BLOGGER TEMPLATE

Pages

03 December, 2010

tazkirah Jumaat :)


assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh~

hee~ panjang sungguh salam aku kali ini. maklumlah, aku baru sahaja pulang daripada usrah, so impak itu masih terkesan lagi. dan berharap ianya terus berkesan dan berpanjangan.. insyaallah. hehe~

Dah lama hati gelap ini tidak tersentuh dengan kalam-kalam nasihat, syukrillah, hari ini diberi peluang aku untuk mengikis sedikit sebanyak hati yang gelap gulita lg malap ini. :)

Dalam banyak-banyak isi dan cerita, hati aku tercuit dengan satu kisah. Yang betul-betul menarik perhatian aku dan seterusnya, meh.. meh.. aku cerita plak kt korang semua.

Kisah Fudhail Bin Iyad.
Fudhail ini merupakan antara ulama` terkenal hingga kini. Dahulunya,beliau ni hanya insan biasa dan beliau bukanlah ahli sufi atau ahli kitab dan etc. Namun, setelah satu peristiwa yang berlaku pada dirinya, dan setelah peristiwa tu ALLAH bagi hidayah kat dia, dan akhirnya, hingga kini nama beliau sentiasa harum mewangi dikalangan umat Islam.

kisah beliau bermula pada suatu hari, di mana, ketika itu beliau sedang berjalan-jalan. Dalam perjalanan beliau, tiba-tiba beliau terjumpa satu helaian kertas yang tertulis di atasnya nama ALLAH. Lalu, beliau mengambil kertas itu dan di simpannya. Di saat itu, beliau hanya mempunyai dalam beberapa keping wang, yang sememangnya wang terakhir beliau. Lantas beliau terus pergi ke kedai minyak wangi, dan membeli minyak wangi menggunakan duit terakhir beliau itu dan kemudiannya menaburkan minyak wangi itu atas kertas yang tertulis kalimah ALLAH dan kemudian menyimpannya.

Setelah itu, beliau pulang ke rumah. Tatkala beliau tidur, beliau bermimpi. Di dalam mimpi beliau , ada suara yang berkata :

"Ya, Fudhail. Disebabkan kau mewangikan nama ALLAH, maka ALLAH akan mewangikan namamu di dunia dan akhirat. "

sejak itu, nama fudhail sentiasa mewangi dan menjadi sebutan umat islam sejagat.

subhanaallah. azzim kan? Hanya benda yang kita nampak macam kecil sahaja usaha dia, tapi mendapat ganjaran yang luar biasa hebat.

KONKLUSI DI SINI, BUATLAH SESUATU KERJA ITU DENGAN IKHLAS KERANA ALLAH WALAUPUN USAHA NYA HANYA KECIL.

* * *
BY THE WAY ,

bercakap pasal nama ALLAH di jalan, aku rasa sangat berTANGGUNGJAWAB untuk memberitahu dan membebel di sini. Kepada semua orang SILA AMIK NOTE!
*nada serius gilak*

Tolong la, aku ingin berpesan kepada semua yang nak kawen, or bakal kawen, atau lambat lagi nak kawen, atau yang dah kawen nak kawen satu lagi, atau ade sedara mara nak kawen.

tolong la, jangan la letak nama-nama ALLAH, atau ayat-ayat alquran dalam KAD KAHWIN KORANG ITU. Tak relevan ye nak letak kat situ. SANGAT TIDAK RELEVAN.


owh kenapa aku harus emo?

ya, aku perlu emo. sebab dah berlambak, aku tgk kad-kad kawen bertebaran di jalan raya. dan yang aku paling geram, bile ade satu hari, aku nak turun dari kereta tiba-tiba terpijak satu kertas. Bila ku angkat dan tatap, ade surah al-hijr, siap dengan ayat alquran serta berbaris juga dengan tafsiran and ya, tidak lupa pada hadis. DAN DAN Aku terpijak ayat al-quran. apakah tidak relevan utk aku emo? sebab terpijak ayat alquran?

and the most sad thing, aku pernah ternampak. Kad jemputan kahwen yang ditulis penuh khat dan perkataan "BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM" yang agak besar tulisan dia, terjatuh berhampiran dengan najis binatang. Apakah masih tidak relevan untuk aku tidak emo?

dan xperlu aku singkap, kisah2 yang memilukan hati kerana aku percaya korang semua pernah mengalaminya.

Jadi, tolonglah. Kalau nak sangat letak ayat al-quran, xperlu la nak bubuh ayat-ayat al-quran, dan aku rasa tafsiran pun xperlu kot. Setakat nak tulis kata-kata sudah la kot. Macam, "doakan lah kebahagian kami hingga ke akhir hayat and etc etc." bukankah itu lebih baik?

Perkataan ALLAH tu gantikanlah dengan perkataan TUHAN. Ya, saya percaya, anda mungkin kata, ade jek yg xbuang sepah2. simpan di rumah. Tapi siapa berani jamin, yang semua yang penerima kad itu kemudian setelah itu bakar?

Namun, xsemua kad kawen di tulis mcm tu. Masih ade yang xmenulis perkataan2 ayat alquran dan sebagainya. Cuma selepas ini, sila perhatikan kalau ade ayat-ayat al quran dalam kad jemputan, sila sila dan sila, jangan buang merata-rata. ok?

dan kalau kalian ternampak ade ayat2 al-quran tu or nama ALLAH, amik la. kalau rasa xtahu nak simpan. bakarlah dan tanamlah di tmpt yang orang tak akan lalu.

ok. saya penat membebel! sekian khutbah jumaat pada hari ini. terima kasih. ^_^

5 bebelan korang:

mysa said...

betul2. kadang2 org x pandang pun benda mcmni. myb diorg pk benda ni cm hiasan je..pndg remeh

Chocophilic said...

salam my dear sis,
Lama x dengar kabar berita?
Moga sihat n ceria selalu..
Budak comey ni bila nak turun cairo? anyway, nak minta izin link blog kamu neh..

Khairunnisa Ithnain said...

mai~ kan? that's make me hurt! :(

kak zack~ wkslm kak zack! :) shat saja dan bertambah2..:D and anda juga, semoga sihat2 juge.. owh, sila2.. xyh mintak izin la kak! amik saje.. :)

Anonymous said...

awak, mn nk dpt lagi cerita2 Fudhail Bin Iyad. tuu? cm best je... =D maaf bertanya.. sy xberapa tahu!

Khairunnisa Ithnain said...

anonymous~
erm..sy pun xtaw..tp cuba try google jek nama tu, mesti akan kuar punye kisah2nya. xpon g la cari buku, cter2 para ulama`..atau sbut jek kot nama dia, pasti akan ketemu~

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger