BLOGGER TEMPLATE

Pages

18 January, 2011

Bas Khas Untuk Wanita.

Pagi-pagi nak hilangkan takut dek dengar salakan anjing yang bersahut-sahutan (oh! tiba2 aku rindu bunyik ayam berkokok) aku pon pasang radio. Macam biasa port aku selalu lepak, klo tak kat sni atau mesti sini. Aku ni dah la pemalas nak membaca surat khabar, jadi sekurang-kurangnya aku xde lah macam katak bawah tempurung, xtaw langsung isu-isu kat malaysia. Kira up la sikit aku, mungkin mcm katak bawah kaca kot, transparent skit, xdelah mcm bawah tempurung, legap kot. (lama xdgr istilah sains dalam BM.)

Aku sangat tertarik dengan isu yang dorang bawa hari ini. Relevankah Bas Khas untu wanita disediakan? Dan jawapan aku YA. YES. NA`AM. AIWAH. of course tersangat-sangat relevan. 70% sangat bersetuju. aku tersenyum. Tengah2 bahagia senyum, ade satu sms yang dia hantar ke DJ, yang dia xpernah naik bas tapi dia rasa xberapa nak setuju. Eh, kau xpernah naek bus, mana kau tahu macammana. Naek bus la dulu bro, baru hang taw macammana feeling uh. Cakap banyak tarak guna oo.

Beban bukti aku yang pertama, dah mcm debat la plak. Menjaga keselamatan Perempuan (budak sekolah, org dah kerja, mahasiswi). Aku bukanlah anak org berada, setiap kali nak cuti, mak bapak jemput naek kereta mewah pergi asrama. So, naek bus adalah pilihan yang bijak dan jimat. Cuma kadangkala jek mak or pak cik aku amik. Waktu ayah aku ada, selalu la naek kereta. Lepas ayah aku xde, bus adalah pengangkutan aku yang utama. Bermacam2 kisah yang seriau, pahit aku pernah lalui.

Pernah time aku balek, dalam bus tu cume aku dengan driver bus jek tinggal. Seriau aku. Mak aku selalu pesan, kalau naek bus duduk paling depan sekali atau dekat dengan pintu senang nak lari kalau ade ape2. Biasa port aku kt tmpt duduk tengah-tengah sebab kat situ ade pintu, tp pintu tu rosak plak, terpaksa lah aku duduk depan. Sekali pak cik drebar duk jeling-jeling, tengok2 aku melalui cermin. Oh, ini bukan perasaan. It was real, bila aku tertoleh dia punya sengih mak aih lain macam. Aku dah cuak. Bukak mulut bacalah ape2 ayat pelindung diri, ayat kursi xyah ckap la berpuluh-puluh kali aku baca. Peluh jantan, peluh betina habis dah keluar. Aku doa adalah orang perempuan naek lepas ni. Owh lupa nak cakap, dari asrama aku nak ke rumah, aku kena naek bus tambang atau bas yang berhenti-henti tu. Sebab dia memang tak providedkan bus express. Tak ramai sangat orang kot.

Pastu tiba-tiba bas berhenti. Aku lega sikit, mesti ade orang naek. Aku harap ade orang perempuan, sekali yang naek, Mat Bangla! cheit. Tapi aku rasa relief la skit sbb ye la dalam hadiskan ade kata, "Apabila kamu berdua lelaki dan perempuan, syaitan akan jadi org ketiga". Sekurang-kurangnya ade Mat Bangla tu, syaitan jadi la org keempat! hehe~ sempat lagi tuh aku pikir benda2 mcm ni. HAHA. Mula-mula mat bangla duduk belakang, aku dah bajet2 macam selamat sikit, cuba-cubalah nak pejam mata nak tidur2 ayam sekejap. Mulut xhenti2 lagi baca, ye la, aku ni perempuan, macam-macam benda boleh berlaku. Baru nak lelap, sekali dengar mcm ade orang alih tempat, aku bukak mata tengok Mat Bangla tu duk sebaris dengan aku, kat tempat duduk belah sana sambil sengih2. ALLAH, aku dah tensi. Kacau daun betul, aku baru nak bagi mata aku rehat dah terpaksa berjaga. Dan korang bayangkan aku duduk bertiga dengan mereka itu selama 45 minit, sebelum ada mak cik datang selepas tu. Nauzubillah, tetapi macam2 boleh berlaku even hanya 45 minit right? dan alhamdulillah, aku bersyukur tak terhingga pada ALLAH, kerana menyelamatkan aku daripada apa-apa berlaku.

Itu bas tambang. Bas express pun jangan cakap xde benda berlaku. Kawan aku pernah kena ade budak lelaki sengaja letakkan kepala atas bahu dan macam2 berlaku. Kena raba time tertidur dalam bas, oh banyak sudah berlaku. Ingat lagi kes seorang pegawai petronas yang dirogol pastu di bunuh. Kejam bukan? Mencegah lebih baik daripada mengubati. Mahkota wanita itu sangat berharga once tercarik, macam mana nak ganti balek?

oh kenyataan di atas bukanlah membawa maksud aku prejudis terhadap lelaki. oh tidak! cuma ye la sekarang pun perempuan pakai gak seksi, xboleh salahkan pihak lelaki jek. Jadi untuk fair and square kita asingkan lah. Menjaga wanita dan juga lelaki. Sebab dua-dua adalah manusia dan senang tergoda dengan bisikan syaitan. Tapi jangan pulak semua bas di asingkan betul2, kang bagi pasangan yang berkahwin dan ade anak susah pulak. Laki bas sana isteri bas lain. payah tu. Betul, mungkin ada yang kata, kalau benda nak jadi tu kat mana-mana pun boleh jadi, dan kalau xnak jadi mana-mana pun boleh xjadi. Tapi harus ingat, manusia ada pilihan juga. ALLAH itu bukan zalim. Kita usaha, berdoa, kita memohon, ALLAH maha mendengar dan mengetahui segala sesuatu. waallahua`alam.

Sekadar pandangan untuk menghabiskan masa-masa sebelum azan subuh. :)




aku terpikir,kalau bus perempuan memang diwujudkanlah, mesti warna pink pastu ade bunga-bunga. kiut oh! :)

0 bebelan korang:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger