fikiran melayang
lidah membisu
hati ribut
apa kena dengan engkau?
sibuk mengungkit segalanya
apa kau tak gentar
akan Pemilik semuanya
bakal menghancurkan engkau
andai kau xbersyukur
sudahlah
hentikanlah
abaikanlah
semua monolog syaitan
yang hanya mahu menyesatkan kau
jangan sekali kau terpengaruh
usah kau khuatiri
akan kesunyian
jangan kau seksa diri
tersemput-semput mencari kegembiraan
kegembiraan hakiki ada pada-NYA
kau gembirakanNYA
kau akan dapat kegembiraan sampingan
percayalah.
usah ditunggu benda yang xpasti,
tapi janjiNYA semua terjadi
aku faham dengan kebatuan kau di situ
tanpa kasih sayang
tapi usah khuatir
kerana setiap sel terbentuk
semuanya telah ditakdirkan
dan engkau juga bakal ditakdirkan
dengan mereka yang terbaik.
19 July, 2010
takdir
10:50 AM
Khairunnisa Ithnain
2 bebelan korang:
wow!! nisa wat sendiri ke ni? hebatnya... huhu...
t ajar huzaim ea... huhu...
Post a Comment