BLOGGER TEMPLATE

Pages

Showing posts with label kisah perantauan. Show all posts
Showing posts with label kisah perantauan. Show all posts

28 December, 2011

now, i knew.



assalamualaikum.

Hai, everybody.

Antara genre movie yang aku suka tengok adalah aksi. Yes, action movie. Tak mengantuk dan nice. :) Hari tu, baru tengok citer Mission Impossible : Ghost protocol. Boleh tahan. Kejap lagi nak tengok movie Cowboys Vs Aliens.

Anway, dulu kecik-kecik, kalau ade je citer aksi tak kisah la jepun ke cina ke Indon (ada ke) ke english semua aku tengok walau aku tak faham sepatah pon. Salah satu sebab aku minat movie aksi, sebab ayah aku terrer silat kot. haha. Ada kaitan ke? *ignore*. Tengok diorang berlawan then ada pistol bunuh-bunuh, buat aku excited. Diorang hebat, bagi aku la, ape yang ada kat sekeliling diorang capai boleh digunakan untuk melawan musuh. At the same time sebenarnya aku sedang belajar, so in case *mintak dijauhkan* kalau ada musuh serang aku, sekurang-kurangnya aku tahu, apa aku patut buat dgn benda yang aku capai, tak de lah kaku tercengang and redha je diri kena kacau. Bijak kan? hehe.

Dulu kan bila aku tengok aksi film ni, Mula-mula aku ingat kalau diorang tembak orang maksudnya orang yang kena tembak tu mati betul-betul, ye la sebab darah keluar kan. Nasib akak aku betulkan fahaman aku tu, so buat aku tertanya-tanya macam mana plak darah boleh kuar tanpa mati. So untuk tahu benda ni, aku lagi suka tengok cter aksi untuk pastikan cammana la dia kuar. Sampai lah aku tertengok, oh rupa-rupanya dorang letak blood pack kat dalam baju. Baru tahu.

automatic pistol

Then, habis kisah pasal darah keluar. Tiba-tiba aku tengok cita pasal pistol2, buat aku jadi lagi tertarik. Wah macam best je pistol ni. Keluar asap tu bila tembak, and kadang-kadang keluar api. Jakun kot. kecik-kecik dulu mana aku main pistol-pistol, aku mesti la main anak patung. Pernah berazam, lepas tengok movie yang ada pistol, aku terdetik, pasni kalau keluar shopping ngan mama nak beli pistol la, tak nak beli anak patung. Tapi nama pun perempuan, sampai je kat kedai mainan, tengok patung-patung yang comel dan berwarna warni dengan aksesori2 baju dan beg yang comel buat aku tak ingat langsung pasal pistol. Kalau letak pistol mainan kat sebelah anak patung tu pon, aku percaya mesti aku tak kan perasan kewujudan dia. he he he.

Aku pernah main satu permainan ni. waktu kecik-kecik la, budak laki ajar. Waktu musim duku, berlambak-lambak la orang bawak duku nak bagi cikgu la, bagi budak-budak la. Budak laki ni sangat kreatif, aku tak ingat nama dia. Dia bukak pensel mekanikal tu, then cabut semua elemen-elemen kat pensel tu dan tinggalkan batang. Then dia amik batang, cucuk kat kulit duku, then amik lidi, tolak laju-laju kat kulit duku yg terlekat kat pensel tu. mcm pistol. Keluar asap. Kalau aim dekat2, boleh sakit kot kena. Tapi serius best.



Time tu aku tiba-tiba rasa nak main pistol. Aku kuat berangan. Tapi apakan daya, angan-angan tu macam tak logik kan, so terkubur lah. Sampailah aku masuk tingkatan 4, time tu aku baru pindah sekolah. Masuk SMAKJ, then aku masuk persatuan KADET POLIS, before ni kat sekolah-sekolah lama aku masuk PBSM, tapi aku rasa PBSM itu boring walau sebenarnya aku suka pasal doktor-doktor ni. Dan alhamdulillah, satu hari tiba-tiba kitorg tingkatan 4 ni, ade satu program kerjasama dengan Polis Kluang, ada pertandingan menembak M-16. Gila la, time tu happy gila sakan. ye la, selama ni kumpul je niat nak tembak-tembak ni, sekali bila ada offer camni, macam pucuk di cita ulam mendatang.

Serius best. Menembak sebanyak 10 butir peluru dengan percuma pada umur 16 tahun adalah sangat best oke. korang hado? Then rezeki tak disangka-sangka lagi, sekali lagi aku main M-16 dekat PLKN KEM PAGOH, kali ni heaven sikit, aku main 30 butir peluru. 15 utk tembakan percubaan, dan 15 peluru lagi untuk pertandingan. Pasti lah, aku tak menang. hehe. pegang pon tak betul. Tersasar banyak sangat. Bagus la, sekurang-kurangnya aku tahu, ini bermakna kerja polis or askar ni tak sesuai untuk aku. :D

Dah dapat pegang M-16, otak aku duk terpikir pulak, (suka sgt fikir benda merepek =.=) macamana la peluru tu boleh keluar, pastu boleh pergi jauh plak tu. katakan lah korang duduk 10 meter, kalau ko aim kat target tu konfirm boleh kena. Selama ni simpan, dan akhirnya hari ni aku tahu juga. Setelah belajar Mechanism of action fire arm dalam forensic. Hebatnya ALLAH, memberi ilham pada manusia mencipta alat seperti ini. Hanya dengan beberapa part seperti jarum dan meletakan 3 bahan kimia seperti (mercury fulminate, potassium chlorate, glass powder) dan ditambah dengan gun powder mampu menjalankan bullet jauh dan laju. Masya-allah.

Dan serius aku tak sangka, sebab aku tak terfikir langsung pon belajar medic pun kitorang kena belajar pasal pistol dan senapang ni. Siap kena tahu nama-nama setiap part kat setiap fire arm ni, jenis-jenis dia, apa bahan-bahan dalam dia, and macam mana cara-cara nak buat tu. serius, unexpected. Alhamdulillah, kini aku dah tahu macamana peluru boleh bergerak keluar dan sejauh itu. syukrillah. Makin lama aku rasa bidang medic ni makin best, lagi-lagi la round aku sekarang adalah Toxicology dan Forensic. Memang round yang sangat best walaupun sedikit geli dan meloyakan, sebab akan melihat byk gambar-gambar mayat dan tulang yang mengerikan dan menjijikan.


Aku jadi makin suka pada medic dan tahun 4.
Hey forensic and toxic, I LOVE YOU. :)
Nak score 40/40 untuk final round tak lama lagi.
Doakan ye, kawan-kawan :)

*buh-bye*




09 July, 2010

PART 1 : matruh-siwa trip

BEST! BEST! BEST!. walaupun kaki da cramp plus hip joint yang dah sakit gler dek sbb jalan sakan, muka da hitam mengalahkan org africa. tapi itu langsung x mematahkan semangat aku untuk mengatakan matruh-siwa sgtlah BEST! thumbs up. mmg baik punya!

Letih bangat, smpi zagazig tadi lebih kurang pkul 12.00 malam. sampai rumah dalam area pkul 1 jugak, pas amik barang, cari beg. tu la kan perempuan, time shopping xingat, main beli sesedap rasa jek, tapi bler nak angkut smua barang balek. mak aih. berat nya! xlarat den. itu dah bawak beg beroda, kalau xpakai beg beroda, mmg rasanya nak nangis gulung2 mintak simpati org bawak kan.. hehe.

sebelum tu aku nk terangkan skit pasal matruh-siwa supaya xdela aku jek rasa seronok sorg2 bercerita, sedangkan korg hanya membaca tnpa perasaan. korang kena rasa seronok tu jugak, smpi la timbulkan perasaan jeles. ya itu dia, motif aku sbnrnya. nak bg korang jeles. ^_^ siwa dan matruh ni perjalanan dia dr zgzg amik masa 9jam lbh. lama kan? mmg kematu da duk dlm bus tu.

cuaca di matruh lebih sejuk berbanding cuaca di siwa. kat matruh banyak pantai dan laut serta teluk antara faktor matruh lebih sejuk. Siwa pulak, mmg panas gler. sbb tmpt dia semata-mata padang pasir. sepanjang jalan mmg hanya akan dpt tgk padang pasir jek. bler aku pergi sni, baru aku dapat rasa suasana mesir yang sebenar-benarnya. yang macam mana first impression aku bler sebut mesir, iaitu PADANG PASIR SEMATA-MATA. perjalanan dari matruh ke siwa amik masa dalam 3-4 jam lebih. Tapi satu benda yang aku gler2 gler2 gler2 gler2 gler2 (ini mmg btol2 aku respek) siwa ni la satu-satunya kampung yang masih mengekalkan sunnah nabi. sebab itu, siwa ni dikenali jugak sbg perkampungan nabi. *sbb dorg masih mengamalkan sunnah nabi* memang jelas ketara.

korang bayangkanlah, time2 siang2 susah nak nampak perempuan dorg keluar, kalo ade yang keluar pon, itu pon dorg selebung sampai langsung xnampak muka. SERIUS ni aku xtipu. dah la memang selebung satu muka, guna kain hitam, pastu dorg tambah lagi kat luar kain kelabu yang tebal. subhanaallah. mmg respek gler aku kt dorg. dan perempuan2 dorg xkeluar tanpa sebab. keduanya, yang buat aku terharu gler dgn dorang, lelaki2 kat siwa ni, MOSTLY memakai jubah. dan kebanyakkan nye semua memakai jubah putih. tak kisahlah sesapa, semua pakai jubah putih. even budak kecik2 pon dorg dah dilatih memakai jubah putih. hebat kan dorg? kite ni pakai jubah time nak g masjid jek tu pon bukannya selalu menjejakkan kaki ke masjid, Jumaat pon kadang2 liat. sape la kitekan nak berbanding dorg. terasa sangat kecil dan xsempurna diri ini. T_T. rumah2 dorg semua kebanyakkan berasaskan tanah liat, mmg kalo korg pergi, nmpk macam uma2 zaman dlu2. tanah liat semata dan ada satu uma aku tertgk, atap dia dorg gune cm pelepah tamar. aku xrasa dorg xde duit smpi gune tanah liat, aku pasti mesti dorg nak rasa cmne kehidupan zaman2 para sahabat dan para anbiyaa` agar timbulnya perasaan zuhud dan tawaduk. subhanaallah, hebatkan mereka?

siwa ni merupakan kedua penyumbang kurma yg terbesar di dunia, aku rasa no 1 arab saudi kot. Kurma dorg jauh lebih sedap dan murah berbanding kurma2 yg ade kat mesir. ye la, da dorg pengeluar, mestilah murah. tapi ammu arab jual kurma amik kesempatan skg, bler taw ramai org dtg siwa, dorg mula lah jual harga mahal gilak. tp xde la mahal mane pon, cuma harga nek skit daripada thn lepas. thn lepas kurma coklat 6.50 LE, skg da 7.00LE. kurma badam pulak dlu dorg beli 6LE skg 6.50LE. kurma biasa lak nek dr 4.00LE jadi 5.00LE. Olive oil pon. sudah naik harga. T_T aku just beli beberapa jek kurma, sbb family aku ramai yan baru balek dari umrah, dan mama kata kurma banyak da kat uma. and plus olive oil, biar mama aku sihat, masak gune olive oil. tiba-tiba aku bertekad nak sponsor tiap2 tahun kt mama Olive Oil, nak bagi mama aku shat dan bertenaga dan kurang cholesterol. untung dapat anak cm aku kan? hehe.

ok. sambung, kt SIWA ni bukannya just g shopping kurma, ktorg pergi jugak ke tempat2 bersejarah. meh sni aku nak cter kt korg tmpt2 history kt siwa. antaranya,
1) Kota lama siwa- kota terawal di siwa. kota ini dikatakan kota yang begitu besar dan terletak di antara 2 buah bukit. kalau tgk dari kota ini, korg boleh tgk Kubu Alexandria The Great. dan juga boleh tgk kesuburan tanam-tanaman di siwa.

2) kolam cleopatra- kt sni la tmpt mandi-manda cleopatra. korg kenal x cleopatra, xknl? klik sini. actly, kolam dia sangat banyak. ini salah satu dari kolam2nya, yang ktorg pergi yang 5 meter dalam dia. nak lawat semua boleh jek, tp ktorg da xlarat sbb panas gler. mmg rasa cm xnk kuar jek dr bas. kolam cleopatra ni, mengikut adat kat sni, sapa2 pengantin baru, dorg digalakkan mandi kt dlm kolam ni. kunun2nya, nnt perkahwinan akan kekal selamanya. gtu lah.

3) jabal mauta- maksud dia gunung maut, sbb dlu tmpt ni jadi persembunyian penduduk zaman dulu ktika peperangan berlaku dan juga tmpt pengebumian jenazah2. kat dinding2 jabal mauta ni, ada lukisan2 menceritakan tentang kisah perkahwinan cleopatra dan Marc Anthony.
tapi ari tu tgk dr dlm bus, sbb nak masuk dlm ni sgtla mahal plus cuaca terik matahari.

4) Jazira fatmas -dipanggil jazira fatmas sbb ia terletak di tengah2 laut siwa. kat stu juga terdapat byk kebun yang terletak di tasik garam. berhampiran dengan jazirah ini terdapat sebuah kolam mani sedalam 7 m dan lebih dalam dari kolam cleopatra. kolam ini lah yang menjadi sumber air utk kebun2 disekelilingnya.

5) Kubu dan Ma`bad Alexandria The Great- dibina kira2 300 thn dahulu. pintu dia masih bertahan walau da berabad. kat sni jugak merupakan tmpt persembunyian org2 zaman dulu ketika peperangan berlaku. Menara di kubu ini dijadikan sbg tmpt pengumuman bg mereka. Pastu, terdapat jugak terowong di mana digunakan utk mengambil air dari kaki bukit. bersebelahan dgn ma`bad, ada lubang utk disimpan barang2 emas dan berharga tetapi telah di cilok oleh penjajah2 yg jahat. Dahulu kala, di puncak bukit, terdapat berhala yg kononnya mewakili Tuhan Matahari yg terletak di bilik tengah. *akan ditunjukkan gmbr*. dan itu lah tuhan yg disembah oleh Alexandria utk memohon pertolongan. Alhamdulillah, kemudiannya berhala itu telah dirosakan oleh tentera Jerman ketika perang dunia ke-2, dan menjadikan tmpt itu sbg kubu mereka. kisah2 masyarakat zaman Firaun telah di ukir di pintu gerbang.

6) Kuil Amon - tmpt penyembahan Amon. di bawah kuil ini, terdapat istana tertambus yg mana mengikut kajian berasal dari Jerman. namun, masih dikaji smpi la hari ini. Smpai la sekarang, masyarakat Siwa sangat pelik+takjub, cmne tiang besar ini boleh terpacak di situ. ada pendapat mengatakan ianya telah dibina oleh Tukang sihir Firaun.

kalau kat MATRUH lak, ktorg melawat tmpt2 seperti di bawah :
1) teluk aljibah- dia dinamakan aljibah sbbnya teluk or laut ni, time waktu senja, bler kte tgk warna laut dia ada 7 warna lapisan laut, mmg cantik gler wa cakap sama lu. serius cantik.Laut dia terbentang luas, dengan gunung2 di hadapan, udara yang sgt aman dan menyenangkan. mmg ciptaan ALLAH sangatlah indah. itu baru di dunia, da cantik mcmni sampai xterkata, apatah lagi syurga. subhanaallah. mari kite bertafakur sebentar mengucapkan ALHAMDULILLAH atas segala nikmat yang telah diberikan oleh-NYA.

2) su`u libya a.k.a pasar libya- ni mmg sesuai utk shopaholic. dinamakan pasar libya sbb kebanyakkan barang2 dari LIBYA. kat sni macam2 ada jual, ade kurma ada buah-buah kering cm zaitun, buah tin, buah prune, kismis, gajus and mcm2 la. ada jugak jual cm baju2, kasut,jubah, jersey kraftangan. senang kata, kt sni MACAM2 ADA. harga pon amat berpatutan, kalau pandai tawar, dapat lah lagi murah.

3) hamam cleopatra- hamam tu maksudnya bilik air. ini lah dia bilik air yang digunakan cleopatra. Hamam terletak di laut, klo nk masuk ke hamam ni, kena merentasi air laut dlu. tapi xde la tengah mana pon. dalam hamam ni ada dua lubang, sblh sana untuk cleopatra mandi, lubang ke-dua utk segala penyahtinjaan. kat sni mmg sesuai utk hamam, sbb ombak dia mmg kuat dan mampu untuk mengalirkan "benda-benda alah itu". dan kat sni, tidak digalakkan mandi, sbb nya ye la tmpt pembuangan, korang nak mandi ker? keduanya, sbb kt stu, batu2 dia tajam dan licin. so, ianya amatlah berbahaya.

4) Bandar Marsa Matruh - bandar ni sgt tenang, indah, cantik, menenangkan fikiran terutama time malam. dengan kilau lampu berkerlipan. bandar ni xcm bandar2 lain yg hiruk pikuk.

ok. puas+penat aku bercerita. jangan risau, gambar2 akan dipost kan pada entry seterusnya, skrg ni nak bagi korg muqadimah dlu. nnt xde lah korg banyak tanya bler aku post gambar. ok? and sebagai pelajar malaysia di mesir a.k.a duta pelancongan MESIR-MALAYSIA *koya molek aku ni*, saya sarankan anda lawatlah mesir untuk melihat keindahan ciptaan ALLAH. jelajahilah negara-negara islam dahulu, dan usahlah dibanggakan ciptaan manusia yg xsetanding dengan ciptaan ALLAH yang maha besar. ini baru satu tmpt, da sebenarnya banyak lagi yang korang boleh terokai di sni. insyaallah, terjamin kepuasannya.

bertepatan dengan firman ALLAH :

"Katakanlah (wahai muhammad) : Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi"
(SURAH YUNUS, AYAT :101)

"Katakanlah (wahai muhammad) : Berpergianlah di bumi ini, lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang2 dahulu. Kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang menyekutukan ALLAH "
(SURAH AR-ROM, AYAT: 42)

16 June, 2010

kisah mo`men & tag senyuman comel.:)

salam semua.
tengah2 duk layan feeling baca satu artikel mengenai perancangan jahat yahudi laknatullah, (first thing aku nak bgtaw pasal artikel ni sblum korg, sila berhati2, sbb kalau baca balek smua ayat2 paderi tu, actly ayat dia sangat2 psyhco. sila bersedia fizikal dan mental. jangan xpercaya dan jangan percaya sgt. sbb kdgkala dorg saje nk bg kte psycho buat kite akan terfikir2 dan tanpa sgja boleh tersyirik. faham?) tiba2 mengidam nak makan mo`men. serius. dari ari tuh lagi aku duk berangan2 nak makan. and hari ni aku xkire, aku terus ajak housemate aku g gak. sbb da kempunan sgt2. sedap gler weh! serius. kt tmpt korg ade ke? mesti takde kan. *ketawa dgn riak* haha..

pas asar ktorg pon trus bersiap2 nak g makan. sambil jalan lenggang kangkung, uma ktorg smpi g pintu gerbang nak masuk kwsn ktorg jauh gak la, ade la amik masa dalam 25-30mins, tu klo slow2 la jalan. nga jalan2, tgk dr lorong dpn, nampak kak yun ang the gengs. pakai cantik2. hah, taw sgt la. bebudak ni, klo pakai cantik tu xlain xbukan mesti nk g makan2 or nak g cairo or g majlis. faham sgt da. xsmpt pon nak borak ngn dorg, dah nek taxi. ktorg pon teruskan je la perjalanan. da la skang ni makin panas, aku lak boleh pakai serba hitam ari ni. mau xmenyerap haba. xpasal dapat sauna free petang tu. adui.

tengah2 jalan otw nak g mo`men tibe2 pak cik taxi berenti lak. bleh plak pak cik ni nak berenti2 kan. da la panas gler. suka suki jek berenti nk isi air kt keta dia, before2 ni xnk lak pulak tuang air, time ktorg nek la plak, dorg nak isi. ayo~ aku pon ngn housemate berbual2, skali tibe2 aku terpandang sumthing kt atas deckboard (btol ke nama dia.hentam jela labu) ade al-quran. subhanaallah, bagusnye pak cik ni bawak quran, tgk quran tu pon da lunyai, mesti slalu baca. kat msia nk jumpa pak cik taxi bwk quran, payah kot. 1 in millions la. skali tbe2 kt bwh quran ternampak tasbih! hah. aku baru teringat yang aku nga carik tasbih. klo kat hussien or cairo tu melambak la, tp xkan la nk cari tasbih semata2 trun sana, malas la. ari tu survey2 gak kt kedai2 buku agama, dorg pon xde jual. tmpt aku ni cm kampung skit, payah nak jumpe kot. maybe dorg banyak buat sndrik (kot).

pas dia masuk aku pon tny. "lausamah, fin ente yastari da?" (mana awak beli tasbih tu) *smbil tnjuk tasbih dia*. dia pon, "di? di min saudi arabia, hadiah min sohobi.(ini, dari saudi arabia, kawan aku bg" . aku pon tny," law fiz zakzik hena, fin maugud da? aiz isytari.enta a3ref?(kat sni ko taw x kt mne tmpt jual? aku nak beli) tiba2 dia kuarkan tasbih tu and dia bg aku. aku pun, eh, tanya je kot. bukannya aku nak beli dia punye pon. "enti huz di, wallaahi ana maugud kathir.(ko amik la, aku ade byk tasbih ni". eh, kesian kot. xnak aku trime, "laba`sa. ana as`al bas"..(Eh, xpe2.. aku tny jek.) pastu dia paksa gak suh amik. aku terkedu gler. last aku pon amik n still muke nga terharu. hoho~ alhamdulillah. terkabul gak impian aku. dan secara tiba2 aku jadi tersayang kt org arab. hehe. aku mmg diam sbb terkedu dan terharu sgt sampai la kt kedai mo`men. mungkin dia sudi bg kat aku sbb aku tanya dengan muka ikhlas dan cute (kot).haha. *aku ade cakap ayat ni kt kwn aku, pastu dia boleh nk muntah kan. isk3. korang rasa ptot ker? xptotkan. sbb ianya hakikat. wakakaak*

sampai2 jek, tbe2 aku tgk kak yuni and the gengs, nga tempah order. haha. da agak da, mesti nk g makan. ape lagi kalau gegirl da berjumpa kan kecoh sakan la mo`men. ditambah pulak ade nye kak teah, fazliana, aisyah, kak sufi, mmg hot la ktorg. bayangkan bercerita dari cerita BIODISC, pastu sampai la ke cerita nabi muhammad (hah, see! ktorg cter psl mender baek. . mitos yg mengatakan pompuan klo berjumpa mesti mengumpat itu adalah karut. karut3..hehe), cerita mimpi seram, dan usrah and the last ade satu cerita (cerita ker?) yang membuat kan aku dan housemate rasa begitu bertuah dan beruntung jumpe dorg hari ni. serius. ape dia? mana leh gtaw, t la aku cter. pastu campur nga aksi lucu masing2 sampai ketawa gila sakan, buat macam uma sendirik jek, padahal xsedar nga duk kt kedai tu. aisyah la g ketawa mcm nk jerit, smpi org arab naek tny kenapa. LOL! sengal sungguh. naseb bek la tmpt org, kalo kt msia la wat cmtu, konfirm2 law ade mak cik2 kat stu, hbis kena reject jadi menantu kalau xde mak cik, habis la kena sound kaw2 punyer. tobat2. haha. janganlah terbawak2 sampai ke msia.

faz la paling byk cerita, dia mmg byk mulut tapi she`s really nice! *ok. faz, mo`men satu. penat puji ni* cter punya cter sampai la faz ckp, yg dy ni asyik update blog jek. sampai satu hari 3 kali post, gler free kan. ala, aku malas jek nk cakap, budak2 kt sni smua cmtuh, cakap xbace buku la, xstudy la, slalu update blog la, tapi bler kuar result, SEMUA GEMPAK2. Malas da nk caya korg. kan? kan? hehe. samapi la faz ckp, eh nisa ko x buat tag ke? tqa mamat tag ko. aku pon? owh.. ade ea, aku lama xbukak blog org.
aku balek2 dari mo`men, terus bukak blog tqa nih, bukak2 jek trus tgk. dan

haha. mandai jek ko, tqa. mne ade aku banyak mulut. mulut aku satu jek. cuba kire. haha~

dan tiba2 bila aku bukak blong intanpayung

see. dua org da ckp aku senyum comel ni, ade sape2 lagi nk ckp?? *ha ha ha "ketawa dgn bungga"*
tiba2 aku terpikir, jadi mesti ni antara sbbnye kenapa pak cik arab tu sudi nk bg tasbih kt aku. eh ada yg nk muntah lagi? haha. rileks. saya tahu anda cemburu. muahahaha~

aku rasa pak cik ni mmg ptot mng award senyum plg lebar.

cube korang perhatikan muka siti ni ngan muka aku. ade persamaan kan? cpt2. sape taw persamaan dia aku belanja mo`men. s e r i u s ni. ^__^ V

and hah. amik la, gmbr ni. xleh senyum lebih2, nnt ade yg terpikat. lala~ ok2. nisa stop berangan! haha.

and for yg bertuah,

org uk (anda byk masa lenggang kn? sila buat! :D)
nabilla hannan (dia ini fotogediks.ops.hehe)
atiqah anuar (sbb dia suke sengih)
kak husna (suka tgk dia senyum)

sila buat tag ini. wajib! ngeh~

peraturan dia :
1) wajib buat. *paksa korg ni*
2) pastikan gambar seorang.
3) mesti la senyum yg paling melembar yg korg rasa korg ade.
4) follow pengetag. (xyah la. ni aku xpakse)
5) sila tagged 4 org yg anda rasa dia comot. eh. comol. payah no nak sebut haih. comel.

ok. tu jek. post kali ni nk cter psl tag jek sbnrnyer. muqadimah xleh blah kan panjang.
semakin hari semakin pemalas, rasa cm da hbs exam jek. ok! aku harus stop main internet.

p.s
entry sepatutnya di publish kan 01.00am yg lepas, tetapi sebab kelambatan internet tahap tortoise baru la nk publish 5.20pm ari ini.

p.p.s
aku baru perasan entry ni lebih banyak memuji tuan punya blog ni, so klo korg rasa boring nk muntah hijau ke, sorry la ye. dan cikgu hamsan ksygn aku pernah cakap, pujilah diri sndri, krna anda sendiri yg dapat memuji diri anda dgn ikhlas.

p.p.p.s
aku ade oral anatomy ari sabtu ni, doakan ea. ^__^

06 June, 2010

sirih pulang ke gagang..

H.O.M.E

Another sunny day,
Has come and gone away,
In Paris and Rome,
I want to go home,
Mmmmmm
Maybe surrounded by,
A million people I,
Still feel all alone,
I just want to go home,
Oh I miss you, You know,
And i've been keeping all the letters,
That I wrote to you,
Each one a line or to,
I'm fine baby how are you,
Well I would send them but,
I know it's that it's just not enough,
The words were cold and flat,
And you deserve more, Than that,

Another aeroplane,
Another sunny place,
I'm lucky, I know,
But I want to go home,
I've got to go home,
Let me go home
Im just to far,
From where you are,
I've got to come home,
Let me come home,
I've had my run,
Baby i'm down,
I want to come home,

And I feel just like,
I'm living,
Someone elses life,
It's like i just stepped outside,
When everything was going right,
And I no just why you could not come along with me,
'Cause this was not your dream,
But you always believed in me,

Another winter day,
Has come and gone away,
In either Paris and Rome,
And I Want To Go Home,
I miss you, You know,
Let me go home,
I've had my run,
Baby i'm down,
I want to go home,
Let me go home,
It'll all be alright,
I'll be home tonight,
I'm coming back home.

yes.. 3 paper more to go! i know i can do it! do pray for me, yeah..

mama! i`m gonna back home soon.. wait for me! really miss u mom~ :(

and yes you too GENDUT.. i miss and lurve u damn much!!



20 October, 2009

... KaMi vS EgYpT...


btol kata Cik Ta... t bler kite berada di negara orang, pengalaman yg kita dapat kat sna mmg sgt PRECIOUS!
dlu ak cm xcaya.. ye la.. ala, pengalaman kat mne2 pon bleh dpt... kt ngra org ke ngra sndri..
tp cik ta ak ckp lain... dy kate pglmn kat ngra sndri xsama ngn pglmn kat ngra org...
tmbhn pula, pglmn ni bersama rakan-rakan bkn family mmg sgt seronok
walaupun ada kalanya agak menyakitkan... mcm dy dlu.. dy blja kat ACEH.. dy kata byk pglmn yg btol2 sgt mahal dan susah nak ditemui semula....
and aku rasa btol la kot kata2 mak cik aku tu....aku bru je merasai pengalaman yg btol2 sgt2 klaka+sedih+geram+seronok+mcm2 la...rasa cm pengembaraan upin n ipin lak.. sgt adveture la! heheh..

kisah KAMI bermula sebegini...
ari ni kelas ktorg hanya subjek histology... for histo lab n lecture.. mula2, histo lecture dlu... then ade gap 2 jam, pastu bru smbung histo lab... hari ni subjek pon cm best la... xde memerlukan perahan otak yg tinggi.. sbb histo lebh ke arah cell la katakan... so, just byk drawing n label jek....
hbs jek kelas histo lecture, ktorg pon wat routine harian ktorg cm biasa.. iaitu MENJELAJAH KEDAI MAKAN... hehehe...

kedai2 yg menjadi tumpuan bdk2 medic zgzg terutama yg thn 2 la... kedai MEZO, KRIBS, kdai bru dpn krib (xingt nama dy, padahal td bru jek bce nme dy), kedai dpn anat lab n etc...erm.. so no wonder la law bdk zgzg agak sihat2... sbb kuar jek pintu kuliah tibb, mmg byk kdai mknn menunggu....dan budak2 yg mintak sedekah pon rmi gak menunggu ktorg... ktorg mmg kna struggle utk melarikan diri.. bak kata mama, law ade bdk2 ni mintak sedekah, law xnk bg maniskan muka... mslh nye dorg ni, law kite maniskan muka lg la dy memaksa kite...dorg ni sgt aggresif.. bahaya2... so, drpd kite menengking2, bek kite wat2 xtaw or melarikan diri...smbng cter, ktorg law ade gap kt tgh2, ktorg ape lg lepak uma member2 yg kat abu bar n susan la... sbb uma dorg jek plg dekat ngn kuliah ktorg... nk blek uma, mmg pnat gler... so, turn uma ari ni, turn uma kak edy n ina... uma mim mybe nanti2 kot... alang2 smbil2 dtg beraya.. mau makan kuih raya.. ramai gak la td... aku, kak ya, dila, ana, hana, and teah... solat2 n lepaq2 uma dorg... mmg law da berkumpul ramai2 tu, faham2 je la.. byk jek cter klaka.. hehehe... mmg ketawa terbahak2... smpi rasa overdose...smpi asthma jap aku..hehehe..

org tua2 ade pesan.. law ketawa biar berpada-pada, law suka sangat t mesti sedih... n tu la.. xnak dgr ckp org tua... kan dah kena....ktorg pon msuk kelas histo lab n routine jalan cm biasa... hbs jek lab, ktorg nk g bank, nak cucuk duit... maklumlah, duit td da hbs bayar utk beli SKULL ngn MANDIBLE.. mahal nyer... SKULL ngn MANDIBLE jek dah 250 geneh... law termasuk LOWER LIMB, 400 geneh... tp aku bli skull ngn mandible dlu... lower limb tu nnt la, pas da cucuk duit.... disbbkn rmi yg nk kuar duit, ktorg nek dua taxi... Hana, dila ngn ana satu taxi.. dorg da jmpe taxi dlu... aku, kak ya ngn teah n mim nek satu taxi... mula2.. ktorg thn taxi kt depan kuliah ktorg.. smua xnk g, so ak pon mencadangkan la g kedepan skit... g ke depan pon, smua taxi xnak pergi ke bank yg dkt ngn kentucky tu... ade, tp dorg mintx smpi 4 or 5geneh... mahal gler tuh.. xmaw r... then last2 ktrong trus g ke depan, tmpt area2 thn tremco dpn singa tuh... tu pon setengah jam gak tunggu... thn taxi, smua xnk g bank tu... atas alasan?? <-------- aku pnxtaw.... mybe tkot jammed kot... da lama2, ktorg rasa cm da pnat last2 ktor trime je la satu taxi ni ngn harga 4 geneh.. mahal xmahal... hbs nak wat cmne kn... da TERPAKSA... xkn nk tnggu smpi mgrib cri taxi 2 geneh.... penat tu dah xyah kate la... letih mmg rasa cm nk... xtaw nk gmbrkn kepenatan menahan taxi tu cmne.. haih~~

dlm otw, nk g bank tu, tbe2 dila kol... kate bank tu OUT OF SERVICE... pulak!! aku mmg da kering gler... duit da xde lgsg, kak ya pon... duit taxi ni pon mintx support mim ngn teah.... but dila ckp, ade satu bank kat sblh dy.. BANK OF ALEXANDRIA... dorg nk g try... ak pn ckp, ok la... then, bler pak cik taxi tu da smpi tmpt yg dituju... ktorg pn trun.. skali mim bukan beg dompet tnggal segeneh je... lorr.. gawat nih, pak cik taxi da marah2 nk cepat... sabar lah pak cik!! ktorg bkn xnak bayar... first tyme aku dgr mim jerit.... ISTANNA YA AMM... terkezut ak... wah, braninyer mim... clap3.. then... dy diam jap.. pastu dy marah lg... aku bg.. ak ckp kat dy... KO TU DA LA MINTAK HARGA MAHAL2, PASTU NAK MARAH2 LAK... SABAR XLEH KE?? HARAM KE ATAS KAMU DUIT LEBIH NI... pdn muka ko.. geram aku... aku ckp xkuat sgt... xtaw la dy dgr ke x...lantak r... ngn perasaan bengkek+geram ak pon g la bank tu..

skali dila wat annoucement lg... kad HXBC xleh gne cme BSN jek leh gne... pergh.... mmg xbleh blah... tyme tu mmg da xleh wat pe2 da selain gelak mengenangkan nasib diri yg agak malang la ari ni...nk marah pon da xlarat.. kna la g bank lg stu yg sblh sblh sek saint ni...nak nek trenco, msing2 duit da kering, byr tmbg taxi.. terpaksa la menapak.. tgk dr jauh mcm dekat, bler da jalan... huh.. mak aih... jauh nyer.. baid giddan!! then, before start jalan tuh, mim nk bli air... air btol kicik jek segeneh.. sgt kecik.. bkn cm btol mineral biasa tu.. lg kecik.. aku rase 4 kali teguk jek da hbs... harga segeneh... mmg mahal gler ah... kat kedai baba salam bru segeneh yg btol mineral biase tuh.. tp tekak da haus.. minum jela... kongsi sikit2.. sharinbg is caring la kunun... pdhal fulus tarak.. hahah..spnjg jalan tu mmg law arab lalu hbs dorg kna marah dlm bhsa melayu... haha... pdn muka korg... hik2... sje je nk knakn dorg... suke3... then, smpi la kt NATIONAL BANK OF EGYPT tu....mim kuar duit, dapat... bler aku kuar xleh, dila, teah n kak ya pon xbleh kuar... ingat ktorgnye kad bank ade probs... rupe2nyer bank tu da hbs duit... hampess tol.. kire nye dlm bank td, ade 100 geneh je la... sbb mim kuarkan 100 LE td... mmg sengal... hahaha....pastu mim, kate ade stu bank kat depan...

ktorg pon menapak lg... jauh la gak... BANK OF KAHERAH lak yg ktorg g ni...aku pon try n error, law boleh cucuk...alhamdulillah, aku lepas.. blleh kuarkan... then, kak ya pn lepas gak.. tp dila nye kad bank xleh... xtaw npe... mybe kad baru kot... mesin atm tu xleh baca...teah pon lepas... ktorg pon trus nk balek la, sbb da letih kn.. thn la tremco... check2 duit, nsb bek la ckup2 ade duit... law x, xtaw la nk blek cmne...mmg la bru kuarkan duit... smua duit besar.. xde fakah... thn la tremco, dy ckp salam.. so, ktorg pon nek... dlm tremco tu plak da la penuh, pastu waktu nk trun tuk ade pak cik tu, dy nak trunkan brg dy yg mmg berat gler, at least ckp r kn.. ni men tarik jek, hbs koyak stokin dila...huhuhu... then... smpi kat gameah, tbe2 tremco tu g jalan area mawaf... aku da pelik... bler tny rupe2nyer dy xlalu salam... YA ALLAH, ape ke sengal arab ni... td ckp salam, pastu xlalu... mmg hampess... dah ktorg terpaksa trun dr gameah (tmpt blkg patung firaun tu) g la blek salam... memang jauh gler la... sgt jauh... mmg tyme tu, ak mmg da xleh nk kata ape selain gelak jek byk2 kali... nikmat kna tipu kot... hahaha.... terpaksa la menapak sejauh2nya ke salam.. ya allah, sabar je la.. moga kami tabah!! tapi2 apepon... syukrillah, kami berjaya sampai salam dengan jayanya... walau berbagai-bagai cabaran dilalui...
haiz... egypt!! naseb bek la ko ni bumi para anbiaa`.. law tak... mmg hbs da... haihh~~


19 October, 2009

.... KeSaBaRaN...

ya allah... hari ni mmg hari yg paling
btol2 menyabarkan aku...
betapa geramnyer, kecewanyer, sedihnyer, sadisnyer
segala-galanya sgt menduga kesabran ku...

how come Mr. so n so did something like dis to us...
how dare he is...
never expected.. very suffocating me...
if not sure for one thing can u just say to us
why gave "kata putus"
if u not sure yet that will happen or not...

once he make us like dis
we`ll not respect to u again
u really make us to ingin memberontak...
just look and see...
we`ll remember till the end of the day
of what u have done to us...
we`ll remember!! remember.. remember!!

i can`t imagine
how come u can just leave
mcm gtu jek..
how come?
how pathetic u`re...

if dun want to
just say u dont want to
why still pretend u want to??
huh~~
guys..
u`ll regret coz turn us such in dis anger...
u`ll took wat u have done...
seriously i`m saying....

dun angry when after dis
we`ll change...
change n change.
if we change dun ever ask us why
ask urself
and dunt ever try to pretend good in front of us!!
we sick to face it..
go away n dunt disturb us again..

ALLAH btol2 menguji kesabran kami..
semoga allah melembutkan hati kami..
semoga kami diberi aufik hidayah
dan semoga diberi kekuatan
agar mampu menghadapi ujian2 di bumi mesir ini
agar bediri di kaki sendiri
tanpa memerlukan pertolongan org len
dan semata-mata mengharapkan
PERTOLONGAN dari ALLAH... i`allah..
aminn~~

17 October, 2009

RETORIK!!!

salam...
sesungguhnya duk kt bumi mesir ni mmg btol2 mgajar aku...
mgajar aku mengenali dunia manusia sebenar..
dnia manusia yg sgt..............
aku sndri xFAHAM....

kdg2 aku terpikir, mmengapa masih ade manusia
yang masih melakukan @ memulakan satu pertelingkahan
sedangkan mereka lebih mengetahuinya
mengetahui akan akibat serta kekangan yg bakal tiba...

xkira la, samaada ilmu penuh di dada
atau ilmu setakat paras peha
ilmu yg hanya dipandangan mata
sama shaja...

namun, ilmu setakat paras2 yg sedang
bleh dimaafkan
kerana mereka memang tidak mengetahuinya
tapi....
bagaimana bg mereka yg punyai ilmu penuh di dada??
apakah masih dimaafkan??

kadang2 aku rase hairan
kadang2 aku pelik
kadang aku rasa sgt menjengkelkan
kadang2 aku jadi sangat menyampah
kadang2 rasa sgt rimas
melihat org yg sibuk memperkatakan itu ini
tetapi langsung tidak aplikasikan

aku tahu..
aku acapkali dgr
DENGAR APA YG DIKATA
BUKAN LIHAT SIAPA BERKATA
tp bukankah mmg lumrah manusia
lebih mengikuti ape yg dilihat
daripada apa yg didengar
itu sudah menjadi fitrah

aku pelik
mereka diberi tanggungjawab
namun melaksanakan seperti melepaskan batuk ditangga
dan bila ade satu matlamat perlu diselesaikan
bila ade satu kepentingan
bru dtg menolong
bru mengutip tggjwab yg da dilepaskan
selama ini...
ditinggal, dipulau, disingkirkan
di segala-galanya...

datang secara tiba2 dengan satu acara
acara yg aku sndri xpasti apakah ia
mengapa??
usahlah ber retorik semata2...
sesungguhnya..
kite lebih mengetahui apa yg kita lakukan
utk siapa
dengan niat apa...

jadi ikhlaskan lah hati...
lakukan lah pertolongan bukan utk mendapatkan apa2...
usahlah....
jauhkanlah sikap begitu..
kerana kita sendiri taw
dan YANG AMAT BERKUASA
LAGI MENGETAHUI!!

09 July, 2009

ISKANDARIAH..................

here we are!!.. our cutest pictures will be shown in this post... jeng3... hahaha... have fun seeing our pictures in alexandria... jangan jelez2... ini la sweet sour memory ktorg... sangat comel....even ktorg just TRY n ERROR g alex, but alhamdulillah, syukrillah... ktorg berjaya jugak smpi dan da balek pon zagazig dengan selamat... so, guys, its not a problem if u wanna to try and error... just try and be brave, and tawakal pada ALLAH... is not difficult as u imagine... kalau korg xcaye, try la... ktorg xkn cakap tanpa berasas...sebab ktorg da try... hehehe...percayalah... ok..erm.. law pasal kena tipu tu, i think its normal.. bak kata dr. syuaib, mmg bkn duk kat egypt law xpna tipu ngn org arab...smua org kna mybe akn kna tipu...x ari ni, mybe esok, or lusa... who knows ryte?? bler aku muhasabah balek...law kna tipu tu mmg patot kot.. maybe aku kurang bersedekah, and jadi duit tu maybe bukan milik aku.. maybe itu milik org laen, and aku xmemberi kan kepada yang hak... ALLAH itu MAHA ADIL...ak slalo teringat pesanan ustaz aku, law barang kite kena curi or ape, itu bermaksud DUIT or BARANG tu bukan hak kita... ALLAH kembalikan kepada yang berhak...percayalah~... ok2.. xmaw byk komen.. yuk tgk gmbr ktorg... dadada~~


powered by: UGotBling.com

WELCOME TO ISKANDARIAH



carefour kat alex... besh2...

window shopping!!!

nice hat!! i want it!! but..... :(





this tower in front of ministry of tourism`s building



........ keEXCITEDan.........

me, kak wahidah, kak ya

xingt nme plaza ni.. lupe...


peaceful~~ tenang sungguh!!

kak oya!!~~ hehe


OTW to EAT!!

beach!!!!

...... library in ALEX.....

alexander the great!! but we also the great... hehehe

library ~~

di tepi pantai yg indah~~

lagu ombak!!~~ :D

mimi!! huhuhu~~

wif badut sarkas dongga... lala~~

keluarga angkat arab...(heheheh)

books~~


penatnyer nk tunggu gmbr2 ni kna upload... sungguh lame... wah.. xlarat2... so, ak hnya upload few jek ni.. kalo tnet laju bleh jek... tp tnet sgt CHARR KUEH TEOW... so, korg tgk ni je la ea... tatata~~

08 July, 2009

....tipah terTIPU bang!!... adoyai!!

salam... akhirnye.. sampai gak ke zagazig... setelah after few days in alexandria...
ooooo ALEXANDRIA... i`m fell in love with u... nice view and sangat2 comel!! dengan pemandangan laut terbentang luas... subhanallah.. sangat cantik... smua kat alexandria sgt best... sangat comel... sangat cantik... sangat cute.. tmpt2 shopping pon not bad la... tapi ade satu yg CHAAR~~ alexandrian people... bler terkenang rase cm xnk pergi jek alex tu lg... for those yang xpernah g alex lg.. berhati2 ngn org arab kat sna... dorg mmg kuat MENIPU... berhati2 ngn tipu helah mereka yg amat UNIK!! aku da kna banyak kali da...

chap 1 :waktu tu ktorg nk cari kedai makan... pastu g la survey stu kedai ni.. aku xingat la mula2 dy cakap ape, sbb bukan aku yg g survey... x silap dy ckp ayam kalo separuh 25 geneh... then, bler ktorg da ramai2 masuk.. dia cakap firah ma`a ruz 12 geneh... ktorg punye la suke.. ye la.. da la lapar.. pastu dpt harga murah lak.. mne la xgumbira.. excited la order.... tunggu dlm keadaan impatient la..lame gak la tunggu... pastu, datang la nasi... ktorg punye la terkejut sbb nasi tu atas dy ad kuah kibdah.. sedap la gak.. ktorg ingatkn mmg package... pastu smua la dok memuji pak cik arab ni... bagus nye pak cik arab ni... siap ade kuah lg tu... pastu, after a few minutes, dtg la plak ayam nuss... sedap mmg la sedap... mmg excited la makan... sampai gelak2... xingat dunia... seronok sgt la katakan.. pastu xhabis2 duk memuji pak cik arab ni bagus la.. baiklah... stelah hbs sesi makan n puji memuji... torg pon mintaklah fatirah (bil) skali tgk... mak aih... gler... kena smpi 200 lbh kot... ktorg da terkejut gler.. bleh masa plak dtg smpi 200 nih?? pas tanya2 ngn pak cik tu.. dy kata, ruzz (nasi) tu 12 geneh... ktorg ckp nk ruzz jek.. pastu dy putar belit ayat, then cakap ktorg order ruzz ngn kibdah... padahal waktu order langsung xde sebut pon perkataan kibdah tu... and pak arab char tu pon xsebut gak... mmg xbleh blah... pastu da mcm tu....ok la.. ktorg bleh accept la.. pastu bler tny, hbs yg selebihnye asal mahal sgt.. dy kate nuss harga 20... then, ktorg ckp la,.. asal tulis kat cni 40?? dy cakap ktorg mintak dujaj... ade ke patot... wah!! pak cik ni mmg xbleh blah... mmg CHAR habis... ish2...dah gaduh2..nk wat cmne.. terpaksa la bayar... tp pas bayar tu, mmg hbs la pak cik tu kna kutuk... yg plg xbleh blah tu.. dy siap senyum2 sumbing lg... nmpk sgt byk kali da buat... sabar je la...mmg hangit cmpur panas la ktorg tyme tu... sabar je la...

CHAP 2: waktu nga jalan2 smbil window shopping.. ktorg pon duk la kat satu kedai ni.. nk order air sbb haus sgt... bace la perbualan kitorg...
pak cik arab : aiza ea?? masyrubat??
dilla : maugud menu??
pak cik arab : la`...attakalam bass...
aku : ok... maugud asir manju ??
pak cik arab : maugud...
aku : bikam??
pak cik arab : asir faraulah, manju 7 LE... maugud AIS bithamaniah LE...
aku : maugud ais?? (ye la... pelik la gak.. ade ais??) tu yg excited tnya...
pak cik arab : maugud... bithamaniah...
ktorg pon duk berbincang... kak wahidah nk air teh mula2 ngn ais... tp tkot pekat.. so, kak wahidah beli air mineral.. kak ya lak, order jus mangga dengan ais... aku plak jus strawbery ngn ais...

aku ; (dengan konfiden nye aku cakap...) ok ya ustaz... aiza asir faraulah wahdah ma`a ais, asor manju ma`a ais wahdah, wa maiyah...
pak cik arab : (dy ulang blek pe aku ckp, n aku duk ckp aiwah.. aiwah)..

ktorg pon duk la berbual2.... smbil cter2... yg aku plak nga bukak yamee tyme tu...
lame gak la pak cik tu anta air... aku da terpikir da.. ape la lame sgt pak cik ni wat air.. jus strawbery ngn ais je xkn lmbt kot?? tp aku pon buat la good assumption, mybe rmi org order kot.. ktorg teruskn la berbual... skali bler smpi jek air... dy bawak 1 air mineral, 1 jus mangga, 1 jus strawbery and dua aiskrim... mule2 dy turunkan jus starwbery, ok la.. ak pon trus la amik air strawbery tu... skali, tbe2 dy trunkn lak aiskrim...aku da terkejut da... eh?? apasal lak ni?? bler mase aku order aiskrim?? aku wat muka jaki gler kat pak cik arab tu..(sorry pak cik.. terkejut tyme tu..) huhuhu... skali dy cakap... di ais. aku mmg ternganga jap la... baru aku taw, ais tu maknanye aiskrim... hahaha... char btol pak cik tu... aku tertipu lg... ish2... mmg banyak gler aku kna bayar... nsb bek la dua jek... tp ape2pon... nasib bek aiskrim dy sangat sedap.. dy punye decoration sgt comey, smpi xsmpi ati makan..(aiskrim ni akn dipost at the next post)..cume tyme tu, aku punye la terkejut,smpi xde mood nk makan.... mmg puas hati la ngn aiskrim ngn jus tu... sangat sedap....tp.. pasni mmg bg aku pengajaran sgt2... bhawa.. kte kna tnya btol2 kat org arab and jangan suke wat konklusi sndri.. law xfhm or xpasti, tanya balek... tkot tersalah faham lak.... mmg ni da pisang berbuah 2 kali da ni... hahahaha..

CHAP 3... ktorg cri la masjid tuk pompuan... ktorg g la tnya sorg mak cik ni... mak cik tu pon tunjuklah arah... nga sibuk berbual ngn mak cik tu, tbe2 ade sorg pak cik kat stu tgk ktorg and panggil...
pak cik arab 3: musolla lilsaidat??
ktorg : aiwah... fin?? (kat mana)
pak cik arab 3: ta`al (mari)... dy ngn semangat tunjuk arah...( tp separuh jalan jek... xla smpi surau tu pon..)
yg ktorg ni da ckp... wah, baiknyer pak cik ni... baik la... pastu siap ckp syukran2.. smbil tersenyum.. skali tbe pak cik tu ckp...
pak cik arab 3: aiza fulus... sedekah!!!
ktorg da terkedu... char btol pak cik ni... ade ke ptot... tu pon mintak duit... ktorg bg je la bpe geneh je.. sbb mmg xde duit kecik da tyme tuh... tp... mmg sgt terkedu... siap bleh mintak duit plak tuh... law tunjuk smpi dlm xpe gak.. ni kat luar jek... erm.. sabor je la....

CHAP 4 : ade lagi satu peristiwa... watu tu ktorg g KATAKOM... (ni tmpt makam2 or cara2 org mesir di makamkan... nnt aku cter kat post seterusnyer...) ktorg masuk la... then, dila cakap, xkn xde org bagi maklumat ek? last2, tbe2 ade sorg pak cik arab ni tolong tunjukkan ktorg jalan and dy tbe2 jek bg maklumat... ktorg ingatkn mmg macam ni... means, package skali kot... dy pon semangatla bagi penerangan kat ktorg... ni ape tu ape... then... smpi la kat level last skali, level 3... then dy ckp...
pak cik arab 4: i already finish give u information... and this information NOT INCLUDED in your tickets..
skali kna bayar da.... WAKENABEB!!! nsb bek la dy mintak 5 geneh jek sorg.... tapi ape2pon, naseb bek la puas ati... sbb penerangan dy mmg perfect la!!!pas ni, sape nk g katakom bleh la ajak ktorg... sbb ktorg da taw da pasal maklumat dy.... and sbg balasannyer korg kna bayr at ktorg 10 geneh yek... huhuhuhu.....

banyak lg kisah2 yg manis+pshit kat alex...rasenye ble wat byk chapter and novel skali... kalah cter HARRY POTTER... huhuhu.... tp nk wat cmne?? redha je la....tu smua sbg satu pengalaman kat ktorg... mmg fun... and sangat2 best!! KENANGAN2 ni mmg xbleh lupakan... for guys out there.... BEWARE AND CAUTION WITH ALEXANDRIAN`S PEOPLES... dorg sangat bijak dalam menipu... sila berhati2... kalau dorg nk bg penerangan tnya dulu siap2... kna charge or tak... and kalau nak cari tempat or ape2 la... better tanya org yg nampak mcm educate sikit.... jgn tanya pak cik2 kat tepi jalan.... jangan tanya budak kecik gak.... tanya la kat mak cik2 arab or akak2 arab yg nga shopping tuh... ok?? bak kata pepatah, SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.... gambar2, aku akn postkn at the next post.. just wait taw... ok2... have a nice day... and HINDARKAN LAH DIRI ANDA DENGAN DITIPU OLEH ORG ARAB DENGAN MEMPELAJARI BHSA ARAB... huhuhu~~ tatataa

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger