BLOGGER TEMPLATE

Pages

25 February, 2012

cerita si gadis.

assalamualaikum.

Pada suatu pagi yg hening, selepas solat Subuh tertidur lah seorang gadis di atas sejadah dalam keadaan dirinya masih bertelekung. Cantik telekung itu, bersulam bunga berwarna hijau pemberian sahabatnya. Pada mulanya gadis itu hanyalah mahu merehatkan badan setelah berjaga daripada tengah malam. Kemudian bangkit untuk membaca al-quran. Namun mungkin terlalu letih, terlena juga.

Dia bermimpi, keluarganya dicurahkan dan diberi peluang untuk ALLAH berbahagia. Mereka berjalan ke sana ke mari, makan bersama-sama, berbincang tentang agama apa yg tidak difahami. Hidup dalam penuh kasih sayang. Melakukan semua rutin bersama-sama. Ayah, Ibu , Akak, dan cik gadis semua gembira dengan nikmat ALLAH yg tak terhingga itu.

Ayahnya mengambilnya sekolah seperti biasa dan ibunya memasak makanan yang sedap-sedap, pendek kata semua hanyalah bahagia. SANGAT BAHAGIA. Hinggalah sampai suatu hari, tiba-tiba si Ayah berpesan sesuatu ketika mereka semua sedang makan bersama-sama di luar,

Ayah rasa hidup ayah tak lama. Andai ayah dah pergi, teruskanlah hidup.
Belajar dengan lebih rajin, jaga ibu elok-elok.
Jaga akhlak, iman, nama keluarga, budi pekerti.
Sedekahkanlah doa pada ayah hari-hari.
Jangan gaduh-gaduh dengan akak ya. Akak pun sama.
Semua di dunia ini tak lama, hanya pinjaman ALLAH.
Tiada yang kekal.

Si ibu dan si akak, terus beralih ke meja sebelah. Kerana tidak sanggup mendengar pesanan yang bisa memilukan hati. Hanya cik gadis yg kuat dan cuba menemani si ayah. Semakin banyak kata-kata dan pesanan yg ayah sampaikan, semakin sebak rasa di dada.

Cik gadis seboleh-boleh menahan air mata ahar tidak keluar. Agar nampak kuat di depan ayah. Dia berbisik,
"tolonglah jangan menangis". Namun, semakin dia cuba tahan, semakin itulah kuantiti air matanya semakin bertambah. Lama-lama pecah juga empangan air mata yang penat di tahannya. Teresak-esak tak terkata. Sampai mengeluarkan bunyi sedu sedan. Bukan lagi nangis tidak berlagu.

Tapi si ayah masih cuba buat lawak,
"Janganlah nangis cik gadis, nanti org akan cakap ayah yang buat. Tak kesian dekat ayah?" Hanya mampu tersenyum, tapi tak bisa lagi menghentikan air mata itu. Dan si gadis terusan menangis, hinggalah dia tersedar.

Tersedar kerana esakan nya terlalu kuat, sampai menyedarkan dirinya daripada tidur. Dia lihat habis telekungnya dibasahi dengan air mata juga sejadah. Dia menyesal.

Kalaulah dia tidak menangis tadi, pasti kini dia sedar daripada mimpi. Dan dia dapat lagi melihat ayahnya yang tercinta. Dapat mendengar suara ayahnya lagi. Dia rasa sangat-sangat menyesal kenapa tidak kuat menahan empangan air mata nya supaya tidak pecah. Rasa menyesal teramat sangat. Inilah peluang dia untuk berbicara dengan ayahnya setelah sekian lama tidak berjumpa, walau hanya melalui mimpi. Dia tahu, mimpi itu mungkin tidak benar dtg daripada mainan syaitan atau hanya mainan tidur. Tapi dia tak kisah, kerana dia sudah terlampau terlalu lama tidak berjumpa ayahnya. Menyesal tak terkata. Rindu yang menggunung pada ayahnya. Tapi apakan daya. Hanya mampu berdoa semoga ibu,akak, dan dirinya diberi kekuatan dan ketabahan. Kerana dia tahu, ALLAH tahu dia kuat, sebab itu ALLAH uji dia.

Cik gadis meraup mukanya, lantas menadah tangan membacakan al-fatihah dan doa dikirimkan untuk ayahnya tercinta.

"Ayah, saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mengamalkan setiap pesanan ayah. Semoga kita semua bertemu di syurga ayah. Saya sayang ayah sangat-sangat"
bisik hati kecil cik gadis. :)


*Sesungguhnya ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kaitan dgn yg hidup atau sudah meninggal dunia* :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger