BLOGGER TEMPLATE

Pages

17 December, 2011

Perkahwinan.


Assalamualaikum.

Tadi update kat Twitter,

"Bestnya kalau ada yg bagi lagu kat aku dan maksudkan betul-betul untuk aku"

Buka mention dapat satu lagu. Daripada hosmet terchenta,


: ni ha! lgu utk ko.dgrkan youtube .

Lagu kahwin??!! Nak suruh aku kahwin ke? argh. haha. jangan risau, saya takkan langkah bendul anda :)

Orang dah bagi lagu ape lagi aku pun dengar, sedap suara saloma ni. Dengar lagu ni buat fikiran aku menerawang pasal akak aku. Macam mana la persiapan diorang? Rumah kemas ke belum? Kesian mama terpaksa buat sorang-sorang. Nasib si perantauan, tak boleh nak tolong diorang. Kalau tak mesti aku paling semangat. =.=

Aku teringat pasal lagu untuk perkahwinan akak aku. Aku dah cadangkan kat mama supaya pasang lagu-lagu nasyid berunsur perkahwinan or percintaan. Tetapi bukan lah bermakna aku menolak mentah-mentah untuk dipasangkan lagu etnik kreatif or 90-an, nak pasang silakan tapi selang seli dengan nasyid or time pengantin datang je ke boleh je tapi tolong JANGAN ADA KARAOKE.

Mungkin akan ada orang cakap, payah la hidup karaoke pun tak boleh. Aku bukanlah tergolong dalam orang yang buat ini tak boleh itu tak boleh, aku simple je cuma aku bantah karaoke atas sebab-sebab di bawah :

1) Suara itu aurat

- Serius aku tak kisah kalau setakat pak cik2 or abang2 yang nak nyanyi, silakan. Korang menyanyi semerdu, selunak, setinggi, setidaksedap mana pon suara konfirm tak de orang kisah. Masalahnya aku rasa penyertaan untuk karaoke kat wedding ni biasa macam banyak perempuan je join. Setakat aku tengok la, kalau boleh dibuat KARAOKE HANYA UNTUK LELAKI, ok la (But,personally aku still xsuka even utk lelaki shja ---> rujuk sbb ke 2)

2) Membingitkan

- Believe me. Kalau korang dah nyanyi, konfirm akan syok sendiri. Lagi-lagi bila ramai orang tepuk, bagi bunga, orang buat bunyi "woaaaaaaa". Yes, mula-mula nyanyi sampai mulut tak nak buka, but then sampai peak point, believe me anda akan berada di minda subconscious. Then start la tarik suara sekuat-kuat hati. Gegak gempita dunia.

3) Terlampau kuat sampai menyakitkan telinga

- Kalau dah namanya karaoke konfirm pasang high volume. Orang nak makan time wedding pun tak selesa. Makanan pun akan kurang di digest secara tidak sempurna, muscle terkejut dan kita pon akan cepat2 pulun makan nak tinggalkan majlis tu sebab tak selesa.

4) Kutukan

- Nama manusia, aku pun kadang-kadang mulut ni jahat juga, semua orang pernah, tipu la sapa tak pernah. kalau orang nyanyi tak sedap, mesti akan TERkutuk, aku pun, tapi serius bukan sengaja la TER ok. TER only :D So, untuk mengelakkan hilang pahala bagi si pengkutuk dan di kutuk, baik tak yah buat. So bila benda tu takde, mulut kita konfirm takkan gatal akan mengata? Ye tak?

5) Kemesraan ukhuwah berkurangan

-Why? Ye lah kalau da pasang kuat dan nyanyi kuat-kuat, camne nak cakap? Terpaksa cakap kuat-kuat sampai nak terkuar anak tekak, kan dah tak best nak berbual. Nak cakap "sihat" terpaksa jerit kuat, bayangkan kalau nak bercerita, mampu ke? Tak nak cakap jerit2? ok we have another way which is whispering. Tapi konfirm orang kampung akan pandang slek plak sebab berbisik-bisik, sebab orang2 dulu kata berbisik-bisik = mengumpat. (pernah kena)

6) Kurangnya Komunikasi

- Kadang kala but not all. Kita lebih selesa untuk dengar lagu berbanding berbual. But for me, tak best la. Time wedding ni la nak jumpa semua sedara mara, sahabat handai, kawan-kawan yang lama xjumpa. Bukan senang nak kumpulkan semua serentak dalam satu masa. Kalau dah duk karaoke satu lagu ke satu lagu, diajak berbual pun tak mahu, jadi kera sumbang akhirnya.

7) Lagu permintaan karaoke selalu out of theme.

- Wedding. Kalau dah nama perkahwinan maksudnya tema dia kahwin la. Tapi percayalah lagu tak de nya pasal kahwin. Mesti banyak terbabas, pak cik2 akan minta lagu macam minta lagu kt radio, ikut suka mereka. Pernah pergi satu majlis kwen, time2 sampai tiba2 lagu ni (aku men type oh oh jeng, sbb ni je part lagu tu aku ingat)berkumandang terus tanya mama, kita ni tengah pergi majlis kawen thailand ke? Serius, sebab lagu semua thai. =.=

8) LAGU YANG BAIK ITU KAN NASIHAT.

- Hidayah itu datang daripada pelbagai bentuk. Daripada pemerhatian, pendengaran, pembacaan dan sbgnya. Wedding kat Malaysia, pasti Satu Malaysia, bukan bangsa Melayu je datang, Cina dan India turut serta. Well ini lah fungsinya, pasang lagu2 nasyid yang lembut, sedap, mana tahu kot-kot dorang dengar lagu-lagu tu terus dapat hidayah. Berganda-ganda pahala dapat malah dapat meramaikan umat Islam.

9) Lagu yang baik, kan satu doa.

- Pernah dalam satu majlis ni, orang karaoke lagu "Madu 3- P. Ramlee" , then mak sedara aku pernah kata "ni pasang-pasang lagu ni time kahwin, kang diam-diam sang pengantin lelaki ada niat nak pasang dua karang". Aku gelak. Ada betul juga. Kalau kita dengar lagu Maher Zain Barakaallah boleh mendoakan sang pengantin. Aman bahagia insyaallah =) Kita dengar pon sedapnya. Heartbeat maintain 70/min.

10) Rumah abah.

- kawasan kubur abah dekat je ngan rumah, langkah beberapa rumah terus ada rumah abah. :) mesti abah sedih dalam kubur kalau pasang lagu merepek-repek. Sikit banyak, saham itu abah akan juga dapat. Saya sayang abah, dan saya tak nak dia terseksa :) Even kalau pon rumah rehat abah jauh, aku still juga membantah untuk diadakan ini.

Kenapa panggil rumah? sebab itu lah rumah kita yang kekal abadi. Tak esok, lusa turn kita pula.


Ape-apepon, kita kembali semula asal usul tujuan walimatul urus, untuk merayakan sang pengantin dan memberitahu masyarakat bahawa mereka telah pun mendirikan masjid . :)

Hadits riwayat Anas bin Malik Radhiyallahu’anhu

Bahwa Nabi Shallallahu alaihi wassalam melihat warna bekas wangian pengantin di tubuh Abdurrahman bin Auf, lalu beliau bertanya: Apakah ini? Abdurrahman menjawab: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru saja menikahi seorang wanita dengan mahar seharga lima dirham emas. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam lalu bersabda: Semoga Allah memberkahimu dan rayakanlah walaupun dengan seekor kambing

(Shahih Muslim no:1437)


Ini pandangan aku. Maing-masing ada pandangan sendiri bukan?. =)


p/s harap-harap abg aku lembut hati atas permintaan aku ni. aminn~

0 bebelan korang:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger