BLOGGER TEMPLATE

Pages

24 January, 2011

SYMBATCH Part 2 - colourful of Dumyat.

assalamualaikum.

Tadi duk belek-belek gambar kt Dumyat. Macam-macam gaya dah aku tengok. Kelakar pun ade. Dan sangat banyak! huh, xlarat rasanya nak bukak satu2 serta nak upload. Aku rasa kalau lah kamera itu benda hidup dan boleh berkata-kata mcm cermin ratu jahat dalam citer SNOW WHITE n 7 DWARFS, mesti dia dah kutuk habis-habis.

"eh manusia xreti nak posing comel2 skit ker?" (ini khas tuk aku laa) :D
"oi. udah-udahlah tu amik gmbr, xlarat da aku ngadap muka korg.."

"lens aku sudah mahu pecah ini cukup la cam-whore tuuu.. "


jadi, sebab itu kamera xperlu bercakap-cakap! :D

tak banyak pembacaan kali ini hanya perlu scroll! :)

happy see-ing. >_0

sapa jumpa perkataan DUMYAT dapat hadiah! :D


semangat berpiknik, siap berbakul-bakul :)


punya la puas berpujuk-pujukan, menabur janji-janji manis, baru la ini dua org nak pergi. :p

bulatan manusia untuk senam aerobik!

nice kan our banner? ! (faz punya idea n the geng)


makanan2 piknik! :)

tu diaa.. kita punya juru2 aerobik profesional plus kak huessna. (tiada dlm gmbr)

yang ni plak, juru aerobik yg 'OVER-profesional'.. XD

kak wahidah a.k.a ex-housemate. :)

she`s my BFF!! ini lah sbb aku jeles ngn org kurus, haha klo amik gmbr lompat2, comel jek. klo aku dpt lompat cmni kan best. Tapi aku rase NSN patot amik dia ni jadi model video dlm BigCityDream. baru nmpk real, ye dak? model dlm tu xbpe nk bagus express muka dia.


mari ke lauttt.

see. lambakan kerang-kerangan dan siput-siputan.


I LOVE YOU...... emmm.. MAMA.. ^_^

my-step-sister-a.k.a-bff! :)


kerang fresh!

hasil tangkapan ahli-ahli usrah ku.. banyak!!

aku sayang korang. SERIUS! :)

aip aip! ape ni anak dara main lompat2! tsk2.

symbatch 08/09

inilah menara yg dibina betul-betul depan pertemuan dua air tu.

geng senget. :)

sweet sour memory group 3 A! :)


sebelum mengudurkan diri, berhenti menaip, izinkan saya mengakhiri entry ini dengan serangkap pantun.


ARAHAN PIHAK PENAJA:
*sila baca sambil bayangkan setiap perkataan dalam pantun ini dalam kepala anda*


nasi lemak buah bidara,
makan elok2 di tmpt terang,
menu hari ni sangat membuka selera,
nasi lemak dan sambal kerang.

haha! :p

kita tangguhkan dulu. yuk masakkk!
tatatititutu. :)







21 January, 2011

SYMBATCH Part 1 -mari mengutip kerang!

assalamualaikum.

alhamdulillah.. akhirnya aku sudah sampai ke zagazig terchenta setelah pulang dr berjaulah Dumyat @ Damietta. serius seronok. Bertambah seronok apabila jaulah kali ini adalah semua batch tahun 3 (08/09). Walaupun penat gila, tetapi bila bersama-sama dengan member, semuanya hilang. What is Dumyat?

ok. mari kite bercerita.
Tasik el-Manzalla.
Dumyat adalah salah satu negeri dalam Egypt. Daripada zagazig, kitorang ambil masa selama 2 jam lebih utk sampai. Lagi dekat dr Alexandria. Terdapat satu tasik kt Dumyat yang brnama Tasik El-Manzala. Tasik ini kaya dengan hasil lautan. Contohnya kerang, lala, ketam and sebagainya. Dan kat Dumyat jugak la di mana menjadi tempat2 persinggahan burung-burung seperti Flamingors, Spoonbilis, Kowak dan Bangau yang bermigrasi pada musim sejuk.


Ra`sul Bar.

Di Ra`sul Bar ini memang akan nampak banyak deretan restoran-restoran makanan laut (seafood). Kat sini jugaklah di mana pertemuan antara Laut Tengah dan Sungai Nil. Dan di situ telah dibina menara yang betul2 tepat di depan pertemuan air tawar dan air masin.

Dan banyak lagi tempat2 yang menarik di situ yang boleh korang lawati. Sila lah datang ke Egypt ye. Tapi serius kerang-kerang kt situ BESARRRRRRR GILAAAA.. kalah kot kerang kt Malaysia, kecik2 jek. Namun, besar mana pun kerang di sini, agak rugi sebab org arab kat sini tak reti makan kerang. Bila korang sampai jek kt tepi tasik tu, bersepah2 kerang. Tak de pon yang mengutip kecuali budak-budak Malaysia je lah. Orang arab reti makan LALA jek, itu pun xramai yang suka. Sebab apa? entah. Tak sempat nak kaji. Tapi bagus juga, kalau dorg reti makan kerang, harapan lah nak jumpa kerang berlambak tepi2 tasik dan mesti harga dia sangat mahal.
**LALA : seiras kepah tapi saiz dia kecik sikit

Tak cukup habis dikutip kat tepi-tepi tasik, tak puas hati lagi. Hah, masuk dalam tasik pulak pergi mengutip. Tak kisah baju basah lencun yang penting kerang dapat. Org arab tengok pelik jek kat ktorg. Terbongkok-bongkok kat tengah tasik mengutip, macam hape tah. HAHA. lantak ko lah arab! Kalau kauorang tahu kerang rebus dan masak sambal itu sedap, mesti kauorang pon join sekaki. :p Kitorang siap buat pertandingan, Smart Circle (usrah) sape kutip kerang terbanyak. serius best! Dan kitorg (aku, mim, erah) everytime jumpa kerang jerit kuat-kuat EUREKAAAAAAA...! huhhh.. release tension. Dan sesungguhnya SYMBATCH 08/09 memang terbahek la.. and i`m sooo happyyy! Lenkali kita buat pergi tempat lain plak ye.


hasil kutipan aku pada hari ini. Not bad! boleh la makan utk 2 minggu. :D


ni pulak hasil kutipan housemate aku. Campur yang ni, boleh lah sebulan punya stock.

kiri : size kerang Malaysia
kanan : size kerang Mesir

Mr. and Mrs. Crab!

Hierarki keluarga kerang yang bahagia.

mama kerang dan anak-anak perempuannya :)


sape kata ikan Haruan jek yang makan anak sendiri?


hah ko da kenapa? tersengih-sengih, macam KERANG BUSUK!

tapi ini bukan kerang busuk. ini fresh punya oke.

namun, kalau nak jumpa kerang-kerang ni sila dtg time musim sejuk sahaja.

ok. sekian persembahan pada hari ini.

p.s : Beta tidak dapat mengupload gambar2 kerana camera beta tertinggal di Malaysia pada summer lepas, jadi terpaksa la mamanda semua bersabar kerana beta akan pergi mengumpul gambar2 beta yang terselit2 di camera orang lain dan akan diupload segera mungkin.

p.p.s : sesapa budak zagazig yang lain nak kerang, boleh jek amik daripada aku.
















18 January, 2011

winter break my ♥ heart!

Hari ini aku dikejutkan lagi, bila seorang kawan tunjuk message kat aku.
from her mom.
"Sudah beli tiket untuk anda, nanti tengok kt email"

Before nih.
"Nisa, dont tell anyone, i`m going back to Malaysia"

sebelum itu,
"Aku balek Malaysia ni nisa, nak kirim ape2 tak"

semalamnya,
"Eh, ko taw x mane2 tiket murah, aku nak balek Malaysia"

kelmarinnya,
"nak g mahatoh jap, nak beli tiket nak balek Malaysia"

Kemudiannya,
"Eh, nisa taw x, (disebut nama2) dorang balek Malaysia"

Tengah2 makan tadi, diberitahu lagi
"eh, ada gak budak lelaki balek Malaysia"

dan waktu nak balek kuliah tadi,
salam2 ngan sorang classmate aku yang bakal fly malam ni...

WAHHHHH~!!!!!
best gila korang.
aku nak balek Malaysia jugak!
*jeles*jeles*jeles*

makin lama makin ramai pulak batch aku yang balek!
mogok ah ginih.
dia semacam satu penyakit, bila sorang balek, seramai2 balek.
habislah berkurangan penduduk di zagazig ini.

Balek-balek aku terus kol ngadu domba manja-manja kat mama
"Kenapa? Nak balek Malaysia jugak ker?"
mama tanya.
dalam hati memang cakap nak.
tapi cover dan anak baik ini pun jawab,

"eh, xde lah ma, saja nak ngadu2 kt mama. Adik exam pas winter break tkot xbaca buku, nanti kat Malaysia mesti main jek banyak. xpe lah."

padahal dalam hati terjerit-jerit nak cakap

"ADIK NAK BALEK MALAYSIA!! BOLEH MA?"

serius jeles.
kenapa exam lepas winter.
kalau x mesti aku balek jugak.
tapi xpe.
sabar nisa sabar.
takkan lari Malaysia tu.
alaa.. lagi berapa bulan jek pon
*ayat sedapkan hati*
nak g melancong kat luar negara, macam xberbaloi, sebab baru nak rancangkan,
gerenti kelam kabut plus mama xbagi pergi.
jadi untuk mengubat ulcer di hati ini
marilah kita pergi round-round Egypt dulu.

YUK KE BAHRIYAHHH!!!!
camping2 enjoy2!
bak kata orang kan
TAK KENAL MAKA TAK CINTA
so, aku kena kenal Egypt dulu baru lah aku jatuh cinta!
ye dakk?

Kepada yang nak balek Malaysia,
sila bawak balek makanan banyak2 ye
Take care
have a nice holiday! :)
kim salam kat family korang.
Bye-bye.
Nanti kita jumpa balek after winter break.



lagu untuk si homesick! :D

Bas Khas Untuk Wanita.

Pagi-pagi nak hilangkan takut dek dengar salakan anjing yang bersahut-sahutan (oh! tiba2 aku rindu bunyik ayam berkokok) aku pon pasang radio. Macam biasa port aku selalu lepak, klo tak kat sni atau mesti sini. Aku ni dah la pemalas nak membaca surat khabar, jadi sekurang-kurangnya aku xde lah macam katak bawah tempurung, xtaw langsung isu-isu kat malaysia. Kira up la sikit aku, mungkin mcm katak bawah kaca kot, transparent skit, xdelah mcm bawah tempurung, legap kot. (lama xdgr istilah sains dalam BM.)

Aku sangat tertarik dengan isu yang dorang bawa hari ini. Relevankah Bas Khas untu wanita disediakan? Dan jawapan aku YA. YES. NA`AM. AIWAH. of course tersangat-sangat relevan. 70% sangat bersetuju. aku tersenyum. Tengah2 bahagia senyum, ade satu sms yang dia hantar ke DJ, yang dia xpernah naik bas tapi dia rasa xberapa nak setuju. Eh, kau xpernah naek bus, mana kau tahu macammana. Naek bus la dulu bro, baru hang taw macammana feeling uh. Cakap banyak tarak guna oo.

Beban bukti aku yang pertama, dah mcm debat la plak. Menjaga keselamatan Perempuan (budak sekolah, org dah kerja, mahasiswi). Aku bukanlah anak org berada, setiap kali nak cuti, mak bapak jemput naek kereta mewah pergi asrama. So, naek bus adalah pilihan yang bijak dan jimat. Cuma kadangkala jek mak or pak cik aku amik. Waktu ayah aku ada, selalu la naek kereta. Lepas ayah aku xde, bus adalah pengangkutan aku yang utama. Bermacam2 kisah yang seriau, pahit aku pernah lalui.

Pernah time aku balek, dalam bus tu cume aku dengan driver bus jek tinggal. Seriau aku. Mak aku selalu pesan, kalau naek bus duduk paling depan sekali atau dekat dengan pintu senang nak lari kalau ade ape2. Biasa port aku kt tmpt duduk tengah-tengah sebab kat situ ade pintu, tp pintu tu rosak plak, terpaksa lah aku duduk depan. Sekali pak cik drebar duk jeling-jeling, tengok2 aku melalui cermin. Oh, ini bukan perasaan. It was real, bila aku tertoleh dia punya sengih mak aih lain macam. Aku dah cuak. Bukak mulut bacalah ape2 ayat pelindung diri, ayat kursi xyah ckap la berpuluh-puluh kali aku baca. Peluh jantan, peluh betina habis dah keluar. Aku doa adalah orang perempuan naek lepas ni. Owh lupa nak cakap, dari asrama aku nak ke rumah, aku kena naek bus tambang atau bas yang berhenti-henti tu. Sebab dia memang tak providedkan bus express. Tak ramai sangat orang kot.

Pastu tiba-tiba bas berhenti. Aku lega sikit, mesti ade orang naek. Aku harap ade orang perempuan, sekali yang naek, Mat Bangla! cheit. Tapi aku rasa relief la skit sbb ye la dalam hadiskan ade kata, "Apabila kamu berdua lelaki dan perempuan, syaitan akan jadi org ketiga". Sekurang-kurangnya ade Mat Bangla tu, syaitan jadi la org keempat! hehe~ sempat lagi tuh aku pikir benda2 mcm ni. HAHA. Mula-mula mat bangla duduk belakang, aku dah bajet2 macam selamat sikit, cuba-cubalah nak pejam mata nak tidur2 ayam sekejap. Mulut xhenti2 lagi baca, ye la, aku ni perempuan, macam-macam benda boleh berlaku. Baru nak lelap, sekali dengar mcm ade orang alih tempat, aku bukak mata tengok Mat Bangla tu duk sebaris dengan aku, kat tempat duduk belah sana sambil sengih2. ALLAH, aku dah tensi. Kacau daun betul, aku baru nak bagi mata aku rehat dah terpaksa berjaga. Dan korang bayangkan aku duduk bertiga dengan mereka itu selama 45 minit, sebelum ada mak cik datang selepas tu. Nauzubillah, tetapi macam2 boleh berlaku even hanya 45 minit right? dan alhamdulillah, aku bersyukur tak terhingga pada ALLAH, kerana menyelamatkan aku daripada apa-apa berlaku.

Itu bas tambang. Bas express pun jangan cakap xde benda berlaku. Kawan aku pernah kena ade budak lelaki sengaja letakkan kepala atas bahu dan macam2 berlaku. Kena raba time tertidur dalam bas, oh banyak sudah berlaku. Ingat lagi kes seorang pegawai petronas yang dirogol pastu di bunuh. Kejam bukan? Mencegah lebih baik daripada mengubati. Mahkota wanita itu sangat berharga once tercarik, macam mana nak ganti balek?

oh kenyataan di atas bukanlah membawa maksud aku prejudis terhadap lelaki. oh tidak! cuma ye la sekarang pun perempuan pakai gak seksi, xboleh salahkan pihak lelaki jek. Jadi untuk fair and square kita asingkan lah. Menjaga wanita dan juga lelaki. Sebab dua-dua adalah manusia dan senang tergoda dengan bisikan syaitan. Tapi jangan pulak semua bas di asingkan betul2, kang bagi pasangan yang berkahwin dan ade anak susah pulak. Laki bas sana isteri bas lain. payah tu. Betul, mungkin ada yang kata, kalau benda nak jadi tu kat mana-mana pun boleh jadi, dan kalau xnak jadi mana-mana pun boleh xjadi. Tapi harus ingat, manusia ada pilihan juga. ALLAH itu bukan zalim. Kita usaha, berdoa, kita memohon, ALLAH maha mendengar dan mengetahui segala sesuatu. waallahua`alam.

Sekadar pandangan untuk menghabiskan masa-masa sebelum azan subuh. :)




aku terpikir,kalau bus perempuan memang diwujudkanlah, mesti warna pink pastu ade bunga-bunga. kiut oh! :)

13 January, 2011

140111




Sanah helwa ya gamilah
Happy birthday to you
Selamat Hari Lahir
saeng-il chugha

dan selamat selamat serta selamat kakakku yang tambun!


Pertama-tama kali aku rasa bersyukur sebab aku jauh daripada ko, maka dgn automatiknya save duit aku. Tak yah la nak wat surprise2 pergi uni ko, berpakat2 dgn member2 ko tuk pikir idea prank, pastu kena beli hadiah dan beli kek. hehe. Cuma mengeluarkan modal sedikit dengan men-calling ko untuk wish, dan hanya mengorbankan sedikit tenaga memerah otak buat post untuk ko. Owh bersyukurnya aku.

Sekali lagi. Happy Birthday akak. Sila sedar diri umur anda sudah meningkat sebanyak DUA PULUH DUA TAHUN (22). Tua dah ko kak. Aku rasa macam baru semalam jek ko ajar aku men beskal. Cepatnya masa berlalu kan? Rindu pula zaman kita kecik2 comel dulu.

So, sempena dengan tarikh 14 Jan 2011. Aku ada 14 Kata-kata tuk ko.


1) semoga dengan meningkatnya umur ko ni, maka tingkatkanlah jugak iman, amal serta sewaktu dengannya.
2) Sila matangkan diri anda. Orang dulu-dulu kata, kalau umur sebaya ko ni dulu, anak da 10 org. So, be matured akak! :D
3) Semoga ko panjang umur, murah rezeki.
4) Semoga ko cemerlang gemilang terbilang dalam pelajaran dan apa jua bidang
5) Moga ko dapat capai apa jua impian, cita2, cinta (eh?). :D
6) Kalau da jumpa bakal abang ipar yang best, xpe, adik benarkan ko kawen. ahaks.
7) Make sure kawen dan tunang tu WAJIB adik ada.
8) Moga ko cepat kaya. Jangan lupa2 daratan lak nanti pastu belanja aku sekali.
9) Ingat abah, mama dan adik SENANTIASA.
10) Jangan lupa makan ubat kalau sakit. Jaga kesihatan.
11) Hadiah besday adik arituh mana? Tak de pon.
12) Daku sayang anda.
13) Semoga azam tahun ini tercapai dengan jayanya.
14) sepanjang 22 thn ini, adik memohon kemaafan kalau adik selalu menyakitkan hati akak. *walaupun hakikat adalah sebaliknya* HAHA.

dulu :


sekarang :

eh! eh! silap :p

SELAMAT HARI LAHIR AKAKKU SAYANG.


akak anda wajib dengar lagu di bawah. :)


one of my favorites.

LEELOOS TUNE : Maksim Mrvica



p/s : ingat nak upload keyboard aku main spesel tuk besday girl td, tp lembap pulak malas la.








07 January, 2011

roti jala.

cantiknya bulan di malam kala
menenangkan hati yang sedang lara
marilah makan roti jala
buatan tangan si anak dara!

*cheewah*
HAHA.

~ROTI JALA~

lai.lai.lai.
Hari ni chef mahu ajar masakan baru pada u ols semua. oke?

BAHAN-BAHAN :
marjerin /minyak
(guna banyak tp kuantiti dia mesti kurang skit dr tepung)
tepung (5 cwn)
telur (2 biji)
3 cawan air
1 cawan susu cair
(boleh jugak guna santan, klo sape2 ade lactose intolerance)
garam ( secukup rasa)
serbuk kunyit/pewarna oren

CARA-CARA :
campurkan tepung, marjerin, telur, garam, susu, air dan ayakkan dulu
(kalau xde marjerin, juga boleh guna minyak)

pastu ayak seterusnya masuk dalam blender dan diblender.
(utk make sure xnak berketul2 dan adunan tadi sebati)

tambah air kalau rasa adunan terlalu likat.
kemudian letak pewarna or serbuk kunyit, utk menguningkan warna
(tapi kalau sapa xnak letak pewarna boleh jek mengikut kesukaan masing2)

Kalau korang letak adunan tadi dalam bekas pembuat roti jala (ala yg ade lubang 3 tu)
kalau dia laju jek keluar dan xputus, maka adunan itu telah berjaya.

NOTA KAKI : kalau ada sesiapa yang teringin nak buat roti jala tp xde alat utk membuat roti jala tu, JANGAN RISAU, anda masih boleh buat. Gunakan kreativiti anda. amik cawan plastik, dan lubangkan pada bahagian bawah cawan itu. Lubangkan mengikut seberapa anda suka. 3 lubang paling minimum. SETTLE. so tiada alasan lagi bukan? :D

SELAMAT MENCUBA! :)


* * *

inilah maksud dia xboleh putus adunan itu.

kemudian, lembutkan tangan anda utk melukis di atas kuali.


tadaaa~ siap roti jala.

Bahagia si hantu roti jala ini makan dengan puasnya

utk lg sedap cicah dengan kari ayam~ :)

Alhamdulillah menjadik gak walau 1st time buat. Sedap xsedap, itu belakang cerita. Mudah jek rupanya buat roti jala ni, tapi tak tahulah kenapa kat bazar ramadhan selalu dorang jual mahal-mahal. kat tempat aku 4 ketul RM 2. Oit. gilo btol. Seketoi RM0.50. Tak lumayan. 4 ketul tu tak cukup kot.


P/S Ada sesapa mak or ayah dia suka makan roti jala? uhuk2. Saya boleh tolong masakkan. HAHAHA

06 January, 2011

Beethoven- Fur elise.

assalamualaikum.

FUR-ELISE.

Pernah dengar lagu ni? Alaa. lagu yang selalu dorg letak kat music box tu. Tapi biasanya music box yang mahal la. kalau murah punya, lagu dia lain sikit. Dia punya bunyi ade berapa tak sedap. Tak pernah dapat music box? OK2. jangan buat muka comel sebab pasti aku takkan belikan tuk korang punya. hehe. sebab aku pun tak pernah dapat music box yang mahal-mahal. Yang kat kedai dua henggit tu pernah la dapat.

Tadi ak search-search kat youtube lagu2 piano *btw, aku suka dengar lagu-lagu piano ni*, terkuar pasal lagu Fur-Elise ni dan secara tak sengaja aku terimbas kenangan lampau yang menghantui aku. Kenangan ni buat aku jadi penakut nak main kt keyboard lagu ni. Padahal lagu tu la antara paling aku expert main(tu pon sebab cord dia senang nk ingat). Xmau dah main.

Nak cerita ke ndak ek?

Aku cerita je lah. Time waktu tu berat aku 5* kg, *haha. sungguh tiada kaitan*. Back to story! Time tu kalau tak silap, tahun di mana Dr. Ali kesayangan masih mengajar aku dengan erti kata lain, time tu aku second year laa. hehe. (sekarang Dr. Ali dah pindah ke Libya). Kitorg pakat-pakat la nak hadiahkan keyboard kt sorg housemate ktorg. sebab daripada first year, dia duk tgk jek keyboard tu law lalu kat kedai ghazrawi. Dan macam biasa, bila dah ada keyboard, semua orang gatal tangan nak start main. Aku ape lagi, setiap petang, habis jek kuliah terus jek cari keyboard nak main. Tak kisahlah lagu arab ke india ke, asalkan boleh berbunyi. Nak dikatakn HAMPIR SETIAP HARI. tengah gian orang kata.

Gian pada hadiah orang. Bagi orang hadiah tapi jadi buruk siku lak. Dan lagu mukadimah setiap petang menjadi kewajipan adalah Fur-elise. Lagu ni kan cam jiwang-jiwang sweet. So, ape orang kata, starting mesti kena bagi feel sebelum memainkan lagu 'rosak' yang lain, kan? Plus kena cover benda yang kite pro letak depan, biar bler org dengar, "WAH, HEBAT KO MAIN"! kikikikiki~ the rest, lantak pi lah! haha~

Sampai lah satu hari, waktu tu housemate aku semua keluar. Masing-masing busy. Tinggal la aku sorang-sorang kat rumah. Dah sorang-sorang kat uma aku pun start menari-nari kan tangan yang keras meras ini atas keyboard tu. Main punya syiokkk sampai azan magrib. Aku pun berenti jap bagi hormat azan, pastu sambung balek! punyalah tengah ketagih.

khusyuk punya khusyuk main, sekali tiba-tiba. Aku dengar ade orang macam berjalan kat ruang tamu aku. Aku bajet housemate aku balek. Jerit2 nama dorg, tapi takde balasan. aku diam je la. Sambung main. Makin aku main makin kuat. Kali ini lagi aggresif bunyak dia, sampai aku dengar bunyik orang pakai selipar dan pergi ke arah dapur. Dia cm seret la selipar tu, aku dah cuak. Sebab kalau housemate aku mesti dengar dorg bebel2 masuk. Bilik aku kan straight dengan bilik air dan dapur, intai2 tak de orang. Bulu roma dah meremang-remang.

Terus aku matikan keyboard tutup pintu bilik dan bukak komputer nak pasang ayat al-quran. Tekan punya tekan, sekali lappy aku jammed plak. Adoi time ni la dia jammed. Pucat punya muka xyah bicara lah. Aku duk pegun kt atas katil tak bergerak. Gila kau nak pergi dapur time ni, mau pengsan aku. Dan tak memasal, ada air menitik-menitik jatuh ke muka aku. shhhhhhhh.. aku menangis la maksudnya tu. haha. Time tu kaget da. Lappy tu lembap pula nak restart balek, aku call housemate2 aku suroh balek cepat. after 20 min housemate aku balek. Nasib la, kalau tak. aku rasa mau pengsan aku. Sejak hari tu, aku jadi seram nak main lagu tu. :D

Aku cerita kat kawan-kawan aku. Ade kawan aku cakap lagu tu memang berhantu. Ade orang mainkan lagu tu sambil bunuh kekasih dia. Betul ker? Kiranya tu roh kekasih yang kena bunuh, ala, mcam ala-ala cerita lagu Sephia SO7 tu. Tah lah labu. Aku pun xtaw. Waallahua`lam.

tapi aku rasa, dia nak bagi peringatan kat aku bahawasanya

"TIME MAGHRIB BOLEH TAK BERHENTI MAIN KEYBOARD?? PERGI SOLAT DULU!"




jangan risau. Kisah ini berlaku di rumah lama aku. bukan rumah baruku yang indah! :D






Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger