BLOGGER TEMPLATE

Pages

26 April, 2012

landmarks.


lagu tema : hambamu Mawi ft Akhil Hayy

assalamualaikum.


Pernah tak berlaku pada korang, ada satu benda yang selama ni korang payah gila nak buat, kalau buat mesti susah gila, tapi bila lama-lama korang try cuba cara ini dan cara itu, baru korang rasa benda yang mula-mula payah tu senang.

Tahu kenapa?

Sebab before ni korang tak ikut landmark or kayu ukur. Jadi senang bila mana kita ikut landmark. Everything in this world, have their own`s landmark. Cuma kita je la, kena pandai carik. Jadi orang bijaksana, bukan jadi pandai sahaja, memikirkan dan mencari di mana landmark itu. Baru segalanya mudah.

Tak percaya? Hidup ini punya landmark?

Allah itu bukan zalim. Malah dia Maha Penyayang dan Maha Pemurah serta Pengasih. Allah sebaik-baik penolong. Dia tahu, manusia tak mampu lakukan benda itu sorang diri, Dia bagi kita petunjuk bagi kita landmark, bagi kita kayu ukur dan panduan. cuma pokok pangkalnya pada kita, reti tak mencari nya?

Siapa jumpa landmark senang mudah lancar sahaja. Sebagai contoh, dalam memasak. Masak bukanlah sesusah mana. Contoh korang masak seafood tomyam, macamana nak tahu seafood tomyam tu dah masak? Kuah tomyam dah mendidih2 dan panas, pastu tengok pulak seafood dalam dia. Kalau udang tu dah bengkok, dah masak la, kalau kepah tu kulit dia da terbukak, tandanya da masak. Kalau sotong tu dah lembut sudah sempurna masak. See, mudahkan? ada landmark dia.

Dalam surgery, my doctors always say, surgery is easy actually if we follow the landmarks. Setiap banda kita ada landmark. Allah itu sangat Maha Pemurah, sebab itu dalam badan kita pun Allah letak dah landmarks senang untuk manusia yang lemah ini boleh membantu manusia lain. Kalau tiada landmark or kayu ukur, manusia akan potong sesuka hati dan akhirnya bawa pada kematian. Contoh simple, dekat telinga untuk operate ada Mac ewin`s triangle. So bila mana kita nak bedah telinga, pegang triangle ini betul-betul. Jangan ke atas sangat,nanti akan terkena bahagian otak, jangan potong ke bawah sangat, boleh terkena pada jugular bulb yang akan menyebabkan pendarahan yang melampau dan jangan ke depan sangat kita ada nerves. see. simple kan?

Sama juga macam study. Ada kayu ukur dia, pensyarah mesti akan cakap masa lecture, ok ini biasa keluar dalam exam, ini sangat penting, ini past year selalu keluar. Study betul-betul part tu dan juga baca yang lain. Jangan baca itu sahaja, itu dah salah niat, belajar kerana imtihan semata-mata. Past year questions tu penting, menunjukkan contoh-contoh soalan yang boleh kita biasakan dan tahu cara jawab soalan.

good luck mencari landmarks, hidayah dan petunjuk. mohon padaNya selalu. :)

TIADA BENDA YANG MUSTAHIL DALAM DUNIA KALAU KITA BERGANTUNG HARAP PADA ALLAH DI SAMPING USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH.

Semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah daripada Nya. amin ya rabb.

my opinion, no offence.  =)

0 bebelan korang:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger