapi sedikit stress jugak lah semalam, orang dah la tengah bertanding, orang-orang arab dorang kacau. Kitorang tengah main-main sekali boleh pulak dia amik batu seremban kitorang. aiyaa.. Terganggu. Kesian azhani stress tak menang ape-ape point sbb orang arab kacau dia xboleh fokus. hewhewhew

lautan Egyptians dan Malaysians.

Bangga lah juga sebenarnya bila tengok dorang semangat nak belajar permainan tradisional. Lepas kalah tu apa lagi, semangat la ajar orang arab ajar. Daripada lelaki perempuan semua semangat nak belajar. Kelakar ada, comel pon ada. Dapat bayangkan tak mamat arab yang gila-gila kacak serta handsome bersungguh-sungguh baling batu seremban tinggi sebab nak tangkap batu kat bawah, dengan mimik muka yg semangat dan takot-takot terkena batu kat atas kepala, siapa tak cair? hahahaha. Ada tu siapa berdiri-diri nak ambil batu. HAHAHAHA.

Sekarang je la boleh ketawa, semalam mana boleh ketawa. Tak baik, jangan patah kan semangat orang. Semalam memang sengih memanjang jek. Minah arab plak comel sebab dorg suka campak batu jauh2 pastu habis payah nak kaut. Dengan aksesori yang banyak kat tangan buat pergerakkan dorg tersekat. Haiiii korang semua ni kenapa comel sangat?? hahaha.

Cara dorang sebut bila ajar nama,

Mereka : What is this?
Me : We called it BATU SEREMBAN
Mereka : what? BASSU SEBAN?
Me : no. BAAA-TUUU SEE-REEMM-BANN
Mereka : owh. BEETU SABAN
Me : *kuarkan lahjah arab skit* BHA-TU SEREMMM-BAAAN
(siap buat iqlab dgn mad izhar aku sebut).
Mereka : Oh. BHATU SEREMBAN.

20 minit nak ajar nama sahaja. hehehe. :)

Next, bila aku dah boring aku main congkak plak.

ala, slek tak pandang camera. T_T

Comel congkak dorang, kreatif budak2 malaysia ni, dorang guna kotak disusun dan soletep jadi lah mcm congkak. Tak terpikir aku nak buat gtu. terbaik la korang. Sekali tengok penuh bahagian congkak dengan orang arab. Tapi setiap congkak tu ada la pelajar Malaysia untuk ajar orang arab. Mencari-cari tempat kosong, sekali tiba2 hosmet aku panggil suruh ganti tempat dia ajar budak arab sbb nak pergi solat. Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang. hewhew.

Aku saja psycho dorang.
Me : You understand how to play it?
Mamat arab : Not really, but I wanna try.
Me : U good at maths?
Mamat arab : Err.. syuwaiyah. why?
Me : Because if you`re not excellent in Maths u cant play. *muka serius*

*muka mamat arab tu berubah* adoi la hai. Dalam hati, tahan gelak, tahan gelak. HAHAHA

Me : Just kidding. Why u so serious?
Mamat arab tu baru tersedar aku klentong dia. huahuahua..

cikgu congkak yg semangat. haha

Sorang-sorang kena ajar, lepas sorang main, sorang yg baru datang nak main kena ajar lagi. Tapi ada satu mamat arab ni baik, lepas aku explain dekat dia, dia faham dan dia duduk situ, semua orang arab yang baru datang dia tolong terangkan. Lega sikit aku ada assistant.
Tapi ada sorang ni, bila mamat tu terang tak nak dengar. Faham la skit ape dorang cakap arab, dia tak nak mamat tu ajar, nak aku. adoi la korang ni. Macam-macam ragam. Release tension semalam.

Satu benda yang jadi kewajipan bagi perantau-perantau, kalau ada majlis2 konfirm2 ada orang jual makanan. Itu acara wajib, sebab makanan-makanan yang jarang di masak mesti akan ada jual, time tu memang pokai la duit. Tapi tak pelah, yang penting makan sedap. Bukan jumpa selalu pon.

Menu makanan semalam best2 ada NASI KERABU AYAM, NASI BLACK PEPPER, GADO-GADO, PUTERI MANDI, LAKSA JOHOR, LAKSA PENANG, MEE REBUS JOHOR, CUPCAKE MINI, Kuih GOYANG and macam2 lah, tapi tak sempat nak beli sangat semalam sebab berebut nak tengok persembahan dan kawan arab kitorang daripada mansoura datang so kena lah layan. :) *bangga sekejap makanan johor byk dijual semalam* haha
kawan arab kitorg (tengah) adik dia (tepi), baru graduate and she`s was top 8 student and got mumtaz every year. proud of you, dr. rania :) .

Persembahan dia mantap la. Funny. Ada dikir barat dengan tarian. Sampai sekarang melekat lagu chale chaiyaa chaiyyaa.. Boleh lah tengok sini, sini dan sini . Credit to tqah nuar . :)


Great Dancers. Nice move uolls.

Dikir barat.

Jumpa lagi tahun depan, Malaysian Day!
sekian. :)

p/s tenkiu kepada semua yg tolong amik kan gmbr dan pinjam kan kamera. :D

25 February, 2012

cerita si gadis.

assalamualaikum.

Pada suatu pagi yg hening, selepas solat Subuh tertidur lah seorang gadis di atas sejadah dalam keadaan dirinya masih bertelekung. Cantik telekung itu, bersulam bunga berwarna hijau pemberian sahabatnya. Pada mulanya gadis itu hanyalah mahu merehatkan badan setelah berjaga daripada tengah malam. Kemudian bangkit untuk membaca al-quran. Namun mungkin terlalu letih, terlena juga.

Dia bermimpi, keluarganya dicurahkan dan diberi peluang untuk ALLAH berbahagia. Mereka berjalan ke sana ke mari, makan bersama-sama, berbincang tentang agama apa yg tidak difahami. Hidup dalam penuh kasih sayang. Melakukan semua rutin bersama-sama. Ayah, Ibu , Akak, dan cik gadis semua gembira dengan nikmat ALLAH yg tak terhingga itu.

Ayahnya mengambilnya sekolah seperti biasa dan ibunya memasak makanan yang sedap-sedap, pendek kata semua hanyalah bahagia. SANGAT BAHAGIA. Hinggalah sampai suatu hari, tiba-tiba si Ayah berpesan sesuatu ketika mereka semua sedang makan bersama-sama di luar,

Ayah rasa hidup ayah tak lama. Andai ayah dah pergi, teruskanlah hidup.
Belajar dengan lebih rajin, jaga ibu elok-elok.
Jaga akhlak, iman, nama keluarga, budi pekerti.
Sedekahkanlah doa pada ayah hari-hari.
Jangan gaduh-gaduh dengan akak ya. Akak pun sama.
Semua di dunia ini tak lama, hanya pinjaman ALLAH.
Tiada yang kekal.

Si ibu dan si akak, terus beralih ke meja sebelah. Kerana tidak sanggup mendengar pesanan yang bisa memilukan hati. Hanya cik gadis yg kuat dan cuba menemani si ayah. Semakin banyak kata-kata dan pesanan yg ayah sampaikan, semakin sebak rasa di dada.

Cik gadis seboleh-boleh menahan air mata ahar tidak keluar. Agar nampak kuat di depan ayah. Dia berbisik,
"tolonglah jangan menangis". Namun, semakin dia cuba tahan, semakin itulah kuantiti air matanya semakin bertambah. Lama-lama pecah juga empangan air mata yang penat di tahannya. Teresak-esak tak terkata. Sampai mengeluarkan bunyi sedu sedan. Bukan lagi nangis tidak berlagu.

Tapi si ayah masih cuba buat lawak,
"Janganlah nangis cik gadis, nanti org akan cakap ayah yang buat. Tak kesian dekat ayah?" Hanya mampu tersenyum, tapi tak bisa lagi menghentikan air mata itu. Dan si gadis terusan menangis, hinggalah dia tersedar.

Tersedar kerana esakan nya terlalu kuat, sampai menyedarkan dirinya daripada tidur. Dia lihat habis telekungnya dibasahi dengan air mata juga sejadah. Dia menyesal.

Kalaulah dia tidak menangis tadi, pasti kini dia sedar daripada mimpi. Dan dia dapat lagi melihat ayahnya yang tercinta. Dapat mendengar suara ayahnya lagi. Dia rasa sangat-sangat menyesal kenapa tidak kuat menahan empangan air mata nya supaya tidak pecah. Rasa menyesal teramat sangat. Inilah peluang dia untuk berbicara dengan ayahnya setelah sekian lama tidak berjumpa, walau hanya melalui mimpi. Dia tahu, mimpi itu mungkin tidak benar dtg daripada mainan syaitan atau hanya mainan tidur. Tapi dia tak kisah, kerana dia sudah terlampau terlalu lama tidak berjumpa ayahnya. Menyesal tak terkata. Rindu yang menggunung pada ayahnya. Tapi apakan daya. Hanya mampu berdoa semoga ibu,akak, dan dirinya diberi kekuatan dan ketabahan. Kerana dia tahu, ALLAH tahu dia kuat, sebab itu ALLAH uji dia.

Cik gadis meraup mukanya, lantas menadah tangan membacakan al-fatihah dan doa dikirimkan untuk ayahnya tercinta.

"Ayah, saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mengamalkan setiap pesanan ayah. Semoga kita semua bertemu di syurga ayah. Saya sayang ayah sangat-sangat"
bisik hati kecil cik gadis. :)


*Sesungguhnya ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kaitan dgn yg hidup atau sudah meninggal dunia* :)

13 January, 2012

my ♥ sis :)


as-salam.


ops. Buffer lagu ni dulu utk dpt feeling lebih. :)


Dear kakak,


Kau tahu disebabkan anda, adik terstuck 30 minit di page buku yg sama sebab terpikir-pikir idea nak buat surprise ape untuk anda kali ini. Piano dah mainkan, menyanyi pon dah, semua dah. Kau tahu juga, disebabkan kau juga, jadual adik terlari hari ini, sepatotnya sekarang ini adik sedang menghadap buku Forensic, tapi kini aku beralih ke menghadap screen computer. Kau tahu juga, lidah ku hampir cramp sebab berbelit2 praktis nyanyi lagu happy birthday dalam bahasa urdu. Kau tahu?

Tapi tak pe, adik mu yang comel ini sanggup berhenti sekejap, walau exam semakin dekat bagai separuh kulit telur di hujung tanduk. Demi kamu juga, adik mu yang comel ini tak kisah terluka hujung kaki sebab excited sangat nak taip blog berlari-lari ke komputer sampai terlanggar hujung katil. Sakit tahu? Tapi tak pe, demi kamu, tak kisah semua itu. Ape pon boleh.

*sahaja nak bagi kau serba salah. Ngeh~*

*Ok mode serius.*

Dear kajol Malaysia,


Hehe. Ingat lagi tak ni panggilan kau waktu kecik-kecik? Dulu aku jeles dgn panggilan ni sampai nanges-nanges, sebab tak de orang pon panggil aku kecik-kecik. Sebab muka aku tak macam Hindustan macam abah dgn akak. Tapi akak tahu? Bila dah besar ni kan, adik akui akak memang sangat cantik dan bertuah dapat akak. Makin besar akak makin cantik dan saya tidak jeles pon macam waktu kecik-kecik dulu malah saya bangga punya akak yang comel macam kamu. (gosh, what is the point here??) never mind. Layankan je.

Tahun ini, tahun last akak sambut birthday sebagai seorang single.Tahun ini juga, mungkin last jugak adik jadi orang PERTAMA wish akak. Ye lah sebab lepas ni akak nak kahwin da, mesti lah suami akak jadi orang pertama wish. Kan? You know, I`m really really very very happy. Last year, adik baru je wish moga akak cepat kahwin sekali tup-tup tahun ni akak dah nak kahwin. Tahniah kak. MABRUK!

But dalam masa yang sama adik sedih sangat. *emosi lebih* sedih sebab lepas ni mungkin kehidupan akak dah lain, kita tak boleh dah nak gaduh-gaduh, or pecah-pecah kan barang akak (eh! Ini tipu), rembat barang-barang akak, main pukul-pukul bantal, main tarik-tarik lambut, main silat-silat sebab lepas ni akak dah jadi hak orang lain di mana SYURGA AKAK BERADA DI BAWAHNYA. Apa-apa pon yang akak nak lakukan, nak pergi mana perlukan izin dia. Tanggungjawab juga semakin besar.

*kesat air mata*

Saya okay. Saya gembira sebab tak lama lagi saya bakal dapat abang ipar. Yeay. Cuma saya harap after dah kahwin nanti, jangan lupakan adik dengan mama. Jangan nanti dah duk sabah, tak reti-reti nak balik Johor plak. Memang adik bawak rotan pergi sana nanti bha. Hehe. *kidding* Walau akak dah kahwin nanti, balik-balik la selalu jenguk mama, pastu simpan duit banyak –banyak datang Mesir tengok adik pula. Mengerti kamu? J Tiap tahun datang pun tak pe. Pintu rumah sewa saya ni sentiasa terbuka luas menerima kehadiran anda. Hehehe.

Tak nak dah tulis panjang-panjang. Nanti kang bnjir plak Mesir ni.


Dear Khairul A`isyah Fathiah Binti Ithnain,

Pertama sekali, lepas ni kalau tulis nama tulis nama penuh, walau pun panjang tulis juga. Mengerti kah? :p

Selamat Hari Lahir akak. J

Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, serta terus dapat terus beribadah dan membuat kebaikan. Semoga di bawah lembayung ALLAH senantiasa dan dilimpahi Rahmat-Nya.

Semoga akak mendapat apa yang akak impikan, semoga menjadi seorang akauntan yang Berjaya dan terkemuka serta muslimah dan semoga menjadi akauntan Negara nanti senang nak belanja adik nanti. :D Semoga akak menjadi anak yang solehah pada mama dan pada ibu ayah mertua serta kakak yang baik pada adik dia. :p

So, sebab dah nak kahwin wish sekali la terus.

Semoga menjadi isteri yang solehah dan menantu kesayangan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan insyaallah hingga ke syurga. Amin. Semoga mendapat zuriat yang comel-comel serta baik pekerti akhlaknya.

26 hari lagi sebelum akak bertukar status. So doa la banyak-banyak semoga segala nya berjalan lancar dan juga semoga akak dah mempersiapkan diri untuk memikul satu tanggungjawab yang lebih besar. Tanamlah azam untuk menjadi yang terbaik. Menjadi isteri yang terbaik serta solehah seterusnya mengimpikan untu menjadi ketua bidadari untuk suami di Syurga kelak insyaallah aminn. J


By the way, kalau abang shahril buat hal, bagitahu adik ye. Siap lah dia nanti. :D

saya jauh untuk sambut birthday awak, jadi saya hanya boleh bagi hadiah melalui menyumbangkan suara sumbang saya. Adik boleh jadi hindustan tak? :p

HAPPY BIRTHDAY AWAK.

saya sayang awak =)

31 December, 2011

Empat. Four. Arba`ah.

assalamualaikum.

sempena tahun baru, ada hadiah utk kalian semua.

^__^


PETUA PENTING IMAM SYAFIE.

4 perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (Student sekarang suka tengok blue)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

4perkara merosakan mata:

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh (err. tp kan saya mmg hari2 kena tgk org kena bunuh, sbb round sekarang pasal org mati. cmne? )
3. melihat kemaluan (cerita luncah included )
4. membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran:

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR:

1. TIDUR PARA NABI- Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka

Now, I knew kenapalah kadang2 payah betul ilmu nak masuk.
Jadi sempena tahun baru ini, mari kita elakkan perkara-perkara di atas dan ikut petua Imam Syafiee.

ok anak-anak? ;)

bagus.

SELAMAT TAHUN BARU dan SEMOGA AMALAN KITA BERTAMBAH DARI HARI KE HARI.


SUMBER : ciplak dari facebook. =)

sila sebar-sebarkan, benda baik apa salahnya berkongsi, bukan ?

S E L A M A T B E R A M A L !

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger