BLOGGER TEMPLATE

Pages

08 November, 2010

makan oh! makan


salam.

Hari ni turn aku masak. Saja terasa boring dengan masakan nasi putih sahaja, lalu aku pon membuat anjakan paradigma. Menukarkan menu dari nasi putih ke nasi berwarna- warni. Dan setelah pikir tengok bahan, aku pon amik keputusan nak masak NASI TOMATO + HOT DOG AYAM MASAK MERAH+SUP AYAM. bajet-bajetla kunun ktorang satu rumah berpose ari ni, so macam nak buka tu biar sedap2 sikit. HEHE~ plus nk testing masak, law jadik boleh masak time raya haji.

Tengah tumis-tumis plus tengah tahan hidung dek menahan xnak cium bau bahan tumis yang sangat enak. (hidu lebih batal pose oo). Memang betul2 menggoda iman yang senipis kulit bawang ni. Yang bisa tercarik bila-bila masa sahaja. ehehe. Satu step ke satu step settle. Dan akhirnya tinggal step terakhir. meletakkan air. Settle jek letak air, bape minit pastu air nasi tomato tu jadi menggelegak.. sangat vigorously! Aku dah pelik, padahal api sederhana besar jek pon. Aku pon biar jela. Pastu lepas bpe minit, tibe-tibe legakkan tadi makin berkurangan. Aku pelik. Eh, apasal jadi cmni. Sekali tgk-tgk api dah mati. HAMPEH btol. Baru nak masak sedap. Gas ilek pulak.

Sokmo gtuh taw. Time aku nga excited masak sedap-sedap mesti ade cabaran. Macam kes nasi ayam aku tahun lepas. Aku apelagi, kelam kabut g uma sebelah tanya ada api tak. Waktu azan dah dekat ni. Nasi belum masak. Lauk xsiap lagi. Pergi umah sebelah, dorang pun xda gas. Aigo~ musykillah kabir ni. Last2 terpaksa menapak uma atas. Nasib baik lah kat imarah ni ade 4 buah uma budak Malaysia, law tak. Tak taw la ape nasib nasi tomato aku.

Terpaksala angkut periuk dan kuali, bahan-bahan masak ke atas. Nak menumpang gas. Nasib la UMA AKU ADE LIF KAN. ALHAMDULILLAH ADE LIF.(kehkeh. saje nk highlight uma aku ade lif). Takde lah penat sgt aku nak menapak tangga bawak kuali yang tengah mendidih-didih. Dan aku pun meneruskan saki baki masakan aku tadi. Tapi itu lah kan, nak katanya, bahawa SETIAP YANG BERLAKU TU PASTI ADE HIKMAH. Dan dengan berlakunya incident tadi, xmemasal hari ni ktorang makan mewah gilak! Rupa-rupanya budak uma atas (nabila, kak nissa, dila yusuf) tengah goreng karipap and baru nak start masak jugak. Sedap weh karipap dia. Last-last kitorg pun gabungkan masakan dan makan berjemaah.
*ade chance nak menang biah solehah ni. masak berjemaah, makan berjemaah, solat? erkk.. * :D

dan inilah hasil masakan kitorang~!

aku xboleh komen apa-apa cuma satu ayat jek yang mampu terkeluar,
MARVELLOUS! hehe.

[show time]

taraaa~

nasi tomato!
*credit to mama bg resepi*

*hotdog ayam masak merah*
xsempat nak potong comel2 hotdog sbb nak rushing masak. :(


sotong sambal berkuah
credit to chef dila yusuf & nabilaa


sayur goreng
credit to chef nabilla

lastly, 'karipap pusing' hand made by chef kak nissa.
dan sedap sgt! serius.


ok. enjoy reading. Ada yang mintak resepi, nantilah aku post kt next entry. orait?
^_^ V


6 bebelan korang:

huzaimRosli said...

wah!!! sedapnya cik nisa kita masak.... cm best ja.. =D

Khairunnisa Ithnain said...

hehe.. ala gambar jek nmpk sedap.. rasa xtaw lg..

Khairunnisa Ithnain said...
This comment has been removed by the author.
Khairunnisa Ithnain said...
This comment has been removed by the author.
miszz90 said...

ellow apsal ak juz nmpk hot dog jew... ayam nyew maner...

Khairunnisa Ithnain said...

sayang~
hot dog tu la hot dog ayam! adehh~
hot dog ni berperisa ayam, bukan daging. agak mahal jugak la, sepeket!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger