BLOGGER TEMPLATE

Pages

29 March, 2010

mari mencari belalang..

BISMILLAH.
sudah lama aku meninggalkan belog ini sunyi sepi tanpa kata. bukan tidak mahu mencoretkan, tetapi masa terlalu mencemburuiku. plus exam final yang sudah semakin menghampiri. *doakan kjayaan sy ea*. jadi itulah alasannya mengapa sudah lama tidak menari-narikan jari di keyboard untuk berkongsi di blog ini.
ok. kholas.

sedang mengemas buku tadi, tiba2 ternampak buku SISTEM PERUBATAN ZAMAN  RASULLULLAH, atas meja roommate sy. ape lagi terus rembat dgn slumber untuk baca. Subhanaallah. sungguh mengagumkan membacanya. sila la cari ye buku tu. Dengan yakin serta konfiden nya, korang ikut la perubatan Rasulullah, insyaALLAH, anda akan mempunyai badan yang sihat malah dapat juga pahal kerana mengikt sunnahnya.


BELALANG-
sila angkat tangan sapa yg pernah makan belalang.
sapa yg pernah makan, teruskan amalan itu. *sape pernah makan, rasa dy cmne ek?*
sapa yang selalu makan anda pasti seorang yg kurus? btolx?
sila percaya, makan belalang boleh  menguruskan badan, juga ubat untuk kencing tak lawas dan buasir.
(anda dinasihatkan agar pergi mencari sendiri belalang bukan membeli di kedai, kerana dgn menangkap sendiri, ianya dapat membuatkan anda semakin sihat kerana terpaksa exercise lebih tuk menangkapnya.)

BERAS or NASI -
ok. saya tahu, pasti ada dikalangan korang yg xmakan nasi kan?
dgr ye, nasi sangat berkhasiat. selain dapat menambah tumbesaran badan dan memberi energy, nasi juga mampu menjernihkan warna kulit serta muka. tapi jangan pulak nk muka putih korang makan nasi yg berlebihan. oh salah ye kawan-kawan. harus sekadarnya. :)

BIJI SAWI -
kepada sape2 yang mempunyai KUTU *hehe*, jangan risau kalau tiba-tiba syampu kutu tiada di farmasi. Berita baik untuk anda. tak perlu susah keluarkan duit banyak untuk membeli syampu *mahal ke ek?sy  xtaw la pulak. sapa tahu harga dy berapa? jgn riso, sy takkan bgtaw kt org awak pernah ade pngalaman. haha*
korang amik biji sawi, rebus dan digiling halus, pastu siram di atas kepala. insyaallah kutu2 anda akan cabut lari. oh ya. air rebusan tadi boleh juga di minum untuk hilangkan sakit sopak. :)

DAGING ARNAB -
saya ada satu BERITA BAIK lagi. kepada mereka yg BOROI di luar sana. sekarang anda semua boleh membuang pil-pil menguruskan perut ke dalam tong sampah. ya. tanpa ragu-ragu, terus sahaja buang. sesungguhnya memakan daging arnab (terutama di bahagian pangkal paha) dapat mengecilkan perut, sekali lagi KECIKKAN PERUT serta melancarkan air kencing. Daging kelinci ini juga mampu menghancurkan batu karang (stone) dlm ureter or urethra anda dan juga menjadi ubat anti-menggeletar (tremors).

DAGING ANGSA-
andai ada yg bertanya, angsa boleh makan x? mestilah boleh, law x cmner dy nak hidupkan? hehe~
sila ambil perhatian, daging angsa TIDAK ELOK dimakan or TIDAK DIGALAKKAN. bukannya tak boleh makan, sila fahamkan ayat betul2. sebabnya, daging angsa panas dan kering, jadi ia boleh menyebabkan anda akan panas dalam kalau makan banyak-banyak. ala, mcm makan durian kalau banyak. boleh kena dehydration nnt. ok?

jadi, sekian dahulu post saya. insyaallah kalau masih diberikan nikmat umur yang panjang, akan saya sambung lagi SISTEM PERUBATAN ZAMAN RASULULLAH lagi. semoga kita dapat mengikuti cara-cara rasulullah. tapi walaubagaimana pun, ketika makan. makanlah dengan kadar sederhana, jangan diikut NAFSU. ok? semoga kita sentiasa di bawah payungan ALLAH, amin.. ma`a salamah.

p/s kepada org uk, tag anda, insyaallah akan saya buat selepas ini. dun wori. :D

3 bebelan korang:

cik beLLanan said...

aku penah mkn belalang!
tapi npe tambun je?hehehe~

sayang ouh nak mkn arnab,,ye comey!;p

Khairunnisa Ithnain said...

hehe~
iye? bler ko makan..
ala klo makan bhgn mata dy jek, mne nk kurus.. makan la the whole badan dy,..

haha.. oo.. arnab syg nk makan.. hbis ayam tu xccomel ker? boleh jek ko makan... :P

cik beLLanan said...

cet!makan mte je watpe..abah y tangkap..y bley mkn ni blalang kunyit je stahu aku..

ayam comey ke??at least bulu dye xselembut arnab..kn3

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger