BLOGGER TEMPLATE

Pages

29 December, 2010

3rd year story...

BISMILLAH :)

assalamualaikum !

Tahun ini sudah 3 tahun aku melayarkan diri di dunia perubatan yang penuh pancaroba. Alhamdulillah, atas nikmat ALLAH membenarkan aku masih duduk di bumi anbiya` dan di beri peluang mengutip mutiara di universiti yang tidak lah begitu indah seperti universiti lain, tapi syukur lah aku. Kerana di universiti inilah aku banyak dapat ilmu. sangat berjasa!
*mukadimah skema*

Semakin meningkat aku umur ku dan tahun pengajian aku semakin tinggi dugaanya. dan semakin banyak EXAMNNYA.. Tahun 3 ni memang the toughest year. Bak kata, kawan arab aku RANIA, tahun 3 dan tahun 5 la, tahun yang sangat2 banyak exam dan tension. Setiap minggu exam dan sangat banyak pula tu bab dia. aigoo~

Kadang-kadang nak baca balek lain pon xsempat dah exam memanjang. wuuuu.. tapi nak wat camne, kalau xde exam memang lalu je la. pegang buku, oh! dalam mimpi je la. hehe.. Tapi tahun ni memnag agak payah subjek dia, banyak pulak terms pelik kena hafal. Dari parasitology, pharmacology, pathology dan microbiology. nasib lah pathology nama dia xpelik sangat.

Tapi parasitology lah. Ya allah, nama cacing jek pon. Dalam bahasa scientifik dia, mak aih! nak sebut satu nama cacing tu pon amik masa 5 min. itu baru nak sebut, tak kire nak hafal nama cacing. Mahu setengah jam setakat untuk mengingat dan menghafal nama. hoho~

Trichostrongylus perstans, Enterobius vermicularis, Trichocephalus trichuria, Wuchereria bancrofti and etc.

see. berbelit kan lidah nak sebut. Sebut nama orang pun xpayah macam ni. huhu. Jangan pandang cacing-cacing ni sebelah mata, tengok macam tak berguna, tapi kitorg punyalah kena ingat nama, dia lahirkan telur bila, kat mana, even bila dorang mati pon kena ingat.

tiba-tiba aku terpikir, kenapalah orang-orang barat jumpa dulu cacing2 ni. Kan best kalau orang Malaysia atau lagi spesifik orang melayu jumpa dan buat kajian tentang cacing dulu, so xde lah kuar nama pelik2. macam :
Atan`s bancrofti, Necator Fatimah, Abu stercoralis
hah. kan best jek sebut.

Tu xsentuh bab microb lagi dengan nama bacteria yang pelik2. Tapi masuk bab microb, rasa hati sangat pilu (pilu ke padahal happy!) sebab lecturer selalu xmasuk. huhu. dorg tengah gaduh pasal HOD dan ktorg jadik mangsa. Sungguh, kalau time microb rasa mcam tengah masuk kelas nyanyi, tgk prof ckp kat depan macam prof tengah menyanyi dengan merdu dan mata aku yang sangat sensitif dengan nyanyian, pasti automatik tertutup. hehee~ ala, macam sebelum tidor mak akan naynyi lagu sampai la tertidor. (eh, ke korang xpernah?)

Pharma. Sebut pasal pharma rasa seriau pulak. Kalau salah hafal ubat, mahu salah prescription boleh mati patients nanti. Dan subjek ni buat aku sangat risau. sangat-sangat. Ye lah, kalau aku xfaham betul2 macamana bila dah jadi doctor nak bagi ubat. T_T adeh. Dan tadi jek pon, aku baru jek lepas exam pharma dan bila check balek jawapan rasa macam .................!
*speechless*

semoga ALLAH memudahkan segalanya dan dapatlah aku habiskan tahun 3 ni dengan jayanya. Insyaallah. chaiyok budak-budak zagazig. Peduli jek kritikan-kritikan, sebab kite belum sampai final lagi. kerana, selagi belum penghujung, bermakna kita masih xterlambat. mari jadi perajin! haha.

ok. aku mahu tidur.
*masih tak insaf lagi. isk3*

ada satu quote,

"if you just finished your exam paper and you looked like you`ve been raped, that mean you taking medical course."


so, chill sudah kalau tak boleh jawab!~ :p

tata.

0 bebelan korang:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger