BLOGGER TEMPLATE

Pages

09 July, 2010

PART 1 : matruh-siwa trip

BEST! BEST! BEST!. walaupun kaki da cramp plus hip joint yang dah sakit gler dek sbb jalan sakan, muka da hitam mengalahkan org africa. tapi itu langsung x mematahkan semangat aku untuk mengatakan matruh-siwa sgtlah BEST! thumbs up. mmg baik punya!

Letih bangat, smpi zagazig tadi lebih kurang pkul 12.00 malam. sampai rumah dalam area pkul 1 jugak, pas amik barang, cari beg. tu la kan perempuan, time shopping xingat, main beli sesedap rasa jek, tapi bler nak angkut smua barang balek. mak aih. berat nya! xlarat den. itu dah bawak beg beroda, kalau xpakai beg beroda, mmg rasanya nak nangis gulung2 mintak simpati org bawak kan.. hehe.

sebelum tu aku nk terangkan skit pasal matruh-siwa supaya xdela aku jek rasa seronok sorg2 bercerita, sedangkan korg hanya membaca tnpa perasaan. korang kena rasa seronok tu jugak, smpi la timbulkan perasaan jeles. ya itu dia, motif aku sbnrnya. nak bg korang jeles. ^_^ siwa dan matruh ni perjalanan dia dr zgzg amik masa 9jam lbh. lama kan? mmg kematu da duk dlm bus tu.

cuaca di matruh lebih sejuk berbanding cuaca di siwa. kat matruh banyak pantai dan laut serta teluk antara faktor matruh lebih sejuk. Siwa pulak, mmg panas gler. sbb tmpt dia semata-mata padang pasir. sepanjang jalan mmg hanya akan dpt tgk padang pasir jek. bler aku pergi sni, baru aku dapat rasa suasana mesir yang sebenar-benarnya. yang macam mana first impression aku bler sebut mesir, iaitu PADANG PASIR SEMATA-MATA. perjalanan dari matruh ke siwa amik masa dalam 3-4 jam lebih. Tapi satu benda yang aku gler2 gler2 gler2 gler2 gler2 (ini mmg btol2 aku respek) siwa ni la satu-satunya kampung yang masih mengekalkan sunnah nabi. sebab itu, siwa ni dikenali jugak sbg perkampungan nabi. *sbb dorg masih mengamalkan sunnah nabi* memang jelas ketara.

korang bayangkanlah, time2 siang2 susah nak nampak perempuan dorg keluar, kalo ade yang keluar pon, itu pon dorg selebung sampai langsung xnampak muka. SERIUS ni aku xtipu. dah la memang selebung satu muka, guna kain hitam, pastu dorg tambah lagi kat luar kain kelabu yang tebal. subhanaallah. mmg respek gler aku kt dorg. dan perempuan2 dorg xkeluar tanpa sebab. keduanya, yang buat aku terharu gler dgn dorang, lelaki2 kat siwa ni, MOSTLY memakai jubah. dan kebanyakkan nye semua memakai jubah putih. tak kisahlah sesapa, semua pakai jubah putih. even budak kecik2 pon dorg dah dilatih memakai jubah putih. hebat kan dorg? kite ni pakai jubah time nak g masjid jek tu pon bukannya selalu menjejakkan kaki ke masjid, Jumaat pon kadang2 liat. sape la kitekan nak berbanding dorg. terasa sangat kecil dan xsempurna diri ini. T_T. rumah2 dorg semua kebanyakkan berasaskan tanah liat, mmg kalo korg pergi, nmpk macam uma2 zaman dlu2. tanah liat semata dan ada satu uma aku tertgk, atap dia dorg gune cm pelepah tamar. aku xrasa dorg xde duit smpi gune tanah liat, aku pasti mesti dorg nak rasa cmne kehidupan zaman2 para sahabat dan para anbiyaa` agar timbulnya perasaan zuhud dan tawaduk. subhanaallah, hebatkan mereka?

siwa ni merupakan kedua penyumbang kurma yg terbesar di dunia, aku rasa no 1 arab saudi kot. Kurma dorg jauh lebih sedap dan murah berbanding kurma2 yg ade kat mesir. ye la, da dorg pengeluar, mestilah murah. tapi ammu arab jual kurma amik kesempatan skg, bler taw ramai org dtg siwa, dorg mula lah jual harga mahal gilak. tp xde la mahal mane pon, cuma harga nek skit daripada thn lepas. thn lepas kurma coklat 6.50 LE, skg da 7.00LE. kurma badam pulak dlu dorg beli 6LE skg 6.50LE. kurma biasa lak nek dr 4.00LE jadi 5.00LE. Olive oil pon. sudah naik harga. T_T aku just beli beberapa jek kurma, sbb family aku ramai yan baru balek dari umrah, dan mama kata kurma banyak da kat uma. and plus olive oil, biar mama aku sihat, masak gune olive oil. tiba-tiba aku bertekad nak sponsor tiap2 tahun kt mama Olive Oil, nak bagi mama aku shat dan bertenaga dan kurang cholesterol. untung dapat anak cm aku kan? hehe.

ok. sambung, kt SIWA ni bukannya just g shopping kurma, ktorg pergi jugak ke tempat2 bersejarah. meh sni aku nak cter kt korg tmpt2 history kt siwa. antaranya,
1) Kota lama siwa- kota terawal di siwa. kota ini dikatakan kota yang begitu besar dan terletak di antara 2 buah bukit. kalau tgk dari kota ini, korg boleh tgk Kubu Alexandria The Great. dan juga boleh tgk kesuburan tanam-tanaman di siwa.

2) kolam cleopatra- kt sni la tmpt mandi-manda cleopatra. korg kenal x cleopatra, xknl? klik sini. actly, kolam dia sangat banyak. ini salah satu dari kolam2nya, yang ktorg pergi yang 5 meter dalam dia. nak lawat semua boleh jek, tp ktorg da xlarat sbb panas gler. mmg rasa cm xnk kuar jek dr bas. kolam cleopatra ni, mengikut adat kat sni, sapa2 pengantin baru, dorg digalakkan mandi kt dlm kolam ni. kunun2nya, nnt perkahwinan akan kekal selamanya. gtu lah.

3) jabal mauta- maksud dia gunung maut, sbb dlu tmpt ni jadi persembunyian penduduk zaman dulu ktika peperangan berlaku dan juga tmpt pengebumian jenazah2. kat dinding2 jabal mauta ni, ada lukisan2 menceritakan tentang kisah perkahwinan cleopatra dan Marc Anthony.
tapi ari tu tgk dr dlm bus, sbb nak masuk dlm ni sgtla mahal plus cuaca terik matahari.

4) Jazira fatmas -dipanggil jazira fatmas sbb ia terletak di tengah2 laut siwa. kat stu juga terdapat byk kebun yang terletak di tasik garam. berhampiran dengan jazirah ini terdapat sebuah kolam mani sedalam 7 m dan lebih dalam dari kolam cleopatra. kolam ini lah yang menjadi sumber air utk kebun2 disekelilingnya.

5) Kubu dan Ma`bad Alexandria The Great- dibina kira2 300 thn dahulu. pintu dia masih bertahan walau da berabad. kat sni jugak merupakan tmpt persembunyian org2 zaman dulu ketika peperangan berlaku. Menara di kubu ini dijadikan sbg tmpt pengumuman bg mereka. Pastu, terdapat jugak terowong di mana digunakan utk mengambil air dari kaki bukit. bersebelahan dgn ma`bad, ada lubang utk disimpan barang2 emas dan berharga tetapi telah di cilok oleh penjajah2 yg jahat. Dahulu kala, di puncak bukit, terdapat berhala yg kononnya mewakili Tuhan Matahari yg terletak di bilik tengah. *akan ditunjukkan gmbr*. dan itu lah tuhan yg disembah oleh Alexandria utk memohon pertolongan. Alhamdulillah, kemudiannya berhala itu telah dirosakan oleh tentera Jerman ketika perang dunia ke-2, dan menjadikan tmpt itu sbg kubu mereka. kisah2 masyarakat zaman Firaun telah di ukir di pintu gerbang.

6) Kuil Amon - tmpt penyembahan Amon. di bawah kuil ini, terdapat istana tertambus yg mana mengikut kajian berasal dari Jerman. namun, masih dikaji smpi la hari ini. Smpai la sekarang, masyarakat Siwa sangat pelik+takjub, cmne tiang besar ini boleh terpacak di situ. ada pendapat mengatakan ianya telah dibina oleh Tukang sihir Firaun.

kalau kat MATRUH lak, ktorg melawat tmpt2 seperti di bawah :
1) teluk aljibah- dia dinamakan aljibah sbbnya teluk or laut ni, time waktu senja, bler kte tgk warna laut dia ada 7 warna lapisan laut, mmg cantik gler wa cakap sama lu. serius cantik.Laut dia terbentang luas, dengan gunung2 di hadapan, udara yang sgt aman dan menyenangkan. mmg ciptaan ALLAH sangatlah indah. itu baru di dunia, da cantik mcmni sampai xterkata, apatah lagi syurga. subhanaallah. mari kite bertafakur sebentar mengucapkan ALHAMDULILLAH atas segala nikmat yang telah diberikan oleh-NYA.

2) su`u libya a.k.a pasar libya- ni mmg sesuai utk shopaholic. dinamakan pasar libya sbb kebanyakkan barang2 dari LIBYA. kat sni macam2 ada jual, ade kurma ada buah-buah kering cm zaitun, buah tin, buah prune, kismis, gajus and mcm2 la. ada jugak jual cm baju2, kasut,jubah, jersey kraftangan. senang kata, kt sni MACAM2 ADA. harga pon amat berpatutan, kalau pandai tawar, dapat lah lagi murah.

3) hamam cleopatra- hamam tu maksudnya bilik air. ini lah dia bilik air yang digunakan cleopatra. Hamam terletak di laut, klo nk masuk ke hamam ni, kena merentasi air laut dlu. tapi xde la tengah mana pon. dalam hamam ni ada dua lubang, sblh sana untuk cleopatra mandi, lubang ke-dua utk segala penyahtinjaan. kat sni mmg sesuai utk hamam, sbb ombak dia mmg kuat dan mampu untuk mengalirkan "benda-benda alah itu". dan kat sni, tidak digalakkan mandi, sbb nya ye la tmpt pembuangan, korang nak mandi ker? keduanya, sbb kt stu, batu2 dia tajam dan licin. so, ianya amatlah berbahaya.

4) Bandar Marsa Matruh - bandar ni sgt tenang, indah, cantik, menenangkan fikiran terutama time malam. dengan kilau lampu berkerlipan. bandar ni xcm bandar2 lain yg hiruk pikuk.

ok. puas+penat aku bercerita. jangan risau, gambar2 akan dipost kan pada entry seterusnya, skrg ni nak bagi korg muqadimah dlu. nnt xde lah korg banyak tanya bler aku post gambar. ok? and sebagai pelajar malaysia di mesir a.k.a duta pelancongan MESIR-MALAYSIA *koya molek aku ni*, saya sarankan anda lawatlah mesir untuk melihat keindahan ciptaan ALLAH. jelajahilah negara-negara islam dahulu, dan usahlah dibanggakan ciptaan manusia yg xsetanding dengan ciptaan ALLAH yang maha besar. ini baru satu tmpt, da sebenarnya banyak lagi yang korang boleh terokai di sni. insyaallah, terjamin kepuasannya.

bertepatan dengan firman ALLAH :

"Katakanlah (wahai muhammad) : Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi"
(SURAH YUNUS, AYAT :101)

"Katakanlah (wahai muhammad) : Berpergianlah di bumi ini, lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang2 dahulu. Kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang menyekutukan ALLAH "
(SURAH AR-ROM, AYAT: 42)

0 bebelan korang:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger