BLOGGER TEMPLATE

Pages

31 December, 2011

Empat. Four. Arba`ah.

assalamualaikum.

sempena tahun baru, ada hadiah utk kalian semua.

^__^


PETUA PENTING IMAM SYAFIE.

4 perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (Student sekarang suka tengok blue)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

4perkara merosakan mata:

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh (err. tp kan saya mmg hari2 kena tgk org kena bunuh, sbb round sekarang pasal org mati. cmne? )
3. melihat kemaluan (cerita luncah included )
4. membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran:

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR:

1. TIDUR PARA NABI- Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka

Now, I knew kenapalah kadang2 payah betul ilmu nak masuk.
Jadi sempena tahun baru ini, mari kita elakkan perkara-perkara di atas dan ikut petua Imam Syafiee.

ok anak-anak? ;)

bagus.

SELAMAT TAHUN BARU dan SEMOGA AMALAN KITA BERTAMBAH DARI HARI KE HARI.


SUMBER : ciplak dari facebook. =)

sila sebar-sebarkan, benda baik apa salahnya berkongsi, bukan ?

S E L A M A T B E R A M A L !

0 bebelan korang:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger