BLOGGER TEMPLATE

Pages

26 April, 2012

landmarks.


lagu tema : hambamu Mawi ft Akhil Hayy

assalamualaikum.


Pernah tak berlaku pada korang, ada satu benda yang selama ni korang payah gila nak buat, kalau buat mesti susah gila, tapi bila lama-lama korang try cuba cara ini dan cara itu, baru korang rasa benda yang mula-mula payah tu senang.

Tahu kenapa?

Sebab before ni korang tak ikut landmark or kayu ukur. Jadi senang bila mana kita ikut landmark. Everything in this world, have their own`s landmark. Cuma kita je la, kena pandai carik. Jadi orang bijaksana, bukan jadi pandai sahaja, memikirkan dan mencari di mana landmark itu. Baru segalanya mudah.

Tak percaya? Hidup ini punya landmark?

Allah itu bukan zalim. Malah dia Maha Penyayang dan Maha Pemurah serta Pengasih. Allah sebaik-baik penolong. Dia tahu, manusia tak mampu lakukan benda itu sorang diri, Dia bagi kita petunjuk bagi kita landmark, bagi kita kayu ukur dan panduan. cuma pokok pangkalnya pada kita, reti tak mencari nya?

Siapa jumpa landmark senang mudah lancar sahaja. Sebagai contoh, dalam memasak. Masak bukanlah sesusah mana. Contoh korang masak seafood tomyam, macamana nak tahu seafood tomyam tu dah masak? Kuah tomyam dah mendidih2 dan panas, pastu tengok pulak seafood dalam dia. Kalau udang tu dah bengkok, dah masak la, kalau kepah tu kulit dia da terbukak, tandanya da masak. Kalau sotong tu dah lembut sudah sempurna masak. See, mudahkan? ada landmark dia.

Dalam surgery, my doctors always say, surgery is easy actually if we follow the landmarks. Setiap banda kita ada landmark. Allah itu sangat Maha Pemurah, sebab itu dalam badan kita pun Allah letak dah landmarks senang untuk manusia yang lemah ini boleh membantu manusia lain. Kalau tiada landmark or kayu ukur, manusia akan potong sesuka hati dan akhirnya bawa pada kematian. Contoh simple, dekat telinga untuk operate ada Mac ewin`s triangle. So bila mana kita nak bedah telinga, pegang triangle ini betul-betul. Jangan ke atas sangat,nanti akan terkena bahagian otak, jangan potong ke bawah sangat, boleh terkena pada jugular bulb yang akan menyebabkan pendarahan yang melampau dan jangan ke depan sangat kita ada nerves. see. simple kan?

Sama juga macam study. Ada kayu ukur dia, pensyarah mesti akan cakap masa lecture, ok ini biasa keluar dalam exam, ini sangat penting, ini past year selalu keluar. Study betul-betul part tu dan juga baca yang lain. Jangan baca itu sahaja, itu dah salah niat, belajar kerana imtihan semata-mata. Past year questions tu penting, menunjukkan contoh-contoh soalan yang boleh kita biasakan dan tahu cara jawab soalan.

good luck mencari landmarks, hidayah dan petunjuk. mohon padaNya selalu. :)

TIADA BENDA YANG MUSTAHIL DALAM DUNIA KALAU KITA BERGANTUNG HARAP PADA ALLAH DI SAMPING USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH.

Semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah daripada Nya. amin ya rabb.

my opinion, no offence.  =)

21 April, 2012

islamic quotes. :)

assalamualaikum. :)

Mari baca ini Tumblr. Sangat bermanfaat.
Banyak islamic quotes yg mampu meruntun jiwa. Insyaallah. :)




Bukan sahaja dipetik daripada kata-kata ilmuan islam, tetapi juga dipetik daripada ayat-ayat alquran dan hadith. ^_____^

so klik link ni.

HAPPY READING =)

20 April, 2012

:(

Assalamualaikum.

Hola. :)
Sedang berdukacita kerana tidak dapat memanfaatkan sebaiknya ketika cuti seminggu. Hari ini dah hari Jumaat, which means tinggal 2 hari sahaja cuti aku berbaki. Betapa banyaknya membazir. T__T Bergumbiralah syaitan agaknya, lihat aku jadi si pembazir! aku tak nak kawan dengan syaitan!!! -.- astaghfirullah. Auzubillahhiminassyoitonnirojim. 

But what to do, it past already. How regretful you`re, you cant go to the past. Even Doraemon cant do it because he`s only cartoon and not even exist. Harus jadi sungguh-sungguh selepas ini. Tak nak kecewakan mama. I do, I swear! Saya nak mumtaz pada tahun ini. Serta menjadi someone yang mampu menyumbang tenaga masa dan ilmu pada agama dan negara.

However, ahamdulillah juga. Jangan pandang semua benda yang negatif, harus pandang positif juga. Sepanjang cuti banyak juga benda dah settle. Alhamdulillah, syukur. settle sudah pembayaran untuk ke sebuah negara yang mana diimpi-impikan. Semoga lancar perjalanannya dari awal hingga ke pengakhiran. Semoga dipermudahkan segala urusan. amin.

Bilamana sudah membayarnya timbul rasa gentar dalam hati. Aku hamba yang banyak dosa, terlalu banyak. Aku si pembazir yg sangat suka membazir, padahal sudah tahu namun masih juga melakukan. Betapa malunya, ke sana dengan membawa bermillion tan-tan dosa. Harus berubah mulai sekarang. Jadi yang terbaik. Berubah bukan kerana hendak ke sana, berubah mulai sekarang, sebelum dan sesudah ke sana. Allahurabbi bantulah aku. :(

Dear myself, please change yourself. Be a good muslimah. 

14 April, 2012

una canción para ti.

assalamualaikum. Hola.

mari layan ini lagu spanish.
*belajar bahasa daripada lagu antara cara utk cepat dapat :)*


Tiba-tiba jadi semangat nak belajar spanish, selain daripada ajakan member, bila aku search kat youtube, bahasa ni nampak macam best. seriously. Cara dorang cakap SMART! :D

Teringat kisah kat kelas tuition amiyyah semalam. Betapa hebatnya cikgu kitorang, oh lupa, nama dia Mr. Ihab Ramzi dia dah kuasai 7 bahasa dan sekarang sedang belajar lagi 5 bahasa. 7 bahasa yang memang dah berhabuk je cakap tu, English, Arabic, Turkish, Sepanyol, German, Russia, Japan. 5 lagi bahasa otw, Cantonese and ape tah lagi, tak ingat. serius respek. At the same time, sekarang ni dia tengah try nak belajar bahasa melayu dan indonesia. Hebat kan?

Bila aku tengok kehebatan dia dalam menguasai banyak bahasa ni, tiba-tiba otak aku terligat nak tanya something. Dia lain dari egyptian yg lain. Cakap tak kasar, lemah lembut, bersopan santun, asyik senyum je. Even dengan pekerja-pekerja dia pon xde tengking-tengking. Macam semalam, pekerja dia salah print hand out kitorang, tapi dia xmarah just suruh they print out again. Cool rite?

Completely different like other Egyptians. eh terover puji lak, but honestly mmg patot dia dapat pujian ni, lagi pun puji cikgu sendiri apa salahnya. :) Again, buat aku terfikir. Mesti dia ni dah kahwin and family dia sangat bahagia. Ye lah dah hebat macam tu, bijak, polite mesti ada supporter hebat dari belakang. Well, as a quote say,

BEHIND EVERY GREAT MAN THERE`S A GREAT WOMAN.

aku pun tanya.

"Mr. Ihab, are you married? "
"Yes, I have TWO WIVES."

kitorang yang tengah khusyuk2 tulis semua terjerit...haha.. serentak pulak tu.
"WHATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT??

Shocked!

"hey, dont kill me. Maybe next year, will have another one"

again kitorang, WHATTTTTTTT?

then dia cakap, isteri dia dua-dua foreigners. Isteri pertama dari South Africa, dan isteri kedua orang Spanish. Dan baru ada 3 orang anak. Seriously, masing-masing rasa terkejut lagi. Siapa sangka. Plus perempuan mana tak sensitif bab poligami ni? hehe. Siapa tah yang pergi tanya, tak nak orang Malaysia ke?

"Maybe, and who knows one of you" ah. sudah! haha.

Apa yang aku fikir dah terjawab. No wonder dia hebat dan gembira sangat2. Orang lain yg hebat ada sorang je perempuan support belakang tapi dia, have 2 great women behind. Patotlah berganda-ganda kebahagian dia. LOL

THE END.


nota kaki : to my unknown future husband, please dont bear in your mind to marry more. ok? or else I`ll kill you. hohoho.



06 April, 2012

a quote to remember.

05 April, 2012

Cabaran exam.



assalamualaikum wbt.


Pernah tak tengah korang study time tu la datang idea cerdik bernas. Bila tak study tak de pulak nak datang semua tu. -.- Konfirm ni semua kerja syaitoon laknatullah.

It happened to me this morning.

Tengah-tengah khusyuk baca, tiba tangan rasa nak tengok rantai.
Padahal selama ni rasa macam tak pernah care pon pasal rantai tu, baru hari ini rasa nak belek-belek nak tengok, nak hargai. hehe. Bila dah belek mula lah, datang idea merepek.


tak terpikir nak buat menda ni sebenarnya, tp dah jadi nmpk nice jugak.

Bila dah jadi, rasa nak buat lagi yang lain pulak.

Oh khairunnisa, anda memang kreatif. tapi ya, bukan sekarang, exam lagi 4 hari padahal. -.-

Banyak lagi sebenarnya aku dah terbuat dgn rantai ni, tapi kena berhenti sebab makin di layan makin menjadi-jadi aku nak mengubahnya plak.

pastu selang beberapa jam tiba-tiba rasa nak buat nota kaki comel.

Haish gangguan musim exam ni memang mencabar.


Sabar itu indah. yes of course. :)

Sila doakan saya, 9hb ni saya exam Final Round untuk ENT. sekejap jek rasa, dah nak habis round yang ketiga dah. Oh, time flies very fast.

Saya kena study betul-betul dan tak nak hampakan MAMA :)

Wish me luck, ya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger