BLOGGER TEMPLATE

Pages

19 July, 2010

takdir

fikiran melayang
lidah membisu
hati ribut

apa kena dengan engkau?

sibuk mengungkit segalanya
apa kau tak gentar
akan Pemilik semuanya
bakal menghancurkan engkau
andai kau xbersyukur

sudahlah
hentikanlah
abaikanlah
semua monolog syaitan
yang hanya mahu menyesatkan kau
jangan sekali kau terpengaruh

usah kau khuatiri
akan kesunyian

jangan kau seksa diri
tersemput-semput mencari kegembiraan

kegembiraan hakiki ada pada-NYA
kau gembirakanNYA
kau akan dapat kegembiraan sampingan
percayalah.

usah ditunggu benda yang xpasti,
tapi janjiNYA semua terjadi
aku faham dengan kebatuan kau di situ
tanpa kasih sayang
tapi usah khuatir
kerana setiap sel terbentuk
semuanya telah ditakdirkan
dan engkau juga bakal ditakdirkan
dengan mereka yang terbaik.

15 July, 2010

maaf, aku mmg xsempurna.




as-salam semua.

lately ni, sejak dah habis exam, hidup aku memang terasa sangat dull n bored. seriously. maybe sebab da lama hidup xberjadual kot. al-maklumlah, da habis exam kn so, jadual pon sudah expired bersama-sama hari last aku exam. T_T. Mencuci mata tengok pelakun2 korea+jepun, men game, layan lagu2. itu la keje aku 24-hours. Betul la bak kata pakar motivasi, masa 24 hours kalau kite xguna wisely xcukup. Tapi jangan salahkan aku buat semua ni, sbb before2 ni, mana sempat nk buat2 bende ni. Sepanjang tahun, kitorg just cuti Hari Jumaat shja plus hari2 perayaan. Itu pon cuti mana la lama. mengadap buku 24-hours plus ujian2 serta mengapal term2. Mana taknya, niat membalas dendam tu membara-bara. haha. tiba-tiba rasa cm emo plak. ok, aku bukan gadis mudah emo. picayalah.


bukan ini aku nak cter sempenanya, mukadimahnya Ya ALLAH panjang gilak. hehe. sabor je la ea. Sabar kan separuh dari iman, xgitu? So, berbalik pada cter, disbbkan aku rasa boring dan muak menonton movie, aku pon memulakan hobi baru yg aku rasa org len da lama jadikan mender tu hobi. Blog-walking. Ya, ini hobi baru aku. Dulu aku wat jugak blog-walking ni, tapi xade la niat nk jadikan hobi. hari ini baru aku nk iktiraf hobi ni scra officially. Dan bila aku blog-walking, aku baru terbukak mata+baru ter"alert"+baru tersedar dari mimpi+baru terasa cm kena simbah acid, bahawa blog aku sangat dull dan boring serta syiok sendirik. sama cm tuan blog dia. oh, silly on me!

Orang lain buat blog semua ada maksud yang nak disampaikan. aku? hanya berblog tnpa tujuan. berblog secara koma,unconsciously. berblog suka-suki. berblog dengan laghah. again, silly on me. Aku baru tertanya-tanya nape actually aku buat blog? Orang lain buat kerana nk berdakwah, nak collect ramai follower, nak dapat duit, nak ape2 tah. aku? OMy ALLAH. soalan ni sukar nk jawab, lagi susah daripada soalan physiology ari tuh. Puas aku aktifkan neuron, puas aku perah cerebral cortex and sensory area aku, tp ia xkuar. Aku baru tahu aku mambuat blog tanpa tujuan. Dats why blog aku rasa dull. dan itu jugak menyebabkan aku acapkali kekeringan idea. sorry my lovely brain, coz i put all the blames on you when there`s no idea. =(
ye. aku baru sedar.

aku dah sedar. dan maaf korang kerana mesti korang menyampah gler baca aku nya blog selama ni. aku akan cuba yang terbaik selepas ini, dan make sure korang akan dapat benefit bila baca blog aku. I know i`m not perfect but i`ll try my best to be perfect or half-perfect. ^_^

p/s and btw, thanks for reading my blog before even its really STUPID+DULL. shame on me~!
=,=
sila tegur aku kalau post aku boring. thanks.

13 July, 2010

Kenapa aku xsuka guna liquid paper?

tiba-tiba jek tajuk ni? dah kenapa? buang tebiat ker?
oh! tidak. aku masih waras dan brain aku masih lagi berfungsi seperti biasa. jangan risau. hehe. aku pun xtaw nape tiba2 aku nak cter pasal liquid paper. .

Aku akan guna ia bila time isi borang or time buat nota2 yg cantik. Tapi biasanya susah sikit utk aku cipta kesalahan dalam mengisi borang. Aku sedikit teliti bab2 mengisi borang ni. Semua ini aku blaja waktu kt asrama, ktorg di ajar protokol mengisi borang. Even sampai aku da study sampai kt egypt ni, aku still tak suka guna liquid paper. Andai aku tersilap tulis, aku akan potong or garis mistake tu dengan pensel and kalu xsempat masa guna pen jek.
jenis yg kebanyakkan org guna.

mesti comotkan kertas ko, nisa`?
hehe. lebih kurang lah, tapi aku rasa lagi comot kot law gune liquid. Sebab korang double write atas dia. Lagi-lagi bler korang guna liquid paper yg jual kat kedai RM2 atau jenama cikai2, konfirm2 lapisan liquid tu cair dan masih boleh menampakkan tulisan first korang. Itu yg cikai, kalu yg mahal lak, kalu tertekan lebih boleh nyebabkan accumulation of liquid, pastu dah terpaksa amik masa lama utk keringkan. Mula la dengar hembusan2 angin nk bagi kering. Hah, dapat pulak org sebelah ko lupa nk gosok gigi, fuh, semerbak bau~! plus kalu tiba-tiba ada bonjolan coz terlebih (mungkin tak berlaku pada liquid yg jenis easy-dry) , pastu mula la korek ngn bontot pen, bagi bonjolan tu xde, skali tgk2 kat bontot pen tu ade liquid yg cair. itu kalu yg jenis perasan. Kalu yg jenis xperasan ade liquid, pastu mmg ade habit suka gigit pensel, kan problema tu?

korg xrasa ke pompuan ni cm terlalu tua utk jd sorg pelajar sekolah? kan?

Kalu nk cerita sbb-sbbnya, sepurnama pon tak habis. Ok, aku tipu. Sebab dia :

Asrama aku waktu form 1 & 2, ktorg xboleh bawak liquid atas sbb2 vandalisme dan aku sebagai pengawas sokmo kena buat sport-check dan rampas smua liquid. Buat ape aku perlu bawak, klo benda itu forbidden. Kan? Then, aku baru2 nak berjinak2 pakai liquid ni waktu form3, cikgu BM aku pernah puji aku, sbb aku cancel mistake karangan aku guna pensel dan pembaris. Dia kata kemas dan comel. Dah kena puji kot. Jadi contoh lg. klo korang la, agak2 nak sentuh ke liquid paper tu?

Waktu form 4 & 5 plak, cikgu2 aku xgalakan gunakan liquid, sbb pernah ade kes waktu SPM thn bila tah, budak tu guna liquid paper pastu tlisan dia jadi double and menyusahkan pemeriksa nak baca. Kan bahaya tu, buatnya pemeriksa tu nga gaduh laki bini, xclear ape korg tulis terus bagi ZERO MARKS. xnaya cmtu?

Tapi sbb utama smpi skrg aku kurang suka pakai liquid, sbb waktu aku darjah 5 sek agama dan darjah 6 sek harian, dah mulai start guna pen. Al-maklumlah, kunun2nya da nak masuk form 1 kena biasakan guna pen, aku pon terpengaruh ngn kengkawan yang suruh beli liquid sekali. Skali time kt sek agama, tersalah tulis jawi la kununnya, aku pon cari la liquid baru beli tu. Dengam muka excited nak guna, aku pon tarik la tutup liquid tu. Tak taw la ape yang ketat sangat sampai susah aku nak bukak. Tarik punya tarik, sampailah.

"PLOP.. "

Kepala liquid dgn tutup2 semua terbukak dan terkeluarlah isi-isi liquid tu. Pastu, hamik ko, tertumpah liquid tu kat atas tangan. Kat tudung pon terkena. Aku xkisah kalu ats tudung putih, dahla time tu aku pakai tudung MERUN. Dah macam tompokan apa pon aku dah xtaw da nk ckp. Basuh2 pon tarak guna, sbb mender tu lekat kalah gam. Habislah aku kena marah ngn mama. Kena marah tu xkisahlah. Ni dah kena tangan, cmne nak amik wudhu`? Jenuh kot aku sental gune sabun+ berus. Kan liquid xleh lalu air. Kalu time period kena xpe gak. Dah abah aku pulak marah, sbb xleh wudhu`. Tengok, musykillah kabir tuh.

Mesti korg akan cakap, ko pakai time kecik mana tak nya. Ala, klo time da besar ni pon, kadang2 pernah gak kan terkena tangan sekali dua ? Jangan klentong la. kan? kan?

Ada benda yang aku nak share ngan korang pasal liquid ni, dan mungkin bakal mengubah persepsi korg terhadap liquid-liquid kesayangan korg. Liquid itu adalah antara carcinogenic substances. Bahaya uh carcinogen ni. Dan actually byk lagi bahan-bahan kimia dalam liquid ni yang agak bahaya, nak taw baca sini. Satu fakta yang sedikit menakutkan, xtaw la kalo korang xtkot, kalo korang sengaja sedut or tersedut bau liquid tu smpi berlebihan or smpilah korg rasa high gler, boleh menyebabkan HEART korang STOP BEATING. KLIK SINI utk maklumat lanjut. well, aku xde pon niat nk menakutkan, but fact is fact. ^_^

so, the safe way is by using,pencil and ruler! =)

p/s aku terbaca cara2 nak remove liquid paper ni, tapi asal aku rasa dulu2 time kecik2 aku buat cmtu xberkesan pon.?

PART 2: matruh-siwa trip


akhirnya. berkat aku membebel pasal internet di mesir pada post yg lepas terus internet mcm lajuk gilak. so, pas ni bler internet xok jek, aku akan bebel kt blog, pasti! kalau nk tahu kisah-kisah or history gmbr2 di bawah sila klik sini. ok. sebelum korang stat melihat gmbr, aku mohon sangat korang tolong scroll smpai ke bawah. ikut jek arahan aku ni. ok.
MULAI SCROLL SEKARANG!


sgt susah nak suruh budak ini pandang ke kamera. tp sy tetap sayang dia sbb dia sgt comel and hyperactive.

turun dr bus semata-mata utk bergambar dgn labu2 yg besar ini.

time utk pulang ke zgzg.

air ini sgt masin.!

jazira fatmas.
*geng thn 2 ktorg* =)

jabal mauta.

maaf. termasukkan gambar koya pulak~!

kolam cleopatra (5m dalam)

telaga yg menjadi sumber air mereka.

lubang utk penegebumian jenazah.
kemungkinan besar, berhala itu berada di dalam pagar besi itu.
ingat cerita part 1 matruh-siwa yg aku cerita pasal menara? ini dia.
pintu masuk ke kubu or ma`bad alexandria.


bandar siwa.

kota lama siwa yg atas tu, nmpk cm binaan bangunan pasir.

suk libya @ pasar libya

teluk or laut algiba yg tujuh warna lapisan laut.

hamam cleopatra yg batu cuboid bukan yg tirus.

OK. STOP SCROLLING!

terima kasih atas kerjasama anda mendengar arahan dan meng"scroll" ke bawah.

actually, atas kesilapan teknikal, gmbr ini terupload secara descending, means gambar yg first korang ptot tengok, jadi gmbr terakhir. MAAF. aku da malas nk alter balek. so, korang kena tgk start dr bawah. ^_^ bolehkan? terima kasih skali lagi. hehe~ SAYANG KORANG! =)

p/s gambar sedikit kan? sorry, aku malas nk menunggu diupload dan mencari gmbr di dalam folder yg punyai ratusan pics. eleh, baru ratusan dah malas, org lain amik gmbr smpi ribuan xkecoh pon. xpe. aku mmg suka kecoh2 ni. hehe. kalau sape nk tgk gmbr yg lbh banyak dan koya, sila jumpa aku dan aku akan tunjukkannya. sorry la ye sbb kemalasan aku sukar utk dibendung lagi, kerana skg ni nga excited baca buku HEALING BODY AND SOUL plus sedang menghabiskan drama korjap a.k.a korea dan jepun yg berlambak serta series HOUSE MD 6 season semuanya sebelum aku start berjalan holiday.

btw, HAPPY SUMMER HOLIDAY!

12 July, 2010

respek utk anda kini ZERO!

sorry, i cant even make part 2 matruh-siwa. coz internet sucks! nak upload satu gmbr jek amik masa berjam2, last trus not responding. hate this,seriously! =,= itu xtermasuk ym yg every 5 min out and in! or sometime cant even sign in. worst right?
tu xcerita pasal facebook lak, stiap 5 min harus di"refresh"kan, klo tak jangan harap new notifications nk masuk+ nak komen pon sama. itu yg sampai komen berulangkali :(
right now, i really wish i have a broadband.! T_T. nak beli broadband tp dah nak balek msia, rugi plak. aiyo~

Bila mesir nak maju dalam teknologi dan segala hal??

aku langsung xberniat nak memburukkan tmpt para anbiya` ni. cuma ini hanya luahan. ak boleh trime xleh nk ym or skype ngn family. ok, xpe, aku redha. aku cari alternatif lain, kol trus jek ke msia. Sekarang ni, even Smart voip pon yg sgt2 la ringan xseberat facebook tu pon xleh nk loading. and I EVEN CAN`T CALL MY MAMA! wahai presiden mesir, apakah ini? aku rasa bilangan pelajar Malaysia semakin bertambah study kt sni. yg medic and dirasat. itu baru dari Malaysia, dari negara lain cm Indonesia, China and banyak lagi pun pelajar ke sini bertambah. Takkan la langsung ekonomi xnaik? oh ya, plus sektor pelancongan yang menarik di sini, xkan langsung xde memberi sumbangan? janganlah bagi alasan tmpt pelancongan anda xbanyak. perlu ke aku listkan tmpt2 pelancongan di sni? sham el-sheikh, matruh & siwa, dreamland, piramid, oasis, sinai, hussin, eh banyaklah! so?

ari tu aku anta kawan aku ke air port, dan aku nampak ramai pelancong asing. apakah itu? and ya, cakap pasal airport teringat pasal flight. i feel sorry for any Malaysian`s students whom were fooled by Egyptians. menyebabkan mereka terpaksa menambah duit yang banyak, dan ada yang sampai 3 kali pergi ke airport utk balek ke msia, tp xlepas2 dan smpi ade yg give up nak blek msia. Hello. anda org arab bukan, anda lebih memahami al-quran. dan kebanyakkan besar daripada kalangan anda hafal al-quran bukan? kenapa perlu menipu? maaf. aku tahu mesti ada yg akan cakap, kenapa perlu mengutuk sesama islam. sudah aku katakan tadi, aku tidak mengutuk ini hanya LUAHAN aku yang dah xlarat nak simpan. Aku juga tahu, yang sesungguhnya semua agama xkire lah islam, buddha or ape2 la, pasti ade yang baik pasti ada yang jahat. Ya, aku tahu itu. Tapi, sila fahami. yang jahat itu datang dari diri anda sendiri ok. aku mungkin xberapa hebat dalam agama, tapi anda semua yang menentukan samada anda jahat atau baik. anda yang memilih utk menjadi jahat. pilihan itu di tangan anda.

itu xtermasuk mengejek2 + dikriminasi non-egyptians. korang cuba datang Malaysia, ade org Msia ejek korang x? kalau korang cakap bahasa korang kt malaysia, ade yang nk menganjing korg? xde ok. TIADA! kalau korg pergi makan KFC kt msia, kalau korg order, ade Malaysian nk ketawakan korg ckp bhsa lain? setakat ini aku rasa tiada. so, kenapa korang perlu ketawa tatkala ktorg mengorder KFC. and ktorg mengorder dalam bahasa arab ok! ulang type, BAHASA ARAB. so whats ur problem? when we talking arabic, you`re laughing, when we speaking Malay Language , you`re laughing too, when we speaking English you tell us to speak arabic. apakah? please la. aku dah cukup geram ngn org arab! tolonglah, hormatlah org skit~!

itu xtermasuk sexual harassment di sini yang aku rasa aku xperlu cerita kot. see! aku boleh hormat anda dgn xbukak smua pekung2 anda, ape kata anda try belajar cara menghormati org.

so, jangan salahkan aku bila korang tanya antara Malaysia dan Egypt mana lagi baik, dan aku cakap Malaysia LEBIH BAIK! jawapan aku kini tidak akan sehipokrit macam aku first year yang kunun2 nya Malaysia dan Egypt sama baik. Secara directly, tanpa sembunyi2 akan aku sebut satu2 ape yang korang telah buat!

argh. aku sudah hangin ngn korg, wahai Egyptians. aku rindu gler nak balek Malaysia dan rindu nak dengar bahasa Malaysia. aku rindu MALAYSIA.


09 July, 2010

PART 1 : matruh-siwa trip

BEST! BEST! BEST!. walaupun kaki da cramp plus hip joint yang dah sakit gler dek sbb jalan sakan, muka da hitam mengalahkan org africa. tapi itu langsung x mematahkan semangat aku untuk mengatakan matruh-siwa sgtlah BEST! thumbs up. mmg baik punya!

Letih bangat, smpi zagazig tadi lebih kurang pkul 12.00 malam. sampai rumah dalam area pkul 1 jugak, pas amik barang, cari beg. tu la kan perempuan, time shopping xingat, main beli sesedap rasa jek, tapi bler nak angkut smua barang balek. mak aih. berat nya! xlarat den. itu dah bawak beg beroda, kalau xpakai beg beroda, mmg rasanya nak nangis gulung2 mintak simpati org bawak kan.. hehe.

sebelum tu aku nk terangkan skit pasal matruh-siwa supaya xdela aku jek rasa seronok sorg2 bercerita, sedangkan korg hanya membaca tnpa perasaan. korang kena rasa seronok tu jugak, smpi la timbulkan perasaan jeles. ya itu dia, motif aku sbnrnya. nak bg korang jeles. ^_^ siwa dan matruh ni perjalanan dia dr zgzg amik masa 9jam lbh. lama kan? mmg kematu da duk dlm bus tu.

cuaca di matruh lebih sejuk berbanding cuaca di siwa. kat matruh banyak pantai dan laut serta teluk antara faktor matruh lebih sejuk. Siwa pulak, mmg panas gler. sbb tmpt dia semata-mata padang pasir. sepanjang jalan mmg hanya akan dpt tgk padang pasir jek. bler aku pergi sni, baru aku dapat rasa suasana mesir yang sebenar-benarnya. yang macam mana first impression aku bler sebut mesir, iaitu PADANG PASIR SEMATA-MATA. perjalanan dari matruh ke siwa amik masa dalam 3-4 jam lebih. Tapi satu benda yang aku gler2 gler2 gler2 gler2 gler2 (ini mmg btol2 aku respek) siwa ni la satu-satunya kampung yang masih mengekalkan sunnah nabi. sebab itu, siwa ni dikenali jugak sbg perkampungan nabi. *sbb dorg masih mengamalkan sunnah nabi* memang jelas ketara.

korang bayangkanlah, time2 siang2 susah nak nampak perempuan dorg keluar, kalo ade yang keluar pon, itu pon dorg selebung sampai langsung xnampak muka. SERIUS ni aku xtipu. dah la memang selebung satu muka, guna kain hitam, pastu dorg tambah lagi kat luar kain kelabu yang tebal. subhanaallah. mmg respek gler aku kt dorg. dan perempuan2 dorg xkeluar tanpa sebab. keduanya, yang buat aku terharu gler dgn dorang, lelaki2 kat siwa ni, MOSTLY memakai jubah. dan kebanyakkan nye semua memakai jubah putih. tak kisahlah sesapa, semua pakai jubah putih. even budak kecik2 pon dorg dah dilatih memakai jubah putih. hebat kan dorg? kite ni pakai jubah time nak g masjid jek tu pon bukannya selalu menjejakkan kaki ke masjid, Jumaat pon kadang2 liat. sape la kitekan nak berbanding dorg. terasa sangat kecil dan xsempurna diri ini. T_T. rumah2 dorg semua kebanyakkan berasaskan tanah liat, mmg kalo korg pergi, nmpk macam uma2 zaman dlu2. tanah liat semata dan ada satu uma aku tertgk, atap dia dorg gune cm pelepah tamar. aku xrasa dorg xde duit smpi gune tanah liat, aku pasti mesti dorg nak rasa cmne kehidupan zaman2 para sahabat dan para anbiyaa` agar timbulnya perasaan zuhud dan tawaduk. subhanaallah, hebatkan mereka?

siwa ni merupakan kedua penyumbang kurma yg terbesar di dunia, aku rasa no 1 arab saudi kot. Kurma dorg jauh lebih sedap dan murah berbanding kurma2 yg ade kat mesir. ye la, da dorg pengeluar, mestilah murah. tapi ammu arab jual kurma amik kesempatan skg, bler taw ramai org dtg siwa, dorg mula lah jual harga mahal gilak. tp xde la mahal mane pon, cuma harga nek skit daripada thn lepas. thn lepas kurma coklat 6.50 LE, skg da 7.00LE. kurma badam pulak dlu dorg beli 6LE skg 6.50LE. kurma biasa lak nek dr 4.00LE jadi 5.00LE. Olive oil pon. sudah naik harga. T_T aku just beli beberapa jek kurma, sbb family aku ramai yan baru balek dari umrah, dan mama kata kurma banyak da kat uma. and plus olive oil, biar mama aku sihat, masak gune olive oil. tiba-tiba aku bertekad nak sponsor tiap2 tahun kt mama Olive Oil, nak bagi mama aku shat dan bertenaga dan kurang cholesterol. untung dapat anak cm aku kan? hehe.

ok. sambung, kt SIWA ni bukannya just g shopping kurma, ktorg pergi jugak ke tempat2 bersejarah. meh sni aku nak cter kt korg tmpt2 history kt siwa. antaranya,
1) Kota lama siwa- kota terawal di siwa. kota ini dikatakan kota yang begitu besar dan terletak di antara 2 buah bukit. kalau tgk dari kota ini, korg boleh tgk Kubu Alexandria The Great. dan juga boleh tgk kesuburan tanam-tanaman di siwa.

2) kolam cleopatra- kt sni la tmpt mandi-manda cleopatra. korg kenal x cleopatra, xknl? klik sini. actly, kolam dia sangat banyak. ini salah satu dari kolam2nya, yang ktorg pergi yang 5 meter dalam dia. nak lawat semua boleh jek, tp ktorg da xlarat sbb panas gler. mmg rasa cm xnk kuar jek dr bas. kolam cleopatra ni, mengikut adat kat sni, sapa2 pengantin baru, dorg digalakkan mandi kt dlm kolam ni. kunun2nya, nnt perkahwinan akan kekal selamanya. gtu lah.

3) jabal mauta- maksud dia gunung maut, sbb dlu tmpt ni jadi persembunyian penduduk zaman dulu ktika peperangan berlaku dan juga tmpt pengebumian jenazah2. kat dinding2 jabal mauta ni, ada lukisan2 menceritakan tentang kisah perkahwinan cleopatra dan Marc Anthony.
tapi ari tu tgk dr dlm bus, sbb nak masuk dlm ni sgtla mahal plus cuaca terik matahari.

4) Jazira fatmas -dipanggil jazira fatmas sbb ia terletak di tengah2 laut siwa. kat stu juga terdapat byk kebun yang terletak di tasik garam. berhampiran dengan jazirah ini terdapat sebuah kolam mani sedalam 7 m dan lebih dalam dari kolam cleopatra. kolam ini lah yang menjadi sumber air utk kebun2 disekelilingnya.

5) Kubu dan Ma`bad Alexandria The Great- dibina kira2 300 thn dahulu. pintu dia masih bertahan walau da berabad. kat sni jugak merupakan tmpt persembunyian org2 zaman dulu ketika peperangan berlaku. Menara di kubu ini dijadikan sbg tmpt pengumuman bg mereka. Pastu, terdapat jugak terowong di mana digunakan utk mengambil air dari kaki bukit. bersebelahan dgn ma`bad, ada lubang utk disimpan barang2 emas dan berharga tetapi telah di cilok oleh penjajah2 yg jahat. Dahulu kala, di puncak bukit, terdapat berhala yg kononnya mewakili Tuhan Matahari yg terletak di bilik tengah. *akan ditunjukkan gmbr*. dan itu lah tuhan yg disembah oleh Alexandria utk memohon pertolongan. Alhamdulillah, kemudiannya berhala itu telah dirosakan oleh tentera Jerman ketika perang dunia ke-2, dan menjadikan tmpt itu sbg kubu mereka. kisah2 masyarakat zaman Firaun telah di ukir di pintu gerbang.

6) Kuil Amon - tmpt penyembahan Amon. di bawah kuil ini, terdapat istana tertambus yg mana mengikut kajian berasal dari Jerman. namun, masih dikaji smpi la hari ini. Smpai la sekarang, masyarakat Siwa sangat pelik+takjub, cmne tiang besar ini boleh terpacak di situ. ada pendapat mengatakan ianya telah dibina oleh Tukang sihir Firaun.

kalau kat MATRUH lak, ktorg melawat tmpt2 seperti di bawah :
1) teluk aljibah- dia dinamakan aljibah sbbnya teluk or laut ni, time waktu senja, bler kte tgk warna laut dia ada 7 warna lapisan laut, mmg cantik gler wa cakap sama lu. serius cantik.Laut dia terbentang luas, dengan gunung2 di hadapan, udara yang sgt aman dan menyenangkan. mmg ciptaan ALLAH sangatlah indah. itu baru di dunia, da cantik mcmni sampai xterkata, apatah lagi syurga. subhanaallah. mari kite bertafakur sebentar mengucapkan ALHAMDULILLAH atas segala nikmat yang telah diberikan oleh-NYA.

2) su`u libya a.k.a pasar libya- ni mmg sesuai utk shopaholic. dinamakan pasar libya sbb kebanyakkan barang2 dari LIBYA. kat sni macam2 ada jual, ade kurma ada buah-buah kering cm zaitun, buah tin, buah prune, kismis, gajus and mcm2 la. ada jugak jual cm baju2, kasut,jubah, jersey kraftangan. senang kata, kt sni MACAM2 ADA. harga pon amat berpatutan, kalau pandai tawar, dapat lah lagi murah.

3) hamam cleopatra- hamam tu maksudnya bilik air. ini lah dia bilik air yang digunakan cleopatra. Hamam terletak di laut, klo nk masuk ke hamam ni, kena merentasi air laut dlu. tapi xde la tengah mana pon. dalam hamam ni ada dua lubang, sblh sana untuk cleopatra mandi, lubang ke-dua utk segala penyahtinjaan. kat sni mmg sesuai utk hamam, sbb ombak dia mmg kuat dan mampu untuk mengalirkan "benda-benda alah itu". dan kat sni, tidak digalakkan mandi, sbb nya ye la tmpt pembuangan, korang nak mandi ker? keduanya, sbb kt stu, batu2 dia tajam dan licin. so, ianya amatlah berbahaya.

4) Bandar Marsa Matruh - bandar ni sgt tenang, indah, cantik, menenangkan fikiran terutama time malam. dengan kilau lampu berkerlipan. bandar ni xcm bandar2 lain yg hiruk pikuk.

ok. puas+penat aku bercerita. jangan risau, gambar2 akan dipost kan pada entry seterusnya, skrg ni nak bagi korg muqadimah dlu. nnt xde lah korg banyak tanya bler aku post gambar. ok? and sebagai pelajar malaysia di mesir a.k.a duta pelancongan MESIR-MALAYSIA *koya molek aku ni*, saya sarankan anda lawatlah mesir untuk melihat keindahan ciptaan ALLAH. jelajahilah negara-negara islam dahulu, dan usahlah dibanggakan ciptaan manusia yg xsetanding dengan ciptaan ALLAH yang maha besar. ini baru satu tmpt, da sebenarnya banyak lagi yang korang boleh terokai di sni. insyaallah, terjamin kepuasannya.

bertepatan dengan firman ALLAH :

"Katakanlah (wahai muhammad) : Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi"
(SURAH YUNUS, AYAT :101)

"Katakanlah (wahai muhammad) : Berpergianlah di bumi ini, lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang2 dahulu. Kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang menyekutukan ALLAH "
(SURAH AR-ROM, AYAT: 42)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger