BLOGGER TEMPLATE

Pages

29 December, 2010

3rd year story...

BISMILLAH :)

assalamualaikum !

Tahun ini sudah 3 tahun aku melayarkan diri di dunia perubatan yang penuh pancaroba. Alhamdulillah, atas nikmat ALLAH membenarkan aku masih duduk di bumi anbiya` dan di beri peluang mengutip mutiara di universiti yang tidak lah begitu indah seperti universiti lain, tapi syukur lah aku. Kerana di universiti inilah aku banyak dapat ilmu. sangat berjasa!
*mukadimah skema*

Semakin meningkat aku umur ku dan tahun pengajian aku semakin tinggi dugaanya. dan semakin banyak EXAMNNYA.. Tahun 3 ni memang the toughest year. Bak kata, kawan arab aku RANIA, tahun 3 dan tahun 5 la, tahun yang sangat2 banyak exam dan tension. Setiap minggu exam dan sangat banyak pula tu bab dia. aigoo~

Kadang-kadang nak baca balek lain pon xsempat dah exam memanjang. wuuuu.. tapi nak wat camne, kalau xde exam memang lalu je la. pegang buku, oh! dalam mimpi je la. hehe.. Tapi tahun ni memnag agak payah subjek dia, banyak pulak terms pelik kena hafal. Dari parasitology, pharmacology, pathology dan microbiology. nasib lah pathology nama dia xpelik sangat.

Tapi parasitology lah. Ya allah, nama cacing jek pon. Dalam bahasa scientifik dia, mak aih! nak sebut satu nama cacing tu pon amik masa 5 min. itu baru nak sebut, tak kire nak hafal nama cacing. Mahu setengah jam setakat untuk mengingat dan menghafal nama. hoho~

Trichostrongylus perstans, Enterobius vermicularis, Trichocephalus trichuria, Wuchereria bancrofti and etc.

see. berbelit kan lidah nak sebut. Sebut nama orang pun xpayah macam ni. huhu. Jangan pandang cacing-cacing ni sebelah mata, tengok macam tak berguna, tapi kitorg punyalah kena ingat nama, dia lahirkan telur bila, kat mana, even bila dorang mati pon kena ingat.

tiba-tiba aku terpikir, kenapalah orang-orang barat jumpa dulu cacing2 ni. Kan best kalau orang Malaysia atau lagi spesifik orang melayu jumpa dan buat kajian tentang cacing dulu, so xde lah kuar nama pelik2. macam :
Atan`s bancrofti, Necator Fatimah, Abu stercoralis
hah. kan best jek sebut.

Tu xsentuh bab microb lagi dengan nama bacteria yang pelik2. Tapi masuk bab microb, rasa hati sangat pilu (pilu ke padahal happy!) sebab lecturer selalu xmasuk. huhu. dorg tengah gaduh pasal HOD dan ktorg jadik mangsa. Sungguh, kalau time microb rasa mcam tengah masuk kelas nyanyi, tgk prof ckp kat depan macam prof tengah menyanyi dengan merdu dan mata aku yang sangat sensitif dengan nyanyian, pasti automatik tertutup. hehee~ ala, macam sebelum tidor mak akan naynyi lagu sampai la tertidor. (eh, ke korang xpernah?)

Pharma. Sebut pasal pharma rasa seriau pulak. Kalau salah hafal ubat, mahu salah prescription boleh mati patients nanti. Dan subjek ni buat aku sangat risau. sangat-sangat. Ye lah, kalau aku xfaham betul2 macamana bila dah jadi doctor nak bagi ubat. T_T adeh. Dan tadi jek pon, aku baru jek lepas exam pharma dan bila check balek jawapan rasa macam .................!
*speechless*

semoga ALLAH memudahkan segalanya dan dapatlah aku habiskan tahun 3 ni dengan jayanya. Insyaallah. chaiyok budak-budak zagazig. Peduli jek kritikan-kritikan, sebab kite belum sampai final lagi. kerana, selagi belum penghujung, bermakna kita masih xterlambat. mari jadi perajin! haha.

ok. aku mahu tidur.
*masih tak insaf lagi. isk3*

ada satu quote,

"if you just finished your exam paper and you looked like you`ve been raped, that mean you taking medical course."


so, chill sudah kalau tak boleh jawab!~ :p

tata.

22 December, 2010

down.-_-

salam..
Beta mengisytiharkan hari ini adalah hari down sedunia.
mari ramai2 kite down! :))
ohohoho!

No word can describe how down i`m right now T_T

~I`M DOWN~
THE BEATLES.



You telling lies thinking I can't see
You can't cry 'cos you're laughing at me
I'm down (I'm really down)
I'm down (Down on the ground)
I'm down (I'm really down)
How can you laugh when you know I'm down
(How can you laugh) When you know I'm down.

Man buys ring woman throws it away
Same old thing happens everyday
I'm down (I'm really down)
I'm down (Down on the ground)
I'm down (I'm really down)
How can you laugh when you know I'm down
(How can you laugh) When you know I'm down.

We're all alone and there's nobody else
You still moan: "Keep your hands to yourself!"
I'm down (I'm really down)
Oh, babe, I'm down (Down on the ground)
I'm down (I'm really down)
How can you laugh when you know I'm down
(How can you laugh) When you know I'm down.

(Wow! Baby I'm down!)

Whoo, baaby!

Oh babe, you know that I'm down (I'm really down)
I guess I'm down (I'm really down)
I'm down on the ground (I'm really down)
Whoa! Down! (I'm really down)
Oh, babe, I'm upside down
Oh yeh, yeh, yeh, yeh, yeh, I'm down (I'm really down)
Oh, baby I'm down (I'm really down)
I'm feelin' upside down (I'm really down)
Ooh, I'm down (I'm really down)
Oh, baby I'm down, yeh
Oh, baby, I'm down, yeh!
Baby, I'm down (I'm really down)
Oh, baby I'm down (I'm really down)
Oh, baby, baby, baby! (I'm really down)
Oh, baby I'm down (I'm really down)
I'm down, down, down, down, down, down, down, down, down, yeh whoa!

sangat perlukan nasihat sekarang ini. feel free untuk tinggalkan nasihat anda :)
thanks! :)


12 December, 2010

Quote for today,

IF YOU'RE NOT IMPLANTED IN SAME UTERUS, DONT EVER DREAM TO GET MORE.

Hitung diri, cermin badan, tenung muka, and say to yourself,

'khairunnisa, jangan mengharap! Mereka siapa, anda siapa.'

07 December, 2010

♥ new year ♥

assalamualaikum.

"Selamat tahun baru dan salam maal hijrah."

Lets closed the old book, and begin with the new book!
Just create only good stories. and say Good bye to bad stories.
Don`t ever think to dirt your new book with any germs or parasites.
throw them away from your , clean, beautiful, white book.
'they' not suitable together!

I really wish, i can fulfill my wishes this year.
i wont anymore to be a girl who always enthusing whenever any thing comes.
then forget easily like time`s flying.
i have to change.

ALLAH gives us choices. Just depend on us, how we choose the choices.
I wont anymore to be a sensitive girl . too care about others talk!
and yet always negative thinking. i have to change.
INSYA`ALLAH.

let us give ourselves chances to upgrade self!
to be a GOOD PERSON ! :)

I MYSELF!

05 December, 2010

saya ada jawapan bagi setiap soalan anda :)

assalamualaikum.

semalam, aku rasa seronok sangat dapat berbual dengan kak yuni. Dia sekarang ni dah umpama kakak aku di dalam bumi asing bagi aku ini. Bumi di mana aku duduk tanpa bantuan emak mahupun saudara mara. Hanya diri sendiri terpaksa berkayuh bersama bantuan kawan-kawan.

Sungguh! Aku rasa sangat bertuah dikurniakan kawan-kawan di sini. Yang sama susah, sama senang, sama bantu membantu, tak kira dalam apa cara pun. Aku rasa cukup bahagia dan gembira. Terima kasih kawan-kawan sekalian! :')

tapi itu lah, bila tanpa pantauan ibu dan keluarga, sendirian, kite kerap kali mudah alpa, lalai, lupa. kadangkala terhanyut tanpa sedar. Dan waktu itu lah kite perlukan sangat peringatan daripada ALLAH. Ya ALLAH, berikanlah aku peringatan andai aku terlalai. :(

Tadi bukak fb, ade kawan aku tag satu note. yang aku rasa sesuai untuk dikongsikan bersama. Aku xtaw sape punye note, so, nak mintak izin pun xtaw kt sape. So, aku sekadar menyebarkan, semoga si penulis ini mendapat pahala, setiap kali org membacanya. :)

AL-QURAN MUKJIZAT TERAGUNG!

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya:

Kita bertanya : Kenapa aku diuji ? Quran menjawab:

“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)

Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ?

Quran menjawab,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini ?Quran menjawab,

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Kita bertanya : Kenapa mesti frust ?

Quran menjawab,

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah al-Imran, ayat 139)

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya ?

Quran menjawab,

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?

Quran menjawab.

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?

Quran menjawab,

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)

Kita berkata : Aku tak tahan!!!

Quran menjawab,

“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)

Kita berkata: Sampai bila aku merana begini ?

Quran menjawab,

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)

SESUNGGUHNYA, AL-QURAN ADALAH TEMPAT SEGALA MACAM JAWAPAN BAGI SETIAP MACAM PERSOALAN.

bukalah Al-Quran, bacalah dengan tartil, fahamilah Al-Quran, dalamilah Al-Quran, dan Peganglah al-Quran.

nescaya kamu tidak akan menyesal :)

03 December, 2010

tazkirah Jumaat :)


assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh~

hee~ panjang sungguh salam aku kali ini. maklumlah, aku baru sahaja pulang daripada usrah, so impak itu masih terkesan lagi. dan berharap ianya terus berkesan dan berpanjangan.. insyaallah. hehe~

Dah lama hati gelap ini tidak tersentuh dengan kalam-kalam nasihat, syukrillah, hari ini diberi peluang aku untuk mengikis sedikit sebanyak hati yang gelap gulita lg malap ini. :)

Dalam banyak-banyak isi dan cerita, hati aku tercuit dengan satu kisah. Yang betul-betul menarik perhatian aku dan seterusnya, meh.. meh.. aku cerita plak kt korang semua.

Kisah Fudhail Bin Iyad.
Fudhail ini merupakan antara ulama` terkenal hingga kini. Dahulunya,beliau ni hanya insan biasa dan beliau bukanlah ahli sufi atau ahli kitab dan etc. Namun, setelah satu peristiwa yang berlaku pada dirinya, dan setelah peristiwa tu ALLAH bagi hidayah kat dia, dan akhirnya, hingga kini nama beliau sentiasa harum mewangi dikalangan umat Islam.

kisah beliau bermula pada suatu hari, di mana, ketika itu beliau sedang berjalan-jalan. Dalam perjalanan beliau, tiba-tiba beliau terjumpa satu helaian kertas yang tertulis di atasnya nama ALLAH. Lalu, beliau mengambil kertas itu dan di simpannya. Di saat itu, beliau hanya mempunyai dalam beberapa keping wang, yang sememangnya wang terakhir beliau. Lantas beliau terus pergi ke kedai minyak wangi, dan membeli minyak wangi menggunakan duit terakhir beliau itu dan kemudiannya menaburkan minyak wangi itu atas kertas yang tertulis kalimah ALLAH dan kemudian menyimpannya.

Setelah itu, beliau pulang ke rumah. Tatkala beliau tidur, beliau bermimpi. Di dalam mimpi beliau , ada suara yang berkata :

"Ya, Fudhail. Disebabkan kau mewangikan nama ALLAH, maka ALLAH akan mewangikan namamu di dunia dan akhirat. "

sejak itu, nama fudhail sentiasa mewangi dan menjadi sebutan umat islam sejagat.

subhanaallah. azzim kan? Hanya benda yang kita nampak macam kecil sahaja usaha dia, tapi mendapat ganjaran yang luar biasa hebat.

KONKLUSI DI SINI, BUATLAH SESUATU KERJA ITU DENGAN IKHLAS KERANA ALLAH WALAUPUN USAHA NYA HANYA KECIL.

* * *
BY THE WAY ,

bercakap pasal nama ALLAH di jalan, aku rasa sangat berTANGGUNGJAWAB untuk memberitahu dan membebel di sini. Kepada semua orang SILA AMIK NOTE!
*nada serius gilak*

Tolong la, aku ingin berpesan kepada semua yang nak kawen, or bakal kawen, atau lambat lagi nak kawen, atau yang dah kawen nak kawen satu lagi, atau ade sedara mara nak kawen.

tolong la, jangan la letak nama-nama ALLAH, atau ayat-ayat alquran dalam KAD KAHWIN KORANG ITU. Tak relevan ye nak letak kat situ. SANGAT TIDAK RELEVAN.


owh kenapa aku harus emo?

ya, aku perlu emo. sebab dah berlambak, aku tgk kad-kad kawen bertebaran di jalan raya. dan yang aku paling geram, bile ade satu hari, aku nak turun dari kereta tiba-tiba terpijak satu kertas. Bila ku angkat dan tatap, ade surah al-hijr, siap dengan ayat alquran serta berbaris juga dengan tafsiran and ya, tidak lupa pada hadis. DAN DAN Aku terpijak ayat al-quran. apakah tidak relevan utk aku emo? sebab terpijak ayat alquran?

and the most sad thing, aku pernah ternampak. Kad jemputan kahwen yang ditulis penuh khat dan perkataan "BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM" yang agak besar tulisan dia, terjatuh berhampiran dengan najis binatang. Apakah masih tidak relevan untuk aku tidak emo?

dan xperlu aku singkap, kisah2 yang memilukan hati kerana aku percaya korang semua pernah mengalaminya.

Jadi, tolonglah. Kalau nak sangat letak ayat al-quran, xperlu la nak bubuh ayat-ayat al-quran, dan aku rasa tafsiran pun xperlu kot. Setakat nak tulis kata-kata sudah la kot. Macam, "doakan lah kebahagian kami hingga ke akhir hayat and etc etc." bukankah itu lebih baik?

Perkataan ALLAH tu gantikanlah dengan perkataan TUHAN. Ya, saya percaya, anda mungkin kata, ade jek yg xbuang sepah2. simpan di rumah. Tapi siapa berani jamin, yang semua yang penerima kad itu kemudian setelah itu bakar?

Namun, xsemua kad kawen di tulis mcm tu. Masih ade yang xmenulis perkataan2 ayat alquran dan sebagainya. Cuma selepas ini, sila perhatikan kalau ade ayat-ayat al quran dalam kad jemputan, sila sila dan sila, jangan buang merata-rata. ok?

dan kalau kalian ternampak ade ayat2 al-quran tu or nama ALLAH, amik la. kalau rasa xtahu nak simpan. bakarlah dan tanamlah di tmpt yang orang tak akan lalu.

ok. saya penat membebel! sekian khutbah jumaat pada hari ini. terima kasih. ^_^

29 November, 2010

bila aku mula merepek!

selamat pagi, tengahari, dan malam!
* mudah korg jawab law nga bce pada waktu2 tersebut*

Aku baru jek lepas daripada penat dan hidup yang xteratur. Maklumla, minggu lepas agak busy sbb ade fiesta zagazig. Ape aku boleh komen, agak best cume biasalah, xsemua sempurna kan. walau ade kekurangan tapi ok lah! tahniah.

Fiesta zgzg tu mcm2 aktiviti dorg buat. Debat, bahas, kuiz and sukan. Aku macam biasa, si-tamak-yang-xsodar diri. Smua benda nak masuk. Bila dah sakit, baru rasa nyesal. pastu bila sakit dah baik, start tamak balek. dan begitu lah seterusnya.

Pasal debat aku xnak sentuh. Rasa macam memperbodohkan diri sendiri jek kat depan tu. Cakap merepek-repek, merapu-rapu, xde point! haha, malu btol. Rasa bersalah yang menggunung, bila ramai classmate datang, then bler tengok aku perform, mesti dorg kecewa kan. SORRY KORANG! lepas ni aku xnak masuk dah, sian kelas aku kalah lagi nnt. hehe. Tapi ape-pon aku bangga la, sbb akhirnya debat ni dijuarai oleh budak 3rd year walau bukan kelas aku! yg penting BATCH aku menang. :D congrats korang.

habis jek debat malam tu, terus rushing nak hafal skrip choral speaking. Yang ini aku boleh komen panjang2. sebab best gler kot choral speaking ni! cerita best, puan conductor yang best, choral speakers yang sekepala. Aku rasa cukup fun. cume yang letihnya kena berlatih setiap petang till malam tu xlarat. Berlatih dalam hanya beberapa hari ini, lepas tu kena wat persembahan. Kalau tersilap sikit2 tu normal la kan? tapi aku cukup tabik spring kat puan conductor, dia mmg boleh terima jek apa pandangan orang. itu yang best! buatnya dapat conductor yg strict, mau stress aku! :P

Frankly speaking, aku rasa tahun ni, aku main sukan hanya untuk fun! rasa best gak rupenyer ek bila kita main untuk suka-suka, Tahun-tahun before ni, aku selalu main sbb nak menang. Sebab tu law xmenang cam emo semacam. Tapi tahun ni walau group aku banyak xmenang, tapi ia cukup menyeronokkan! Habis jek sukan, baru aku terfikir, cmni rasanya law main untuk fun bukan menang. Agak best gak feeling nih! Walau kaki aku da sakit asyik jatuh berkali-kali tersungkur kt gelanggang futsal, tapi ianya xterasa sangat. Itu la, bila orang suruh tendang bola masuk dalam gol, aku pergi bawak kaki dan badan aku masuk dalam gol sekali. apalah! nampak sgt tidak-pro di situ!

ada sorg kawan aku tanya, ko mmg suke ea join aktiviti-aktiviti ni?

aku sengih! Memang actually, aku masuk sbb aku rasa aku dah biasa dengan semua itu. Tapi ade sebab lain dia gak, aku nak masuk sbb :

untuk bakal anak-anak aku! hahahahahahahha~

what the hell right?


i know.. i know... tak de lah, nanti bila aku nak cerita kat anak-anak aku yang aku pernah masuk ni masuk tu,at least btol la. xde la aku klentong bujur-bujur kt dorg. Ni sbuk suruh anak masuk tu masuk ni, tapi bila ditanya balek, mak, ayah pernah masuk ke.pastu cakap pernah masuk. cakap je pernah bila suruh tunjuk bukti mula la cakap, time zaman ayah or mamk dulu xde sijil-sijil macam korang. bila suruh ajar, cakap syllabus da lain, dulu pertandingan lain, xsama mcm sekarang. LAME la.

budak sekarang sangat genius ok! xnak percaya selagi xde fakta. contoh jek, anak-anak sedara aku sekarang, cakap kalau setakat nak menakutkan, memang kena pijak hidup-hidup jek ayat-ayat korang tu.

contoh :
" angah, xelok cakap aku-aku, nanti hantu paku datang"

budak zaman dolu2 :
terus ikut, percaya dan sebarkan. xbanyak bantah.

budak zaman sekarang :
"ala, kalau hantu datang, baca je la ayat kursi. Hancur la hantu tu."
(ini kalau jawapan budak baik)

"Apa kaitan hantu paku dengan pktaan aku? lagi satu, kenapa hantu paku yg dtg, kenapa bukan pocong ke kuntilanak ke "
(kalau dpt ini, masak la nak jawab)

sebab tu, aku kalau nak lawan cakap mama, aku pikir sejuta dua ribu million kali.

1) asbab utama, mestilah aku tkot dosa n dimurkai ALLAH..
2) kedua sebabnya, kalau aku lawan mama aku, nanti anak aku akan berganda-ganda lawan kat aku. uiks tak nak aku.

sebab tu orang-orang tua selalu pesan,

JAGA PERILAKU, JANGAN DURHAKA, sbb nanti anak kita akan mengikut seperti apa yang kita lakukan dan malahan lagi teruk!

jadi, di sini, apa yang boleh kita simpulkan :

"think about ur future children and u`ll be a good person! :)) "

09 November, 2010

upin dan ipin.

kahkahkah!
i cant stop laughing till now~

saje buat aku sakit perut, ketawa petang2 buta.
adoi.

ni semua kes pasal upin ipin la ni.
kesian dua budak botak comel ni.
jadi mangsa keadaan free mason.
kesian.kesian.kesian

mane aku xketawa baca komen blogger len dalam link blog ini.
Italic "...perkataan minyak pulak maknanya kentut dalam bahasa aryan lama.... ...cipan pulak bermaksud limau dalam bahasa mali..."

"tahu tak itik itu apa maknanya? israel tercekik. ha..dlm bahasa ugandaiosesn.
ayam pula bermaksud saya rakyat palestin dlm bahasa ariosenteseces"

banyak lagi komen-komen dorang yang buat aku ketawa guling2!
kahkahkah!


free mason?

Aku pernah baca link introduction dia. Tapi tahun lepas la, and aku xingat da link dia.
Kalau aku jumpe, aku akan bagi korang. Page dia sangat berjela-jela. Korang bayangkan the whole day aku habiskan nak bace benda alah tu jek. Dan aku pun x amik care sangat sebab ayat-ayat dia sangat sastera. Mula-mula baca memang terasa macam, "aah la. xsangka. Pandai Israel mainkan kita." Tapi makin lama baca, makin pelik. Sebab macam benda harian pun di kaitkan gak. Ada benda yang dorang kaitkan memang aku percaya merupakan strategi Israel. Tapi part lain tu korang akan rasa cukup ragu-ragu. Makin korang baca, makin korang ragu-ragu. memang psycho la cakap page tu.

Tapi entahlah, mungkin ianya betul. who knows. Waallahua`alam. Tapi tiba-tiba ade plak yang menyebarkan bahawa kartun Upin Ipin tu antara agenda Israel. Nak tau kisah lanjut korang bleh klik sini atau sini . Eh, hello! Cerita tu banyak unsur nasihat la, kawan! Takkanlah. And plus, aku pon ade search gak pasal khabar angin yang cakap:

Upin dalam bhsa aramaic - aku benci rasul (Astaghfirullah)
Ipin dalam bahasa Syric - aku suka Israel

Aku search gak dictionary online for confirmation , pas bace blog ini and the result was : "the word not found!"

Yang maksud Ipin pun aku search. Tapi ape yang aku jumpe buku syriac yang panjang lebar dan hanya ada tulis satu jek perkataan ipin, dan aku baca part tu tak de plak pasal Israel.

Macam2 kan zaman sekarang?
Tapi aku rasa why not, kita utamakan ape yang utama. Ketengahkan isu yang kritikal. Such as, Halal foods ke pasal ubat-ubataan. Beb, Makanan la punca segala-galanya. Cuba try kaji and search makanan-makan yang mana halal mana haram. Sebab sekarang makanan-makanan banyak terkandung bahan yang syubhah. THAT IS MORE IMPORTANT, right? Bayangkan kita solat tonggang tongek bertahun-tahun, puasa tapi dalam badan makanan tak halal or syubhah. Nauzubillah!

just my opinion. Dan ini tidaklah bermakna aku nak cakap yang aku xconcern masalah Israel. I do! Tapi benda yang kaitan dengan amalan ibadah kita patut lebih diutamakan, kan? Settle benda utama, then u can do the rest!

tapikan aku takut gni jek taw, dorg nak sabotaj Upin Ipin tanpa gune nama free mason. haha entahlah! lantaklah labu!

p/s first time membuat entry serius! keh3. patotnye nak buat resepi, tapi xpelah postpone dulu yek!

08 November, 2010

makan oh! makan


salam.

Hari ni turn aku masak. Saja terasa boring dengan masakan nasi putih sahaja, lalu aku pon membuat anjakan paradigma. Menukarkan menu dari nasi putih ke nasi berwarna- warni. Dan setelah pikir tengok bahan, aku pon amik keputusan nak masak NASI TOMATO + HOT DOG AYAM MASAK MERAH+SUP AYAM. bajet-bajetla kunun ktorang satu rumah berpose ari ni, so macam nak buka tu biar sedap2 sikit. HEHE~ plus nk testing masak, law jadik boleh masak time raya haji.

Tengah tumis-tumis plus tengah tahan hidung dek menahan xnak cium bau bahan tumis yang sangat enak. (hidu lebih batal pose oo). Memang betul2 menggoda iman yang senipis kulit bawang ni. Yang bisa tercarik bila-bila masa sahaja. ehehe. Satu step ke satu step settle. Dan akhirnya tinggal step terakhir. meletakkan air. Settle jek letak air, bape minit pastu air nasi tomato tu jadi menggelegak.. sangat vigorously! Aku dah pelik, padahal api sederhana besar jek pon. Aku pon biar jela. Pastu lepas bpe minit, tibe-tibe legakkan tadi makin berkurangan. Aku pelik. Eh, apasal jadi cmni. Sekali tgk-tgk api dah mati. HAMPEH btol. Baru nak masak sedap. Gas ilek pulak.

Sokmo gtuh taw. Time aku nga excited masak sedap-sedap mesti ade cabaran. Macam kes nasi ayam aku tahun lepas. Aku apelagi, kelam kabut g uma sebelah tanya ada api tak. Waktu azan dah dekat ni. Nasi belum masak. Lauk xsiap lagi. Pergi umah sebelah, dorang pun xda gas. Aigo~ musykillah kabir ni. Last2 terpaksa menapak uma atas. Nasib baik lah kat imarah ni ade 4 buah uma budak Malaysia, law tak. Tak taw la ape nasib nasi tomato aku.

Terpaksala angkut periuk dan kuali, bahan-bahan masak ke atas. Nak menumpang gas. Nasib la UMA AKU ADE LIF KAN. ALHAMDULILLAH ADE LIF.(kehkeh. saje nk highlight uma aku ade lif). Takde lah penat sgt aku nak menapak tangga bawak kuali yang tengah mendidih-didih. Dan aku pun meneruskan saki baki masakan aku tadi. Tapi itu lah kan, nak katanya, bahawa SETIAP YANG BERLAKU TU PASTI ADE HIKMAH. Dan dengan berlakunya incident tadi, xmemasal hari ni ktorang makan mewah gilak! Rupa-rupanya budak uma atas (nabila, kak nissa, dila yusuf) tengah goreng karipap and baru nak start masak jugak. Sedap weh karipap dia. Last-last kitorg pun gabungkan masakan dan makan berjemaah.
*ade chance nak menang biah solehah ni. masak berjemaah, makan berjemaah, solat? erkk.. * :D

dan inilah hasil masakan kitorang~!

aku xboleh komen apa-apa cuma satu ayat jek yang mampu terkeluar,
MARVELLOUS! hehe.

[show time]

taraaa~

nasi tomato!
*credit to mama bg resepi*

*hotdog ayam masak merah*
xsempat nak potong comel2 hotdog sbb nak rushing masak. :(


sotong sambal berkuah
credit to chef dila yusuf & nabilaa


sayur goreng
credit to chef nabilla

lastly, 'karipap pusing' hand made by chef kak nissa.
dan sedap sgt! serius.


ok. enjoy reading. Ada yang mintak resepi, nantilah aku post kt next entry. orait?
^_^ V


07 November, 2010

mr google tidak waras.

salam.

pernah kawan aku bertanya. sampai sekarang mereka masih bertanya.
"Nisa`, ko xnak cter ke pasal minah-minah arab yang cun melecun kt sna.? "
"bawak lah balek sorang minah arab ke malaysia. Ko ni, angkut jek mana2"
"nisa, aku nak ole2 minah or mamat arab"

Paling sadis bila anta aku kat airport,
"eh, nisa`. tahun depan kau balek, aku taw ko mesti bawak mamat/minah arab tuk aku".

Amboi-amboi korang. Ingatkan minah or mamat arab tu anak ikan ke. Main sauk kt dalam parit, terus masuk dalam balang. Then, bg makan, buat lubang sikit biar hidup lama dapat udara. Packing comel-comel bagi air tak tumpah, letak kat dalam luggage. Wrapping luggage elok2 gune wrapper, then masukkan beg time check-in. Itu pon aku berharap "dia" xrosaklah, sbb kena scan. Pastu, bila sampai Malaysia, aku terus jumpa korang dan keluarkan balang tu and cakap, "Nah, minah or mamat arab korang". Amiklah. Penat aku carik" ! adoiiii~

Kawan-kawanku yang sangat-sangat aku cintai serta sayangi, kalau semudah itu lah. Aku akan tangkap beramai-ramai orang arab, sampai habis da orang arab pun xpe, aku sanggup bawakkan tuk korang. Pilih je la. Tapi masalahnya, orang arab itu bukan sekecil anak-anak ikan yang boleh dipenyek-penyek serta sumbat-sumbat ke dalam balang. ok? haha. aku rasa, tanpa aku perlu describe korang lagi arif macam mana arab itu kan? ke ada yg xtaw lagi shape dorg cmne? nak aku tunjuk ke? hehe.


melotup nyah!

Ok. Aku faham perasaan korang inginkan aweks or balaks yang ala-ala mix gtuh. mix kan comel? Ala, dekat Malaysia jek ramai jek kacukan, xperlu korang cari jauh2. Bangla-bangla tu banyak yang single mingle. Mix gak tuh. Ala-ala Shah Rukh Khan lagi gituh. Sekurang-kurangnya dapat gak membantu mengurangkan populasi penduduk tanpa izin kat negara kita kan? hehe. Yang guys plak, jangan risau. Gadis-gadis Philippine kan ada. Comel2 jek aku tengok! so ape lagi pergi SERANGGG! haha.


adik manisss.. abang macho kan ada? ehehe.

Tak pelah. korang pasang je la impian tu, mane taw kot2 menjadik kan. Siapa taw! Tuah manusia kan? Tapi kalau aku, aku lebih rela mencari orang Malaysia daripada mereka ini. Sebab aku dah 2 tahun lebih duk ngan dorang so aku lebih tahu perangai sebenar dorang. ehehe. Jangan risau aku xkan cerita, nnt karang musnah plak mimpi-mimpi korang. Aku kan kawan yang baik! :P

Tapi aku nga curious ngan satu benda ni. Yela, time aku nga dok google gambar-gambar orang arab, hari ni aku saje nk testing search google gune bm, tiba-tiba terkuar satu gambar yg aku rasa aku macam pernah tengok. Banyak kali gak aku gosok-gosok mata, tapi memang aku xsilap tgk. Terkejut aku. Aku ingat aku nga bermimpi, tapi tak jugak! Aku rasa google ni memang dah rosak! Betul-betul dah rosak. Sungguh!

(klik untuk tumbesaran yang hebat)

konfirm mr. google betul-betul tak sihat! :P



04 November, 2010

thanks for everything~

SALAM SEMUA.

pada hari ini genaplah 20 tahun 2 hari aku bernafas menggunakan oksigen dan mengeluarkan carbon dioksida di atas muka bumi ini. Terima kasih ALLAH kerana memberi aku peluang untuk hidup di muka bumi.

first of all, aku nak brterima kasih banyak2 atas segala ucapan korang semua. ape2 ucapan samada melalui blog, ym, mesej, calling, facebook. semua aku hargai. thanks korang. Sesungguhnya, ucapan itu amat bermakna bagiku. kerana itu merupakan tanda korang ingat akan aku. thanks a lot. walau ada yang terlambat wish, but its ok daripada xwish langsung kan?
*walau aku sedih, sbb ada seorang dua member aku xwish pon. maybe dia terlupa kot. xpela*
kalau ade yang aku xsempat balas, aku mintak mahap banyak2.

setelah berminggu-minggu masalah xputus2 datang mnghentam aku, tapi dengan ada member2 yang sempoi dan sekepala serta ucapan-ucapan yang korang wish buat smua masalah HILANG! LOST! lega skit kepala ni. setelah berharian mnanggung problemo-problemo. Thanks korang. thanks mnceriakan aku. pada kawan yang xdapat join thats party, i`m so sorry. nnt la, aku ajak ea. maaf!

walau aku terpaksa menelan air snow soap, tapi everything was so fun! thanks dude. thanks a lot. korang punye rancangan memang mantap. And terima kasih gak telah buat aku menumpahkan air mata.
AKU SERIUS SAYANG KORANG SANGAT-SANGAT
.
xpe la. ini turn korang. tengoklah nanti time korang, aku akan make sure one of the ingredients is "tahi khimar"! hoho~ siaplah. aku akan buat lagi kijam dr korang.

kesedihan xdapat sambut besday bersama family selama 3 thn da, terubat bila ade kawan-kawan. korang la family aku. terima kasih tak terhingga. i will remember every single moments we had together. thanks sayang-sayangku~! you`re the best. dan korang lah kawan aku dunia akhirat. thanks sangat2.

adilaa syamimi
aliaa syazwani

aznor wahidah

nurul athirah
halimah
alina
atiqah mamat

farhana
shazwani azeera
hidayah
aineen


thanks for the party and thanks for the big bear~!
for those nama dia xditulis jangan kcil hati sbb aku pon HEART korang sangat2!
thanks a lot KAWAN!!!
my birthday cake :)
its sooooo delicious.


muka-muka devil~

me and reddy~!!! ^_^

banyak gambar akan diupload kemudian. :)


31 October, 2010

my 10 wishes.

10 angan-angan mat jenin aku yg sedang berlegar2 dalam skull.

1- nak peluk serta cium mama aku.
2- nak makan masakan mama.
3- nak cepat dapat buku microb. Aku tak faham menda pon microb.
4- nak internet yg laju mcm kapal soyutz.
5- nak hadiah besar sangat serta kek untuk besday aku.
6- nak balek malaysia raya haji ni.
7- nak masuk kelas piano. Kat egypt ni xda ke?
8- nak jumpa baby NG anak mama.
9- nak cpat2 terjumpa ngn soulmate aku. Hehe. Siapalah la agaknya ek? Haish.
10- nak semua di atas termakbul!

Winter sudah masuk. Summer sudah pergi. Blaja harus khusyuk. Biar tahun dpn najah lagi. =)

21 October, 2010

saya respek kehebatan anda berbahasa.

salam.

aku sudah sampai di mesir. ahaha. da berminggu di Mesir baru nak cakap dah sampai. Macam biasalah internet punya pasal, buat asyik terdelay untuk annouce kan kesampaian aku di sini.

perkara pertama nak aku komen pasal Mesir, tiada benda yang berubah. still macam dulu. Cume sekarang ni aku rasa macam ramai dah muka-muka melayu di sini. Xlama lagi boleh la buat Malay-town kt sni. Terutama area salam boleh juga dinamakan "Perkampungan Melayu". btw, welcome JUNIOR-JUNIOR semua! :)

orang arab berubah? wah. jauh panggang dari api mereka nak berubah kot. still macam biase, garang, ganas, kaki gadoh and mungkin gersang! ehehe. aik, da masuk tahun 3 pun still kutuk arab? Owh. itu perkara wajib. haha. (eloklah jadi perkara wajib, sia-sia jek wajib dapat dosa). ok2 ni last pas ni xkutuk lagi. *janji*

kelas tahun ni agak pack! tak banyak gap cm tahun lepas tapi cume kelebihannya cuti 2 hari. yuhuu~ boleh enjoy2 sakan. so, early weeks ni prof xajar details lagi, dia bagi banyak masa free. Kelas praktikal pon banyak yang belum start lagi. so, ktorang gunakan masa yg terluang itu untuk MAKAN la. as usual! :D order punye order, tunggu punya tunggu, last-last makanan tak siap. yang aku pelik, setiap kali mamat or minah arab bagi resit makanan tu, dorang boleh dapat dulu. Nampak bukan diskriminasi di situ?

nak cover diskriminasi itu, mula la dorang start cakap ayat manis.
"Kamu sangat cantik dan manis" *ya aku tahu, xperlu puji lagi*,ehehe.
"Malaysia sangat bagus"*rasa macam nak balas, bila MESIR NAK JADI SANGAT BAGUS pulak?*,
"Anda mahu order apa?"*soalan ini rasa macam nak bagi pelempang, lah kan dah bagi resit, tanya lagi mahu apa*.

pastu mula la buat cam mesra alam. dan time tu gak la dia nak tanya pasal perkataan Malaysia. Perut dah lapar, nak suh aku layan, harapan la weh. pas dia rasa xdilayan mula la bebel panjang-panjang dan kunun-kunun buat keje kelam kabut. wrap food dgn pantas, tapi lagi kalut jek aku tengok. pastu asyik terjatuh. berbual dengan bahasa serta istilah tidak difahami Kejap BI kejap BM, aku kt stu rasa cm nak amik stapler and stapler jek mulut dorg. adui~

aku hargai atas kesungguhan beliau nak belajar bahasa melayu or inggeris, tapi boleh tak bukan time nak order makanan? Mana lah tak emo. Hungry man is an angry man. xtaw ker? Pastu, yang xboleh tahan, dia ngan member dia boleh plak kutuk-kutuk budak malaysia dalam bahasa arab. Hello! anda ingat saya xfaham? bak kan je lah, aku xreti bahasa kutukan amiyyah. law x habis la ko kena balik ngan aku.

last-last member aku pun tanya sekali lagi, pasal makanan yang dia order ya amm, FIN HOT DOG?? (oit, pak cik mana hot dog)? Mamat arab tu xnak kalah. Tak nak cakap bahasa arab plak tuh, terus SPEAKING CONFIDENTLY.

"WAIT! WAIT! ITS IN THE HELL"


*terus pecah perut ketawa*

apa salah HOT DOG sampai masuk neraka?

p/s tiba-tiba aku jadi rindu dengan mamat arab yang rambut kerenting tahun lepas. cakap banyak serta buat kerja dengan lincah.

16 September, 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA KU UCAPKAN KPD SMUA RAKYAT MALAYSIA SHJ!

So,alang2 di ksmptn ini aku mengharapkan dan mendoakan agar Malaysia trus maju aman dan makmur. Juga kpd rkyt Malaysia agar maju dan btamadun seiring dgn pmbgnan ngra ini. Jgn ngra je maju,tp rkyt still di takuk yg sama..Amin..
* * *

ok.ak xnak membebel panjang pasal Malaysia. Ak nak bebel pasal raya yg xhbs2 lagi ni.

Ok. Serius ak ckp, ak actly tak percaya kt tv yg kisah pasal jodoh di hari raya. Bukanlah ak xpercaya takdir ALLAH, cuma aku xpernah jumpa,so aku rasa kureng yakin.

Tapi bila dah berlaku depan mata, terjadi di kalangan mereka2 yg terdekat ngan aku. Aku trus jadi terkejut+terkaget+xsgka+excited pon ada gak!

Ye la.selama ni duk perlekeh cter2 melayu, ada ke cmtu ada ke cmni. Hah, ko. Bler berlaku kt dpn mata aku, amik setepek kna kt aku.

Tapi serius, ni xsame cm dlm tv yg ak tgk dlu2. Kalo yg ak tgk cter dlu,dorg cinta pandang pertama, yg ni mak bpk j0dohkan. Aku mmg gelak sakan k0t tgk sketsa dorg.

Dgn ayat puitis2 masing2, serius mmg nk tergelak besar aku. Btol la org kata, org melayu ni mmg kaya budi bhsa. Takda la direct2 trus. Masing2 ckp beralas2, berkias2. Nsb bek ak smpt khatam buku peribhasa wktu pmr dlu,law tak mau naya nak bukak buku peribhasa blek.

Kalo dah jodoh kn,mmg takan ke mana. Memang aku tgk,dorg pon mcm sesuai. Sorang kacak,sorang lagi cantik. Bagai pinang dibelah dua kata kan. Ape2p0n aku doakan agar menjadik la sgla2nya. And always doakan kebahagian korg ye cuzie!

And lastly, pesanan kt korg. Jagalah perilaku,pakailah bergaya sakan tatkala musim perayaan,mana taw kot2 ada mak cik berkenan nk dijadikan menantu, ye la, tuah ayam nampak dikaki tuah manusia sape yg tw kan?

14 September, 2010

FOR THE FIRST TIME.........

1) for the first time, untuk bulan ni aku mengupdate blog. setelah sekian lama aku biar jek daun2 kt blog aku ni bersepah2. malasnye nak bakar.:D
2) for the first time jugak, ari ni aku sggup menapak ke cc semata2 nak mengupdate blog, padahal nak kirenyer aku ni la manusia paling malas stakat nk start kereta utk mengupdate blog. tapi klo demi fb n sewaktu dengannya aku sanggup.
3) for the first time also, raya ni baju raya aku xsmpt siap.tp alhamdulillah la aku ada kakak yang baik hati lagi comel *terpaksa puji* belikan aku jubah siap. thanks kak!
4) for the first time, aku terpaksa mencalarkan prinsip aku yang konon2nya tidak akan pakai tudung indon a.k.a tudung ikin (yang mana aku hanya pakai kalau setakat nk pergi sidai kain or pergi pasar) tetapi raya ni terpaksa pakai, sbb xjumpe selendang yang matching ngn jubah tu. :(
*xsgka ramai gak puji aku comel pakai tudung ikin. huhu*
nampaknya, terpaksalah aku mengucapkan selamat tinggal kepada prinsip itu! ^_^
5) for the first time raya kali ini, 3 hari berturut2 mama aku masak makanan sedap2 dan menu berlainan. selalunya selang seli.
6) for the first time banyak baby2 comel datang ke rumah aku berturut2, ari ni, esok, lusa, tulat, kalo sorg xpe, ni smpi 3-4 org. alahai comelnyer!... :D
aku ada dengar, org kata kalau baby banyak datang ke rumah, maksudnya akan ada yang bakal berkahwin. hehe. semoga akak aku cpt dapat jodoh! amin.
7) for the first time, aku tiba2 rasa bosan ngn facebook, padahal aku la hantu facebook. tapi aku sure, simptom ni kejap jek. nnt naik hantu balek.
8) for the first time mama bagi aku drive time memalam and konvoi lama2!
9) for the first time, aku drive keta h***** abg man aku! fuh, best bangat!!
10) for the first time aku menghabiskan novel melayu jiwang karat tanpa tertinggal satu huruf pon! cayalah! siap hayati lagi. tapi cukuplah, aku rasa ni last la aku baca buku novel yang tebal mengalahkan kamus oxford tuh! novel BI, ko xperlu rasa tergugat, ko sentiasa di dalam hatiku. aceh! :))
11) for the first time, aku jadi nervous+takut+seram sejuk menanti hari esok!
12) dan FOR THE FIRST TIME, aku terpaksa pergi ke hospital sbb aku xsihat.
13) for the first time aku bakal duduk di dalam wad yang aku sendiri sepanajng hidup xpernah masuk, kecuali jadi penjaga or jadi pelawat!
14) For the first time jugak, aku bakal akan kena masuk air! sakit kot~!
15) juga FOR THE FIRST TIME, aku terpaksa menjalani operation. xtaw la minor ke major, biarlah segala-galanya menentukan. Harap2 minor jek, xperlu la major. and aku berharap dia bagi aku ubat bius!
p/s aku selamat ye kawan2. :)

19 July, 2010

takdir

fikiran melayang
lidah membisu
hati ribut

apa kena dengan engkau?

sibuk mengungkit segalanya
apa kau tak gentar
akan Pemilik semuanya
bakal menghancurkan engkau
andai kau xbersyukur

sudahlah
hentikanlah
abaikanlah
semua monolog syaitan
yang hanya mahu menyesatkan kau
jangan sekali kau terpengaruh

usah kau khuatiri
akan kesunyian

jangan kau seksa diri
tersemput-semput mencari kegembiraan

kegembiraan hakiki ada pada-NYA
kau gembirakanNYA
kau akan dapat kegembiraan sampingan
percayalah.

usah ditunggu benda yang xpasti,
tapi janjiNYA semua terjadi
aku faham dengan kebatuan kau di situ
tanpa kasih sayang
tapi usah khuatir
kerana setiap sel terbentuk
semuanya telah ditakdirkan
dan engkau juga bakal ditakdirkan
dengan mereka yang terbaik.

15 July, 2010

maaf, aku mmg xsempurna.




as-salam semua.

lately ni, sejak dah habis exam, hidup aku memang terasa sangat dull n bored. seriously. maybe sebab da lama hidup xberjadual kot. al-maklumlah, da habis exam kn so, jadual pon sudah expired bersama-sama hari last aku exam. T_T. Mencuci mata tengok pelakun2 korea+jepun, men game, layan lagu2. itu la keje aku 24-hours. Betul la bak kata pakar motivasi, masa 24 hours kalau kite xguna wisely xcukup. Tapi jangan salahkan aku buat semua ni, sbb before2 ni, mana sempat nk buat2 bende ni. Sepanjang tahun, kitorg just cuti Hari Jumaat shja plus hari2 perayaan. Itu pon cuti mana la lama. mengadap buku 24-hours plus ujian2 serta mengapal term2. Mana taknya, niat membalas dendam tu membara-bara. haha. tiba-tiba rasa cm emo plak. ok, aku bukan gadis mudah emo. picayalah.


bukan ini aku nak cter sempenanya, mukadimahnya Ya ALLAH panjang gilak. hehe. sabor je la ea. Sabar kan separuh dari iman, xgitu? So, berbalik pada cter, disbbkan aku rasa boring dan muak menonton movie, aku pon memulakan hobi baru yg aku rasa org len da lama jadikan mender tu hobi. Blog-walking. Ya, ini hobi baru aku. Dulu aku wat jugak blog-walking ni, tapi xade la niat nk jadikan hobi. hari ini baru aku nk iktiraf hobi ni scra officially. Dan bila aku blog-walking, aku baru terbukak mata+baru ter"alert"+baru tersedar dari mimpi+baru terasa cm kena simbah acid, bahawa blog aku sangat dull dan boring serta syiok sendirik. sama cm tuan blog dia. oh, silly on me!

Orang lain buat blog semua ada maksud yang nak disampaikan. aku? hanya berblog tnpa tujuan. berblog secara koma,unconsciously. berblog suka-suki. berblog dengan laghah. again, silly on me. Aku baru tertanya-tanya nape actually aku buat blog? Orang lain buat kerana nk berdakwah, nak collect ramai follower, nak dapat duit, nak ape2 tah. aku? OMy ALLAH. soalan ni sukar nk jawab, lagi susah daripada soalan physiology ari tuh. Puas aku aktifkan neuron, puas aku perah cerebral cortex and sensory area aku, tp ia xkuar. Aku baru tahu aku mambuat blog tanpa tujuan. Dats why blog aku rasa dull. dan itu jugak menyebabkan aku acapkali kekeringan idea. sorry my lovely brain, coz i put all the blames on you when there`s no idea. =(
ye. aku baru sedar.

aku dah sedar. dan maaf korang kerana mesti korang menyampah gler baca aku nya blog selama ni. aku akan cuba yang terbaik selepas ini, dan make sure korang akan dapat benefit bila baca blog aku. I know i`m not perfect but i`ll try my best to be perfect or half-perfect. ^_^

p/s and btw, thanks for reading my blog before even its really STUPID+DULL. shame on me~!
=,=
sila tegur aku kalau post aku boring. thanks.

13 July, 2010

Kenapa aku xsuka guna liquid paper?

tiba-tiba jek tajuk ni? dah kenapa? buang tebiat ker?
oh! tidak. aku masih waras dan brain aku masih lagi berfungsi seperti biasa. jangan risau. hehe. aku pun xtaw nape tiba2 aku nak cter pasal liquid paper. .

Aku akan guna ia bila time isi borang or time buat nota2 yg cantik. Tapi biasanya susah sikit utk aku cipta kesalahan dalam mengisi borang. Aku sedikit teliti bab2 mengisi borang ni. Semua ini aku blaja waktu kt asrama, ktorg di ajar protokol mengisi borang. Even sampai aku da study sampai kt egypt ni, aku still tak suka guna liquid paper. Andai aku tersilap tulis, aku akan potong or garis mistake tu dengan pensel and kalu xsempat masa guna pen jek.
jenis yg kebanyakkan org guna.

mesti comotkan kertas ko, nisa`?
hehe. lebih kurang lah, tapi aku rasa lagi comot kot law gune liquid. Sebab korang double write atas dia. Lagi-lagi bler korang guna liquid paper yg jual kat kedai RM2 atau jenama cikai2, konfirm2 lapisan liquid tu cair dan masih boleh menampakkan tulisan first korang. Itu yg cikai, kalu yg mahal lak, kalu tertekan lebih boleh nyebabkan accumulation of liquid, pastu dah terpaksa amik masa lama utk keringkan. Mula la dengar hembusan2 angin nk bagi kering. Hah, dapat pulak org sebelah ko lupa nk gosok gigi, fuh, semerbak bau~! plus kalu tiba-tiba ada bonjolan coz terlebih (mungkin tak berlaku pada liquid yg jenis easy-dry) , pastu mula la korek ngn bontot pen, bagi bonjolan tu xde, skali tgk2 kat bontot pen tu ade liquid yg cair. itu kalu yg jenis perasan. Kalu yg jenis xperasan ade liquid, pastu mmg ade habit suka gigit pensel, kan problema tu?

korg xrasa ke pompuan ni cm terlalu tua utk jd sorg pelajar sekolah? kan?

Kalu nk cerita sbb-sbbnya, sepurnama pon tak habis. Ok, aku tipu. Sebab dia :

Asrama aku waktu form 1 & 2, ktorg xboleh bawak liquid atas sbb2 vandalisme dan aku sebagai pengawas sokmo kena buat sport-check dan rampas smua liquid. Buat ape aku perlu bawak, klo benda itu forbidden. Kan? Then, aku baru2 nak berjinak2 pakai liquid ni waktu form3, cikgu BM aku pernah puji aku, sbb aku cancel mistake karangan aku guna pensel dan pembaris. Dia kata kemas dan comel. Dah kena puji kot. Jadi contoh lg. klo korang la, agak2 nak sentuh ke liquid paper tu?

Waktu form 4 & 5 plak, cikgu2 aku xgalakan gunakan liquid, sbb pernah ade kes waktu SPM thn bila tah, budak tu guna liquid paper pastu tlisan dia jadi double and menyusahkan pemeriksa nak baca. Kan bahaya tu, buatnya pemeriksa tu nga gaduh laki bini, xclear ape korg tulis terus bagi ZERO MARKS. xnaya cmtu?

Tapi sbb utama smpi skrg aku kurang suka pakai liquid, sbb waktu aku darjah 5 sek agama dan darjah 6 sek harian, dah mulai start guna pen. Al-maklumlah, kunun2nya da nak masuk form 1 kena biasakan guna pen, aku pon terpengaruh ngn kengkawan yang suruh beli liquid sekali. Skali time kt sek agama, tersalah tulis jawi la kununnya, aku pon cari la liquid baru beli tu. Dengam muka excited nak guna, aku pon tarik la tutup liquid tu. Tak taw la ape yang ketat sangat sampai susah aku nak bukak. Tarik punya tarik, sampailah.

"PLOP.. "

Kepala liquid dgn tutup2 semua terbukak dan terkeluarlah isi-isi liquid tu. Pastu, hamik ko, tertumpah liquid tu kat atas tangan. Kat tudung pon terkena. Aku xkisah kalu ats tudung putih, dahla time tu aku pakai tudung MERUN. Dah macam tompokan apa pon aku dah xtaw da nk ckp. Basuh2 pon tarak guna, sbb mender tu lekat kalah gam. Habislah aku kena marah ngn mama. Kena marah tu xkisahlah. Ni dah kena tangan, cmne nak amik wudhu`? Jenuh kot aku sental gune sabun+ berus. Kan liquid xleh lalu air. Kalu time period kena xpe gak. Dah abah aku pulak marah, sbb xleh wudhu`. Tengok, musykillah kabir tuh.

Mesti korg akan cakap, ko pakai time kecik mana tak nya. Ala, klo time da besar ni pon, kadang2 pernah gak kan terkena tangan sekali dua ? Jangan klentong la. kan? kan?

Ada benda yang aku nak share ngan korang pasal liquid ni, dan mungkin bakal mengubah persepsi korg terhadap liquid-liquid kesayangan korg. Liquid itu adalah antara carcinogenic substances. Bahaya uh carcinogen ni. Dan actually byk lagi bahan-bahan kimia dalam liquid ni yang agak bahaya, nak taw baca sini. Satu fakta yang sedikit menakutkan, xtaw la kalo korang xtkot, kalo korang sengaja sedut or tersedut bau liquid tu smpi berlebihan or smpilah korg rasa high gler, boleh menyebabkan HEART korang STOP BEATING. KLIK SINI utk maklumat lanjut. well, aku xde pon niat nk menakutkan, but fact is fact. ^_^

so, the safe way is by using,pencil and ruler! =)

p/s aku terbaca cara2 nak remove liquid paper ni, tapi asal aku rasa dulu2 time kecik2 aku buat cmtu xberkesan pon.?

PART 2: matruh-siwa trip


akhirnya. berkat aku membebel pasal internet di mesir pada post yg lepas terus internet mcm lajuk gilak. so, pas ni bler internet xok jek, aku akan bebel kt blog, pasti! kalau nk tahu kisah-kisah or history gmbr2 di bawah sila klik sini. ok. sebelum korang stat melihat gmbr, aku mohon sangat korang tolong scroll smpai ke bawah. ikut jek arahan aku ni. ok.
MULAI SCROLL SEKARANG!


sgt susah nak suruh budak ini pandang ke kamera. tp sy tetap sayang dia sbb dia sgt comel and hyperactive.

turun dr bus semata-mata utk bergambar dgn labu2 yg besar ini.

time utk pulang ke zgzg.

air ini sgt masin.!

jazira fatmas.
*geng thn 2 ktorg* =)

jabal mauta.

maaf. termasukkan gambar koya pulak~!

kolam cleopatra (5m dalam)

telaga yg menjadi sumber air mereka.

lubang utk penegebumian jenazah.
kemungkinan besar, berhala itu berada di dalam pagar besi itu.
ingat cerita part 1 matruh-siwa yg aku cerita pasal menara? ini dia.
pintu masuk ke kubu or ma`bad alexandria.


bandar siwa.

kota lama siwa yg atas tu, nmpk cm binaan bangunan pasir.

suk libya @ pasar libya

teluk or laut algiba yg tujuh warna lapisan laut.

hamam cleopatra yg batu cuboid bukan yg tirus.

OK. STOP SCROLLING!

terima kasih atas kerjasama anda mendengar arahan dan meng"scroll" ke bawah.

actually, atas kesilapan teknikal, gmbr ini terupload secara descending, means gambar yg first korang ptot tengok, jadi gmbr terakhir. MAAF. aku da malas nk alter balek. so, korang kena tgk start dr bawah. ^_^ bolehkan? terima kasih skali lagi. hehe~ SAYANG KORANG! =)

p/s gambar sedikit kan? sorry, aku malas nk menunggu diupload dan mencari gmbr di dalam folder yg punyai ratusan pics. eleh, baru ratusan dah malas, org lain amik gmbr smpi ribuan xkecoh pon. xpe. aku mmg suka kecoh2 ni. hehe. kalau sape nk tgk gmbr yg lbh banyak dan koya, sila jumpa aku dan aku akan tunjukkannya. sorry la ye sbb kemalasan aku sukar utk dibendung lagi, kerana skg ni nga excited baca buku HEALING BODY AND SOUL plus sedang menghabiskan drama korjap a.k.a korea dan jepun yg berlambak serta series HOUSE MD 6 season semuanya sebelum aku start berjalan holiday.

btw, HAPPY SUMMER HOLIDAY!

12 July, 2010

respek utk anda kini ZERO!

sorry, i cant even make part 2 matruh-siwa. coz internet sucks! nak upload satu gmbr jek amik masa berjam2, last trus not responding. hate this,seriously! =,= itu xtermasuk ym yg every 5 min out and in! or sometime cant even sign in. worst right?
tu xcerita pasal facebook lak, stiap 5 min harus di"refresh"kan, klo tak jangan harap new notifications nk masuk+ nak komen pon sama. itu yg sampai komen berulangkali :(
right now, i really wish i have a broadband.! T_T. nak beli broadband tp dah nak balek msia, rugi plak. aiyo~

Bila mesir nak maju dalam teknologi dan segala hal??

aku langsung xberniat nak memburukkan tmpt para anbiya` ni. cuma ini hanya luahan. ak boleh trime xleh nk ym or skype ngn family. ok, xpe, aku redha. aku cari alternatif lain, kol trus jek ke msia. Sekarang ni, even Smart voip pon yg sgt2 la ringan xseberat facebook tu pon xleh nk loading. and I EVEN CAN`T CALL MY MAMA! wahai presiden mesir, apakah ini? aku rasa bilangan pelajar Malaysia semakin bertambah study kt sni. yg medic and dirasat. itu baru dari Malaysia, dari negara lain cm Indonesia, China and banyak lagi pun pelajar ke sini bertambah. Takkan la langsung ekonomi xnaik? oh ya, plus sektor pelancongan yang menarik di sini, xkan langsung xde memberi sumbangan? janganlah bagi alasan tmpt pelancongan anda xbanyak. perlu ke aku listkan tmpt2 pelancongan di sni? sham el-sheikh, matruh & siwa, dreamland, piramid, oasis, sinai, hussin, eh banyaklah! so?

ari tu aku anta kawan aku ke air port, dan aku nampak ramai pelancong asing. apakah itu? and ya, cakap pasal airport teringat pasal flight. i feel sorry for any Malaysian`s students whom were fooled by Egyptians. menyebabkan mereka terpaksa menambah duit yang banyak, dan ada yang sampai 3 kali pergi ke airport utk balek ke msia, tp xlepas2 dan smpi ade yg give up nak blek msia. Hello. anda org arab bukan, anda lebih memahami al-quran. dan kebanyakkan besar daripada kalangan anda hafal al-quran bukan? kenapa perlu menipu? maaf. aku tahu mesti ada yg akan cakap, kenapa perlu mengutuk sesama islam. sudah aku katakan tadi, aku tidak mengutuk ini hanya LUAHAN aku yang dah xlarat nak simpan. Aku juga tahu, yang sesungguhnya semua agama xkire lah islam, buddha or ape2 la, pasti ade yang baik pasti ada yang jahat. Ya, aku tahu itu. Tapi, sila fahami. yang jahat itu datang dari diri anda sendiri ok. aku mungkin xberapa hebat dalam agama, tapi anda semua yang menentukan samada anda jahat atau baik. anda yang memilih utk menjadi jahat. pilihan itu di tangan anda.

itu xtermasuk mengejek2 + dikriminasi non-egyptians. korang cuba datang Malaysia, ade org Msia ejek korang x? kalau korang cakap bahasa korang kt malaysia, ade yang nk menganjing korg? xde ok. TIADA! kalau korg pergi makan KFC kt msia, kalau korg order, ade Malaysian nk ketawakan korg ckp bhsa lain? setakat ini aku rasa tiada. so, kenapa korang perlu ketawa tatkala ktorg mengorder KFC. and ktorg mengorder dalam bahasa arab ok! ulang type, BAHASA ARAB. so whats ur problem? when we talking arabic, you`re laughing, when we speaking Malay Language , you`re laughing too, when we speaking English you tell us to speak arabic. apakah? please la. aku dah cukup geram ngn org arab! tolonglah, hormatlah org skit~!

itu xtermasuk sexual harassment di sini yang aku rasa aku xperlu cerita kot. see! aku boleh hormat anda dgn xbukak smua pekung2 anda, ape kata anda try belajar cara menghormati org.

so, jangan salahkan aku bila korang tanya antara Malaysia dan Egypt mana lagi baik, dan aku cakap Malaysia LEBIH BAIK! jawapan aku kini tidak akan sehipokrit macam aku first year yang kunun2 nya Malaysia dan Egypt sama baik. Secara directly, tanpa sembunyi2 akan aku sebut satu2 ape yang korang telah buat!

argh. aku sudah hangin ngn korg, wahai Egyptians. aku rindu gler nak balek Malaysia dan rindu nak dengar bahasa Malaysia. aku rindu MALAYSIA.


09 July, 2010

PART 1 : matruh-siwa trip

BEST! BEST! BEST!. walaupun kaki da cramp plus hip joint yang dah sakit gler dek sbb jalan sakan, muka da hitam mengalahkan org africa. tapi itu langsung x mematahkan semangat aku untuk mengatakan matruh-siwa sgtlah BEST! thumbs up. mmg baik punya!

Letih bangat, smpi zagazig tadi lebih kurang pkul 12.00 malam. sampai rumah dalam area pkul 1 jugak, pas amik barang, cari beg. tu la kan perempuan, time shopping xingat, main beli sesedap rasa jek, tapi bler nak angkut smua barang balek. mak aih. berat nya! xlarat den. itu dah bawak beg beroda, kalau xpakai beg beroda, mmg rasanya nak nangis gulung2 mintak simpati org bawak kan.. hehe.

sebelum tu aku nk terangkan skit pasal matruh-siwa supaya xdela aku jek rasa seronok sorg2 bercerita, sedangkan korg hanya membaca tnpa perasaan. korang kena rasa seronok tu jugak, smpi la timbulkan perasaan jeles. ya itu dia, motif aku sbnrnya. nak bg korang jeles. ^_^ siwa dan matruh ni perjalanan dia dr zgzg amik masa 9jam lbh. lama kan? mmg kematu da duk dlm bus tu.

cuaca di matruh lebih sejuk berbanding cuaca di siwa. kat matruh banyak pantai dan laut serta teluk antara faktor matruh lebih sejuk. Siwa pulak, mmg panas gler. sbb tmpt dia semata-mata padang pasir. sepanjang jalan mmg hanya akan dpt tgk padang pasir jek. bler aku pergi sni, baru aku dapat rasa suasana mesir yang sebenar-benarnya. yang macam mana first impression aku bler sebut mesir, iaitu PADANG PASIR SEMATA-MATA. perjalanan dari matruh ke siwa amik masa dalam 3-4 jam lebih. Tapi satu benda yang aku gler2 gler2 gler2 gler2 gler2 (ini mmg btol2 aku respek) siwa ni la satu-satunya kampung yang masih mengekalkan sunnah nabi. sebab itu, siwa ni dikenali jugak sbg perkampungan nabi. *sbb dorg masih mengamalkan sunnah nabi* memang jelas ketara.

korang bayangkanlah, time2 siang2 susah nak nampak perempuan dorg keluar, kalo ade yang keluar pon, itu pon dorg selebung sampai langsung xnampak muka. SERIUS ni aku xtipu. dah la memang selebung satu muka, guna kain hitam, pastu dorg tambah lagi kat luar kain kelabu yang tebal. subhanaallah. mmg respek gler aku kt dorg. dan perempuan2 dorg xkeluar tanpa sebab. keduanya, yang buat aku terharu gler dgn dorang, lelaki2 kat siwa ni, MOSTLY memakai jubah. dan kebanyakkan nye semua memakai jubah putih. tak kisahlah sesapa, semua pakai jubah putih. even budak kecik2 pon dorg dah dilatih memakai jubah putih. hebat kan dorg? kite ni pakai jubah time nak g masjid jek tu pon bukannya selalu menjejakkan kaki ke masjid, Jumaat pon kadang2 liat. sape la kitekan nak berbanding dorg. terasa sangat kecil dan xsempurna diri ini. T_T. rumah2 dorg semua kebanyakkan berasaskan tanah liat, mmg kalo korg pergi, nmpk macam uma2 zaman dlu2. tanah liat semata dan ada satu uma aku tertgk, atap dia dorg gune cm pelepah tamar. aku xrasa dorg xde duit smpi gune tanah liat, aku pasti mesti dorg nak rasa cmne kehidupan zaman2 para sahabat dan para anbiyaa` agar timbulnya perasaan zuhud dan tawaduk. subhanaallah, hebatkan mereka?

siwa ni merupakan kedua penyumbang kurma yg terbesar di dunia, aku rasa no 1 arab saudi kot. Kurma dorg jauh lebih sedap dan murah berbanding kurma2 yg ade kat mesir. ye la, da dorg pengeluar, mestilah murah. tapi ammu arab jual kurma amik kesempatan skg, bler taw ramai org dtg siwa, dorg mula lah jual harga mahal gilak. tp xde la mahal mane pon, cuma harga nek skit daripada thn lepas. thn lepas kurma coklat 6.50 LE, skg da 7.00LE. kurma badam pulak dlu dorg beli 6LE skg 6.50LE. kurma biasa lak nek dr 4.00LE jadi 5.00LE. Olive oil pon. sudah naik harga. T_T aku just beli beberapa jek kurma, sbb family aku ramai yan baru balek dari umrah, dan mama kata kurma banyak da kat uma. and plus olive oil, biar mama aku sihat, masak gune olive oil. tiba-tiba aku bertekad nak sponsor tiap2 tahun kt mama Olive Oil, nak bagi mama aku shat dan bertenaga dan kurang cholesterol. untung dapat anak cm aku kan? hehe.

ok. sambung, kt SIWA ni bukannya just g shopping kurma, ktorg pergi jugak ke tempat2 bersejarah. meh sni aku nak cter kt korg tmpt2 history kt siwa. antaranya,
1) Kota lama siwa- kota terawal di siwa. kota ini dikatakan kota yang begitu besar dan terletak di antara 2 buah bukit. kalau tgk dari kota ini, korg boleh tgk Kubu Alexandria The Great. dan juga boleh tgk kesuburan tanam-tanaman di siwa.

2) kolam cleopatra- kt sni la tmpt mandi-manda cleopatra. korg kenal x cleopatra, xknl? klik sini. actly, kolam dia sangat banyak. ini salah satu dari kolam2nya, yang ktorg pergi yang 5 meter dalam dia. nak lawat semua boleh jek, tp ktorg da xlarat sbb panas gler. mmg rasa cm xnk kuar jek dr bas. kolam cleopatra ni, mengikut adat kat sni, sapa2 pengantin baru, dorg digalakkan mandi kt dlm kolam ni. kunun2nya, nnt perkahwinan akan kekal selamanya. gtu lah.

3) jabal mauta- maksud dia gunung maut, sbb dlu tmpt ni jadi persembunyian penduduk zaman dulu ktika peperangan berlaku dan juga tmpt pengebumian jenazah2. kat dinding2 jabal mauta ni, ada lukisan2 menceritakan tentang kisah perkahwinan cleopatra dan Marc Anthony.
tapi ari tu tgk dr dlm bus, sbb nak masuk dlm ni sgtla mahal plus cuaca terik matahari.

4) Jazira fatmas -dipanggil jazira fatmas sbb ia terletak di tengah2 laut siwa. kat stu juga terdapat byk kebun yang terletak di tasik garam. berhampiran dengan jazirah ini terdapat sebuah kolam mani sedalam 7 m dan lebih dalam dari kolam cleopatra. kolam ini lah yang menjadi sumber air utk kebun2 disekelilingnya.

5) Kubu dan Ma`bad Alexandria The Great- dibina kira2 300 thn dahulu. pintu dia masih bertahan walau da berabad. kat sni jugak merupakan tmpt persembunyian org2 zaman dulu ketika peperangan berlaku. Menara di kubu ini dijadikan sbg tmpt pengumuman bg mereka. Pastu, terdapat jugak terowong di mana digunakan utk mengambil air dari kaki bukit. bersebelahan dgn ma`bad, ada lubang utk disimpan barang2 emas dan berharga tetapi telah di cilok oleh penjajah2 yg jahat. Dahulu kala, di puncak bukit, terdapat berhala yg kononnya mewakili Tuhan Matahari yg terletak di bilik tengah. *akan ditunjukkan gmbr*. dan itu lah tuhan yg disembah oleh Alexandria utk memohon pertolongan. Alhamdulillah, kemudiannya berhala itu telah dirosakan oleh tentera Jerman ketika perang dunia ke-2, dan menjadikan tmpt itu sbg kubu mereka. kisah2 masyarakat zaman Firaun telah di ukir di pintu gerbang.

6) Kuil Amon - tmpt penyembahan Amon. di bawah kuil ini, terdapat istana tertambus yg mana mengikut kajian berasal dari Jerman. namun, masih dikaji smpi la hari ini. Smpai la sekarang, masyarakat Siwa sangat pelik+takjub, cmne tiang besar ini boleh terpacak di situ. ada pendapat mengatakan ianya telah dibina oleh Tukang sihir Firaun.

kalau kat MATRUH lak, ktorg melawat tmpt2 seperti di bawah :
1) teluk aljibah- dia dinamakan aljibah sbbnya teluk or laut ni, time waktu senja, bler kte tgk warna laut dia ada 7 warna lapisan laut, mmg cantik gler wa cakap sama lu. serius cantik.Laut dia terbentang luas, dengan gunung2 di hadapan, udara yang sgt aman dan menyenangkan. mmg ciptaan ALLAH sangatlah indah. itu baru di dunia, da cantik mcmni sampai xterkata, apatah lagi syurga. subhanaallah. mari kite bertafakur sebentar mengucapkan ALHAMDULILLAH atas segala nikmat yang telah diberikan oleh-NYA.

2) su`u libya a.k.a pasar libya- ni mmg sesuai utk shopaholic. dinamakan pasar libya sbb kebanyakkan barang2 dari LIBYA. kat sni macam2 ada jual, ade kurma ada buah-buah kering cm zaitun, buah tin, buah prune, kismis, gajus and mcm2 la. ada jugak jual cm baju2, kasut,jubah, jersey kraftangan. senang kata, kt sni MACAM2 ADA. harga pon amat berpatutan, kalau pandai tawar, dapat lah lagi murah.

3) hamam cleopatra- hamam tu maksudnya bilik air. ini lah dia bilik air yang digunakan cleopatra. Hamam terletak di laut, klo nk masuk ke hamam ni, kena merentasi air laut dlu. tapi xde la tengah mana pon. dalam hamam ni ada dua lubang, sblh sana untuk cleopatra mandi, lubang ke-dua utk segala penyahtinjaan. kat sni mmg sesuai utk hamam, sbb ombak dia mmg kuat dan mampu untuk mengalirkan "benda-benda alah itu". dan kat sni, tidak digalakkan mandi, sbb nya ye la tmpt pembuangan, korang nak mandi ker? keduanya, sbb kt stu, batu2 dia tajam dan licin. so, ianya amatlah berbahaya.

4) Bandar Marsa Matruh - bandar ni sgt tenang, indah, cantik, menenangkan fikiran terutama time malam. dengan kilau lampu berkerlipan. bandar ni xcm bandar2 lain yg hiruk pikuk.

ok. puas+penat aku bercerita. jangan risau, gambar2 akan dipost kan pada entry seterusnya, skrg ni nak bagi korg muqadimah dlu. nnt xde lah korg banyak tanya bler aku post gambar. ok? and sebagai pelajar malaysia di mesir a.k.a duta pelancongan MESIR-MALAYSIA *koya molek aku ni*, saya sarankan anda lawatlah mesir untuk melihat keindahan ciptaan ALLAH. jelajahilah negara-negara islam dahulu, dan usahlah dibanggakan ciptaan manusia yg xsetanding dengan ciptaan ALLAH yang maha besar. ini baru satu tmpt, da sebenarnya banyak lagi yang korang boleh terokai di sni. insyaallah, terjamin kepuasannya.

bertepatan dengan firman ALLAH :

"Katakanlah (wahai muhammad) : Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi"
(SURAH YUNUS, AYAT :101)

"Katakanlah (wahai muhammad) : Berpergianlah di bumi ini, lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang2 dahulu. Kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang menyekutukan ALLAH "
(SURAH AR-ROM, AYAT: 42)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger