BLOGGER TEMPLATE

Pages

06 June, 2012

Chicken Puff after exam.

assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam selesai satu paper praktikal forensic dan toxic. Semoga aku mendapat 20/20. Soalan dia boleh tahan laa, dan paling-paling suka sebab keluar jar yg paling disukai iaitu baby 9 months age still birth. :)

Sepanjang study leave tu, macam-macam rasa mengidam nak makan ni lah nak makan tu la sabar sajo lah, tapi paling rasa-rasa nak makan Chicken Puff. Dah lama sangat kot tak buat. Lepas exam terus pergi Alam Market shopping barang dan buat. Dan akhirnyaaaa tadaaaaaa..




Perasan tak puff aku macam ada dua kaler? Sebelah kuning-kuning, sebelah lagi tak kuning?

sebab sebelah aku sapu telur sebelah lagi tak. Sbb one of housemate aku allergic telur, kesian dia nanti musim2 exam ni, kena gatal2, plus aku nak try experiment ape jadi klo tak letak telur dan letak, beza tak rasa dia. 

RESEPI-RESEPI DIA :

Untuk kulit puff :

2 cawan tepung
80 gm mentega
(aku guna mentega mesir yg mcm minyak sapi tu dalam tin)
susu
(masuk sikit2 sampai rasa doh tu boleh diuli)

Inti-inti dia :

Bawang merah (1/2 biji )
Serbuk kari
Ayam (ambil bahagian dada )
kentang (2 biji)
Lobak ( 1 biji / 2)
Daun sup *klo ada*

Macam biasa :

Hiris bawang, pastu tumis
pastu masukkan serbuk kari yang telah di campur dengan air. pastu tumis2.
masukkan kentang dan lobak 
(tapi kentang dan lobak potong dadu, agak2 kalau nak cepat masak, potong kecik2 dadu, kalau rajin tunggu dia nak masak, potong besar skit.)
Pastu tunggu sampai semua dah empuk.
Garam secukup rasa. 

Kulit puff tu :
jadi kan bentuk dia bulat macam pizza, ikut la pada size bekas korang untuk dibakar tu.
Buat dua bentuk bulat tu, satu untuk bawah dan satu lagi untuk tutup di atas inti tu.
Pastu bahagian tepi tekankan dengan garpu.
Sapu kan telur, pada atas dia, kalau allergic telur tak yah sapu pun xpe..
dan buat la garis2 skit ke, atas kreativiti anda.  :)

Bakar pada suhu 180 dan selama 30 min. 
Dan TINGGGGGGGGGGGG!
siap. :)


Tapi sedikit sedih semalam, inti aku agak termasin, sebab konon-kononya puasa so tak boleh rasa, so ter-over konfiden letak garam. :(


okay itu sahaja. doakan saya, ada banyak paper sedang menunggu dan paling terdekat 16hb ni iaitu written Community Medicine. Doakan ye. Tq. :)








0 bebelan korang:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger