BLOGGER TEMPLATE

Pages

13 January, 2012

my ♥ sis :)


as-salam.


ops. Buffer lagu ni dulu utk dpt feeling lebih. :)


Dear kakak,


Kau tahu disebabkan anda, adik terstuck 30 minit di page buku yg sama sebab terpikir-pikir idea nak buat surprise ape untuk anda kali ini. Piano dah mainkan, menyanyi pon dah, semua dah. Kau tahu juga, disebabkan kau juga, jadual adik terlari hari ini, sepatotnya sekarang ini adik sedang menghadap buku Forensic, tapi kini aku beralih ke menghadap screen computer. Kau tahu juga, lidah ku hampir cramp sebab berbelit2 praktis nyanyi lagu happy birthday dalam bahasa urdu. Kau tahu?

Tapi tak pe, adik mu yang comel ini sanggup berhenti sekejap, walau exam semakin dekat bagai separuh kulit telur di hujung tanduk. Demi kamu juga, adik mu yang comel ini tak kisah terluka hujung kaki sebab excited sangat nak taip blog berlari-lari ke komputer sampai terlanggar hujung katil. Sakit tahu? Tapi tak pe, demi kamu, tak kisah semua itu. Ape pon boleh.

*sahaja nak bagi kau serba salah. Ngeh~*

*Ok mode serius.*

Dear kajol Malaysia,


Hehe. Ingat lagi tak ni panggilan kau waktu kecik-kecik? Dulu aku jeles dgn panggilan ni sampai nanges-nanges, sebab tak de orang pon panggil aku kecik-kecik. Sebab muka aku tak macam Hindustan macam abah dgn akak. Tapi akak tahu? Bila dah besar ni kan, adik akui akak memang sangat cantik dan bertuah dapat akak. Makin besar akak makin cantik dan saya tidak jeles pon macam waktu kecik-kecik dulu malah saya bangga punya akak yang comel macam kamu. (gosh, what is the point here??) never mind. Layankan je.

Tahun ini, tahun last akak sambut birthday sebagai seorang single.Tahun ini juga, mungkin last jugak adik jadi orang PERTAMA wish akak. Ye lah sebab lepas ni akak nak kahwin da, mesti lah suami akak jadi orang pertama wish. Kan? You know, I`m really really very very happy. Last year, adik baru je wish moga akak cepat kahwin sekali tup-tup tahun ni akak dah nak kahwin. Tahniah kak. MABRUK!

But dalam masa yang sama adik sedih sangat. *emosi lebih* sedih sebab lepas ni mungkin kehidupan akak dah lain, kita tak boleh dah nak gaduh-gaduh, or pecah-pecah kan barang akak (eh! Ini tipu), rembat barang-barang akak, main pukul-pukul bantal, main tarik-tarik lambut, main silat-silat sebab lepas ni akak dah jadi hak orang lain di mana SYURGA AKAK BERADA DI BAWAHNYA. Apa-apa pon yang akak nak lakukan, nak pergi mana perlukan izin dia. Tanggungjawab juga semakin besar.

*kesat air mata*

Saya okay. Saya gembira sebab tak lama lagi saya bakal dapat abang ipar. Yeay. Cuma saya harap after dah kahwin nanti, jangan lupakan adik dengan mama. Jangan nanti dah duk sabah, tak reti-reti nak balik Johor plak. Memang adik bawak rotan pergi sana nanti bha. Hehe. *kidding* Walau akak dah kahwin nanti, balik-balik la selalu jenguk mama, pastu simpan duit banyak –banyak datang Mesir tengok adik pula. Mengerti kamu? J Tiap tahun datang pun tak pe. Pintu rumah sewa saya ni sentiasa terbuka luas menerima kehadiran anda. Hehehe.

Tak nak dah tulis panjang-panjang. Nanti kang bnjir plak Mesir ni.


Dear Khairul A`isyah Fathiah Binti Ithnain,

Pertama sekali, lepas ni kalau tulis nama tulis nama penuh, walau pun panjang tulis juga. Mengerti kah? :p

Selamat Hari Lahir akak. J

Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, serta terus dapat terus beribadah dan membuat kebaikan. Semoga di bawah lembayung ALLAH senantiasa dan dilimpahi Rahmat-Nya.

Semoga akak mendapat apa yang akak impikan, semoga menjadi seorang akauntan yang Berjaya dan terkemuka serta muslimah dan semoga menjadi akauntan Negara nanti senang nak belanja adik nanti. :D Semoga akak menjadi anak yang solehah pada mama dan pada ibu ayah mertua serta kakak yang baik pada adik dia. :p

So, sebab dah nak kahwin wish sekali la terus.

Semoga menjadi isteri yang solehah dan menantu kesayangan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan insyaallah hingga ke syurga. Amin. Semoga mendapat zuriat yang comel-comel serta baik pekerti akhlaknya.

26 hari lagi sebelum akak bertukar status. So doa la banyak-banyak semoga segala nya berjalan lancar dan juga semoga akak dah mempersiapkan diri untuk memikul satu tanggungjawab yang lebih besar. Tanamlah azam untuk menjadi yang terbaik. Menjadi isteri yang terbaik serta solehah seterusnya mengimpikan untu menjadi ketua bidadari untuk suami di Syurga kelak insyaallah aminn. J


By the way, kalau abang shahril buat hal, bagitahu adik ye. Siap lah dia nanti. :D

saya jauh untuk sambut birthday awak, jadi saya hanya boleh bagi hadiah melalui menyumbangkan suara sumbang saya. Adik boleh jadi hindustan tak? :p

HAPPY BIRTHDAY AWAK.

saya sayang awak =)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger