BLOGGER TEMPLATE

Pages

04 May, 2013

spring break .

Assalamualaikum.
hello. :)

Terlalu dan terlampau lama tidak menulis. Busy sangat? Tak pon, sebab dah malas nak menulis di blog sebenarnya. Dia macam ada musim, bila rajin, satu hari banyak post. tapi bila malas, setahun dua kali. Haha

Alhamdulillah syukur pada Allah, kini aku sudah berada di tahun 5. Bermakna jika tiada aral melintang setahun lebih lagi aku di bumi anbiyaa` ini. Mohon doa daripada semua, biar lancar segala urusan saya dan semoga saya memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam setiap imtihan dan dapat mempelajari semua ilmu perubatan dengan sedalam-dalamnya dan sefaham-fahamnya seterusnya dapat meggunkannya dengan sebaiknya. ameen.


So, sekarang dah start spring break. Aku sangat2 berharap aku dapat gunakan masa seminggu cuti ini dengan sabik-baiknya. Jangan dibazirkan begitu sahaja. insyaallah, i will try. Try untuk cover balek subjek yang banyak dah tertinggal. Semoga Allah permudahkan. ameen. List harian dah buat, semoga aku dapat displinkan diri! chaiyoook.


Tak pergi berjalan? Dalam hati nak. tapi malas, join banyak program jek kot. Nak simpan, sebab nanti mama dengan nek long nak datang xlama lagi, boleh berjalan time tu. yehaaa~ Lagipo winter haritu dah balik, so berjimat la sikit. ye tak. Tak sabarnya nak tunggu mama sampai.. Rindu mama. Ada kawan2 yang pergi Turkey, jalan sekitar Egypt ada yang balek Malaysia, balek mengundi, balek kawen (?) haha. aku xtaw sejauh mana kebenaran, tapi dengar cerita ada. Waallahualam.

Bila dah tahun 5 ni, soalan cepumas selalu di tanya,
"BILA NAK GRAD? BILA NAK KAWEN? DAH ADA CALON?"
Haritu balik winter, semua orang tanya. wuuuu~ sentap iolls. Kadang2 sampai tak terjawab, sengih jek lah. huhu.Insyaallah, setiap orang telah tertulis di Luh Mahfuz jodoh masing2, dan dah tertulis pon jodoh untuk aku siapa. Ada orang cakap, jangan memilih sangat. aiyooo suka suki jek taw.

Aku tak kisah siapa pon jodoh aku, asalkan dia beragama, fahami aku, kerjaya aku, tidak merokok, bertanggungjawab, terima aku dan family aku seadanya, sayangi aku dan (kredit lebih ** kalau ada beberapa kriteria yang lama aku idamkan). Buat istikharah, kalau memang berjodoh jumpa family aku. Kalau mama and family setuju, maka aku juga setuju. simple! :)

Cuma sekarang ni, aku malas nak fikir. Kalau ada yang mendatang dan memang tertulis itu untuk aku, serahkan pada Maha Pengatur. biar Dia aturkan segalanya, kalau Dia katakan cepat, maka cepatlah, dan sebalikya. sekarang ni aku harus fokus, ada tinggal setahun lebih, harus buat yang terbaik dan grad dan hadiahkan kejayaan kepada mama. Banyak mama dah berkorban untuk aku. Aku nak buat yang terbaik!

Mohon doa daripada semua agar saya bisa buat yang terbaik da jadi pelajar yag terbaik, dapat Mumtaz tahun ni dapat menggembirakan hati mama, jadi muslimah solehah, dan doktor yang bertunjangkan iman.
Senang cerita,
Doakan kebaikan dan kejayaan aku di dunia dan di akhirat.
Terima kasih.



I DONT WANT TO BE STUPID. 
So, I must study.

Thats all for today.
XOXO,
khairunnnisa 
^___^


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger