BLOGGER TEMPLATE

Pages

27 June, 2010

HOT itu saya..

aku tertanya2, nama atiqah ni mmg suka main tag2 ke?
huhuhu..

got tag from intannuratiqah
(again?)

1-Anda rasa anda hot?
yes i am. i`m HOT! mana tak HOT, kalau da satu hari mandi sampai banyak2 kali. walau duduk sebelah ladang gandum yang angin kuat gler, still HOT!

2- Bila kali terakhir anda makan pizza?

27/6/2010 pada pkul 134opm. pas exam biochem trus melantak kat pizza paradise, makan pizza super supreme+milk shake chocolate+spaghetti. ^__^

3-Lagu terakhir yang anda dengar sekarang?
lagu mamat- ku pohon restu ayah bonda
*raya xlagi da dengar lagu raya, smgt nk balek ni*

4-Apa yang anda sedang buat selain menyelesaikan tag ini?
sedang makan pizza super supreme tadi *yg tapaw balek* sambil minum air 7-up sejuk gler sambil duduk depan kipas angin yg dipasang selaju mungkin. :)
huh. bahagia. :)

5- Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
adik
kak chik (anak cik ta jek panggil nama ni)
kak khai
niesa
org egypt
budak jordan (bila tah aku g jordan??)
antie nisa
khairun
nis
doc (aminn...coming soon)
baby doll (kisah zmn kecik2)
adik manis (ini mamak juge panggil)
nasi (apekah??)
kak anis (OMG! don`t call me this! AWAS)!

Tag 8 orang

bab ni yg aku malas. ayo~ tapi ape2pon, mereka yg 8 org ni, anda harus buat. penat dah ni tag korg.

hanan
ima
areep
ain
org uk
fatin
zunu
huzaim

Siapakah org no. 1 kepada anda?
ketua editor (mjlh yg xsiap2) saya, dan saya rindu dgn dia :)

Katakan sesuatu kepada org no. 5
termasuk yang ini, saya rasa da 3 kali sy tag anda, bler nak buat tag2 ni?

Org no. 3 ada hubungan dengan siapa?
xsure sape, tapi yg pasti budak tu blaja kt maktab perguruan tganu.

Bagaimana pula dengan org no. 4?

erm. dulu ngan i***, tp xtaw la skg still ke x?

Pesanan buat orang nombor 6?

selamat berblogging! :)
sila buat tag ini, anggap seperti anda sedangvdilatih oleh senorita yg comel. =)


Kata2 cinta untuk org no. 2?

enti hulwah kal qamar fillail, waana uhibuki giddan-giddan. huhu~
sy still straight. jgn bimbang. hoho~
*aku nk bg syair adab nusus form 4 dlu, tapi xingat la plak*

adakah org no. 7 & 8 mempunyai persamaan?

dorg ni suka kat budak perempuan.
(eh..ke tak? haha)

Berikan 5 yang anda tau mengenai org yg tag anda?

muka serius
ex-kuliah mate
pandai berpantun
teramat minat dan die-fan DROGBA
baik hati (kot?) hehe.

Perasaan anda semasa menyelesaikan tag ni?

eh, kenapa kipas ni limit dia samapi 3 jek?? ada sapa2 nak sponsor aircond? xpon kipas yang level dia sampi 10.. panas ni. HOT! HOT! HOT!
nak balek msia~!

25 June, 2010

cawan dunia :)

salam.sejahtera.semua.

dek kerana keseraman mendengar salakkan anjing yg mendayu
aku pon terus bukak laptop pasang ayat al-quran dan bukak tnet.
sokmo dgr bunyik anjing, boring gak kekadang, tapi much better kot,
kang kalo bunyik selain binatang aku gak yang takut. hehe.
tapi kadang2 bunyik anjing ni bler gr byk2 kali mcm dgr budak nangis pon ada

hari ini xtaw la, ape la yg galak sangat dorg nak menyalak.
adakah di sebabkan kemenangan Jepun melawan Denmark?
atau kekalahan Italy oleh Svlokia?
or New zealand and Paraguay yg tidak menyumbang sebarang gol?
apa yang pasti, aku xsabar nak tunggu next match, BRAZIL vs PORTUGAL!
walaupun KAKA kesayangan aku xmain. T__T

GO!GO! BRAZIL.

aku sangat la xpuas hati Ivory Coast punye pemain.
*booooo ivory coast*
pe bende la nak jeles2 ngn KAKA, dah kalah da lah weh
nak main tipu plak. aku EMO ni. hahaha~
kesian kaka aku kena sabotaj
xpe Brazil, group teraniya biasanya akan menang!
tunggu dan lihat sahaja. :D

ok! aku da merapik.
byk post menarik menanti anda.
nantikan lepas aku exam :)
daaa~

sejak aku duk egypt ni, aku baru perasan diri aku pandai main futsal dan mampu berlari selaju mungkin dengan kasut wedges setebal 3-4 inchi tanpa terpelecok di dalam gelap. huhu. xsgka aku pandai berkokurikulum rupanya, aku ingat aku cuma pandai kurikulum jek.



22 June, 2010

ini ada choc sedap menunggu anda!


A good news for chocolate lover!! You are invited to join NisaChoc Giveaway. This giveway will be end on 8th July 2010.

4 Easy Steps:
1) be NisaChoc follower.
2) Post about this Giveaway on your blog and and link this post.
3) Add link http://nisachoc.blogspot.com on your blog list.
4) Leave your URL link and comment on this post.

Gift:
Love Box - Praline Chocolate with filling ( 8 cavities)


The winner will determine by lucky draw.

notasaya: so, chocoholic out there, what are you waiting for? hurry up! join this.
i`m pretty sure, this choc will taste great, even i`m not trying yet~ ;D
*why i`m soO sure? cause that choc start with my name... nisa.. hehe. surely, it`ll be sweet like me..ngeh~ SERIOUS NI*
lets try, who knows u`re the lucky one.??

all the best!

[KLIK SINI]


mimpi indah luar biasa

orang dulu2 ade pesan
sebelum tido basuh kaki
basuh muka, gosok gigi.
baca doa tido, amik air semayang
baru tak mimpi ngeri.


masalahnya,
aku da buat smua,
tapi asal mimpi seram lagi?
owh. mungkin lupe nk baca doa tido kot.
tengah2 study, tiba2 mata terpejam
sbb tu terlupa nak baca. hehe.

serius.
malam td mimpi ngeri gler2.
sampai aku rasa aku nak bangun cpt2
tapi dia xbagi bangun la plak.
bermacam2 hantu memegang watak dlm mimpi aku
da macam drama pon ade.
aku xnk cter
sbb ianya sgt seram dan aku pon sbnrya
dah lupa bab ending nyer! hehe~

tapi apa aku nak cter adalah
MIMPI AKU KE-2
gler kan? siap byk2 mimpi lagi tuh.
mimpi ke-2 ni pasallll
hah, sila baca cerita di bawah

ceritanya :
aku berada di sebuah tmpt yg sgt cun melecun
pastu dalam mimpi tu aku dilahirkan sbg anak org kaya
ala mcm cerita richie rich
semua benda aku punya
aku nak apa semua dapat
segala-galanya indah sampailah satu hari
aku kenal ngn sorg anak teruna ni
*syg nye sbb dlm mimpi aku mamat ni xtunjuk muka*
aku kena kawen ngn dia
tanpa tgk muka
oh, sungguh kejam dunia.
aku pon, redha je la
cakap mak bapak xleh nk bantah
t jadi anak durhaka plak.

aku pon redha jela
time tu, teruna yg bakal jd suami aku tu
kena interview ngn parents aku
*dlm mimpi ni, parents mana tah jd parents aku*
terasa mcm aku anak angkat la plak dlm mimpi ni
dia kena soal macam2
semuanya pasal bisnes.
maklumlah kunun2nya, family aku bisnes byk
huh, amik mamat tu.
aku da pkir da, klo dia xdpt jwb mesti aku xjd kawen ngn dia
dah happy da time tu,
skali amik ko.
dia boleh jawab smua soklan2 payah yang amat dr parent aku (bukan sbnr)
aku terkedu dan diam.

bler da sukses, aku pulak kena g uma mamat a.k.a bakal suami aku tu
kena interview ngn parent dia plak
aku da cuak
ape hal kena interview2 ni
macam dah nak cari kje lak
keje doc mne ade interview2 ni mak cik!
aku dah debar bler duk dpn mak cik tu
pkir2 da soklan ape la mak cik ni nak tanya
aku pon selawat dlm hati
mitak2 dpt soklan senang
mak cik a.k.a bakal mak mertua aku tu
tenung aku semacam
uiks. psycho nyer. aku pon tunduk jek
takut uh, nak bertentangan mata.

tiba-tiba mak cik tu ckp,
"khairunnisa, da bersedia nk dgr soklan mak cik?"
aku angguk perlahan-lahan.
"soklan dia :

"WHAT IS B-OXIDATION FATTY ACIDS AND ITS REGULATIONS?
"

terus aku terbangun dari mimpi

tanpa sempat tgk sape la mamat tu.
rugi.rugi.rugi. hahaha~

ciss. sekali soklan biochem daaa~
bangun2 rupa2nya aku tengah tertido atas page title tu
patutla mimpi pon terkuar tajuk tu.
owh. maksudnya dia suh aku baca biochem la tu. lalala~!

ok. ini last paper wajib aku.
sila doakan aku ea korang.
selamat maju jaya. :)






20 June, 2010

selamat hari bapa! :)

selamat hari bapa kepada semua bapak2 di seluruh negara.

sempena hari bapa ni, aku nak buat post special tuk abah aku.

tapi sebelum tu :

[AWAS! ENTRY NI SGT PANJANG. ]
* nama abah Haji ithnain bin bikan
* muka kacukan mamak ala-ala arab
* aku selalu jeles ngn hidung dia yang mancung tu.
* suara abah sedap. abah selalu lead org main kompang dan create lagu2 baru.
* abah pandai berzanji dan tilawah. tapi anak dia, sorg pon xreti. hehe.
* abah suka azan, org suro abah jadi bilal, abah xnak, abah kate nk isi masa lapang. azan2 abah
semua sedap. abah bawak lagu azan mekah,madinah,al-aqsa dan macam2 lagi. semua abah pandai.
* abah org jawa pure tapi pandai banyak bahasa. Jawa,Bugis, Battam,Minang, Bahasa Inggeris dan arab pon abah pandai walupun sikit2. sampai anak dia, semua xreti. teruknye.
*time2 cuti sek, ktorg slalu ajak abah g mandi kt air terjun kt, tp abah xpernah bagi sbb abah kata ramai org mati lemas kt stu. ktorg slalu nangis2 nak pergi, tp abah xbg jugak. abah diam jek time ktorg ngis, akhirnye time darjah 3 abah buat kolam renang belakang rumah, dan ktorg pon mandi puas2. xyah da g air terjun. sayang abah.
*waktu darjah 4,abah belikan ktorg basikal. pastu ktorg tgk abah nek motor, ktorg pon tinggalkan basikal dan main atas motor abah petang2. last2 abah kesian, balek sekolah amik ktorg abah bawak ktorg g kedai motor dan beli motor scooter comel. abah ajar ktorg smpi pandai.
*Waktu form 1 smpi form 2, ktorg duduk asrama, tiap2 minggu abah akan dtg ngn mama. walaupun jauh dr kota tinggi ke kluang, tapi abah xpernah kisah. dan time outing mesti abah bawak ktorg g batu pahat, tgk sedara mara abah.
*waktu form 3, abah da start sakit, ktorg kuar asrama sbb nk sek dekat bleh tgk abah, tp abah xpernah tunjuk abah sakit. abah selalu buat muka strong.
*waktu ting 3, ingat lagi, time nk amik result pmr, dalam keta, tiba2 abah ckp, kalau adik dpt 8A abah belikan hp dan buat mkn2 besar. aku pon, ok! tapi xkn 8A jek kot, kalu 7 ke 6 ke 5 ke, xboleh ke. abah ckp, ala, jgn riso la adik msti dpt 8A. skali aku tgk result btol aku dpt 8A.
* waktu aku form 3, ktorg skali lagi gian nak bawak keta,sbb bler tgk kawan2 ade yg da pndai bawak keta. keta kt uma time tu automatik, ktorg nak belajar ngn abah dengan keta tu. tapi abah xbagi, last2 satu hari, ade keta kancil manual kt dlm uma. rupa-rupanya abah belikn tuk ktorg sbb nk suh ktorg blaja manual dlu. setiap petang kita g padang berlatih sama blaja keta. mama xbagi ktorg bawak keta kt jln raya sbb xde lesen. Abah selamba jek bagi, abah kata kite kena bagi kepercayaan kt anak2. comelnyer abah!
* pas form 3, aku masuk asrama. macam biasa anak manja, selalu menangis2 suh mama datang. time tu abah da sakit kuat jugak, tapi abah xpernah kira sakit abah. abah tetap jugak datang. kadang2 walaupun abah baru jek kuar hospital. abah terus jek datang. maaf abah.
* ingat la waktu result sma keluar, aku telefon mama ngn abah, time tu abah ckp abah kt uma, tpi sebenarnya abah kt hospital. abah xnk aku riso. dan abah trus ckp, adik mesti dapat mumtaz punya. aku senyum, skali result kuar btol abah ckp.
* abah selalu masuk wad. aku selalu nk jaga abah, tp duk asrama, mana selalu balik uma. dan abah pulak, suka g hospital jauh2, cm kt pakar melaka, sbb xnk ktorg tgk abah sakit. abah xnak tgk ktorg menangis.
* bler tgk abah sakit, tiba2 aku cakap ngn abah. nnt adik da besar, adik nak jadi doctor. adik nak rawat abah ngn mama. pastu abah cakap slow jek, rasanya abah xsmpt nk tgk kamu nak. time tu aku rasa sebak+nak nangis. tapi aku ckp nada lawak nk cover, abah akan sempat tgk. abah diam. dan senyum.
* waktu form 5 sakit abah da kebah skit, tapi tah cmne datang semula dan makin teruk. waktu nak bawak g pakar johor, abah xnak. abah kata abah xlarat nak g pakar, abah nak cuba hospital kerajaan lak. ktorg pon bwk abah g hospital kota tinggi.
*time tu nasib baek cuti sekolah, aku jaga abah gilir2 ngn mama dan akak. mama suh bawak buku time jaga, supaya xda la membazir masa. aku pon baca buku sebelah abah. abah tengok aku, tiba-tiba abah cakap, adik, abah minta maaf kalau abah xbagi pendidikan dan perhatian secukupnya kat adik. kesian adik, terpaksa jaga abah time2 nak exam, buat exam spm btol2 taw. aku senyum jek. aku ckp nak g toilet nk buang air, smpi toilet aku menangis slow2, xnk abah dgr.
* waktu tu 19/5/2007 time tu nak dekat akhir2 cuti sek, pagi tu abah tiba2 meracau. ktorg xtaw nk buat ape, panggil doc, time tu doc pon xde, panggil nurse suruh tgk2 kan, nurse tu boleh kurang ajar ckp, dia tgk busy, pergi panggil nurse lain. cakap smbil xtoleh mak aku. sejak ari itu, aku mmg jaki+benci gler ngn nurse2 ni. belagak+bajet! nasib baik time tu abang aku ade, abang sound dia kaw2. nurse tu xtaw yang abang aku kawan baik ngn ketua hospital time tu.
*abah tgh meracau2 pon, abah boleh senyum. abah xnak ktorg sedih abah sakit.
*ALLAH amat menyayangi abah, tanggal 20/2 abah pon pergi meninggalkan ktorg utk selama2
*abah mmg baik, tiada abah boleh gantikkan abah.
* abah selalu bagi ape2 jek ktorg nak.
*muka abah memang tegas, tapi dalam hati abah ada taman.
*abah lah abah terbaik di dunia.

ADIK SAYANG ABAH SANGAT2.
ADIK RINDU ABAH SANGAT2.

SELAMAT HARI BAPA, ABAH!
Terima kasih sbb da jaga,sayang,layan karenah adik, buat macam2 wlpn sekejap.
terima kasih abah kerana abah telah beri adik peluang untuk mengenali dunia.
semoga roh abah sentiasa dicucuri rahmat-NYA. amin.

al-fatihah utk allahyarham Haji Ithnain Bin Bikan.

16 June, 2010

kisah mo`men & tag senyuman comel.:)

salam semua.
tengah2 duk layan feeling baca satu artikel mengenai perancangan jahat yahudi laknatullah, (first thing aku nak bgtaw pasal artikel ni sblum korg, sila berhati2, sbb kalau baca balek smua ayat2 paderi tu, actly ayat dia sangat2 psyhco. sila bersedia fizikal dan mental. jangan xpercaya dan jangan percaya sgt. sbb kdgkala dorg saje nk bg kte psycho buat kite akan terfikir2 dan tanpa sgja boleh tersyirik. faham?) tiba2 mengidam nak makan mo`men. serius. dari ari tuh lagi aku duk berangan2 nak makan. and hari ni aku xkire, aku terus ajak housemate aku g gak. sbb da kempunan sgt2. sedap gler weh! serius. kt tmpt korg ade ke? mesti takde kan. *ketawa dgn riak* haha..

pas asar ktorg pon trus bersiap2 nak g makan. sambil jalan lenggang kangkung, uma ktorg smpi g pintu gerbang nak masuk kwsn ktorg jauh gak la, ade la amik masa dalam 25-30mins, tu klo slow2 la jalan. nga jalan2, tgk dr lorong dpn, nampak kak yun ang the gengs. pakai cantik2. hah, taw sgt la. bebudak ni, klo pakai cantik tu xlain xbukan mesti nk g makan2 or nak g cairo or g majlis. faham sgt da. xsmpt pon nak borak ngn dorg, dah nek taxi. ktorg pon teruskan je la perjalanan. da la skang ni makin panas, aku lak boleh pakai serba hitam ari ni. mau xmenyerap haba. xpasal dapat sauna free petang tu. adui.

tengah2 jalan otw nak g mo`men tibe2 pak cik taxi berenti lak. bleh plak pak cik ni nak berenti2 kan. da la panas gler. suka suki jek berenti nk isi air kt keta dia, before2 ni xnk lak pulak tuang air, time ktorg nek la plak, dorg nak isi. ayo~ aku pon ngn housemate berbual2, skali tibe2 aku terpandang sumthing kt atas deckboard (btol ke nama dia.hentam jela labu) ade al-quran. subhanaallah, bagusnye pak cik ni bawak quran, tgk quran tu pon da lunyai, mesti slalu baca. kat msia nk jumpa pak cik taxi bwk quran, payah kot. 1 in millions la. skali tbe2 kt bwh quran ternampak tasbih! hah. aku baru teringat yang aku nga carik tasbih. klo kat hussien or cairo tu melambak la, tp xkan la nk cari tasbih semata2 trun sana, malas la. ari tu survey2 gak kt kedai2 buku agama, dorg pon xde jual. tmpt aku ni cm kampung skit, payah nak jumpe kot. maybe dorg banyak buat sndrik (kot).

pas dia masuk aku pon tny. "lausamah, fin ente yastari da?" (mana awak beli tasbih tu) *smbil tnjuk tasbih dia*. dia pon, "di? di min saudi arabia, hadiah min sohobi.(ini, dari saudi arabia, kawan aku bg" . aku pon tny," law fiz zakzik hena, fin maugud da? aiz isytari.enta a3ref?(kat sni ko taw x kt mne tmpt jual? aku nak beli) tiba2 dia kuarkan tasbih tu and dia bg aku. aku pun, eh, tanya je kot. bukannya aku nak beli dia punye pon. "enti huz di, wallaahi ana maugud kathir.(ko amik la, aku ade byk tasbih ni". eh, kesian kot. xnak aku trime, "laba`sa. ana as`al bas"..(Eh, xpe2.. aku tny jek.) pastu dia paksa gak suh amik. aku terkedu gler. last aku pon amik n still muke nga terharu. hoho~ alhamdulillah. terkabul gak impian aku. dan secara tiba2 aku jadi tersayang kt org arab. hehe. aku mmg diam sbb terkedu dan terharu sgt sampai la kt kedai mo`men. mungkin dia sudi bg kat aku sbb aku tanya dengan muka ikhlas dan cute (kot).haha. *aku ade cakap ayat ni kt kwn aku, pastu dia boleh nk muntah kan. isk3. korang rasa ptot ker? xptotkan. sbb ianya hakikat. wakakaak*

sampai2 jek, tbe2 aku tgk kak yuni and the gengs, nga tempah order. haha. da agak da, mesti nk g makan. ape lagi kalau gegirl da berjumpa kan kecoh sakan la mo`men. ditambah pulak ade nye kak teah, fazliana, aisyah, kak sufi, mmg hot la ktorg. bayangkan bercerita dari cerita BIODISC, pastu sampai la ke cerita nabi muhammad (hah, see! ktorg cter psl mender baek. . mitos yg mengatakan pompuan klo berjumpa mesti mengumpat itu adalah karut. karut3..hehe), cerita mimpi seram, dan usrah and the last ade satu cerita (cerita ker?) yang membuat kan aku dan housemate rasa begitu bertuah dan beruntung jumpe dorg hari ni. serius. ape dia? mana leh gtaw, t la aku cter. pastu campur nga aksi lucu masing2 sampai ketawa gila sakan, buat macam uma sendirik jek, padahal xsedar nga duk kt kedai tu. aisyah la g ketawa mcm nk jerit, smpi org arab naek tny kenapa. LOL! sengal sungguh. naseb bek la tmpt org, kalo kt msia la wat cmtu, konfirm2 law ade mak cik2 kat stu, hbis kena reject jadi menantu kalau xde mak cik, habis la kena sound kaw2 punyer. tobat2. haha. janganlah terbawak2 sampai ke msia.

faz la paling byk cerita, dia mmg byk mulut tapi she`s really nice! *ok. faz, mo`men satu. penat puji ni* cter punya cter sampai la faz ckp, yg dy ni asyik update blog jek. sampai satu hari 3 kali post, gler free kan. ala, aku malas jek nk cakap, budak2 kt sni smua cmtuh, cakap xbace buku la, xstudy la, slalu update blog la, tapi bler kuar result, SEMUA GEMPAK2. Malas da nk caya korg. kan? kan? hehe. samapi la faz ckp, eh nisa ko x buat tag ke? tqa mamat tag ko. aku pon? owh.. ade ea, aku lama xbukak blog org.
aku balek2 dari mo`men, terus bukak blog tqa nih, bukak2 jek trus tgk. dan

haha. mandai jek ko, tqa. mne ade aku banyak mulut. mulut aku satu jek. cuba kire. haha~

dan tiba2 bila aku bukak blong intanpayung

see. dua org da ckp aku senyum comel ni, ade sape2 lagi nk ckp?? *ha ha ha "ketawa dgn bungga"*
tiba2 aku terpikir, jadi mesti ni antara sbbnye kenapa pak cik arab tu sudi nk bg tasbih kt aku. eh ada yg nk muntah lagi? haha. rileks. saya tahu anda cemburu. muahahaha~

aku rasa pak cik ni mmg ptot mng award senyum plg lebar.

cube korang perhatikan muka siti ni ngan muka aku. ade persamaan kan? cpt2. sape taw persamaan dia aku belanja mo`men. s e r i u s ni. ^__^ V

and hah. amik la, gmbr ni. xleh senyum lebih2, nnt ade yg terpikat. lala~ ok2. nisa stop berangan! haha.

and for yg bertuah,

org uk (anda byk masa lenggang kn? sila buat! :D)
nabilla hannan (dia ini fotogediks.ops.hehe)
atiqah anuar (sbb dia suke sengih)
kak husna (suka tgk dia senyum)

sila buat tag ini. wajib! ngeh~

peraturan dia :
1) wajib buat. *paksa korg ni*
2) pastikan gambar seorang.
3) mesti la senyum yg paling melembar yg korg rasa korg ade.
4) follow pengetag. (xyah la. ni aku xpakse)
5) sila tagged 4 org yg anda rasa dia comot. eh. comol. payah no nak sebut haih. comel.

ok. tu jek. post kali ni nk cter psl tag jek sbnrnyer. muqadimah xleh blah kan panjang.
semakin hari semakin pemalas, rasa cm da hbs exam jek. ok! aku harus stop main internet.

p.s
entry sepatutnya di publish kan 01.00am yg lepas, tetapi sebab kelambatan internet tahap tortoise baru la nk publish 5.20pm ari ini.

p.p.s
aku baru perasan entry ni lebih banyak memuji tuan punya blog ni, so klo korg rasa boring nk muntah hijau ke, sorry la ye. dan cikgu hamsan ksygn aku pernah cakap, pujilah diri sndri, krna anda sendiri yg dapat memuji diri anda dgn ikhlas.

p.p.p.s
aku ade oral anatomy ari sabtu ni, doakan ea. ^__^

15 June, 2010

saya bukan kaki gaduh~

hahaha... saja bikin status gempak.. muahaha~

sedang2 khusyuk study tbe2 ade dgr bunyik lagu "menyesal" herlambang. sape la pagi2 buta anta msg ni. aku nga mamai+blur pun bukak la. sekali...........

"wei..adik comel (ok. ini aku tmbh sndri..hoho..) ko wat gape? mom ade msg ko x? mom tny asal xreply..
wei,blik la cpt ak bosan gler2 da ni,thap dewa,thp cipanzi,thap badak n gajah. nek bingung aku

haha. rindu aku la tu. muahaha.. akhirnya dia mengaku pon rindu aku... aku pon...

ooo..baru nk rindu aku ea..tyme aku kt uma, gaduh jek sokmo and bla bla bla

skali :
dah ko yg sokmo cari ngn aku.. cmne aku xgaduh.
*skg ni akak aku nga sbuk blaja bhsa ganu, smpi rimas aku nk ckp ganu balek.. al- maklumla ehem2 org ganu*

aik? aku ke? kalo la msg ke msia semurah celcom upax, da lama aku betah balek..tp sbb mahalkan, ckp yg perlu jek. kena pandai bajet.

itulah aku dan dia. selalu jek gaduh. xdela smpi gaduh bertumbuk2. tapi eh, pernah jek. waktu kecik2 dulu. hehe. asal jumpa jek, mulalah. kadang2 xjumpa pon, leh gaduh. kelakar. tapi best wat gaduh2 ni. aku rasa GADUH DALAM ADIK BERADIK SGT SWEET.
teringat time aku kecik2, nga gaduh mesti ade yg menang. so, aku akan buat perkara-perkara untuk memenangkan diri aku even dgn taktik bersih.

perkara2 aku buat time rasa cm xde harapan nak menang. ataupun sbb xnk kena marah.

1) menangis semahu-mahu hati. kadang2 saje je kuat2kan nangis tu padahal air mata xdela kuar byk mana pon, sje highkan sound sampai mama dengar, bler mama dengar mestilah akak aku kena marah. yg tengah menangis xkan nk marah lagi, mau lagi kuat. bijak kan?

2) mula buat mimik nak nangis, sbb kalau aku nangis, nnt mama dengar, mama mesti akan marah, dan akak aku akan kena gak, so, dia akan pujuk. time tu mula aku jual2 mahal, xnk makan pujuk, sbb tahu pas ni mesti dia akan ckp cmni, ala diam2, ptg ni akak belanja cornetto. time tu, hati suke da, plan success. tapi, saje tmbh nangis2, sbb t akan berbunyik lagi ayat, hah, dengan jajan potato chips ea. diamla adik. time tu terus berenti. nak ngis lagi? xpasal akak aku ckp, mau makan penampar? bek la aku berenti. hehe.

3) bler nga gaduh cm pukul2 bantal or silat2, terus buat jatuh and mengerang kesakitan. dengan mimik muka yg real. terus akak aku berenti, nnt dptla tgk muka cuak dia. so, terus xsambung main.

4) ugut nak bukak rahsia akak aku. biasala tu, aku akan ugut, hah, adik bgtaw mama rahsia ko.cakap kat abah sekali. so, xnk rahsia terbongkar, maka mengalahla beliau. dan padahal, rahsia tu aku da bgtaw mama da pon. hahaha~

5) mender ni bler aku pkir balek, kelakar gler. bler gaduh jek, aku akan ugut nk bgtaw kt mamat yg dia pernah suka, yg akak aku suka kt dia. hahaha. funny kan? padahal la, bler pkir2 balek, bagusla kan. ade org nak bgtaw, xyah susah nk simpan2 feeling. kalau time da besar ni aku ckp, mesti akak aku nak. hahaha~

6) yang ni terbalik lak. aku akan ugut kunun2 nk ckp kt mana2 budak laki yg suka kaco dia yang akak aku suka kt dia. haha. funny gler. haish, klakanya time kecik2 dlu, xmatured btol.

7) lagi satu, taktik bersih. dengan amik barang2 kesayangan dia, aku pun akan buat2 cm nk buang la, nk pecahkan lah. barang kesayangan kot, mau menangis dia kalau biarkan aku pecahkan. hehe~

banyak jek lagi idea2 jahat aku time kecik2, cume xingat da. and kesian akak aku, bler da besar2 ni, bler aku buat hal, susah dia nak mengalah and even kadang2 benda yg sememangnya aku salah pon, aku nk menang gak. kesian akak aku. sabar ea. hehe~

teringat dulu, aku pernah pakai baju baru dia. dia xpernah pakai pon lagi baju tu. tapi sbb da comel sgt, aku pon terus melamar nk pakai baju dia g bandar. Mula-mula dia xbagi, tp lepas da pjuk2, rayu2, akhirnya dia bagi gak. aku pon pe lagi, hepi la. and dia nye syarat suh basuh baju tu pas pakai. aku pon, angguk je la. pas balek tuh, aku pon terusla nak buat baik, campak baju tu dalam baldi dengan niat nak basuh baju dia. aku pulak boleh xperasan yang ade baju blause len kat dlm baldi tu, aku pon dengan senang hati mencurahkan air ke dalam baldi itu dan letak sabun. aku pon biarkan la bpe minit.

skali bler aku pergi balek kat baldi nak basuh, tgk air kt dlm baldi tu jadi warna merah, aku pelik da. baju tu putih2 ungu, cmne leh kuar warne merah lak. aku pon angkat, skali tgk, subhanaallah, kt bawah tu ade baju blause warna merah menyala yg mmg sudah terkenal dengan kelunturan warnanya. time tu cuak xterkata, aku basuh2 baju, warna tu still xturun. ma aku suh letak clorox, aku letak2, xhilang jugak. nasib baiklah time tu dia tengah tido. aku pon tgk ma aku, ma aku diam jek. sbb taw pasti MAK CIK itu akan mengamuk punye.

aku da buntu, aku pon pergi cari baldi warna merah dan rendam baju tu kt dlm baldi tu. dengan harapan dia xkan perasan. sekali tah cmne, bangun2 tidur, dia trus tanya aku da basuh baju dia belum. aku pon ckp la nga rendam. mne la oerasan dy g tgk baju yg aku rendam tu, xsempat en nak halang, dio da angkat. maka, menjeritla dia aku da serba salah. lagi2 bler dia da start nak nangis, aku da cuak. dia mula bebel2 kt aku, suh ganti la. aku dengan innocent xtaw nk wat pe, amik duit trus bg kt dia. i bg lebih dr harga baju dia taw. tapi dia still nangis lagi. ye la, da la xpernah pakai lagi, sekali aku pakai terus rosak gtu. menangis lagi. aku faham kesedihan itu tp janganlah ye ye no ngis. aku da mintk mahap, da ganti,still ngis lg. aku da geram, last2 cakap cmni :

yang akak nk ngis2 sgt ni kenapa? adik da mintk mahap kan? duit pon da bg. benda ni semua da terjadi kan?. dan baju akak rosak ni pon semuanya da tertulis kt luh mahfuz. semua kat dunia ni, segala ape kita buat da termaktub. Dah tertakdir da. Adalah tu hikmah tye, ALLAH xnk bagi akak pakai baju ni. semua kan da ALLAH tulis, kalau ALLAH kata kun fayakun, maka jadi jadilah. benda duniawi ni nk ngis sgt. cubala nangis kerana ALLAH ke...

hah, ko. xpasal2 terima ceramah bebas dari aku. terdiam terus akak aku. aku masuk bilik, and terus tido dlm keadaan serba salah. tp cm xptot kan keluar ayat ni? xtaw la cmne terkuar. aku xterpikir pon.ia terkeluar. dan tyme tu sedara mara aku ade gak, dorg pon terdiam. dan aku pon xtaw cmne la bleh terkuar ayat ni. dan hingga kini aku terus tertanya2. sekian.


11 June, 2010

TOP 15.....

salam 1malaysia.
lets read about :

TOP 15 BAU KURANG MENYENANGKAN.


15. TINJA MANUSIA DAN HAIWAN.

sejenis pepejal dan cecair yang dikeluarkan melalui proses defecation and urination. Untuk maklumat lanjut sila tanya diri sendiri. hehe~

14. IKAN BUSUK

Rotten Fish

Kepada peniaga-peniaga di luar sana, janganlah menggunakan ikan busuk di dalam masakan korg, sbb bau ikan busuk antara bau yang paling kuat ye. sekali dua tipu boleh la kot, lama-lama kantoi jugak. Lagipun bukan ke berdosa menipu2 ni, di alam kubur nnt, badan anda akan membusuk, xtkot ker? insaf2.. *Salah satu sebab aku xsuka makan ikan, sbb tkot makan ikan busuk. euww~*

13. PENGKOMPOSAN TUMBUHAN

Compost Heap

Komposan tumbuhan adalah penguraian tumbuhan oleh mikroorganism tertentu dan menjadi nutrient untuk tumbuhan yang lain. ianya jadi busuk disebabkan oleh pengeluaran isothiocyanates ketika proses komposan berlaku. Jadi, kalau tiba-tiba korang kat hutan, tiba-tiba terbau mender busuk, sila jangan pikir bukan2. Jangan takut2 nk tegur, TEGUR JEK. sebab tumbuhan xboleh menjawab teguran korg, ok? :D

12.PEREPUTAN DAGING/ BAU BENDA TERBAKAR.

Che

Bau pereputan daging2 manusia atau luka-luka yg xsembuh sangat kurang menyenangkan. dan juga bau2 hangit macam korang2 yg suka berangan kat dapur, samapi masakan hangus terbakar.

11. ASAP2 KILANG

Bton Sewer

Asap2 kilang terkandung bermacam2 gas termasuk gas toksik ataupun tidak. pencampuran banyak2 gas ini menyebabkan penghasilan bau yang kurang menyenangkan serta merbahaya utk sistem pernafasan. antara gas2 yg terkandung adalah CO2, ammonia, methane dan sbgnya.

10. BANGKAI BINATANG

Road Kill

Contoh paling mudah, bila bangkai cicak tersepit kt almari baju. "Wangi" kan bau dia?

9. BAU MULUT

Smiles1

Wajah kiut la mcam siti nurhaliza ke, hensem macam fahrin ahmad, kalau xgosok gigi, jatuh saham la. mmg aweks2 larik la. Tapi kalau korang da gosok gigi hari2, tapi still berbau, g jumpe doc, sbb gigi korg ade mslh tu. dan salah stu tips nak taw mulut korg busuk ke x, aku pernah terbaca, korang jilat tgn korang bukan kt telapak tgn, pastu tunggu smpi kering and bau. selamat menikmati bau mulut korg.

8. Skunk

Skunk

skunk? aku pon xpernah jumpe binatang ni, dan xtaw la bau dia mcmana. tapi, skunk ni mengeluarkan bau tu sbg pelindung diri drpd musuh. Kadang2 aku terpikir, kalu la tiba2 kena tangkap ngn harimau ke kan, kalau kita fart kat harimau tu dia lari x ek?

7. BAU ANJING BASAH

Wet Dog

ini pon sama. aku xpernah dekat ngn anjing so, aku xtaw bau dia mcmana. kalo korg nk taw cuba tny kawan2 korang non-muslim yg ade bela anzing ni. and aku xdpt bygkan mcmana dorg bleh bela, sedangkan bau anjing lebih hebat busuknya daripada bau tinja manusia. eee~

6. MAYAT

Decaying Flesh

aku xpernah bau mayat walaupun selalu bermain dgn mayat kat gameah, sbb mayat kat gameah dorg da mandikan dengan formalin. dan serious, aku suka gler bau formalin walaupun kadangkala menyakitkan. tapi aku pernah baca hadith, yang bau bangkai manusia adalah lebih busuk daripada bangkai binatang. dan mmg terbukti da. dan korang nk ke makan mayat? so, kurangkanlah mengumpat! :D

5. MAKANAN BASI

Rotten Food

bau ini aku paling xsuka + meloyakan. sbbnya dari ada selera nak makan, terus xde selera bler terbau. T__T

4. AIR TERCEMAR

Kid-With-Stagnant-Water

dan ini. sape nk bau boleh dtg ke zgzg, dan aku akan bawa korang ke sebuah jambatan dekat jek dengan kuliah aku, dan korang boleh menikmati bau ini.

3. BAU GAS METHANE

Fart

Farts. korang da arif kan? klik sini untuk mengetahui jenis2 farts. ^_^

2. Hydrogen Sulphide

Disgust Factor Man

pernah bau telur busuk? hah, dalam telur tu ade gas ini.

1. BAU KAKI DAN BADAN MANUSIA.

Armpit-Odor

*gmbr di atas <-- pertandingan bau badan paling kuat. :))*

jeng... jeng...jeng...

inilah yang aku nantikan.. dan no wonder la kalau korang semua xtahan dengan bau minah dan mamat arab2 kt sni. korang xsalah kalau korang kutuk dorang or xtahan ngan bau dorang, sebab BAU BADAN NI JATUH NO SATU KOT!! bau yang PALING KUAT! kalah bau mayat dan bangkai2 kat atas. hebat..hebat..dan aku tiba2 rasa macam nak keluarkan artikel ni dan tampal kat gameah, kt musolla perempuan biar mamat dan minah2 arab tu semua baca. hahaha~ TAMPAL BESAR2.. dan sebelah dia pula aku selitkan ngan iklan deodorant. huh.. mmg bagus. dan kat luar sana, please stop asking me kenapa xnak cari pakwe arab. Inilah antara sebabnya kenapa aku xnak dan xsuka ngan mamat arab. dan juga kenapa aku xnak carikan korang pakwe arab. faham?

memang HANDSOME & CANTIK2, badan sasa, tinggi, hidung mancung, pipi tersorong2, sekali lagi aku ulang HANDSOME & CANTIK, again HANDSOME & CANTIK tapi ..........................................., sudah tiada guna rupa kacak dan cantik wajah itu. :D

lagipun, bak kata JAMAL ABDILLAH

sapa bilang jejaka dan gadis melayu xmenawan? hahaha~

08 June, 2010

what a clumsy day! =,=

salam semua.
ok. semua tgk perencah kt bawah ni.
tgk btol2. cam kan antara perencap sup ngn perencah kurma.
ok. sila perhatikan perencah sup kat bhgian tepi skali.

ini rempah kurma.

see! no different kan? sama jek kan? warna pon lebih kurang dengan kulit luar dia transparent, so dont you think people can mistook it? and yes, you ADABI, make sure lenkali warne bagi kasi lain2. ok? pastikan warna lain2, bukan seakan.ngeh~ mula da menyalahkan ADABI lak, padahal diri sendiri yang salah. i hate myself today for being sooo clumsy! xtaw la nape hari ni xleh nak berfikir secara waras, semua buat serba xkena jek. aiyo~

al-kisahnya :

konon-kononnya ari nak masak nasi ayam special, siap pesan kt jiran sebelah jangan masak, sbb nak masak "best" ari ni. sesi memasak start, sbb ari ni bukan jadual sape2, so, semua org terlibat masak. aku masak nasi ngn sup ayam. kak ya, goreng ayam, adilaa salad and olso sambal. g dapur siap bawak hp, sbb smgt nk masak resepi nasi ayam yg mama send ptg2 td. Mama nye resepi nasi ayam mmg sedap gler, tapi sayang seribu kali sayang, sampai kat anak dia, resepi trus hancur! T__T sorry ma :(.

mama pesan nnt jangan lupa letak garam kt nasi pas da masukkan bahan tumisan ngn air kat dalam nasi. aku pon, ok2, ingat2.. sekali pas da tumis dan air da letak dalam rice cooker, aku letak dua sudu garam and akan tambah second time sbb takut masin lak. bler da excited masak, sekali lupa nak tgk nasi tu sampai la nasi tu dah masak, dan terlupa letak garam second time. Maka, alamatnya TAWAR LAH nasi aku. then, xpe la. tu mender biasa la kan. cakap untuk menyedapkan diri. padahal rasa cm aiyo, cmne lah boleh lupa.

ok, pastu sesi masak sup ayam. ni da buat yg paling terbaik la. buat elok2 dan sesempurna mungkin. masak dengan penuh keayuan *ok, saya tahu anda nak muntah, well itu bagus!anda ada tanda2 pregnant. sila ke klinik tuk rawatan selanjutnya :D dengan penuh kesopanan, memulakan masakan. dah tumis bahan2, da siap semua, nak masukkan perencah sup jek. pastu lupa lak, perencah sup kt uma aku, hah, lupe nk btaw, yg aku tumpang masak kt uma sebelah, sbb kt uma, kak ya nga goreng ayam, dapur satu lagi tu lak xleh guna, so jadi lah parasit sementara menumpang di uma sebelah. Aku pon capai la perencah sup dan terus bancuh air dan nak tuang kt dalam tumis td.

Dengan penuh ketatasusilan aku pon meneruskan perjuangan aku yg masih blum sempurna. fuh ayat. skali kak ya datang then dia cakap.
Eh, nisa. kalau nak masak sup guna kurma, boleh ea?"

aku pon cm pelik, ape kena mengena kurma ngn sup lak ni.
"ku
rma?"
"haah la. ni serbuk kurma" dia tunjuk peket kurma kat atas singki. Aku tengok!
WHAT??????!!!!!! serbuk kurma ke aku masuk kn dalam sup ni. subhanallah. cmne aku leh xbezakan kurma ngn sup ni.T____T. dan mula lah dapur bergegar dengar jeritan kecil ku. so, then ape lagi, terpaksa la buang kuah kurma tu dan masak balik. nasib bek la, aku baru letak serbuk kurma tu beberapa minit jek. law da nk setengah masak, maunya rasa @#$%%&^! sob3.
pastu, alter2, ok. sedap balek da. da rasa kuah sup. bukan la rasa kuah kurma. :D

ok, then erah anta mesej dia nak pinjam polistren. coz ade majlis kt uma dia. dia da bgtaw awal2 suh aku ready2 kan smua. and when she arrived kt uma aku setelah usai jek berlaku incident2 ni, aku pon yang nga blur2 pon slumber jek trun. *my house 24 hours kena kunci, so klo org dtg kena trun untuk bukak main gate kt bawah, atas keselamatan utk mengelakkan pencuri2 dan pak cik arab GS nek uma ktorg* skali bler da sampai bawah masuk2 kunci, rupa2nya salah bawak kunci. naek atas balek, dah turun2, skali lupe la plak bawak polistren. SUBHANALLAH, ape kena la ngan aku ari ni. Naik la atas balek, amik polistren then baru turun. nasib la da pindah uma baru yang ade lif. cuba bayangkan kalau still kt uma lama yg terpaksa nek tangga smpai tingkat 7? really cant imagine it.erm tu la kan. kalau duk berangan2 jek law buat keje. semua xjadi. time ni, barula aku sedar, kenapa orang2 dulu selalu cakap, jangan berangan2 kat dapur, nnt dapat kawen ngn atuk tua. Sebab bila kite berangan, mulalah semua xjadi. dan housemate aku sorg cakap aku "inilah penangan cinta".. sebab tu buat keje serba xkena..

haha. cmne nak ada penangan cinta cik akak oii, pakwe pon xde. nak pikir sape? haha.

tapi tiba2 teringat waktu sekolah dolu2, ustaz2 ade cakap,

ade 10 pintu syaitan boleh masuk ke dalam badan manusia. antara pintu2nya ialah sifat SUKA BERANGAN. Dan bila syaitan dapat memasuki salah satu pintu tersebut, maka mudahlah bagi mereka menyesatkan manusia.

dan sekarang aku da faham ape yg terjadi dan aku harus hentikan SIKAP ITU. sekian.




06 June, 2010

sirih pulang ke gagang..

H.O.M.E

Another sunny day,
Has come and gone away,
In Paris and Rome,
I want to go home,
Mmmmmm
Maybe surrounded by,
A million people I,
Still feel all alone,
I just want to go home,
Oh I miss you, You know,
And i've been keeping all the letters,
That I wrote to you,
Each one a line or to,
I'm fine baby how are you,
Well I would send them but,
I know it's that it's just not enough,
The words were cold and flat,
And you deserve more, Than that,

Another aeroplane,
Another sunny place,
I'm lucky, I know,
But I want to go home,
I've got to go home,
Let me go home
Im just to far,
From where you are,
I've got to come home,
Let me come home,
I've had my run,
Baby i'm down,
I want to come home,

And I feel just like,
I'm living,
Someone elses life,
It's like i just stepped outside,
When everything was going right,
And I no just why you could not come along with me,
'Cause this was not your dream,
But you always believed in me,

Another winter day,
Has come and gone away,
In either Paris and Rome,
And I Want To Go Home,
I miss you, You know,
Let me go home,
I've had my run,
Baby i'm down,
I want to go home,
Let me go home,
It'll all be alright,
I'll be home tonight,
I'm coming back home.

yes.. 3 paper more to go! i know i can do it! do pray for me, yeah..

mama! i`m gonna back home soon.. wait for me! really miss u mom~ :(

and yes you too GENDUT.. i miss and lurve u damn much!!



01 June, 2010

dari si comel kpd "tercomel" to yang comel. :)


salam semua.
tatkala aku sedang sibuk menjelajah mencari gossip, sedang mencuri baca diary2 org, sedang mengintip aktiviti2 org, sedang menyibuk mencatat ulasan2 bernas aku
di ALAM MAYA
*hah, msti nk pkir aku wat kt alam reality kn? isk3. dop eh, aku dop wat gtu*

tiba2...

tadaaaaa~

BLOG PALING COMEL
*riak menayang nih. haha.*

hoho. trimas la ye ATIQAH ANUAR, even my blog xde la comel mne pon. *terharu* wat susah2 jek. tapi mmg susah la gak, nak terima award pon kena balas pantun dlu. isk2.. xptot2.. :D
layan jek walau xkena.
jawapan saya :

Orang lelaki ada halkum,
Assalamualaikum.

Pagi tadi masak ayam kari,
Dengar ye saudari.

Terliur nisa melihat roti jala,
bertambah rasa nk pulang ke malaysia,
sudahlah padan kiut pula,
atiqah dan rizal semoga bahagia.

pergi berjalan di tepi paya,
duduk bersantai membasuh muka,
pujian kat atas jangan percaya,
semua itu karut belaka.

hahaha~^__^
*den gurau jak cik tiqah, jgn terasa.. anda kiut! xtipu.. :D*


soalan aku kt mereka yg bertuah..
korang suka xkawan ngn aku dan kenapa.

dan kepada :
shazwani azeera (my blog`s adviser)
nur nabilla hannan

TAHNIAH ANDA TERPILIH! :)




saya takut kawen~


tengah2 study, tibe2 teringat waktu zaman aku kecik2 dlu.

*flash back*

aku reti baca huruf alphabet waktu darjah satu. ini yang btol2 complete reti. bukan apa, aku memang time tadika nak main jek. malas nk baca, cikgu tadika suh eja, aku eja, pastu aku main. tu la sapa suruh letak mainan banyak sgt kt tadika tu. kang da main jek keje. dulu punya tadika xmacam skarang, tadika skg lawa, mainan semua berasaskan pelajaran. da berkembang. hah, salah satu faktor aku xpandai2 baca lagi waktu tadika, sbb cikgu kat tadika aku BUSY SANGAT! BUSY ape? BUSY GADUH. haha.. every week mesti ade jek pergaduhan. gler best wo tgk. cm men wrestling2 lak. stiap kali gaduh, cikgu suh balek. gaduh jek balek, balek jek gaduh. eh. haha.

bukan kitorg la yang gaduh, ktorg budak baik. yang gaduh tu CIKGU vs IBU MURID. selalu kot. org yg sama pulak tu, aku sampai skrg ingat sape cikgu tu and budak tu. bler da besar2 ni kt kg, tgk budak tu, mesti aku sengih. taw sbb ape? sbb punyalah dorg gaduh, sampai la satu ari tu, drg berguling2 sampai keluar dari kelas. hebat bukan? bukan tu jek, siap baju terkoyak2, plus tudung tertarik, rmbut tergugur2.. kalah the rock kot! *ingat senang ke kecik2 dapat tgk mende2 cm tu dpn mata? * so, ini la sbb aku xpndai2 baca time tadika..dan dan kan nk salahkan tadika gak, padahal aku yg malas.:D

tapi, aku pandai baca tulisan jawi since 5 thn. tu pon, sbb nye time tu aku ejek akak aku sbb kena buat tulisan jawi homework abah aku bagi. mne perasan abah nmpk aku tyme tu, aku pon ejek la sbb dia xdpt men, skali hambik ko, xpasal2 aku kena blaja skali. wuwu~ before2 ni, aku law abah nak ajar je aku wat2 tdo la, wat2 tgk tv la, men jauh2. skali da dpt cekup, mmg kena blaja btol2.
T__T

ok. aku da melalut. hah, kiranya krang da nmpk kt kemalasan aku smpi thn cmni. so, sikap terbawak2 smpi la aku sek ren. aku ingat lg, aku waktu darjah 1, mmg "macam pandai" skit, result pon "macam gempak" macam je.. tu smua rejeki dr tuhan. alhamdulillah:)
darjah 2 aku mula men2, asyik duk ngadap tv. pagi siang malam tengahari tv jek! time makan pon sggup bwk mkn dpn tv. mmg gler addicted lah! sgla cerita aku tgk, cter kartun, cter tamil, cter cina n ape2 la. sailormoon la, digimon la, pokemon la, smua moon aku tgk da. smpi nk exam pon, aku tgk.

abah aku cbut plug tv, aku amik kerusi pasang balek. time tu mne sampai. plug tv kn tinggi. pastu, abah aku buat cara len, kaburkan tv tu, time tu mmg surrender la, trus blaja. skali mmg nk ckp tuah aku la kan, tbe2 kazen aku dtg, skali rupa2nya tekan suiz kt bwh tv tu jek, t elok la kabur tu. aku ape lagi, bler kabur jek, aku pon tekan. abah aku geleng kepala jek. aku sengih, dlm hati aku time tu, "haha. tiada sapa dpt pisahkan TV ngn aku"! bajet gler kan ckp cmtu cm aku pandai semua jek. xsedar diri budak kecik, nk ckp cm budak besar. haha.

pastu abah aku, dia g gulung wayar tv tu time aku g sek. sob3. balek2 jek, tgk tv xkuar ape2 just warna hitam jek. aku ape lagi, duk sibuk cari punca. 2-3 ari gak la, baru jumpa. abah aku gulung rupanya, aku ape lg.. ami kerusi relaikan la gulungan tu! see! punyalah sayang dekat kartun tu, smpi mcm2 aku sggup buat. pas habis tgk kartun. aku gulung balek wayar tu sbb xnk kantoi ngn abah, tapi faham2 je la gulungan budak kecik mcm mana. so dpt di detect. abah aku da xtaw da nak wat pe.

last2, abah cakap, abah nak bagi hadiah kalau aku dapat no 1. aku pon pe lagi, blaja gler semangat, baru jek blaja, tbe2 jam tangan berbunyi.*ala dlukan feymes jam yg berbunyi bleh ckp waktu* aku trus teringat cter kartun kesayangan aku. terus aku lari g depan tv. lupa da hadiah. smbung balek perangai lama aku. mama nye usaha xyah cakap la, macam2 da buat, bebel sudah, tapi tu semua sementara jek. maklumlah, semua perkara DUNIAWI NI SEMENTARA JEK, AKHIRAT JEK KEKAL ABADI, jadi berpegang pada pepatah itu, aku pon sementara jek la xtgk tv pastu smbung balek. akak aku yg rajin study pon, terikut2 perangai aku. sian dia. xpasal2 kena marah skali. padan muka. *padahal aku ajak dia..hehe. saje peneman supaya kena marah tu biar berjemaah. haha~*

Last2 abah aku pon amik keputusan. beliau cakap sepotong ayat jek. AYAT ini la yang merubah aku dari pemalas kepada perajin gler2. dari suka gler tgk tv jadi suka skit tgk tv, dari byk main jadi kurang main, dari xngadap buku jadi ngadap buku, dari ulat tv jd ulat buku.

ayat tu mmg serius btol2 scary+menakutkan bagi aku time tuh. mmg siyes. aku kalau abah aku ulang jek ayat tu aku lantak menangis2. meraung2 xnak. fobia aku klo dgr ayat tu. and abah mmg, lagi aku menangis2 xnk dgr ayat tu, lagi dia sebut. lagi2 bler aku asyik tgk tv. AYAT NI MMG AYAT MAUT GLER TAHAP smp xde tahap da BAGI AKU TIME TU.
ayat tu berbunyik :

SIAPA TAK LULUS PERIKSA, BERHENTI SEKOLAH, KAHWIN PASTU JUAL GORENG PISANG KT DEPAN RUMAH!


simple je kan ayat tu? kan best kalo buat tyme aku sek men ke time university. ni buat ayat ni time aku sek rendah. mmg la aku xnak! kalau sekarang pasti NAK! hahaha~
aku kadangkala terpikir, mcm mana la abah terpikir nk wat ayat ni? mana la ilham abah dapat? tp xsmpt nk tny abah, abah da pergi. T__T tp xpe la abah. ayat power abah ni btol2 menjadikan anak abah seorang yg berguna. kalo abah xguna ayat ni, msti aku bukan la di mana aku skrg.

aku pna tnya ngn mama aku, ma ayat waktu sek ren dlu, AVAILABLE lagi xkalau adik nk approach.? cuma tukar je la ayat dpn dia.. kalau LULUS, bleh kwen x ma?

and the answer is :


BELAJAR BAGI HABIS DULU BARU KAHWIN!
haha~
inilah pengajaran cerita pada hari ini. ^__^

*soalan aku kt mama aku tu bknnya bermakna aku desperate gler nk kwen, of coz NOT! study come first meh! n bab kawen ni mmg out of the box. blum lg terpikir. perjalanan aku masih jauh. ngeh~





BUT kawan2, kalau memang da sampai
JODOH KORANG, itu TIDAK MENGAPA! :)
LAGI DIALU2KAN.. :)


p/s : btw, kepada kawan2 (suwaibah, nadia, che` yam) yg bakal akan kawen tahun ni, SELAMAT PENGANTIN BARU YE!


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger