BLOGGER TEMPLATE

Pages

09 April, 2010

Doa menghadapi peperiksaan...

 Bismillahhirahmanirahim.
salam imtihan semua. Dalam mode exam ni, mmg sedikit emo. Takut la, riso la. Normal la tuh, nama pon exam kan. redha je la. ini tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar. Jangan alpa. tapi ingat, belajar-belajar jugak, kita kena ingat sape yg memberi kejayaan dan kefahaman kepada kita kalau bukan ALLAH S.W.T. so, apa-apa masalah RUJUK ALLAH dahulu. jangan asyik khusyuk dok blaja, solat dilambatkan. tidak berkat ye kawan2.! ALLAH harus diutamakan. and as usual, MAKSIAT harus dijauhkan (peringatan utk aku) :( so ni ade sikit doa-doa utk aku kongsi. ade banyak jek lg yg korg bleh amalkan. tapi ini antaranya. Selamat mencuba dan tatkala berdoa tu, doa dengan YAKIN dan IKHLAS kerana ALLAH! insyaallah.. SOLAT HAJAT DAN TAHJUD diperbanyakkan (kalo boleh bgn malam2 utk study, ape salahnya buat sekali solat ni kan. dua rakaat jek. xlama pon, nisa`!! *ingatan utk aku*)
 DOA DIBERI KEFAHAMAN
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
amalan tambahan : cuba amalkan sebelum membuka buku, ambil wudhu` dan membaca ayat alquran. paling koman satu page pon jadilah.

DOA MASUK DEWAN
Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
amalan tambahan : sewaktu nak masuk, langkah dengan kaki kanan. Baca ayat qursi, dan selawat sebanyak yang mungkin. 
DOA KETIKA LUPA
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

 amalan tambahan : selawat banyak dan tarik nafas dalam. boleh juga baca ayat surah al-kahfi ayat: 24.

AMARAN : korang jangan plak time nk exam jek baca, habis exam jek. terus tak doa. Lepas exam juga kena terusan berdoa, agar dilembutkan hati penanda kertas soalan agar memberi markah yang baik kepada kita. dan sebagainya. Apa-apapon, USAHA nak gak. korang baca la segunung uhud doa sekali pon tetapi usaha takda, NOTHING! USAHA, DOA DAN TAWAKAL. semoga kita semua mendapat kejayaan yg cemerlang di dunia mahupun akhirat.


p/s saling mendoakan antara satu sama lain. antara doa yang senang ALLAH kabulkan adalah doa utk dirinya sendiri dan juga saudara-saudaranya lain. (doakan aku ye!)

0 bebelan korang:

Pages 321234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger