BLOGGER TEMPLATE

Pages

Showing posts with label ilmiah. Show all posts
Showing posts with label ilmiah. Show all posts

09 July, 2010

PART 1 : matruh-siwa trip

BEST! BEST! BEST!. walaupun kaki da cramp plus hip joint yang dah sakit gler dek sbb jalan sakan, muka da hitam mengalahkan org africa. tapi itu langsung x mematahkan semangat aku untuk mengatakan matruh-siwa sgtlah BEST! thumbs up. mmg baik punya!

Letih bangat, smpi zagazig tadi lebih kurang pkul 12.00 malam. sampai rumah dalam area pkul 1 jugak, pas amik barang, cari beg. tu la kan perempuan, time shopping xingat, main beli sesedap rasa jek, tapi bler nak angkut smua barang balek. mak aih. berat nya! xlarat den. itu dah bawak beg beroda, kalau xpakai beg beroda, mmg rasanya nak nangis gulung2 mintak simpati org bawak kan.. hehe.

sebelum tu aku nk terangkan skit pasal matruh-siwa supaya xdela aku jek rasa seronok sorg2 bercerita, sedangkan korg hanya membaca tnpa perasaan. korang kena rasa seronok tu jugak, smpi la timbulkan perasaan jeles. ya itu dia, motif aku sbnrnya. nak bg korang jeles. ^_^ siwa dan matruh ni perjalanan dia dr zgzg amik masa 9jam lbh. lama kan? mmg kematu da duk dlm bus tu.

cuaca di matruh lebih sejuk berbanding cuaca di siwa. kat matruh banyak pantai dan laut serta teluk antara faktor matruh lebih sejuk. Siwa pulak, mmg panas gler. sbb tmpt dia semata-mata padang pasir. sepanjang jalan mmg hanya akan dpt tgk padang pasir jek. bler aku pergi sni, baru aku dapat rasa suasana mesir yang sebenar-benarnya. yang macam mana first impression aku bler sebut mesir, iaitu PADANG PASIR SEMATA-MATA. perjalanan dari matruh ke siwa amik masa dalam 3-4 jam lebih. Tapi satu benda yang aku gler2 gler2 gler2 gler2 gler2 (ini mmg btol2 aku respek) siwa ni la satu-satunya kampung yang masih mengekalkan sunnah nabi. sebab itu, siwa ni dikenali jugak sbg perkampungan nabi. *sbb dorg masih mengamalkan sunnah nabi* memang jelas ketara.

korang bayangkanlah, time2 siang2 susah nak nampak perempuan dorg keluar, kalo ade yang keluar pon, itu pon dorg selebung sampai langsung xnampak muka. SERIUS ni aku xtipu. dah la memang selebung satu muka, guna kain hitam, pastu dorg tambah lagi kat luar kain kelabu yang tebal. subhanaallah. mmg respek gler aku kt dorg. dan perempuan2 dorg xkeluar tanpa sebab. keduanya, yang buat aku terharu gler dgn dorang, lelaki2 kat siwa ni, MOSTLY memakai jubah. dan kebanyakkan nye semua memakai jubah putih. tak kisahlah sesapa, semua pakai jubah putih. even budak kecik2 pon dorg dah dilatih memakai jubah putih. hebat kan dorg? kite ni pakai jubah time nak g masjid jek tu pon bukannya selalu menjejakkan kaki ke masjid, Jumaat pon kadang2 liat. sape la kitekan nak berbanding dorg. terasa sangat kecil dan xsempurna diri ini. T_T. rumah2 dorg semua kebanyakkan berasaskan tanah liat, mmg kalo korg pergi, nmpk macam uma2 zaman dlu2. tanah liat semata dan ada satu uma aku tertgk, atap dia dorg gune cm pelepah tamar. aku xrasa dorg xde duit smpi gune tanah liat, aku pasti mesti dorg nak rasa cmne kehidupan zaman2 para sahabat dan para anbiyaa` agar timbulnya perasaan zuhud dan tawaduk. subhanaallah, hebatkan mereka?

siwa ni merupakan kedua penyumbang kurma yg terbesar di dunia, aku rasa no 1 arab saudi kot. Kurma dorg jauh lebih sedap dan murah berbanding kurma2 yg ade kat mesir. ye la, da dorg pengeluar, mestilah murah. tapi ammu arab jual kurma amik kesempatan skg, bler taw ramai org dtg siwa, dorg mula lah jual harga mahal gilak. tp xde la mahal mane pon, cuma harga nek skit daripada thn lepas. thn lepas kurma coklat 6.50 LE, skg da 7.00LE. kurma badam pulak dlu dorg beli 6LE skg 6.50LE. kurma biasa lak nek dr 4.00LE jadi 5.00LE. Olive oil pon. sudah naik harga. T_T aku just beli beberapa jek kurma, sbb family aku ramai yan baru balek dari umrah, dan mama kata kurma banyak da kat uma. and plus olive oil, biar mama aku sihat, masak gune olive oil. tiba-tiba aku bertekad nak sponsor tiap2 tahun kt mama Olive Oil, nak bagi mama aku shat dan bertenaga dan kurang cholesterol. untung dapat anak cm aku kan? hehe.

ok. sambung, kt SIWA ni bukannya just g shopping kurma, ktorg pergi jugak ke tempat2 bersejarah. meh sni aku nak cter kt korg tmpt2 history kt siwa. antaranya,
1) Kota lama siwa- kota terawal di siwa. kota ini dikatakan kota yang begitu besar dan terletak di antara 2 buah bukit. kalau tgk dari kota ini, korg boleh tgk Kubu Alexandria The Great. dan juga boleh tgk kesuburan tanam-tanaman di siwa.

2) kolam cleopatra- kt sni la tmpt mandi-manda cleopatra. korg kenal x cleopatra, xknl? klik sini. actly, kolam dia sangat banyak. ini salah satu dari kolam2nya, yang ktorg pergi yang 5 meter dalam dia. nak lawat semua boleh jek, tp ktorg da xlarat sbb panas gler. mmg rasa cm xnk kuar jek dr bas. kolam cleopatra ni, mengikut adat kat sni, sapa2 pengantin baru, dorg digalakkan mandi kt dlm kolam ni. kunun2nya, nnt perkahwinan akan kekal selamanya. gtu lah.

3) jabal mauta- maksud dia gunung maut, sbb dlu tmpt ni jadi persembunyian penduduk zaman dulu ktika peperangan berlaku dan juga tmpt pengebumian jenazah2. kat dinding2 jabal mauta ni, ada lukisan2 menceritakan tentang kisah perkahwinan cleopatra dan Marc Anthony.
tapi ari tu tgk dr dlm bus, sbb nak masuk dlm ni sgtla mahal plus cuaca terik matahari.

4) Jazira fatmas -dipanggil jazira fatmas sbb ia terletak di tengah2 laut siwa. kat stu juga terdapat byk kebun yang terletak di tasik garam. berhampiran dengan jazirah ini terdapat sebuah kolam mani sedalam 7 m dan lebih dalam dari kolam cleopatra. kolam ini lah yang menjadi sumber air utk kebun2 disekelilingnya.

5) Kubu dan Ma`bad Alexandria The Great- dibina kira2 300 thn dahulu. pintu dia masih bertahan walau da berabad. kat sni jugak merupakan tmpt persembunyian org2 zaman dulu ketika peperangan berlaku. Menara di kubu ini dijadikan sbg tmpt pengumuman bg mereka. Pastu, terdapat jugak terowong di mana digunakan utk mengambil air dari kaki bukit. bersebelahan dgn ma`bad, ada lubang utk disimpan barang2 emas dan berharga tetapi telah di cilok oleh penjajah2 yg jahat. Dahulu kala, di puncak bukit, terdapat berhala yg kononnya mewakili Tuhan Matahari yg terletak di bilik tengah. *akan ditunjukkan gmbr*. dan itu lah tuhan yg disembah oleh Alexandria utk memohon pertolongan. Alhamdulillah, kemudiannya berhala itu telah dirosakan oleh tentera Jerman ketika perang dunia ke-2, dan menjadikan tmpt itu sbg kubu mereka. kisah2 masyarakat zaman Firaun telah di ukir di pintu gerbang.

6) Kuil Amon - tmpt penyembahan Amon. di bawah kuil ini, terdapat istana tertambus yg mana mengikut kajian berasal dari Jerman. namun, masih dikaji smpi la hari ini. Smpai la sekarang, masyarakat Siwa sangat pelik+takjub, cmne tiang besar ini boleh terpacak di situ. ada pendapat mengatakan ianya telah dibina oleh Tukang sihir Firaun.

kalau kat MATRUH lak, ktorg melawat tmpt2 seperti di bawah :
1) teluk aljibah- dia dinamakan aljibah sbbnya teluk or laut ni, time waktu senja, bler kte tgk warna laut dia ada 7 warna lapisan laut, mmg cantik gler wa cakap sama lu. serius cantik.Laut dia terbentang luas, dengan gunung2 di hadapan, udara yang sgt aman dan menyenangkan. mmg ciptaan ALLAH sangatlah indah. itu baru di dunia, da cantik mcmni sampai xterkata, apatah lagi syurga. subhanaallah. mari kite bertafakur sebentar mengucapkan ALHAMDULILLAH atas segala nikmat yang telah diberikan oleh-NYA.

2) su`u libya a.k.a pasar libya- ni mmg sesuai utk shopaholic. dinamakan pasar libya sbb kebanyakkan barang2 dari LIBYA. kat sni macam2 ada jual, ade kurma ada buah-buah kering cm zaitun, buah tin, buah prune, kismis, gajus and mcm2 la. ada jugak jual cm baju2, kasut,jubah, jersey kraftangan. senang kata, kt sni MACAM2 ADA. harga pon amat berpatutan, kalau pandai tawar, dapat lah lagi murah.

3) hamam cleopatra- hamam tu maksudnya bilik air. ini lah dia bilik air yang digunakan cleopatra. Hamam terletak di laut, klo nk masuk ke hamam ni, kena merentasi air laut dlu. tapi xde la tengah mana pon. dalam hamam ni ada dua lubang, sblh sana untuk cleopatra mandi, lubang ke-dua utk segala penyahtinjaan. kat sni mmg sesuai utk hamam, sbb ombak dia mmg kuat dan mampu untuk mengalirkan "benda-benda alah itu". dan kat sni, tidak digalakkan mandi, sbb nya ye la tmpt pembuangan, korang nak mandi ker? keduanya, sbb kt stu, batu2 dia tajam dan licin. so, ianya amatlah berbahaya.

4) Bandar Marsa Matruh - bandar ni sgt tenang, indah, cantik, menenangkan fikiran terutama time malam. dengan kilau lampu berkerlipan. bandar ni xcm bandar2 lain yg hiruk pikuk.

ok. puas+penat aku bercerita. jangan risau, gambar2 akan dipost kan pada entry seterusnya, skrg ni nak bagi korg muqadimah dlu. nnt xde lah korg banyak tanya bler aku post gambar. ok? and sebagai pelajar malaysia di mesir a.k.a duta pelancongan MESIR-MALAYSIA *koya molek aku ni*, saya sarankan anda lawatlah mesir untuk melihat keindahan ciptaan ALLAH. jelajahilah negara-negara islam dahulu, dan usahlah dibanggakan ciptaan manusia yg xsetanding dengan ciptaan ALLAH yang maha besar. ini baru satu tmpt, da sebenarnya banyak lagi yang korang boleh terokai di sni. insyaallah, terjamin kepuasannya.

bertepatan dengan firman ALLAH :

"Katakanlah (wahai muhammad) : Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi"
(SURAH YUNUS, AYAT :101)

"Katakanlah (wahai muhammad) : Berpergianlah di bumi ini, lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang2 dahulu. Kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang menyekutukan ALLAH "
(SURAH AR-ROM, AYAT: 42)

11 June, 2010

TOP 15.....

salam 1malaysia.
lets read about :

TOP 15 BAU KURANG MENYENANGKAN.


15. TINJA MANUSIA DAN HAIWAN.

sejenis pepejal dan cecair yang dikeluarkan melalui proses defecation and urination. Untuk maklumat lanjut sila tanya diri sendiri. hehe~

14. IKAN BUSUK

Rotten Fish

Kepada peniaga-peniaga di luar sana, janganlah menggunakan ikan busuk di dalam masakan korg, sbb bau ikan busuk antara bau yang paling kuat ye. sekali dua tipu boleh la kot, lama-lama kantoi jugak. Lagipun bukan ke berdosa menipu2 ni, di alam kubur nnt, badan anda akan membusuk, xtkot ker? insaf2.. *Salah satu sebab aku xsuka makan ikan, sbb tkot makan ikan busuk. euww~*

13. PENGKOMPOSAN TUMBUHAN

Compost Heap

Komposan tumbuhan adalah penguraian tumbuhan oleh mikroorganism tertentu dan menjadi nutrient untuk tumbuhan yang lain. ianya jadi busuk disebabkan oleh pengeluaran isothiocyanates ketika proses komposan berlaku. Jadi, kalau tiba-tiba korang kat hutan, tiba-tiba terbau mender busuk, sila jangan pikir bukan2. Jangan takut2 nk tegur, TEGUR JEK. sebab tumbuhan xboleh menjawab teguran korg, ok? :D

12.PEREPUTAN DAGING/ BAU BENDA TERBAKAR.

Che

Bau pereputan daging2 manusia atau luka-luka yg xsembuh sangat kurang menyenangkan. dan juga bau2 hangit macam korang2 yg suka berangan kat dapur, samapi masakan hangus terbakar.

11. ASAP2 KILANG

Bton Sewer

Asap2 kilang terkandung bermacam2 gas termasuk gas toksik ataupun tidak. pencampuran banyak2 gas ini menyebabkan penghasilan bau yang kurang menyenangkan serta merbahaya utk sistem pernafasan. antara gas2 yg terkandung adalah CO2, ammonia, methane dan sbgnya.

10. BANGKAI BINATANG

Road Kill

Contoh paling mudah, bila bangkai cicak tersepit kt almari baju. "Wangi" kan bau dia?

9. BAU MULUT

Smiles1

Wajah kiut la mcam siti nurhaliza ke, hensem macam fahrin ahmad, kalau xgosok gigi, jatuh saham la. mmg aweks2 larik la. Tapi kalau korang da gosok gigi hari2, tapi still berbau, g jumpe doc, sbb gigi korg ade mslh tu. dan salah stu tips nak taw mulut korg busuk ke x, aku pernah terbaca, korang jilat tgn korang bukan kt telapak tgn, pastu tunggu smpi kering and bau. selamat menikmati bau mulut korg.

8. Skunk

Skunk

skunk? aku pon xpernah jumpe binatang ni, dan xtaw la bau dia mcmana. tapi, skunk ni mengeluarkan bau tu sbg pelindung diri drpd musuh. Kadang2 aku terpikir, kalu la tiba2 kena tangkap ngn harimau ke kan, kalau kita fart kat harimau tu dia lari x ek?

7. BAU ANJING BASAH

Wet Dog

ini pon sama. aku xpernah dekat ngn anjing so, aku xtaw bau dia mcmana. kalo korg nk taw cuba tny kawan2 korang non-muslim yg ade bela anzing ni. and aku xdpt bygkan mcmana dorg bleh bela, sedangkan bau anjing lebih hebat busuknya daripada bau tinja manusia. eee~

6. MAYAT

Decaying Flesh

aku xpernah bau mayat walaupun selalu bermain dgn mayat kat gameah, sbb mayat kat gameah dorg da mandikan dengan formalin. dan serious, aku suka gler bau formalin walaupun kadangkala menyakitkan. tapi aku pernah baca hadith, yang bau bangkai manusia adalah lebih busuk daripada bangkai binatang. dan mmg terbukti da. dan korang nk ke makan mayat? so, kurangkanlah mengumpat! :D

5. MAKANAN BASI

Rotten Food

bau ini aku paling xsuka + meloyakan. sbbnya dari ada selera nak makan, terus xde selera bler terbau. T__T

4. AIR TERCEMAR

Kid-With-Stagnant-Water

dan ini. sape nk bau boleh dtg ke zgzg, dan aku akan bawa korang ke sebuah jambatan dekat jek dengan kuliah aku, dan korang boleh menikmati bau ini.

3. BAU GAS METHANE

Fart

Farts. korang da arif kan? klik sini untuk mengetahui jenis2 farts. ^_^

2. Hydrogen Sulphide

Disgust Factor Man

pernah bau telur busuk? hah, dalam telur tu ade gas ini.

1. BAU KAKI DAN BADAN MANUSIA.

Armpit-Odor

*gmbr di atas <-- pertandingan bau badan paling kuat. :))*

jeng... jeng...jeng...

inilah yang aku nantikan.. dan no wonder la kalau korang semua xtahan dengan bau minah dan mamat arab2 kt sni. korang xsalah kalau korang kutuk dorang or xtahan ngan bau dorang, sebab BAU BADAN NI JATUH NO SATU KOT!! bau yang PALING KUAT! kalah bau mayat dan bangkai2 kat atas. hebat..hebat..dan aku tiba2 rasa macam nak keluarkan artikel ni dan tampal kat gameah, kt musolla perempuan biar mamat dan minah2 arab tu semua baca. hahaha~ TAMPAL BESAR2.. dan sebelah dia pula aku selitkan ngan iklan deodorant. huh.. mmg bagus. dan kat luar sana, please stop asking me kenapa xnak cari pakwe arab. Inilah antara sebabnya kenapa aku xnak dan xsuka ngan mamat arab. dan juga kenapa aku xnak carikan korang pakwe arab. faham?

memang HANDSOME & CANTIK2, badan sasa, tinggi, hidung mancung, pipi tersorong2, sekali lagi aku ulang HANDSOME & CANTIK, again HANDSOME & CANTIK tapi ..........................................., sudah tiada guna rupa kacak dan cantik wajah itu. :D

lagipun, bak kata JAMAL ABDILLAH

sapa bilang jejaka dan gadis melayu xmenawan? hahaha~

14 April, 2010

save THEM !

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH.

sempena hari palestin ini, dan juga untuk menyokong PERUBATAN mesir dalam melancarkan kempen palestin serta pemboikotan barang-barang muqotaah, tertarik untuk bagi korg tgk video youtube yg menyayat hati *for me laa*.
LET`S SEE!




*da pna tgk ker? ok. sila tgk video ni dan buat mcm anda baru first time tgk! hehe*

SUDAH MELIHAT? OK. MARI BUAT TAG DI BAWAH.
*feel free to do it, even ur name are not included in my tag`s list. thanks*

ANDA HANYA PERLU :

*MENJAWAB SOALAN DI BAWAH*

1. Apa maksud kebebasan bagi anda?
2. Pada hemat anda, sebagai seorang rakyat Malaysia, adakah anda bebas di negara ini?
3. Pernah anda membayangkan hidup di negara yang sedang berperang? Apa perasaan anda?
4. Jika anda diberi peluang untuk ke Palestin, Iraq atau Afghanistan, apa yang anda mahu lakukan.
5. Jika soalan nombor empat tidak mungkin akan berlaku untuk anda, apa yang anda mahu lakukan dari jauh?

*TAG SERAMAI YANG BOLEH*
(sila luangkan masa anda utk buat tag ini.!!!)
* * * * *

JAWAPAN TAG :

1. kebebasan itu bermaksud saya bebas or tidak terikat dengan apa-apa yang menyeksakan or benda yang xsuka di buat.
2. di malaysia? TERLALU BEBAS, sampai saya rasa rimas dengan kebebasan itu.
3. PERNAH! takut, seram, trauma and rasa nak lari dari negara tu, kalau boleh nk join berperang sama-sama and sanggup mati di medan perang, daripada hidup dalam sengsara.
S E R I O U S! ^__^
4. saya mahu memberikan bantuan daripada segi perubatan dan psychologi. insyaallah. nk berperang tiada ilmu tersebut.
5. mendoakan mereka, menderma dan paling penting sekali MEMBOIKOT BARANG2 ISRAEL!!!! chaiyok! ^__^

SAYA TAG :

*xlarat da nk tag ramai2, sape nk buat, silakan tafadhol masykurah. mafish musykillah.*
*ok saya sengaja tag ajk PERUBATAN, nk tgk dorg wat ke x? hehe~*


15 March, 2010

owh,dah nak periksa da..

owh. dah nak periksa rupanya.
*nada biasa*
isk2..apalah mau jadi ini! i need stop it ryte now!

to all medic zagazig, i wish u :
 


 i know, it always be like this :
 
 
but we can change it into this: 
 

when we start to lazy, quickly remember that :
 
 
 they need us!!!
 
because we are :
 
and insyaallah we`ll become a GOOD
 
and
in our life fi dunia wal akhirah...
amin~

26 February, 2010

MAULIDUR RASUL :)

SALAM MAULIDUR RASUL.. :)

                     

       Bagaimana sambutan maulidurrasul korg semua kali ini? adakah anda menyambut dengan mendengar cermah-ceramah maulidurrasul atau hanya menghabiskan masa duduk di hadapan laptop, menonton movie? amatlah rugi kalau kite menghabiskan masa menyambut hari keputeraan rasullullah dengan perkara-perkara yang melalaikan. Rugi yg teramat! ALLAH telah melimpahkan berbanyak-banyak fadhilat pada hari keputeraan nabi. adakah anda sudah berselawat? Hari-hari biasa memang amat sukar bagi kita untuk berselawat ke atas nabi. Jadi kenapa tidak kita gunakan kesempatan maulidurrasul ini untuk menghabiskan satu hari berselawat ke atasnya? Setahun kita melupainya, apa salahnya kita cuba luangkan masa SATU HARI untuk berselawat ke atasnya. Rasullullah mengambil masa bertahun-tahun untuk memastikan kita mampu beribadah dengan aman tanpa gangguan mahupun tanpa siksaan. Tapi kita? satu hari pon tidak mahu untuk berselawat sebentar kepada baginda saw. 

kalau kita selalu sahaja membiarkan bibir kita bertasbih lagu-lagu yg dilaknat ALLAH
kenapa kita susah untuk mambasahkan bibir kita dengan selawat ke atas RasuluAllah?

kalau kita mampu mengalirkan air mata semata-mata kerana kisah-kisah dongeng rekaan manusia di telemovie,
kenapa kita tidak mampu mengalirkan air mata pabila mendengar kisah pahit maung RasuluAllah?

kalau kita mampu menghafal nama-nama artis kesayangan kita dengan lengkapnya
kenapa begitu payah bagi kite menghafal salasilah keluarga RasuluAllah?

kalau kita mampu menghabiskan buku-buku novel yang beratus-ratus helaian
kenapa begitu sukar bagi kita untuk membaca mengenai kisah-kisah RasuluAllah yg kadangkala tidak smpi pon beratus-ratus muka surat?

kalau kita mampu menghafal lirik-lirik lagu
kenapa begitu rumit bagi kita untuk menghafal selawat-selawat Nabi?

isk2.. mari kita sama-sama renungkan. (post ni pon tuk aku sebenarnya). chaiyok! semoga kita dapat memperbaiki dari semasa ke semasa. Dan semoga kita dapat menghidupkan sunnah rasuluAllah di akhir-akhir zaman ini. insyaALLAH..
*xtaw sejak bler aku jadi sedikit skema ni.. abaikan je la ea*


p/s sesungguhnya diri ini rasa sgt xlayak nak tulis post ni sbnrnya, tp xpelah mender baikkan.. andai ade yg terasa maaf... sbb aku langsung xde niat nk sindir sape, sbb smua perkara di atas adalah bende yg aku lakukan juga. so, TEGURAN tuk diri sndri rsbnrnya! andai ada typing error or any words yg cm xbpe nk sesuai, harap dpt memberikan teguran. peace no war!! daaaa~

25 January, 2010

kisah benar....!!

salam semua~ sedang meneroka dunia fesbuk tbe2 ternampak satu note about.*credit to aineen* sila la baca. kalau novel beratus2 muka srat kite boleh baca, takkan la kita tidak boleh meluangkan masa yang xsampai 5 minit pon membaca kisah benar ini kan? selamat membaca.


OPPS...ISTANNA YA AMM!!!! KEJAP!
sila tekan butang play di video bawah ni dulu!





*
xde pe2pon sbnrnye, saje nk bg korg feeling2 sikit tyme bace tuh* huhu~~

ok2... enjoy reading.. semoga kita dapat mengambil iktibar daripada kisah ini.. insyaallah... ^_^

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. "Hai... hentikan
suara jelekmu! Hentikan... !"

Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahananyang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia alu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaALlah tempatmu di Syurga."

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.

"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."

Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap,

"Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, ALlah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu
aku termasuk manusia yang amat bodoh."

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. "Berikan buku itu, hai
laki-laki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!"ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat
tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.

"Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."

Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol. Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak.

Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia.Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.

Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih. "Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba "Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. "Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu." Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.

Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... " Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat.Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya.

Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. "Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... " Terdengar suara Roberto meminta belas. Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.

Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu," Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah... '. Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini.

Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, 'Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya... "



Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy.


Benarlah firman Allah...
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ALlah, tetaplah atas fitrah ALlah yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah ALLah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (QS>30:30)
Syeikh Al-Islam Turki yang terakhir iaitu As-Syeikh Mustafa Al Basri telah menegaskan dalam bukunya ...
Sekularisma yang memisahkan ajaran agama dengan kehidupan dunia merupakan jalan paling mudah untuk menjadi murtad.


~~pada sape2 rasa nak sebarkan kisah ini, TAFADOL MASYKURAH~ mafish musykillah. :)~~
waallahua3lam.









18 October, 2009

... asal usul teddy bear..

selamat malam..
http://www.emocutez.com.
tnet sgt la lembap mlm ni..
dr pg td smpi la mlm.
ni pon cm hidup segan mati xmau.
.http://www.emocutez.com.


tengah2 menunggu speed tnet jd laju..
ak pon duk belek2 teddy bear aku..
stakat ni kat bilik aku ade 3 teddy bear
hehehe... yg sgt comel!!
http://www.emocutez.com
satu akak ak bg, satu lg erah bg,
then others one member aku bg... comey2...
thnk korg... syg korg!! muahx..

t aku post gmbr kat post2 akn dtg...
post kali ni bkn nk cter psl teddy bear ak...
tp nk cter cmne nama patung ni
bleh jadi nama TEDDY BEAR...
korg pna terpikir x??
http://www.emocutez.com

actually nama teddy bear ni di ambil dr nama presiden AMERIKA

Theodore Roosevelt, presiden Amerika–, melakukan perjalanan untuk berburu. Pada tahun 1902 presiden tu melakukan perjalanan ke Mississipi untuk settlekan sempadan antara negara Mississipi dan Lousiana. On their way, salah sorg pembantu presiden ni menjumpai seekor anak beruang yg comel.. pembantunya menangkap anak beruang tu and diikat supaya presiden membunuhnya. Tapi beruntung untuk beruang kecil itu, Presiden roosevelt menolaknya.

Kejadian itu sangat terkenal. hingga seorang kartunis, Clifford Berryman, menggambarnya dan dipublishkan oleh The Washington Post. Morris mitchom, seorang pemilik kedai tulis yg membaca cerita itu diakhbar, lalu si incik moris pun suruh bininya, Rose utk menjahit patung mcm dlm surat khabar tu.. pastu, dy pon tulis surat ke White House untuk mintak izin meletakkan nama presiden pada patung yg dijahit tu.. teddy adalah panggilan kecik2 presiden theodore. so, konklusinya.. nama teddy tu arise from name presiden amerika..

disebabkn aku xsuka ade kaitan ngn amerika ni
http://www.emocutez.com,
so ak rase cm nk tukar nama bear ni...
osama bear.. cm best gak... hahahaha...

bercerita ttg osama bear ni..
aku bru teringat something
besday aku pon dah nak dekat
spe nk bg hadiah
bleh la bg hadiah osama bear yg comel2 taw...
hehehe..
http://www.emocutez.com
jgn lupe disertakan dgn chocolate ye!!
(demmand tinggi btol)...
hahaha...~~

k... bubye smua...
http://www.emocutez.com

20 July, 2009

ISRA` MIKRAJ

salam alaik~~ alhamdulillah, ALLAH beri kite kesempatan utk mempunyai umur yg panjang dan masih menghadapi @ kite masih berpeluang utk bertemu dgn malam isra` mikraj...
27 rejab ini, kite lakukan lah ape yg terbaik.
hiasilah 27 rejab ini dengan amalan2 ibadah....
walau kite sedang di landa keseronokan ingin pulang ke tanah air tercinta,
tp ape salahnya, kite meluangkan sedikit masa utk ALLAH yg pling tercinta....

sesungguhnya, ALLAH akn mengampunkan dosa2 hamba2NYA yg memohon padanya..
lagi2 pada hari di mana kewajipan kite ditetapkan,
berdoalah sebanyak mungkin,
beristighfar lah,
serta sentiasa lah basahi bibirmu dgn ZIKRULLAH....

sesungguhnya bermacam nikmat yg telah ALLAH berikan pd kite,
ingatlah ALLAH samada di kala senang atau duka,
smbil2 mengemas baju utk pulang,
ape kate kite same2 berzikir serta muhasabah diri..
insyaallah!!

p/s mabruk kpd smua kwn2 yg pass... alhamdulillah
kpd kwn2 yg repeat, jgn bersedih,
ALLAH xkan menguji hambaNYA sekiranya dy xmampu...
mungkin ade HIKMAH DI SEBALIKNYE...
jangan menyalahkan takdir...
mugkin tnpa kite sedar seribu macam kemanisan ALLAH telah sediakan...
who knows ryte??
tahniah kpd smua zagazigians
krn tlh berusaha segigihnyer...
CONGRATULATIONS!!!
kamu semua adalah BAKAL DOKTOR MUSLIM YG AKAN BERJAYA!!
insyaallah... amin~~~

10 July, 2009

interesting about MATHS!!



wanna to share something about the interesting mathematics... it`s quite a long tyme, i`m not learning MATHEMATICS!! but, very2 thankful i`m not learning it again, coz i actually dislike MATHS... hehe~~ let`s check out this information...
(copied from FATHIHAH in 16 gent.... thankx dear)

*Beauty of Math! **

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?*


*And look at this symmetry: **

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=12345678987654321

Now, takes a look at this...

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%? What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER
100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help answer these
questions:

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:

H-A-R-D-W-O-R- K>> 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

**11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96% **

But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100% ***

*THEN, look how far the love of God will take you: **

L-O-V-E-O-F-G-O-D>> 12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and
Attitude will get you there, It's the Love of God that will
put you over the top!


GOOD LUCK!!! :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger