BLOGGER TEMPLATE

Pages

31 December, 2011

Empat. Four. Arba`ah.

assalamualaikum.

sempena tahun baru, ada hadiah utk kalian semua.

^__^


PETUA PENTING IMAM SYAFIE.

4 perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (Student sekarang suka tengok blue)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

4perkara merosakan mata:

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh (err. tp kan saya mmg hari2 kena tgk org kena bunuh, sbb round sekarang pasal org mati. cmne? )
3. melihat kemaluan (cerita luncah included )
4. membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran:

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR:

1. TIDUR PARA NABI- Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka

Now, I knew kenapalah kadang2 payah betul ilmu nak masuk.
Jadi sempena tahun baru ini, mari kita elakkan perkara-perkara di atas dan ikut petua Imam Syafiee.

ok anak-anak? ;)

bagus.

SELAMAT TAHUN BARU dan SEMOGA AMALAN KITA BERTAMBAH DARI HARI KE HARI.


SUMBER : ciplak dari facebook. =)

sila sebar-sebarkan, benda baik apa salahnya berkongsi, bukan ?

S E L A M A T B E R A M A L !

28 December, 2011

now, i knew.



assalamualaikum.

Hai, everybody.

Antara genre movie yang aku suka tengok adalah aksi. Yes, action movie. Tak mengantuk dan nice. :) Hari tu, baru tengok citer Mission Impossible : Ghost protocol. Boleh tahan. Kejap lagi nak tengok movie Cowboys Vs Aliens.

Anway, dulu kecik-kecik, kalau ade je citer aksi tak kisah la jepun ke cina ke Indon (ada ke) ke english semua aku tengok walau aku tak faham sepatah pon. Salah satu sebab aku minat movie aksi, sebab ayah aku terrer silat kot. haha. Ada kaitan ke? *ignore*. Tengok diorang berlawan then ada pistol bunuh-bunuh, buat aku excited. Diorang hebat, bagi aku la, ape yang ada kat sekeliling diorang capai boleh digunakan untuk melawan musuh. At the same time sebenarnya aku sedang belajar, so in case *mintak dijauhkan* kalau ada musuh serang aku, sekurang-kurangnya aku tahu, apa aku patut buat dgn benda yang aku capai, tak de lah kaku tercengang and redha je diri kena kacau. Bijak kan? hehe.

Dulu kan bila aku tengok aksi film ni, Mula-mula aku ingat kalau diorang tembak orang maksudnya orang yang kena tembak tu mati betul-betul, ye la sebab darah keluar kan. Nasib akak aku betulkan fahaman aku tu, so buat aku tertanya-tanya macam mana plak darah boleh kuar tanpa mati. So untuk tahu benda ni, aku lagi suka tengok cter aksi untuk pastikan cammana la dia kuar. Sampai lah aku tertengok, oh rupa-rupanya dorang letak blood pack kat dalam baju. Baru tahu.

automatic pistol

Then, habis kisah pasal darah keluar. Tiba-tiba aku tengok cita pasal pistol2, buat aku jadi lagi tertarik. Wah macam best je pistol ni. Keluar asap tu bila tembak, and kadang-kadang keluar api. Jakun kot. kecik-kecik dulu mana aku main pistol-pistol, aku mesti la main anak patung. Pernah berazam, lepas tengok movie yang ada pistol, aku terdetik, pasni kalau keluar shopping ngan mama nak beli pistol la, tak nak beli anak patung. Tapi nama pun perempuan, sampai je kat kedai mainan, tengok patung-patung yang comel dan berwarna warni dengan aksesori2 baju dan beg yang comel buat aku tak ingat langsung pasal pistol. Kalau letak pistol mainan kat sebelah anak patung tu pon, aku percaya mesti aku tak kan perasan kewujudan dia. he he he.

Aku pernah main satu permainan ni. waktu kecik-kecik la, budak laki ajar. Waktu musim duku, berlambak-lambak la orang bawak duku nak bagi cikgu la, bagi budak-budak la. Budak laki ni sangat kreatif, aku tak ingat nama dia. Dia bukak pensel mekanikal tu, then cabut semua elemen-elemen kat pensel tu dan tinggalkan batang. Then dia amik batang, cucuk kat kulit duku, then amik lidi, tolak laju-laju kat kulit duku yg terlekat kat pensel tu. mcm pistol. Keluar asap. Kalau aim dekat2, boleh sakit kot kena. Tapi serius best.



Time tu aku tiba-tiba rasa nak main pistol. Aku kuat berangan. Tapi apakan daya, angan-angan tu macam tak logik kan, so terkubur lah. Sampailah aku masuk tingkatan 4, time tu aku baru pindah sekolah. Masuk SMAKJ, then aku masuk persatuan KADET POLIS, before ni kat sekolah-sekolah lama aku masuk PBSM, tapi aku rasa PBSM itu boring walau sebenarnya aku suka pasal doktor-doktor ni. Dan alhamdulillah, satu hari tiba-tiba kitorg tingkatan 4 ni, ade satu program kerjasama dengan Polis Kluang, ada pertandingan menembak M-16. Gila la, time tu happy gila sakan. ye la, selama ni kumpul je niat nak tembak-tembak ni, sekali bila ada offer camni, macam pucuk di cita ulam mendatang.

Serius best. Menembak sebanyak 10 butir peluru dengan percuma pada umur 16 tahun adalah sangat best oke. korang hado? Then rezeki tak disangka-sangka lagi, sekali lagi aku main M-16 dekat PLKN KEM PAGOH, kali ni heaven sikit, aku main 30 butir peluru. 15 utk tembakan percubaan, dan 15 peluru lagi untuk pertandingan. Pasti lah, aku tak menang. hehe. pegang pon tak betul. Tersasar banyak sangat. Bagus la, sekurang-kurangnya aku tahu, ini bermakna kerja polis or askar ni tak sesuai untuk aku. :D

Dah dapat pegang M-16, otak aku duk terpikir pulak, (suka sgt fikir benda merepek =.=) macamana la peluru tu boleh keluar, pastu boleh pergi jauh plak tu. katakan lah korang duduk 10 meter, kalau ko aim kat target tu konfirm boleh kena. Selama ni simpan, dan akhirnya hari ni aku tahu juga. Setelah belajar Mechanism of action fire arm dalam forensic. Hebatnya ALLAH, memberi ilham pada manusia mencipta alat seperti ini. Hanya dengan beberapa part seperti jarum dan meletakan 3 bahan kimia seperti (mercury fulminate, potassium chlorate, glass powder) dan ditambah dengan gun powder mampu menjalankan bullet jauh dan laju. Masya-allah.

Dan serius aku tak sangka, sebab aku tak terfikir langsung pon belajar medic pun kitorang kena belajar pasal pistol dan senapang ni. Siap kena tahu nama-nama setiap part kat setiap fire arm ni, jenis-jenis dia, apa bahan-bahan dalam dia, and macam mana cara-cara nak buat tu. serius, unexpected. Alhamdulillah, kini aku dah tahu macamana peluru boleh bergerak keluar dan sejauh itu. syukrillah. Makin lama aku rasa bidang medic ni makin best, lagi-lagi la round aku sekarang adalah Toxicology dan Forensic. Memang round yang sangat best walaupun sedikit geli dan meloyakan, sebab akan melihat byk gambar-gambar mayat dan tulang yang mengerikan dan menjijikan.


Aku jadi makin suka pada medic dan tahun 4.
Hey forensic and toxic, I LOVE YOU. :)
Nak score 40/40 untuk final round tak lama lagi.
Doakan ye, kawan-kawan :)

*buh-bye*




24 December, 2011

Dont do this.


Menitis air mata. Nauzubillah. Sampai hati anak dia buat mak dia macam tu.
Buat aku tiba-tiba teringat mama, nak call sekarang mesti mama tengah tidur. :(

Ya ALLAH, aku bermohon padaMu agar jauhkanlah aku daripada sifat-sifat anak derhaka seperti ini.
Panjangkanlah umur ku dan umur mama ku agar aku dapat berbakti lagi untuk mama ku.
Dan dapat membalas segala jasanya dan berbuat kebaikan padanya sebanyak yang boleh.

Ya Rabbi, jagalah lisanku daripada menguris hati mama ku samada secara sengaja atau tidak.
Jagalah juga perbuatan ku, tingkah laku ku agar aku tidak menyakiti mamaku.

Ya Rahim rahmatilah mama dan abah ku dan sayangi lah mereka sebagaimana mereka telah menyayangi ku sjak kecil lagi.

Ya Rahman, temukanlah aku dan keluargaku kelak di syurga.

Ya ALLAH perkenankanlah segala doa-doa ku dan doa-doa ibu bapa ku. aminn.


sesungguhnya :

al-jannatu tahta aqdam il-ummahat

"Paradise is under the feet of mothers." :)


17 December, 2011

Perkahwinan.


Assalamualaikum.

Tadi update kat Twitter,

"Bestnya kalau ada yg bagi lagu kat aku dan maksudkan betul-betul untuk aku"

Buka mention dapat satu lagu. Daripada hosmet terchenta,


: ni ha! lgu utk ko.dgrkan youtube .

Lagu kahwin??!! Nak suruh aku kahwin ke? argh. haha. jangan risau, saya takkan langkah bendul anda :)

Orang dah bagi lagu ape lagi aku pun dengar, sedap suara saloma ni. Dengar lagu ni buat fikiran aku menerawang pasal akak aku. Macam mana la persiapan diorang? Rumah kemas ke belum? Kesian mama terpaksa buat sorang-sorang. Nasib si perantauan, tak boleh nak tolong diorang. Kalau tak mesti aku paling semangat. =.=

Aku teringat pasal lagu untuk perkahwinan akak aku. Aku dah cadangkan kat mama supaya pasang lagu-lagu nasyid berunsur perkahwinan or percintaan. Tetapi bukan lah bermakna aku menolak mentah-mentah untuk dipasangkan lagu etnik kreatif or 90-an, nak pasang silakan tapi selang seli dengan nasyid or time pengantin datang je ke boleh je tapi tolong JANGAN ADA KARAOKE.

Mungkin akan ada orang cakap, payah la hidup karaoke pun tak boleh. Aku bukanlah tergolong dalam orang yang buat ini tak boleh itu tak boleh, aku simple je cuma aku bantah karaoke atas sebab-sebab di bawah :

1) Suara itu aurat

- Serius aku tak kisah kalau setakat pak cik2 or abang2 yang nak nyanyi, silakan. Korang menyanyi semerdu, selunak, setinggi, setidaksedap mana pon suara konfirm tak de orang kisah. Masalahnya aku rasa penyertaan untuk karaoke kat wedding ni biasa macam banyak perempuan je join. Setakat aku tengok la, kalau boleh dibuat KARAOKE HANYA UNTUK LELAKI, ok la (But,personally aku still xsuka even utk lelaki shja ---> rujuk sbb ke 2)

2) Membingitkan

- Believe me. Kalau korang dah nyanyi, konfirm akan syok sendiri. Lagi-lagi bila ramai orang tepuk, bagi bunga, orang buat bunyi "woaaaaaaa". Yes, mula-mula nyanyi sampai mulut tak nak buka, but then sampai peak point, believe me anda akan berada di minda subconscious. Then start la tarik suara sekuat-kuat hati. Gegak gempita dunia.

3) Terlampau kuat sampai menyakitkan telinga

- Kalau dah namanya karaoke konfirm pasang high volume. Orang nak makan time wedding pun tak selesa. Makanan pun akan kurang di digest secara tidak sempurna, muscle terkejut dan kita pon akan cepat2 pulun makan nak tinggalkan majlis tu sebab tak selesa.

4) Kutukan

- Nama manusia, aku pun kadang-kadang mulut ni jahat juga, semua orang pernah, tipu la sapa tak pernah. kalau orang nyanyi tak sedap, mesti akan TERkutuk, aku pun, tapi serius bukan sengaja la TER ok. TER only :D So, untuk mengelakkan hilang pahala bagi si pengkutuk dan di kutuk, baik tak yah buat. So bila benda tu takde, mulut kita konfirm takkan gatal akan mengata? Ye tak?

5) Kemesraan ukhuwah berkurangan

-Why? Ye lah kalau da pasang kuat dan nyanyi kuat-kuat, camne nak cakap? Terpaksa cakap kuat-kuat sampai nak terkuar anak tekak, kan dah tak best nak berbual. Nak cakap "sihat" terpaksa jerit kuat, bayangkan kalau nak bercerita, mampu ke? Tak nak cakap jerit2? ok we have another way which is whispering. Tapi konfirm orang kampung akan pandang slek plak sebab berbisik-bisik, sebab orang2 dulu kata berbisik-bisik = mengumpat. (pernah kena)

6) Kurangnya Komunikasi

- Kadang kala but not all. Kita lebih selesa untuk dengar lagu berbanding berbual. But for me, tak best la. Time wedding ni la nak jumpa semua sedara mara, sahabat handai, kawan-kawan yang lama xjumpa. Bukan senang nak kumpulkan semua serentak dalam satu masa. Kalau dah duk karaoke satu lagu ke satu lagu, diajak berbual pun tak mahu, jadi kera sumbang akhirnya.

7) Lagu permintaan karaoke selalu out of theme.

- Wedding. Kalau dah nama perkahwinan maksudnya tema dia kahwin la. Tapi percayalah lagu tak de nya pasal kahwin. Mesti banyak terbabas, pak cik2 akan minta lagu macam minta lagu kt radio, ikut suka mereka. Pernah pergi satu majlis kwen, time2 sampai tiba2 lagu ni (aku men type oh oh jeng, sbb ni je part lagu tu aku ingat)berkumandang terus tanya mama, kita ni tengah pergi majlis kawen thailand ke? Serius, sebab lagu semua thai. =.=

8) LAGU YANG BAIK ITU KAN NASIHAT.

- Hidayah itu datang daripada pelbagai bentuk. Daripada pemerhatian, pendengaran, pembacaan dan sbgnya. Wedding kat Malaysia, pasti Satu Malaysia, bukan bangsa Melayu je datang, Cina dan India turut serta. Well ini lah fungsinya, pasang lagu2 nasyid yang lembut, sedap, mana tahu kot-kot dorang dengar lagu-lagu tu terus dapat hidayah. Berganda-ganda pahala dapat malah dapat meramaikan umat Islam.

9) Lagu yang baik, kan satu doa.

- Pernah dalam satu majlis ni, orang karaoke lagu "Madu 3- P. Ramlee" , then mak sedara aku pernah kata "ni pasang-pasang lagu ni time kahwin, kang diam-diam sang pengantin lelaki ada niat nak pasang dua karang". Aku gelak. Ada betul juga. Kalau kita dengar lagu Maher Zain Barakaallah boleh mendoakan sang pengantin. Aman bahagia insyaallah =) Kita dengar pon sedapnya. Heartbeat maintain 70/min.

10) Rumah abah.

- kawasan kubur abah dekat je ngan rumah, langkah beberapa rumah terus ada rumah abah. :) mesti abah sedih dalam kubur kalau pasang lagu merepek-repek. Sikit banyak, saham itu abah akan juga dapat. Saya sayang abah, dan saya tak nak dia terseksa :) Even kalau pon rumah rehat abah jauh, aku still juga membantah untuk diadakan ini.

Kenapa panggil rumah? sebab itu lah rumah kita yang kekal abadi. Tak esok, lusa turn kita pula.


Ape-apepon, kita kembali semula asal usul tujuan walimatul urus, untuk merayakan sang pengantin dan memberitahu masyarakat bahawa mereka telah pun mendirikan masjid . :)

Hadits riwayat Anas bin Malik Radhiyallahu’anhu

Bahwa Nabi Shallallahu alaihi wassalam melihat warna bekas wangian pengantin di tubuh Abdurrahman bin Auf, lalu beliau bertanya: Apakah ini? Abdurrahman menjawab: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru saja menikahi seorang wanita dengan mahar seharga lima dirham emas. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam lalu bersabda: Semoga Allah memberkahimu dan rayakanlah walaupun dengan seekor kambing

(Shahih Muslim no:1437)


Ini pandangan aku. Maing-masing ada pandangan sendiri bukan?. =)


p/s harap-harap abg aku lembut hati atas permintaan aku ni. aminn~

02 December, 2011

4th year.

assalamualaikum.

Bila lama tak menulis blog, bila nak tulis rasa sangat janggal. Sangat.

Alhamdulillah, sekarang aku dah berada di tahun 4 dengan segala keberkatan dan nikmat daripada Yang Maha Kuasa. :)

Rasa macam banyak benda nak cerita but I dont know how to start it. Aku masuk tahun 4 dan tahun ini adalah tahun clinical years. Seriously, how to start eh? hurrm. Akhirnya, penantian aku untuk masuk clinical ahirnya tercapai. Sekarang saya belajar di hospital dah. Big grin.*jakun* . Selama ni jeles je tengok senior2 kuar masuk hospital, now I am here. :D

Tahun ni aku belajar 4 subjek, which are Ophthalmology, ENT (Ear Nose and throat), Forensic dan Toxicology and lastly ramai-org-kata-subjek-ini-bosan Community Medicine. Tahun ni dah start tengok operation and pelajaran lagi menarik tertarik. Seronok!

Senior-senior ramai kata tahun 4 ni tahun Honeymoon, tapi serius aku tak nampak mana honeymoon nya. Dengan unexpected examnya, kelas yang tersangatlah packed dan kelas yang sangat kecil dan kuantiti yang sangat ramai, serius tak nampak bulan madu itu. Bukankah bulan madu itu patut digambarkan seperti ini, "cuti yang banyak, kelas sedikit sahaja, takde exam langsung melainkan exam round, kelas hanya diduduki beberapa ketul manusia, dan kelas berhawa dingin"~~~ hoho. berangan!

Setepek aku kena sound kat twitter bila aku update ps honeymoon ni " BUDAK MEDIC MANA ADE HONEYMOON". Ye lah, ye lah, tak honeymoon, bittermoon. puas? :p

Anyway, setiap pelajar akan dibahagikan kepada 4 group dan masing2 akan masuk round bergilir2 untuk subjek2 kat atas tadi. Semua round berjalan selama 2 bulan dan lepas tu tukar. Macam group aku sekarang tengah round ophthalmology, so after 2 bulan kena tukar pulak round forensic lepas ni.

Sememangnya, aku ingat tukar round macam tukar shift kerja malam, punch card then balik rumah, rupa-rupanya tidak, exam akan diadakan for every each round, dan masuk 25% final marks dan markah dia 50 marks. Rugi la kalau tak study btol2 kan? 50 marks akan hilang mcm tu. Point aku sebenarnya tulis blog ini, tak lama lagi aku exam final round untuk ophthal pada 11 Disember dan seperti biasa,

"KORANG DOAKAN AKU YE. SEMOGA AKU CEMERLANG DAN PASS ROUND NI DENGAN JAYANYA, DAN DAPAT DOC DAN PATIENT YG MUDAH BG TOLERANSI DAN SOALAN PON TAK SUSAH DAN DOC LEMBUT HATI BAGI AKU MARKAH BANYAK. "

amin ya rabb.

p/s terima kasih korang yg doakan. Nanti bila aku ada clinic sendiri, aku bagi korang diskaun la tapi syarat datang klinik aku. hehe.

Lots of love,
♥♥♥♥♥♥♥♥♥
sayang korang. =)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger