BLOGGER TEMPLATE

Pages

07 January, 2011

roti jala.

cantiknya bulan di malam kala
menenangkan hati yang sedang lara
marilah makan roti jala
buatan tangan si anak dara!

*cheewah*
HAHA.

~ROTI JALA~

lai.lai.lai.
Hari ni chef mahu ajar masakan baru pada u ols semua. oke?

BAHAN-BAHAN :
marjerin /minyak
(guna banyak tp kuantiti dia mesti kurang skit dr tepung)
tepung (5 cwn)
telur (2 biji)
3 cawan air
1 cawan susu cair
(boleh jugak guna santan, klo sape2 ade lactose intolerance)
garam ( secukup rasa)
serbuk kunyit/pewarna oren

CARA-CARA :
campurkan tepung, marjerin, telur, garam, susu, air dan ayakkan dulu
(kalau xde marjerin, juga boleh guna minyak)

pastu ayak seterusnya masuk dalam blender dan diblender.
(utk make sure xnak berketul2 dan adunan tadi sebati)

tambah air kalau rasa adunan terlalu likat.
kemudian letak pewarna or serbuk kunyit, utk menguningkan warna
(tapi kalau sapa xnak letak pewarna boleh jek mengikut kesukaan masing2)

Kalau korang letak adunan tadi dalam bekas pembuat roti jala (ala yg ade lubang 3 tu)
kalau dia laju jek keluar dan xputus, maka adunan itu telah berjaya.

NOTA KAKI : kalau ada sesiapa yang teringin nak buat roti jala tp xde alat utk membuat roti jala tu, JANGAN RISAU, anda masih boleh buat. Gunakan kreativiti anda. amik cawan plastik, dan lubangkan pada bahagian bawah cawan itu. Lubangkan mengikut seberapa anda suka. 3 lubang paling minimum. SETTLE. so tiada alasan lagi bukan? :D

SELAMAT MENCUBA! :)


* * *

inilah maksud dia xboleh putus adunan itu.

kemudian, lembutkan tangan anda utk melukis di atas kuali.


tadaaa~ siap roti jala.

Bahagia si hantu roti jala ini makan dengan puasnya

utk lg sedap cicah dengan kari ayam~ :)

Alhamdulillah menjadik gak walau 1st time buat. Sedap xsedap, itu belakang cerita. Mudah jek rupanya buat roti jala ni, tapi tak tahulah kenapa kat bazar ramadhan selalu dorang jual mahal-mahal. kat tempat aku 4 ketul RM 2. Oit. gilo btol. Seketoi RM0.50. Tak lumayan. 4 ketul tu tak cukup kot.


P/S Ada sesapa mak or ayah dia suka makan roti jala? uhuk2. Saya boleh tolong masakkan. HAHAHA

2 bebelan korang:

huzaimRosli said...

wah! sedap bangat daripada gaya gambarnya!! pandai ya chef nisa masak.. bagus! ;D

Khairunnisa Ithnain said...

ahaha~
pandai la sgt.. tgk gmbr mmg lawa. Hakikatnya, haaa.. yg tu kita xtahu.. :))

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger