BLOGGER TEMPLATE

Pages

08 August, 2012

andai ini yang terakhir......

Bismillahirahmanirahhim.

Assalamualaikum.
Dek kerana mata tak bisa lelap, penat paksa pon tak lelap jugak, terfikir untuk mencoretkan sesuatu. 

Andainya ini kali terakhir diri ini menaip di blog ini, izikan aku memohon ribuan kemaafan kepada semua.
Aku manusia biasa, terlalu banyak dosa-dosa,perkara mengumpat, mengutuk, menyakitkan hati menguris perasaan dengan kata-kata yang mugkin sengaja dikeluarkan dan mungkin juga tidak, perangai dan perbuatan yang tidak senang di pandangan kalian dan sebagainya samada sengaja mahupun tidak. Aku mohon maaf setulus-tulusnya ikhlas daripada hati daripada semua, tak kisahlah samada kita kenal atau pun tidak, kerana kadangkala tidak kenal pon, lidah dan hati terdetik juga terkata benda tak sepatutnya. MAAF. Ribuan kemaafan ku pohon.

Andainya ini kali terakhir aku bisa berjumpa kalian semua, aku mohon halalkan segala-galanya. Halalkan makan minum, halalkan apa yag telah aku terguna barang, terguna pensil atau alatan lain atau apa-apa sahaja, halalkan apa yang kalian mungkin haramkan bagi ku dan Maaf sekali lagi. Halalkan ya.
Serius, aku perlukan kemaafan kalian semua. SANGAT PERLU. maafkan aku, walau  mungkin ini kali terakhir dan mungkin juga selepas ini kita jumpa lagi degan izinNya, aku tetap perlukan kemaafan kalian semua. Ya mungkin ada berkata, argh nampak tidak ikhlas, hanya tulis di blog. Kalau mahu minta maaf, bersungguh-sungguhlah, face- to-face, baru nampak kesungguhan itu, baru senang memaafkan. Ya aku tahu, aku mohon maaf sekali lagi, kerana aku tidak mampu dan tidak berdaya untuk berjumpa kalian sorang-sorang. Kalau yang masih di Mesir atau lebih spesifik di Zagazig, mungkin aku mampu untuk menghulurkan tangan menjengah muka di pintu rumah kalian, tapi kalau di Cairo, Mansoura, lagi-lagi di Malaysia, tidak terdaya untuk mengerahkan kudrat untuk ke rumah kalian satu-satu. Maaf.

Aku sungguh-sungguh mohon sangat-sangat pada kalian agar memaafkan diri ku atas segala kesalahan yang disengajakan mahupun tidak. Halalkan segala-galanya. Doakan lah semoga perjalanan aku ke tanah suci itu dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik untuk terus berjuang dan beribadah. :) Sungguh aku perlukan doa-doa kalian. Juga insyaallah result aku akan keluar dalam minggu hadapan, Tolong dan mohon sangat kalian doakan agar result aku dan kawan-kawanku tahun 4, lulus dengan cemerlang gemilang dan terbilang, dan dapat naik ke tahun 5 tanpa perlu re-sit. amin. Tolong ya!

Semoga Allah merahmati kalian semua.

Wassalam. =)

31 July, 2012

Alhamdulillah :)


Alhamdulillah.
satu perkataan yang bisa aku sebut sebanyak-banyaknyaa..
siapa sangka, pada mulanya keinginan di situ hanya dimulai dengan pengaduan.
Tiba-tiba menjadi kenyataan. MasyaALLAH, ALLAH MAHA AGUNG! MAHA MENGETAHUI AKAN SEGALA SESUATU malah MAHA MENGABULKAN PERMINTAAN HAMBANYA.

*flash back*
Mama : adik, mama dah daftar nama untuk pergi ke umrah yang pakej cikgu r***** tu. Sebulan la mama pergi sampai raya la.
Anak : yeke, bestnyaa. tapi alaaa lamanyaaaaa.. sampai raya. T__T
Mama : ala xpe lah. Mama dah lama mengidam nak pergi, hari tu Nak pergi tahun lepas, aritu dah pergi dengan mak tua tgh tahun. Akak pulak kawen aritu. Bagi lah mama rehat puas-puas kat sana, badan mama letih buat kerja kat Malaysia, mama nak rehat sepuas2 dan beribadah kat sana.
Anak : wuuuuu. Baiklah :( tapi nanti raya adik nak raya kat mana? Akak dah kahwin? Pastu balik dari mesir nak duduk mana? Akak kat Sabah.

Mama : laaa duduk dengan akak kamu lah. lagi pon kan kamu ada 7 org adik beradik, boleh jek nak duduk rumah mana yang kamu suka. 

Anak : alaaaaa..memanglah dorang ada, tapi dorang semua bukan mama. nak mama. tapiiii nak mama, sapa nak buka puasa ngn adik nanti.
Mama : ape lah kamu ni, nanti bila tiba masa kamu tinggal sorang2 jugak nanti. 
Anak : tahuuuuu, tapi maaaaaaaaaa.. *menangis*
Mama : Mama bukannya pergi setahun pon, dulu waktu kecik2 boleh jek tinggal..

Anak : sebab dulu sekolah, xrasa sangat. Ni dah uni, plus time adik balik tu memang tak buat apa2, sedihla nanti menung sorang2. *anak suka melawan* :p

Mama : kamu ni banyak sangat alasan…
then cakap benda lain. bla bla bla bla bla

Bukak2 facebook, tengok status kakak outstation, banyak benor outstation. Komen2, akak selalu kena outstation, minggu ni akak balik2 rumah, tiba2 abg ipar plak outstation. kesian kakak, tiba-tiba terjana satu idea. Terus call puan mama.

Anak : assalamualaikum mama.
Mama : waalaikumussalam.
*cerita lain, bebel2 dulu, ngadu2 domba* then
Adik : Maaaaaa, kalau lah kan adik kan adik kan…..
 Mama : apa diaaa? kamu nak kahwin ke? dah ada calon ke? ada orang risik kamu ke? boleh jek.
Adik : eh mama, bukanlah. bukan pasal kahwin la mama, suka taw cmtu, siapalah adik, ma. kalau dah ada, memang mama dah tahu lamaa. Adik mana pernah rahsia dengan mama apa2.
Mama : yeke? Tah2, banyak simpan tanpa mama tahu. hah kenapa? kamu tak sihat ke?

Adik : shat je maa, kalau lah kan adik nak pergi umrah jugak boleh tak ma? boleh la ma, boleh la. (tanpa sempat si puan mama cakap, terus panjang2 bagi point, this is one method how to get all what you wish for. cakap terus point dia, make sure relevan. hehe)
Tak de la mama tengok akak, selalu sangat outstation, pastu time dia balik, abg plak outstation, cmne kalau adik nak duduk rumah dorang? Buat nya time tu akak outstation, tinggal adik berdua ngn abg ipar? Dahlah dorang tu baru kahwin, kalau dah ada anak tak kisah. Pastu memang boleh jek, nak tidur rumah akak and abang2 lain2, tapi semua kerja ma, kesian dorang ma, adik takut2 adik menyusahkan dorang jek.

Mama : emmm.. banyaknya point dia. Nanti la mama fikirkan, berapa kalau pergi dari sana?
Adik : oh adik da survey da, harga dia bla bla bla bla bla.
Mama : amboi cepatnya survey. nanti mama fikirkan ye. 
Adik : hehe. 


*few days later*

Mama : hah kamu pergi la survey mana2 pakej yang murah2. Insyaallah kalau ada rezeki nanti mama bawak la kamu sekali.
Adik : serious ni ma? yeay.. okay adik carik ye.
*next day*


Adik : Mama betul2 ke ni bagi adik pergi? tak pe ke? boleh ke? memang mama bagi ke ni? betul ni?

Mama : laaa betul laaa.. ape yang tak betulnyaa, tak pe insyaallah kalau kita gunakan duit utk ke jalanNya tak pernah sia-sia. Lagipun, kamu nak pergi rumah ALLAH yang Mulia dan Barakah takkan mama nak halang.

Adik : alhamdulillah yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. mama terima kasih. Love you mama.. Lebiu, lebiu, lebiu.. 
*finish story*

Alhamdulillah, dengan izin Allah serta rahmat dan kasih sayangnya, segalanya berjalan lancar.
Kini menunggu hari dalam keadaan berdebar-debar dan tak sabar. syukran ya allah. syukrillahhh.. :) sesungguhnya menjadi tetamu Mu Ya Allah di bulan yang penuh barakah serta maghfirah ni adalah suatu perkara yang sangat menggembirakan. terima kasih ya allah :)

SEMOGA AKU TERUS MENJADI HAMBA YANG SENTIASA MENSYUKURI NIKMAT-NIKMAT MU DAN DIAMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSA KU. aminn :)

18 June, 2012

Dispiritedness.


Mata sudah hampir pseudo-ankyloblepharon, sakit tapi bukan sakit sebenar
Ptosis bagai kerana takungan si lacrimal glands mulai bertambah,
Horner`s muscle bersiap siaga kalau-kalau empangan lacrimal terpecah,
Si lid margin tertawa melihat telatah meibomian dan zeis glands berlumba-lumba untuk mengeluarkan isi masing-masing.

Penantian satu penyeksaan,
begitulah terseksanya sympathethic system menunggu impulse dari hypothalamus dan cerebellum.
Sangat patuh, tidak pernah melawan ketua, otak. 
Tidak memandai2 mengaktifkan system sendiri, tanpa arahan.

Lubang hiung kembang kempis bila dipaksa untuk menyedut udara segar.
Tarik nafas, hembus. Tarik sedalam-dalamnya.
Kapasiti paru-paru bertambah-tambah,
Terloncat-loncat kegembiraan si tisu dan darah
bakal mendapat banyak makanan Oksigen,
Toksik jadi trauma, gas-gas karbon dipaksa keluar,
Jantung mengepam dengan laju, menyebabkan kadar heart rate bukan lagi di takuk biasa 70/min.

Tangan menggeletar bagai parkinsonism,
bagai bukan mahu. Mohon dijauhkan.
Bibir mulut bawah diketap rapat oleh gigi molar dan incisor, konon menahan rasa.
sesekali bibir atas pula menjadi mangsa. Kasihan.
Nasib di situ pain sensory sedikit.

Cuba bertenang.
Mengaktifkan orbicularis occuli secara paksa.
Mengosongkan otak dari imaginasi dan halusinasi pelik.
Hati kecil berbisik,

"lahaulawallahkuwataillabillah. Insyaallah, Allah sentiasa ada. Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati akan tenang. Serahkan semuanya pada Allah. Dia Maha Mengetahui akan segala sesuatu dan tiada yang mustahil baginya. Mohon padaNya. Ingat Allah. La Tahzan, Inaaallah maa`na. "

Mata dibuka. Tenang seketika, terasa seolah-olah sistem kembali normal semula.
Heart rate kembali 70/min.
Hidung tidak lagi kembang, menjadi mancung semula sediakala.
Pandang ke langit dan mengukirkan senyuman.
Terima kasih, ya Allah.

Dan berikanlah aku kekuatan. :)

06 June, 2012

Chicken Puff after exam.

assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam selesai satu paper praktikal forensic dan toxic. Semoga aku mendapat 20/20. Soalan dia boleh tahan laa, dan paling-paling suka sebab keluar jar yg paling disukai iaitu baby 9 months age still birth. :)

Sepanjang study leave tu, macam-macam rasa mengidam nak makan ni lah nak makan tu la sabar sajo lah, tapi paling rasa-rasa nak makan Chicken Puff. Dah lama sangat kot tak buat. Lepas exam terus pergi Alam Market shopping barang dan buat. Dan akhirnyaaaa tadaaaaaa..




Perasan tak puff aku macam ada dua kaler? Sebelah kuning-kuning, sebelah lagi tak kuning?

sebab sebelah aku sapu telur sebelah lagi tak. Sbb one of housemate aku allergic telur, kesian dia nanti musim2 exam ni, kena gatal2, plus aku nak try experiment ape jadi klo tak letak telur dan letak, beza tak rasa dia. 

RESEPI-RESEPI DIA :

Untuk kulit puff :

2 cawan tepung
80 gm mentega
(aku guna mentega mesir yg mcm minyak sapi tu dalam tin)
susu
(masuk sikit2 sampai rasa doh tu boleh diuli)

Inti-inti dia :

Bawang merah (1/2 biji )
Serbuk kari
Ayam (ambil bahagian dada )
kentang (2 biji)
Lobak ( 1 biji / 2)
Daun sup *klo ada*

Macam biasa :

Hiris bawang, pastu tumis
pastu masukkan serbuk kari yang telah di campur dengan air. pastu tumis2.
masukkan kentang dan lobak 
(tapi kentang dan lobak potong dadu, agak2 kalau nak cepat masak, potong kecik2 dadu, kalau rajin tunggu dia nak masak, potong besar skit.)
Pastu tunggu sampai semua dah empuk.
Garam secukup rasa. 

Kulit puff tu :
jadi kan bentuk dia bulat macam pizza, ikut la pada size bekas korang untuk dibakar tu.
Buat dua bentuk bulat tu, satu untuk bawah dan satu lagi untuk tutup di atas inti tu.
Pastu bahagian tepi tekankan dengan garpu.
Sapu kan telur, pada atas dia, kalau allergic telur tak yah sapu pun xpe..
dan buat la garis2 skit ke, atas kreativiti anda.  :)

Bakar pada suhu 180 dan selama 30 min. 
Dan TINGGGGGGGGGGGG!
siap. :)


Tapi sedikit sedih semalam, inti aku agak termasin, sebab konon-kononya puasa so tak boleh rasa, so ter-over konfiden letak garam. :(


okay itu sahaja. doakan saya, ada banyak paper sedang menunggu dan paling terdekat 16hb ni iaitu written Community Medicine. Doakan ye. Tq. :)








31 May, 2012

tepuk dada tanya iman :)

assalamualaikum.

"Hey, asal dia boleh dapat macam tu? Dia tak layak dapat kot.."
"Tak puas hati betul, macamana kau boleh dapat tu eh?"
"Kau tahu, aku tak rasa si senah tu layak dapat ape yang dia dapat sekarang ni. Mesti ada unsur penipuan"


Pernah dengar? Atau lebih tepat, pernah buat begini? Aku akui, yes aku pun pernah. Manusia tak pernah lari daripada kesalahan. Jangan malu mengaku dosa, cuma bila kita dah mengaku jangan buat lagi.

Bagaimana boleh terkeluar kata-kata seperti itu? Semua bermula daripada perasaan or hati tidak puas hati.
Bagaimana pula boleh terjadi tak puas hati, kerana kita sedang cemburu.
Bagaimana boleh cemburu, bila hati bermasalah.
Bagaimana hati boleh bermasalah?

TEPUK DADA TANYALAH IMAN =)

Pandanglah sesuatu dengan IMAN dan Ucapkan ALHAMDULILLAH rasa kegembiraan bagi pihak mereka. Sesungguhnya apa yang mereka dapat, apa mereka perolehi untuk semua telah ditetapkan di Luh Mahfuz. Semua itu ALLAH telah tetapkan. Setiap orang punyai rezeki yang berbeza-beza. Usah dengki. Bila melihat orang lain perolehi kejayaan, ucapkan syukur dan mohon agar ALLAH tambahkan rezeki kita dan jadikan kita sentiasa bersyukur. Insyaallah :)


 
"Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Nauzubilah min zalik. T_T



26 April, 2012

landmarks.


lagu tema : hambamu Mawi ft Akhil Hayy

assalamualaikum.


Pernah tak berlaku pada korang, ada satu benda yang selama ni korang payah gila nak buat, kalau buat mesti susah gila, tapi bila lama-lama korang try cuba cara ini dan cara itu, baru korang rasa benda yang mula-mula payah tu senang.

Tahu kenapa?

Sebab before ni korang tak ikut landmark or kayu ukur. Jadi senang bila mana kita ikut landmark. Everything in this world, have their own`s landmark. Cuma kita je la, kena pandai carik. Jadi orang bijaksana, bukan jadi pandai sahaja, memikirkan dan mencari di mana landmark itu. Baru segalanya mudah.

Tak percaya? Hidup ini punya landmark?

Allah itu bukan zalim. Malah dia Maha Penyayang dan Maha Pemurah serta Pengasih. Allah sebaik-baik penolong. Dia tahu, manusia tak mampu lakukan benda itu sorang diri, Dia bagi kita petunjuk bagi kita landmark, bagi kita kayu ukur dan panduan. cuma pokok pangkalnya pada kita, reti tak mencari nya?

Siapa jumpa landmark senang mudah lancar sahaja. Sebagai contoh, dalam memasak. Masak bukanlah sesusah mana. Contoh korang masak seafood tomyam, macamana nak tahu seafood tomyam tu dah masak? Kuah tomyam dah mendidih2 dan panas, pastu tengok pulak seafood dalam dia. Kalau udang tu dah bengkok, dah masak la, kalau kepah tu kulit dia da terbukak, tandanya da masak. Kalau sotong tu dah lembut sudah sempurna masak. See, mudahkan? ada landmark dia.

Dalam surgery, my doctors always say, surgery is easy actually if we follow the landmarks. Setiap banda kita ada landmark. Allah itu sangat Maha Pemurah, sebab itu dalam badan kita pun Allah letak dah landmarks senang untuk manusia yang lemah ini boleh membantu manusia lain. Kalau tiada landmark or kayu ukur, manusia akan potong sesuka hati dan akhirnya bawa pada kematian. Contoh simple, dekat telinga untuk operate ada Mac ewin`s triangle. So bila mana kita nak bedah telinga, pegang triangle ini betul-betul. Jangan ke atas sangat,nanti akan terkena bahagian otak, jangan potong ke bawah sangat, boleh terkena pada jugular bulb yang akan menyebabkan pendarahan yang melampau dan jangan ke depan sangat kita ada nerves. see. simple kan?

Sama juga macam study. Ada kayu ukur dia, pensyarah mesti akan cakap masa lecture, ok ini biasa keluar dalam exam, ini sangat penting, ini past year selalu keluar. Study betul-betul part tu dan juga baca yang lain. Jangan baca itu sahaja, itu dah salah niat, belajar kerana imtihan semata-mata. Past year questions tu penting, menunjukkan contoh-contoh soalan yang boleh kita biasakan dan tahu cara jawab soalan.

good luck mencari landmarks, hidayah dan petunjuk. mohon padaNya selalu. :)

TIADA BENDA YANG MUSTAHIL DALAM DUNIA KALAU KITA BERGANTUNG HARAP PADA ALLAH DI SAMPING USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH.

Semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah daripada Nya. amin ya rabb.

my opinion, no offence.  =)

21 April, 2012

islamic quotes. :)

assalamualaikum. :)

Mari baca ini Tumblr. Sangat bermanfaat.
Banyak islamic quotes yg mampu meruntun jiwa. Insyaallah. :)




Bukan sahaja dipetik daripada kata-kata ilmuan islam, tetapi juga dipetik daripada ayat-ayat alquran dan hadith. ^_____^

so klik link ni.

HAPPY READING =)

20 April, 2012

:(

Assalamualaikum.

Hola. :)
Sedang berdukacita kerana tidak dapat memanfaatkan sebaiknya ketika cuti seminggu. Hari ini dah hari Jumaat, which means tinggal 2 hari sahaja cuti aku berbaki. Betapa banyaknya membazir. T__T Bergumbiralah syaitan agaknya, lihat aku jadi si pembazir! aku tak nak kawan dengan syaitan!!! -.- astaghfirullah. Auzubillahhiminassyoitonnirojim. 

But what to do, it past already. How regretful you`re, you cant go to the past. Even Doraemon cant do it because he`s only cartoon and not even exist. Harus jadi sungguh-sungguh selepas ini. Tak nak kecewakan mama. I do, I swear! Saya nak mumtaz pada tahun ini. Serta menjadi someone yang mampu menyumbang tenaga masa dan ilmu pada agama dan negara.

However, ahamdulillah juga. Jangan pandang semua benda yang negatif, harus pandang positif juga. Sepanjang cuti banyak juga benda dah settle. Alhamdulillah, syukur. settle sudah pembayaran untuk ke sebuah negara yang mana diimpi-impikan. Semoga lancar perjalanannya dari awal hingga ke pengakhiran. Semoga dipermudahkan segala urusan. amin.

Bilamana sudah membayarnya timbul rasa gentar dalam hati. Aku hamba yang banyak dosa, terlalu banyak. Aku si pembazir yg sangat suka membazir, padahal sudah tahu namun masih juga melakukan. Betapa malunya, ke sana dengan membawa bermillion tan-tan dosa. Harus berubah mulai sekarang. Jadi yang terbaik. Berubah bukan kerana hendak ke sana, berubah mulai sekarang, sebelum dan sesudah ke sana. Allahurabbi bantulah aku. :(

Dear myself, please change yourself. Be a good muslimah. 

14 April, 2012

una canciĆ³n para ti.

assalamualaikum. Hola.

mari layan ini lagu spanish.
*belajar bahasa daripada lagu antara cara utk cepat dapat :)*


Tiba-tiba jadi semangat nak belajar spanish, selain daripada ajakan member, bila aku search kat youtube, bahasa ni nampak macam best. seriously. Cara dorang cakap SMART! :D

Teringat kisah kat kelas tuition amiyyah semalam. Betapa hebatnya cikgu kitorang, oh lupa, nama dia Mr. Ihab Ramzi dia dah kuasai 7 bahasa dan sekarang sedang belajar lagi 5 bahasa. 7 bahasa yang memang dah berhabuk je cakap tu, English, Arabic, Turkish, Sepanyol, German, Russia, Japan. 5 lagi bahasa otw, Cantonese and ape tah lagi, tak ingat. serius respek. At the same time, sekarang ni dia tengah try nak belajar bahasa melayu dan indonesia. Hebat kan?

Bila aku tengok kehebatan dia dalam menguasai banyak bahasa ni, tiba-tiba otak aku terligat nak tanya something. Dia lain dari egyptian yg lain. Cakap tak kasar, lemah lembut, bersopan santun, asyik senyum je. Even dengan pekerja-pekerja dia pon xde tengking-tengking. Macam semalam, pekerja dia salah print hand out kitorang, tapi dia xmarah just suruh they print out again. Cool rite?

Completely different like other Egyptians. eh terover puji lak, but honestly mmg patot dia dapat pujian ni, lagi pun puji cikgu sendiri apa salahnya. :) Again, buat aku terfikir. Mesti dia ni dah kahwin and family dia sangat bahagia. Ye lah dah hebat macam tu, bijak, polite mesti ada supporter hebat dari belakang. Well, as a quote say,

BEHIND EVERY GREAT MAN THERE`S A GREAT WOMAN.

aku pun tanya.

"Mr. Ihab, are you married? "
"Yes, I have TWO WIVES."

kitorang yang tengah khusyuk2 tulis semua terjerit...haha.. serentak pulak tu.
"WHATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT??

Shocked!

"hey, dont kill me. Maybe next year, will have another one"

again kitorang, WHATTTTTTTT?

then dia cakap, isteri dia dua-dua foreigners. Isteri pertama dari South Africa, dan isteri kedua orang Spanish. Dan baru ada 3 orang anak. Seriously, masing-masing rasa terkejut lagi. Siapa sangka. Plus perempuan mana tak sensitif bab poligami ni? hehe. Siapa tah yang pergi tanya, tak nak orang Malaysia ke?

"Maybe, and who knows one of you" ah. sudah! haha.

Apa yang aku fikir dah terjawab. No wonder dia hebat dan gembira sangat2. Orang lain yg hebat ada sorang je perempuan support belakang tapi dia, have 2 great women behind. Patotlah berganda-ganda kebahagian dia. LOL

THE END.


nota kaki : to my unknown future husband, please dont bear in your mind to marry more. ok? or else I`ll kill you. hohoho.



06 April, 2012

a quote to remember.

05 April, 2012

Cabaran exam.



assalamualaikum wbt.


Pernah tak tengah korang study time tu la datang idea cerdik bernas. Bila tak study tak de pulak nak datang semua tu. -.- Konfirm ni semua kerja syaitoon laknatullah.

It happened to me this morning.

Tengah-tengah khusyuk baca, tiba tangan rasa nak tengok rantai.
Padahal selama ni rasa macam tak pernah care pon pasal rantai tu, baru hari ini rasa nak belek-belek nak tengok, nak hargai. hehe. Bila dah belek mula lah, datang idea merepek.


tak terpikir nak buat menda ni sebenarnya, tp dah jadi nmpk nice jugak.

Bila dah jadi, rasa nak buat lagi yang lain pulak.

Oh khairunnisa, anda memang kreatif. tapi ya, bukan sekarang, exam lagi 4 hari padahal. -.-

Banyak lagi sebenarnya aku dah terbuat dgn rantai ni, tapi kena berhenti sebab makin di layan makin menjadi-jadi aku nak mengubahnya plak.

pastu selang beberapa jam tiba-tiba rasa nak buat nota kaki comel.

Haish gangguan musim exam ni memang mencabar.


Sabar itu indah. yes of course. :)

Sila doakan saya, 9hb ni saya exam Final Round untuk ENT. sekejap jek rasa, dah nak habis round yang ketiga dah. Oh, time flies very fast.

Saya kena study betul-betul dan tak nak hampakan MAMA :)

Wish me luck, ya.

18 March, 2012

Jangan

Jangan dikenang benda yang lepas, kelak buat sebak di hati.

Jangan melepaskan benda mendatang, kelak pasti tak datang lagi.

Jangan membuat keputusan mengikut nafsu, kelak nyesal tak terkata.

Jangan mulai membuat persepsi, kelak nanti terkena diri.

Jangan fikir diri sempurna, tiada manusia pon yang sempurna.

Jangan terlalu pentingkan diri, kelak tiada siapa yg bantu.

Jangan suka berkata bohong, kelak tiada siapa percaya.

Jangan terlalu berasa senang, kelak susah tiada tertanggung.

Jangan buat orang terluka, kelak kita dapat balasannya.

Jangan beri janji terlalu banyak, kelak nanti tidak tertunai.

Jangan fikir manusia tak berubah, manusia itu hati berubah.

Jangan simpan pendam sorang, kelak nanti sakit sendiri.

Jangan tunggu kalau dah suka, nanti melepas barulah rugi.

Jangan buat orang keliru, nanti orang akan serabut.

Jangan terlalu penakut sangat, banyak benda akan tercicir.

Jangan terlalu banyak bicara, banyak bohong daripada benarnya.


10 March, 2012

keloid.


Assalamualaikum semua.

Hola!

Hari itu temankan kawan pergi operation. Untungnya jadi budak medic kat sini, ape-ape pon operation minor or major, doctor mesti akan bagi tengok. Lagi-lagi kalau dah masuk 4th year. Alhamdulilah. syukur. Malah, doctor semua baik-baik siap semangat ajar kitorang, walau bab surgery kitorang xbelajar lagi.

Operation kali ni hanya buat plastic surgery, sebab kawan aku sorang ni dia da masalah KELOID (excess scar) or parut, biasanya orang Asia, jarang hadapi masalah ini, sebab kulit kita semua kurang pigment. Biasa kena keloid (kesan parut yg banyak) ni, bangsa negro, kulit hitam or african dan juga org mesir. Kulit kawan aku macam ala-alaa egypt sikit, warna dia pon kuning langsat gitu tak coklat sangat, so dia mudah terkena.

Doctor yang baik sangat, sudah la baik, lemah lembut, sopan, tak ganas-ganas po buat operation, kacak pula itu, Dr muhammad Mansour. Insyaallah dia kata akan ajar kitorang surgery tahun 5 nanti. Ya Allah luluskan lah semoga dapat bertemu dengan dr ini. Dia ajar sangat bersungguh-sungguh dan satu-satu dia terangkan. Before start surgery, dia tanya

"anyone have fainting symptoms? anyone fear of blood?"
"NO. NO. insyaallah " semua jawab confidently
"lets start, most of females have fear of blood and easy to faint like my wife, thats why she is a cardiologist. she hates surgery."

semangat kitorang dengar. Tekun tengok doctor tu buat operation.

Tengah operation, doctor tanya,

Doc : Who wants to be a surgeon?

Me : Me. Insyaallah.
Doc : You love surgery?
Me : Yes, I do.

Beberapa minit (lepas 1 jam operation) lepas cakap I love surgery. PAAPP. kepala aku berpusing-pusing. Mata sakit berpinar-pinar. Try tarik nafas, hembus untuk elakkan tak pitam. Sekali lagi, try akhirnya kalah. Pap jatuh kat tepi katil, tercangkuk. Berpeluh-peluh. Doctor and kawan-kawan suruh duduk kat kerusi.

Then doctor tanya, Why u want to faint? You said you love surgery?

Terdiam.

Dalam hati, eh takkanlah aku takot darah plak? itu mustahil. Berkerut-kerut muka fikir nape lah sampai pitam. Baru teringat aku tak makan apa-apa pon dari pagi tadi, dan belum tidur lagi setelah 12 jam berjaga mcm burung hantu.

Rasa malu dengan doctor, so terpaksa lawan diri duduk sebelah doctor. walau dah keluar bintang-bintang kat mata. Rasa mcm nak nyanyi twinkle-twinkle little star pon ada. Paksa badan. Kata nak jadi cardiac surgeon yg konfirm-konfirm berjam-jam operation, kalau baru 2 jam ni da pitam, camne nak jadi?

Ape-apepon selamat sudah kawan aku operate, dan semuanya berjalan lancar. Gembira bila doctor panggil aku doctor surgeon. Aminn doctor. semoga sebutan doctor itu menjadi satu doa. Doakanlah saya semoga dapat jadi hebat macam doctor. :)

peace yaw!

09 March, 2012

The Malaysian-Egyptian Cultural Day.


assalamualaikum.

Hola everybody.

Selamat Hari Jumaat semua.

Terasa sangat penat hari ini. Sebab semalam The Malaysian- Egyptian Cultural Day. Eceh. padahal aku bukan lah jadi ajk ape pon, cuma penat menjerit dan berbual jek kot. Oh tapi saya ada join jugak lah, saya main batu seremban. Eh ingat baling2 tu tak guna tenaga? guna ok. Dengan nak aim mata tgk batu di baling ke arah mana serta dalam masa yang sama kena carik batu kat bawah dan amik. Oh itu semua perlukan kepakaran. cewah. Padahal tak menang pon. hewhew.

Stage and banner. :) They put a lot of effort to prepare all those things.

Janji juara dia budak kelas kitorang jugak. Itu sudah cukup membanggakan. Haha. Tapi sedikit stress jugak lah semalam, orang dah la tengah bertanding, orang-orang arab dorang kacau. Kitorang tengah main-main sekali boleh pulak dia amik batu seremban kitorang. aiyaa.. Terganggu. Kesian azhani stress tak menang ape-ape point sbb orang arab kacau dia xboleh fokus. hewhewhew

lautan Egyptians dan Malaysians.

Bangga lah juga sebenarnya bila tengok dorang semangat nak belajar permainan tradisional. Lepas kalah tu apa lagi, semangat la ajar orang arab ajar. Daripada lelaki perempuan semua semangat nak belajar. Kelakar ada, comel pon ada. Dapat bayangkan tak mamat arab yang gila-gila kacak serta handsome bersungguh-sungguh baling batu seremban tinggi sebab nak tangkap batu kat bawah, dengan mimik muka yg semangat dan takot-takot terkena batu kat atas kepala, siapa tak cair? hahahaha. Ada tu siapa berdiri-diri nak ambil batu. HAHAHAHA.

Sekarang je la boleh ketawa, semalam mana boleh ketawa. Tak baik, jangan patah kan semangat orang. Semalam memang sengih memanjang jek. Minah arab plak comel sebab dorg suka campak batu jauh2 pastu habis payah nak kaut. Dengan aksesori yang banyak kat tangan buat pergerakkan dorg tersekat. Haiiii korang semua ni kenapa comel sangat?? hahaha.

Cara dorang sebut bila ajar nama,

Mereka : What is this?
Me : We called it BATU SEREMBAN
Mereka : what? BASSU SEBAN?
Me : no. BAAA-TUUU SEE-REEMM-BANN
Mereka : owh. BEETU SABAN
Me : *kuarkan lahjah arab skit* BHA-TU SEREMMM-BAAAN
(siap buat iqlab dgn mad izhar aku sebut).
Mereka : Oh. BHATU SEREMBAN.

20 minit nak ajar nama sahaja. hehehe. :)

Next, bila aku dah boring aku main congkak plak.

ala, slek tak pandang camera. T_T

Comel congkak dorang, kreatif budak2 malaysia ni, dorang guna kotak disusun dan soletep jadi lah mcm congkak. Tak terpikir aku nak buat gtu. terbaik la korang. Sekali tengok penuh bahagian congkak dengan orang arab. Tapi setiap congkak tu ada la pelajar Malaysia untuk ajar orang arab. Mencari-cari tempat kosong, sekali tiba2 hosmet aku panggil suruh ganti tempat dia ajar budak arab sbb nak pergi solat. Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang. hewhew.

Aku saja psycho dorang.
Me : You understand how to play it?
Mamat arab : Not really, but I wanna try.
Me : U good at maths?
Mamat arab : Err.. syuwaiyah. why?
Me : Because if you`re not excellent in Maths u cant play. *muka serius*

*muka mamat arab tu berubah* adoi la hai. Dalam hati, tahan gelak, tahan gelak. HAHAHA

Me : Just kidding. Why u so serious?
Mamat arab tu baru tersedar aku klentong dia. huahuahua..

cikgu congkak yg semangat. haha

Sorang-sorang kena ajar, lepas sorang main, sorang yg baru datang nak main kena ajar lagi. Tapi ada satu mamat arab ni baik, lepas aku explain dekat dia, dia faham dan dia duduk situ, semua orang arab yang baru datang dia tolong terangkan. Lega sikit aku ada assistant.
Tapi ada sorang ni, bila mamat tu terang tak nak dengar. Faham la skit ape dorang cakap arab, dia tak nak mamat tu ajar, nak aku. adoi la korang ni. Macam-macam ragam. Release tension semalam.

Satu benda yang jadi kewajipan bagi perantau-perantau, kalau ada majlis2 konfirm2 ada orang jual makanan. Itu acara wajib, sebab makanan-makanan yang jarang di masak mesti akan ada jual, time tu memang pokai la duit. Tapi tak pelah, yang penting makan sedap. Bukan jumpa selalu pon.

Menu makanan semalam best2 ada NASI KERABU AYAM, NASI BLACK PEPPER, GADO-GADO, PUTERI MANDI, LAKSA JOHOR, LAKSA PENANG, MEE REBUS JOHOR, CUPCAKE MINI, Kuih GOYANG and macam2 lah, tapi tak sempat nak beli sangat semalam sebab berebut nak tengok persembahan dan kawan arab kitorang daripada mansoura datang so kena lah layan. :) *bangga sekejap makanan johor byk dijual semalam* haha
kawan arab kitorg (tengah) adik dia (tepi), baru graduate and she`s was top 8 student and got mumtaz every year. proud of you, dr. rania :) .

Persembahan dia mantap la. Funny. Ada dikir barat dengan tarian. Sampai sekarang melekat lagu chale chaiyaa chaiyyaa.. Boleh lah tengok sini, sini dan sini . Credit to tqah nuar . :)


Great Dancers. Nice move uolls.

Dikir barat.

Jumpa lagi tahun depan, Malaysian Day!
sekian. :)

p/s tenkiu kepada semua yg tolong amik kan gmbr dan pinjam kan kamera. :D

25 February, 2012

cerita si gadis.

assalamualaikum.

Pada suatu pagi yg hening, selepas solat Subuh tertidur lah seorang gadis di atas sejadah dalam keadaan dirinya masih bertelekung. Cantik telekung itu, bersulam bunga berwarna hijau pemberian sahabatnya. Pada mulanya gadis itu hanyalah mahu merehatkan badan setelah berjaga daripada tengah malam. Kemudian bangkit untuk membaca al-quran. Namun mungkin terlalu letih, terlena juga.

Dia bermimpi, keluarganya dicurahkan dan diberi peluang untuk ALLAH berbahagia. Mereka berjalan ke sana ke mari, makan bersama-sama, berbincang tentang agama apa yg tidak difahami. Hidup dalam penuh kasih sayang. Melakukan semua rutin bersama-sama. Ayah, Ibu , Akak, dan cik gadis semua gembira dengan nikmat ALLAH yg tak terhingga itu.

Ayahnya mengambilnya sekolah seperti biasa dan ibunya memasak makanan yang sedap-sedap, pendek kata semua hanyalah bahagia. SANGAT BAHAGIA. Hinggalah sampai suatu hari, tiba-tiba si Ayah berpesan sesuatu ketika mereka semua sedang makan bersama-sama di luar,

Ayah rasa hidup ayah tak lama. Andai ayah dah pergi, teruskanlah hidup.
Belajar dengan lebih rajin, jaga ibu elok-elok.
Jaga akhlak, iman, nama keluarga, budi pekerti.
Sedekahkanlah doa pada ayah hari-hari.
Jangan gaduh-gaduh dengan akak ya. Akak pun sama.
Semua di dunia ini tak lama, hanya pinjaman ALLAH.
Tiada yang kekal.

Si ibu dan si akak, terus beralih ke meja sebelah. Kerana tidak sanggup mendengar pesanan yang bisa memilukan hati. Hanya cik gadis yg kuat dan cuba menemani si ayah. Semakin banyak kata-kata dan pesanan yg ayah sampaikan, semakin sebak rasa di dada.

Cik gadis seboleh-boleh menahan air mata ahar tidak keluar. Agar nampak kuat di depan ayah. Dia berbisik,
"tolonglah jangan menangis". Namun, semakin dia cuba tahan, semakin itulah kuantiti air matanya semakin bertambah. Lama-lama pecah juga empangan air mata yang penat di tahannya. Teresak-esak tak terkata. Sampai mengeluarkan bunyi sedu sedan. Bukan lagi nangis tidak berlagu.

Tapi si ayah masih cuba buat lawak,
"Janganlah nangis cik gadis, nanti org akan cakap ayah yang buat. Tak kesian dekat ayah?" Hanya mampu tersenyum, tapi tak bisa lagi menghentikan air mata itu. Dan si gadis terusan menangis, hinggalah dia tersedar.

Tersedar kerana esakan nya terlalu kuat, sampai menyedarkan dirinya daripada tidur. Dia lihat habis telekungnya dibasahi dengan air mata juga sejadah. Dia menyesal.

Kalaulah dia tidak menangis tadi, pasti kini dia sedar daripada mimpi. Dan dia dapat lagi melihat ayahnya yang tercinta. Dapat mendengar suara ayahnya lagi. Dia rasa sangat-sangat menyesal kenapa tidak kuat menahan empangan air mata nya supaya tidak pecah. Rasa menyesal teramat sangat. Inilah peluang dia untuk berbicara dengan ayahnya setelah sekian lama tidak berjumpa, walau hanya melalui mimpi. Dia tahu, mimpi itu mungkin tidak benar dtg daripada mainan syaitan atau hanya mainan tidur. Tapi dia tak kisah, kerana dia sudah terlampau terlalu lama tidak berjumpa ayahnya. Menyesal tak terkata. Rindu yang menggunung pada ayahnya. Tapi apakan daya. Hanya mampu berdoa semoga ibu,akak, dan dirinya diberi kekuatan dan ketabahan. Kerana dia tahu, ALLAH tahu dia kuat, sebab itu ALLAH uji dia.

Cik gadis meraup mukanya, lantas menadah tangan membacakan al-fatihah dan doa dikirimkan untuk ayahnya tercinta.

"Ayah, saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mengamalkan setiap pesanan ayah. Semoga kita semua bertemu di syurga ayah. Saya sayang ayah sangat-sangat"
bisik hati kecil cik gadis. :)


*Sesungguhnya ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kaitan dgn yg hidup atau sudah meninggal dunia* :)

13 January, 2012

my ♥ sis :)


as-salam.


ops. Buffer lagu ni dulu utk dpt feeling lebih. :)


Dear kakak,


Kau tahu disebabkan anda, adik terstuck 30 minit di page buku yg sama sebab terpikir-pikir idea nak buat surprise ape untuk anda kali ini. Piano dah mainkan, menyanyi pon dah, semua dah. Kau tahu juga, disebabkan kau juga, jadual adik terlari hari ini, sepatotnya sekarang ini adik sedang menghadap buku Forensic, tapi kini aku beralih ke menghadap screen computer. Kau tahu juga, lidah ku hampir cramp sebab berbelit2 praktis nyanyi lagu happy birthday dalam bahasa urdu. Kau tahu?

Tapi tak pe, adik mu yang comel ini sanggup berhenti sekejap, walau exam semakin dekat bagai separuh kulit telur di hujung tanduk. Demi kamu juga, adik mu yang comel ini tak kisah terluka hujung kaki sebab excited sangat nak taip blog berlari-lari ke komputer sampai terlanggar hujung katil. Sakit tahu? Tapi tak pe, demi kamu, tak kisah semua itu. Ape pon boleh.

*sahaja nak bagi kau serba salah. Ngeh~*

*Ok mode serius.*

Dear kajol Malaysia,


Hehe. Ingat lagi tak ni panggilan kau waktu kecik-kecik? Dulu aku jeles dgn panggilan ni sampai nanges-nanges, sebab tak de orang pon panggil aku kecik-kecik. Sebab muka aku tak macam Hindustan macam abah dgn akak. Tapi akak tahu? Bila dah besar ni kan, adik akui akak memang sangat cantik dan bertuah dapat akak. Makin besar akak makin cantik dan saya tidak jeles pon macam waktu kecik-kecik dulu malah saya bangga punya akak yang comel macam kamu. (gosh, what is the point here??) never mind. Layankan je.

Tahun ini, tahun last akak sambut birthday sebagai seorang single.Tahun ini juga, mungkin last jugak adik jadi orang PERTAMA wish akak. Ye lah sebab lepas ni akak nak kahwin da, mesti lah suami akak jadi orang pertama wish. Kan? You know, I`m really really very very happy. Last year, adik baru je wish moga akak cepat kahwin sekali tup-tup tahun ni akak dah nak kahwin. Tahniah kak. MABRUK!

But dalam masa yang sama adik sedih sangat. *emosi lebih* sedih sebab lepas ni mungkin kehidupan akak dah lain, kita tak boleh dah nak gaduh-gaduh, or pecah-pecah kan barang akak (eh! Ini tipu), rembat barang-barang akak, main pukul-pukul bantal, main tarik-tarik lambut, main silat-silat sebab lepas ni akak dah jadi hak orang lain di mana SYURGA AKAK BERADA DI BAWAHNYA. Apa-apa pon yang akak nak lakukan, nak pergi mana perlukan izin dia. Tanggungjawab juga semakin besar.

*kesat air mata*

Saya okay. Saya gembira sebab tak lama lagi saya bakal dapat abang ipar. Yeay. Cuma saya harap after dah kahwin nanti, jangan lupakan adik dengan mama. Jangan nanti dah duk sabah, tak reti-reti nak balik Johor plak. Memang adik bawak rotan pergi sana nanti bha. Hehe. *kidding* Walau akak dah kahwin nanti, balik-balik la selalu jenguk mama, pastu simpan duit banyak –banyak datang Mesir tengok adik pula. Mengerti kamu? J Tiap tahun datang pun tak pe. Pintu rumah sewa saya ni sentiasa terbuka luas menerima kehadiran anda. Hehehe.

Tak nak dah tulis panjang-panjang. Nanti kang bnjir plak Mesir ni.


Dear Khairul A`isyah Fathiah Binti Ithnain,

Pertama sekali, lepas ni kalau tulis nama tulis nama penuh, walau pun panjang tulis juga. Mengerti kah? :p

Selamat Hari Lahir akak. J

Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, serta terus dapat terus beribadah dan membuat kebaikan. Semoga di bawah lembayung ALLAH senantiasa dan dilimpahi Rahmat-Nya.

Semoga akak mendapat apa yang akak impikan, semoga menjadi seorang akauntan yang Berjaya dan terkemuka serta muslimah dan semoga menjadi akauntan Negara nanti senang nak belanja adik nanti. :D Semoga akak menjadi anak yang solehah pada mama dan pada ibu ayah mertua serta kakak yang baik pada adik dia. :p

So, sebab dah nak kahwin wish sekali la terus.

Semoga menjadi isteri yang solehah dan menantu kesayangan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan insyaallah hingga ke syurga. Amin. Semoga mendapat zuriat yang comel-comel serta baik pekerti akhlaknya.

26 hari lagi sebelum akak bertukar status. So doa la banyak-banyak semoga segala nya berjalan lancar dan juga semoga akak dah mempersiapkan diri untuk memikul satu tanggungjawab yang lebih besar. Tanamlah azam untuk menjadi yang terbaik. Menjadi isteri yang terbaik serta solehah seterusnya mengimpikan untu menjadi ketua bidadari untuk suami di Syurga kelak insyaallah aminn. J


By the way, kalau abang shahril buat hal, bagitahu adik ye. Siap lah dia nanti. :D

saya jauh untuk sambut birthday awak, jadi saya hanya boleh bagi hadiah melalui menyumbangkan suara sumbang saya. Adik boleh jadi hindustan tak? :p

HAPPY BIRTHDAY AWAK.

saya sayang awak =)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger