BLOGGER TEMPLATE

Pages

18 June, 2012

Dispiritedness.


Mata sudah hampir pseudo-ankyloblepharon, sakit tapi bukan sakit sebenar
Ptosis bagai kerana takungan si lacrimal glands mulai bertambah,
Horner`s muscle bersiap siaga kalau-kalau empangan lacrimal terpecah,
Si lid margin tertawa melihat telatah meibomian dan zeis glands berlumba-lumba untuk mengeluarkan isi masing-masing.

Penantian satu penyeksaan,
begitulah terseksanya sympathethic system menunggu impulse dari hypothalamus dan cerebellum.
Sangat patuh, tidak pernah melawan ketua, otak. 
Tidak memandai2 mengaktifkan system sendiri, tanpa arahan.

Lubang hiung kembang kempis bila dipaksa untuk menyedut udara segar.
Tarik nafas, hembus. Tarik sedalam-dalamnya.
Kapasiti paru-paru bertambah-tambah,
Terloncat-loncat kegembiraan si tisu dan darah
bakal mendapat banyak makanan Oksigen,
Toksik jadi trauma, gas-gas karbon dipaksa keluar,
Jantung mengepam dengan laju, menyebabkan kadar heart rate bukan lagi di takuk biasa 70/min.

Tangan menggeletar bagai parkinsonism,
bagai bukan mahu. Mohon dijauhkan.
Bibir mulut bawah diketap rapat oleh gigi molar dan incisor, konon menahan rasa.
sesekali bibir atas pula menjadi mangsa. Kasihan.
Nasib di situ pain sensory sedikit.

Cuba bertenang.
Mengaktifkan orbicularis occuli secara paksa.
Mengosongkan otak dari imaginasi dan halusinasi pelik.
Hati kecil berbisik,

"lahaulawallahkuwataillabillah. Insyaallah, Allah sentiasa ada. Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati akan tenang. Serahkan semuanya pada Allah. Dia Maha Mengetahui akan segala sesuatu dan tiada yang mustahil baginya. Mohon padaNya. Ingat Allah. La Tahzan, Inaaallah maa`na. "

Mata dibuka. Tenang seketika, terasa seolah-olah sistem kembali normal semula.
Heart rate kembali 70/min.
Hidung tidak lagi kembang, menjadi mancung semula sediakala.
Pandang ke langit dan mengukirkan senyuman.
Terima kasih, ya Allah.

Dan berikanlah aku kekuatan. :)

0 bebelan korang:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger