BLOGGER TEMPLATE

Pages

09 November, 2010

upin dan ipin.

kahkahkah!
i cant stop laughing till now~

saje buat aku sakit perut, ketawa petang2 buta.
adoi.

ni semua kes pasal upin ipin la ni.
kesian dua budak botak comel ni.
jadi mangsa keadaan free mason.
kesian.kesian.kesian

mane aku xketawa baca komen blogger len dalam link blog ini.
Italic "...perkataan minyak pulak maknanya kentut dalam bahasa aryan lama.... ...cipan pulak bermaksud limau dalam bahasa mali..."

"tahu tak itik itu apa maknanya? israel tercekik. ha..dlm bahasa ugandaiosesn.
ayam pula bermaksud saya rakyat palestin dlm bahasa ariosenteseces"

banyak lagi komen-komen dorang yang buat aku ketawa guling2!
kahkahkah!


free mason?

Aku pernah baca link introduction dia. Tapi tahun lepas la, and aku xingat da link dia.
Kalau aku jumpe, aku akan bagi korang. Page dia sangat berjela-jela. Korang bayangkan the whole day aku habiskan nak bace benda alah tu jek. Dan aku pun x amik care sangat sebab ayat-ayat dia sangat sastera. Mula-mula baca memang terasa macam, "aah la. xsangka. Pandai Israel mainkan kita." Tapi makin lama baca, makin pelik. Sebab macam benda harian pun di kaitkan gak. Ada benda yang dorang kaitkan memang aku percaya merupakan strategi Israel. Tapi part lain tu korang akan rasa cukup ragu-ragu. Makin korang baca, makin korang ragu-ragu. memang psycho la cakap page tu.

Tapi entahlah, mungkin ianya betul. who knows. Waallahua`alam. Tapi tiba-tiba ade plak yang menyebarkan bahawa kartun Upin Ipin tu antara agenda Israel. Nak tau kisah lanjut korang bleh klik sini atau sini . Eh, hello! Cerita tu banyak unsur nasihat la, kawan! Takkanlah. And plus, aku pon ade search gak pasal khabar angin yang cakap:

Upin dalam bhsa aramaic - aku benci rasul (Astaghfirullah)
Ipin dalam bahasa Syric - aku suka Israel

Aku search gak dictionary online for confirmation , pas bace blog ini and the result was : "the word not found!"

Yang maksud Ipin pun aku search. Tapi ape yang aku jumpe buku syriac yang panjang lebar dan hanya ada tulis satu jek perkataan ipin, dan aku baca part tu tak de plak pasal Israel.

Macam2 kan zaman sekarang?
Tapi aku rasa why not, kita utamakan ape yang utama. Ketengahkan isu yang kritikal. Such as, Halal foods ke pasal ubat-ubataan. Beb, Makanan la punca segala-galanya. Cuba try kaji and search makanan-makan yang mana halal mana haram. Sebab sekarang makanan-makanan banyak terkandung bahan yang syubhah. THAT IS MORE IMPORTANT, right? Bayangkan kita solat tonggang tongek bertahun-tahun, puasa tapi dalam badan makanan tak halal or syubhah. Nauzubillah!

just my opinion. Dan ini tidaklah bermakna aku nak cakap yang aku xconcern masalah Israel. I do! Tapi benda yang kaitan dengan amalan ibadah kita patut lebih diutamakan, kan? Settle benda utama, then u can do the rest!

tapikan aku takut gni jek taw, dorg nak sabotaj Upin Ipin tanpa gune nama free mason. haha entahlah! lantaklah labu!

p/s first time membuat entry serius! keh3. patotnye nak buat resepi, tapi xpelah postpone dulu yek!

0 bebelan korang:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger