BLOGGER TEMPLATE

Pages

21 January, 2011

SYMBATCH Part 1 -mari mengutip kerang!

assalamualaikum.

alhamdulillah.. akhirnya aku sudah sampai ke zagazig terchenta setelah pulang dr berjaulah Dumyat @ Damietta. serius seronok. Bertambah seronok apabila jaulah kali ini adalah semua batch tahun 3 (08/09). Walaupun penat gila, tetapi bila bersama-sama dengan member, semuanya hilang. What is Dumyat?

ok. mari kite bercerita.
Tasik el-Manzalla.
Dumyat adalah salah satu negeri dalam Egypt. Daripada zagazig, kitorang ambil masa selama 2 jam lebih utk sampai. Lagi dekat dr Alexandria. Terdapat satu tasik kt Dumyat yang brnama Tasik El-Manzala. Tasik ini kaya dengan hasil lautan. Contohnya kerang, lala, ketam and sebagainya. Dan kat Dumyat jugak la di mana menjadi tempat2 persinggahan burung-burung seperti Flamingors, Spoonbilis, Kowak dan Bangau yang bermigrasi pada musim sejuk.


Ra`sul Bar.

Di Ra`sul Bar ini memang akan nampak banyak deretan restoran-restoran makanan laut (seafood). Kat sini jugaklah di mana pertemuan antara Laut Tengah dan Sungai Nil. Dan di situ telah dibina menara yang betul2 tepat di depan pertemuan air tawar dan air masin.

Dan banyak lagi tempat2 yang menarik di situ yang boleh korang lawati. Sila lah datang ke Egypt ye. Tapi serius kerang-kerang kt situ BESARRRRRRR GILAAAA.. kalah kot kerang kt Malaysia, kecik2 jek. Namun, besar mana pun kerang di sini, agak rugi sebab org arab kat sini tak reti makan kerang. Bila korang sampai jek kt tepi tasik tu, bersepah2 kerang. Tak de pon yang mengutip kecuali budak-budak Malaysia je lah. Orang arab reti makan LALA jek, itu pun xramai yang suka. Sebab apa? entah. Tak sempat nak kaji. Tapi bagus juga, kalau dorg reti makan kerang, harapan lah nak jumpa kerang berlambak tepi2 tasik dan mesti harga dia sangat mahal.
**LALA : seiras kepah tapi saiz dia kecik sikit

Tak cukup habis dikutip kat tepi-tepi tasik, tak puas hati lagi. Hah, masuk dalam tasik pulak pergi mengutip. Tak kisah baju basah lencun yang penting kerang dapat. Org arab tengok pelik jek kat ktorg. Terbongkok-bongkok kat tengah tasik mengutip, macam hape tah. HAHA. lantak ko lah arab! Kalau kauorang tahu kerang rebus dan masak sambal itu sedap, mesti kauorang pon join sekaki. :p Kitorang siap buat pertandingan, Smart Circle (usrah) sape kutip kerang terbanyak. serius best! Dan kitorg (aku, mim, erah) everytime jumpa kerang jerit kuat-kuat EUREKAAAAAAA...! huhhh.. release tension. Dan sesungguhnya SYMBATCH 08/09 memang terbahek la.. and i`m sooo happyyy! Lenkali kita buat pergi tempat lain plak ye.


hasil kutipan aku pada hari ini. Not bad! boleh la makan utk 2 minggu. :D


ni pulak hasil kutipan housemate aku. Campur yang ni, boleh lah sebulan punya stock.

kiri : size kerang Malaysia
kanan : size kerang Mesir

Mr. and Mrs. Crab!

Hierarki keluarga kerang yang bahagia.

mama kerang dan anak-anak perempuannya :)


sape kata ikan Haruan jek yang makan anak sendiri?


hah ko da kenapa? tersengih-sengih, macam KERANG BUSUK!

tapi ini bukan kerang busuk. ini fresh punya oke.

namun, kalau nak jumpa kerang-kerang ni sila dtg time musim sejuk sahaja.

ok. sekian persembahan pada hari ini.

p.s : Beta tidak dapat mengupload gambar2 kerana camera beta tertinggal di Malaysia pada summer lepas, jadi terpaksa la mamanda semua bersabar kerana beta akan pergi mengumpul gambar2 beta yang terselit2 di camera orang lain dan akan diupload segera mungkin.

p.p.s : sesapa budak zagazig yang lain nak kerang, boleh jek amik daripada aku.
















7 bebelan korang:

Pokya said...

gila banyak. jealous sehh. habes lah kerang kat laut tu korg kebas? hish

Khairunnisa Ithnain said...

taw xpe.. ni baru 3 org punya da mcm ni, yg pergi smlm 200 lebih dpt bygkan xmacammana? hoho. eh, nak x kerang? banyak ni.. xterhabis kitorg..

Wan Munira said...

nisaaaaa' cumell gile piCHierarki keluarga kerang yang bahagia.

:D

HAD a GREATT TIME WITH ALL ~ ~ ~

Khairunnisa Ithnain said...

kak mooon~ hehehe. itu la dikatakan xde kije memalam buta. byk sgt tido dlm bus, trus xleh tido..

tahu xpe..sangat seronok kan, kuar ramai2 sebatch! me too.. the sweetest memory for this year. :)

Khairunnisa Ithnain said...

kak mooon~ hehehe. itu la dikatakan xde kije memalam buta. byk sgt tido dlm bus, trus xleh tido..

tahu xpe..sangat seronok kan, kuar ramai2 sebatch! me too.. the sweetest memory for this year. :)

AjMaL said...

nak kerang yg dh siap masak...haha

Khairunnisa Ithnain said...

lambat mintak la ajmal..
semalam masak byk2 kerang xnk mintak.. hohoho~

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger