BLOGGER TEMPLATE

Pages

31 May, 2012

tepuk dada tanya iman :)

assalamualaikum.

"Hey, asal dia boleh dapat macam tu? Dia tak layak dapat kot.."
"Tak puas hati betul, macamana kau boleh dapat tu eh?"
"Kau tahu, aku tak rasa si senah tu layak dapat ape yang dia dapat sekarang ni. Mesti ada unsur penipuan"


Pernah dengar? Atau lebih tepat, pernah buat begini? Aku akui, yes aku pun pernah. Manusia tak pernah lari daripada kesalahan. Jangan malu mengaku dosa, cuma bila kita dah mengaku jangan buat lagi.

Bagaimana boleh terkeluar kata-kata seperti itu? Semua bermula daripada perasaan or hati tidak puas hati.
Bagaimana pula boleh terjadi tak puas hati, kerana kita sedang cemburu.
Bagaimana boleh cemburu, bila hati bermasalah.
Bagaimana hati boleh bermasalah?

TEPUK DADA TANYALAH IMAN =)

Pandanglah sesuatu dengan IMAN dan Ucapkan ALHAMDULILLAH rasa kegembiraan bagi pihak mereka. Sesungguhnya apa yang mereka dapat, apa mereka perolehi untuk semua telah ditetapkan di Luh Mahfuz. Semua itu ALLAH telah tetapkan. Setiap orang punyai rezeki yang berbeza-beza. Usah dengki. Bila melihat orang lain perolehi kejayaan, ucapkan syukur dan mohon agar ALLAH tambahkan rezeki kita dan jadikan kita sentiasa bersyukur. Insyaallah :)


 
"Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Nauzubilah min zalik. T_T



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger